Vous êtes sur la page 1sur 8

Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Fasa 2

Peringkat Negeri Perlis 2017

Pengenalan

Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini,aktiviti perkhemahan unit beruniform
ini telah menjadi salah satu agenda tahunan sekolah.Perkhemahan peringkat sekolah ini
bertujuan membentuk keperibadian pelajar yang mantap dari segi disiplin,sahsiah,fizikal
dan mental . Berasaskan beberapa aktiviti pertandingan dari perkhemahan yang telah
dilalui beberapa tahun sebelum ini maka perkhemahan pada tahun adalah berkonsepkan
pertandingan antara kumpulan bagi setiap unit beruniform. Pelajar dalam setiap unit
beruniform akan dibahagikan pada beberapa kumpulan yang mempunyai bilangan ahli
yang sama dan akan dibimbing oleh guru unit beruniform masing-masing.

Objektif Perkhemahan

1. Melahirkan kumpulan pelajar dalam unit beruniform yang mempunyai daya


saing yang tinggi serta dapat mematuhi peraturan dan disiplin perkhemahan.
2. Memberikan peluang dan pengalaman kepada semua pelajar melalui satu
perkhemahan sekurang-kurangnya dalam satu sessi persekolahan sekolah
rendah.
3. Membentuk keperibadian pelajar melalui satu sessi perkhemahan yang
mencabar serta dapat membuat penilaian asas terhadap kebolehan pelajar
berkerjasama dalam satu pasukan dan unit yang kecil.
4. Memberikan pengalaman yang baru yang belum pernah mereka alami dalam
banyak-banyak sessi perkhemahan yang telah mereka lalui.

Rasional Perkhemahan

1. Pelajar tidak mempunyai semangat juang yang tinggi serta tidak mahu
bersaing dalam satu kumpulan dan merasa rendah diri dalam tiap aktiviti
sebelum ini.
2. Memberikan seberapa banyak pengalaman yang baru serta pengalaman yang
bermakna kepada semua pelajar agar dapat bersaing dalam dunia yang lebih
mencabar.
3. Mendisiplinkan pelajar melalui satu aktiviti pembelajaran yang tidak formal
serta memberikan pendidikan melalui aktiviti riadah.
4. Memberikan pengalaman yang baru dari sebelum ini yang akan mencabar
kewibawaan diri pelajar serta membentuk daya kepimpinan mereka.
Matlamat Perkhemahan

1. Melahirkan pelajar yang mantap dari pelbagai aspek seperti kepimpinan,


sahsiah,disiplin serta bersemangat.
2. Memberikan pendedahan serta pengalaman baru yang bermakna yang belum
pernah mereka lalui serta membentuk semangat kerjasama dalam satu
kumpulan.
3. Mendisiplinkan pelajar dengan cara yang luar dari kebiasaan dalam situasi
yang mencabar serta masa yang padat dengan aktiviti.
4. Membentuk dan melahirkan pemimpin yang berwibawa melalui aktiviti
perkhemahan ini.

Tarikh Masa dan Tempat

Tarikh :17 19 hb. Nov. 2017


Masa : 3.00 ptg ( Jumaat ) - 1.30 tghri ( Ahad )
Tempat: Muzium Kota Kayang, Perlis

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi perkhemahan anjuran Unit Beruniform ini adalah terdiri
dari semua murid tahun 5 dan 6.
Jawatankuasa Induk Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Fasa 2
Peringkat Negeri Perlis 2017

Penaung
Tn. Hj. Izmi Bin Hj. Ismail
Pengarah Pelajaran Perlis

Penasihat
Ketua Sektor
En. Azran Bin Mohamad @ Ahmad
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNPs

Pengerusi 1
En. Yaakob Bin Abd. Aziz
Ketua Unit Kokurikulum JPNPs

Naib Pengerusi 1
Pn. Ku Zakiah Bt. Ku Hamid @ Ku Ismail
Guru Besar Sk. DAM

Naib Pengerusi 2
En. Zairi Bin Bakar
Guru Besar Sk. Sungai Baru

Naib Pengerusi 3
Tuan Hj. Ramzi Bin L.Yaakob
Guru Besar Sk. SAIR

Naib Pengerusi 4
Pn. Jalilah Bt Ali
Guru Besar Sk. Tambun Tulang

Naib Pengerusi 5
En. Mohd Shariff Bin Zakaria
Guru Besar Sk. Long Boh

Setiausaha
En.Zainudin Bin Ahmad
Gpk Ko Sk. DAM

Naib Setiausaha
En. Mohd Fadhlian Bin Saad
Gpk Ko Sk. Sg.Baru
Penyelaras :
En. Mohd Syahrol Rizal Bin Abd. Kadir
Sk. Tambun Tulang

Bendahari :
Pn. Suhana Bt. Ismail
Sk. DAM

Kem Komandan :
En. Nazri Bin Mat Alim
Sk. DAM

Pen. Kem Komandan :


Mohd Fakarudin Bin Jusoh
Sk. Sungai Baru

Penyelaras Aktiviti :
En. Mohammad Bin Ibrahim - Sk. Long Boh
Pn. Norizatul Azma Bt Ismail - SAIR
Jawatankuasa Kerja
Buku Program / Dokumentasi Siaraya / Lampu / Banner

Sk. Tambun Tulang Sk. DAM

Aktiviti Pendaftaran / Sijil


1) SAIR SAIR
2) Sk. Long Boh

Kebajikan / Pertolongan Cemas Hadiah / Cenderamata

Sk. Long Boh Sk. Sungai Baru

Hal Ehwal Agama Keselamatan

Sk. Long Boh Sk. Long Boh

Penginapan Kebersihan

Sk. Sungai Baru Sk. Sungai Baru


Makanan & Minuman Peralatan Masak / Khemah

Sk. Tambun Tulang Disediakan oleh setiap sekolah


Pengurus Malam Kebudayaan Senamrobik

Sk Tambun Tulang Sk. Tambun Tulang

Penyediaan Larian Berhalangan / Gajet Majlis Penutup


Tripot / Kompas
Sk. DAM
Sk. DAM
Hakim Malam Kebudayaan Hakim Pertandingan Masakan

2 orang guru setiap sekolah 2 orang guru setiap sekolah


Hakim Pertandingan Kawad Kaki Hakim Membina Gajet Tripod

2 orang guru setiap sekolah 2 orang guru setiap sekolah


Jawatankuasa Keselamatan Penghayatan/ Burung Hantu
( Tidur di Muzium )
2 orang guru setiap sekolah
Jumaat - 2 orang setiap sekolah
Sabtu - 2 orang setiap sekolah
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA
PERKHEMAHAN

Kem Komandan dan Pen. Kem Komandan


1. Memberi penerangan kepada murid tentang disiplin dan perjalanan perkhemahan.
2. Memastikan setiap aktiviti berjalan lancar
3. Membuat keputusan muktamad dalam setiap masalah yang dihadapi secara
bijaksana.

Penyelaras Aktiviti
1. Menyelaras aktiviti yang dirancang bersama petugas yang telah ditetapkan.
2. Memastikan setiap aktiviti berjalan lancar.
3. Memastikan setiap peralatan untuk menjalankan aktiviti telah disediakan oleh
petugas yang telah dipertanggungjawabkan.

Buku Program
1. Mengambil segala maklumat dan bahan bercetak yang berkaitan dengan
perkhemahan daripada setiausaha.
2. Memastikan buku program dicetak mencukupi.

Siaraya / Lampu
1. Menyediakan wayar dan lampu yang mencukupi.
2. Menyediakan PA sistem dari sekolah dan memastikan ia berfungsi dengan baik.
3. Menyediakan satu heler ( alat pembesar suara yang mudah alih )

Hadiah / Cenderamata
1. Menyediakan hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
2. Menyediakan cenderamata hakim dan penceramah.
3. Menyelaras semasa penyampaian hadiah.

Pendaftaran dan Sijil


1. Mengambil pendaftaran peserta semasa sesi pendaftaran.
2. Menyediakan sijil untuk peserta perkhemahan dan jawatankuasa perkhemahan
yang mencukupi.

Kebajikan dan Pertolongan Cemas


1. Menyediakan peti kecemasan dan memastikan ada ubatan yang mencukupi di
dalamnya.
2. Mengenal pasti murid yang sakit seperti demam dan ditempatkan di dalam bilik
rawatan.

Pengerusi Majlis Penutup


1. Mengendalikan majlis penutup perkhemahan.
2. Mengendalikan aturcara majlis yang telah disusun agar berjalan lancar.
Hal-Ehwal Agama
1. Memastikan murid menunaikan solat secara berjemaah dan mengikut waktu.
2. Mengadakan majlis tazkirah selepas solat Maghrib dan Subuh.

Peralatan Aktiviti / Khemah


1. Menyediakan alatan untuk memasak dan aktiviti yang mencukupi dengan
membuat senarai semak alatan.
2. Menyediakan khemah yang mencukupi untuk peserta.
3. Memastikan semua alatan dan khemah yang digunakan disimpan dan dipulangkan
selepas perkhemahan.

Radio Perkhemahan
1. Menyediakan cd lagu atau mp3, sebuah radio dan vcd player.
2. Menyiarkan lagu serta permintaan semasa aktiviti berjalan dan rehat.
3. Menyediakan borang permintaan lagu.
4. Mengumumkan maklumat penting daripada urus setia dari semasa ke semasa.

Makanan dan Minuman


1. Membuat jadual tugasan memasak.
2. Menyediakan makan serta minum peserta dan petugas perkhemahan mencukupi
dan menepati masa.
3. Memastikan peralatan dan barangan yang hendak dimasak mencukupi.

Urus setia / Aktiviti / Penempatan


1. Memastikan setiap aktiviti yang telah dirancang menepati masa dan berjalan
lancar.
2. Memastikan kelengkapan di khemah urus setia mencukupi dan mengadakan buku
laporan aktiviti.
3. Mengatur dan menempatkan tapak perkhemahan peserta mengikut pelan yang
telah ditetapkan.

Keselamatan / Kebersihan
1. Menyediakan jadual sentri setiap kumpulan.
2. Menaburkan belerang atau garam di sekeliling khemah.
3. Memastikan kawasan sekolah, tapak perkhemahan dan tandas sentiasa bersih.
4. Mengadakan jadual tugas guru lelaki dan perempuan yang tidur di kawasan tapak
perkhemahan.
5. Memastikan keselamatan peserta perkhemahan terkawal dan selamat.

Ketua Hakim Pertandingan


1. Menyediakan borang markah setiap aktiviti pertandingan
2. Mengumpulkan markah dan keputusan pertandingan yang telah dijalankan.

Vous aimerez peut-être aussi