Vous êtes sur la page 1sur 12

2.

0 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada


pelbagai etnik dan berbilang kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah
kekuatan yang mewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi
model sebuah masyarakat majmuk kepada masyarakat di negara lain. Oleh
itu, perpaduan dan integrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin
rakyat hidup dalam suasana yang harmoni.

Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan pelbagai


kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang
berbeza. Usaha ke arah perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah
dan Sarawak dengan negeri-negeri Semenanjung. Selain itu, usaha tersebut
juga dapat dilihat melalui usaha kerajaan membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dan meletakkan kumpulan etnik yang berlainan latar belakang
di satu kawasan perumahan yang sama.

Manakala konsep integrasi merupakan skop yang lebih luas. Ia


dikatakan satu proses yang abstrak, satu penyatuan yang sebati dan
berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses yang menyatupadukan
pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian
13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan strategi-strategi
ke arah mewujudkan integrasi nasional.

Ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas


bagi negara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu.
Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara,
kestabilan ekonomi, politik dalam jangka masa panjang.

4
3.0 Agama

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang


berbilang bangsa, keturunan agama, budaya dan adat resam. Contohnya,
orang Melayu majoritinya beragama Islam, orang India beragama Hindu
manakala orang Cina pula beragama Buddha, Lao-Tze, Konfucius serta
Kristian. Setiap kaum mengamalkan agama dan budaya yang dibawa masuk
oleh negara masing-masing. Setiap etnik kebanyakannya tidak tahu tentang
agama dan adat resam kumpulan etnik yang lain. Ini akan menghalang
perpaduan di antara pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia.

Selain itu, mereka juga kurang mengenali dan memahami tentang


agama dan budaya kaum lain. Tambahan pula, mereka seringkali
menganggap agama dan budaya mereka sahaja yang terbaik. Sifat ini tidak
akan menguatkan perasaan buruk sangka yang akan menghalang pergaulan
baik antara kaum di Malaysia. Sifat seperti ini juga tidak dapat menimbulkan
kebaikan malah akan menyebabkan peristiwa berdarah seperti tarikh 13 Mei
1969 akan berulang lagi.

Kita sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum haruslah menghormati


perbezaan agama yang wujud di negara ini. Perkara ini dapat mengekalkan
perpaduan sejajar dengan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang
menekankan hubungan yang baik dan mengelakkan perkara-perkara yang
boleh mengakibatkan pergaduhan boleh terjadi. Perbezaan antara agama itu
wujud tetapi yang lebih penting bagi kita sekarang ini bukanlah memperbesar-
besarkan perbezaan berkenaan tetapi mencari cara untuk mengeratkan
perpaduan antara kaum serta tidak sampai mempertikaikan ajaran sesuatu
agama itu sendiri.

Budaya menghormati perbezaan agama dan kepercayaan kaum lain


perlu menjadi semangat untuk terus mewujudkan perpaduan dan
kesepakatan rakyat di negara ini. Konsep 1 Malaysia dari perspektif agama
umpamanya, telah wujud peruntukan di dalam perlembagaan negara kita
bahawa Islam adalah agama rasmi, dan agama-agama lain bebas diamalkan

5
di dalam negara kita secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas
memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak
mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan,
maka kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam
seperti yang termaktub itu, dan dalam masa yang sama memberikan
perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut
masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni.

Oleh itu, dari sudut agamanya, maka konsep 1 Malaysia sebenarnya


telah memberikan pengisiannya yang lengkap semenjak penggubalan
perlembagaan negara menjelang tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
sehinggalah ke hari ini, ketika kita tetap mempertahankan kedaulatan
perlembagaan kita itu dari sudut kedudukan agama rakyat Malaysia yang
berbilang kaum.

Apa yang penting dalam pada negara ini ialah sikap dan sifat
keterbukaan kita dalam memahami isu-isu semasa berkaitan agama dan
perkauman mestilah ditunjangkan dengan rasa hormat hidup bermasyarakat
agar perpaduan negara dapat dikekalkan. Masyarakat bukan Islam juga harus
peka dan bertimbang rasa terhadap keperluan majoriti masyarakat Islam
dalam memenuhi tanggugjawab agama yang mempengaruhi kehidupan
seharian mereka. Sesungguhnya banyak lagi perkara penting perlu
dilaksanakan daripada dibantutkan oleh perbalahan berkaitan soal hak dan
sebagainya yang berbau perkauman.

Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan


agama, majoriti rakyat tetap cintakan pendamaian dan keharmonian,
termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing serta dalam
pendekatan mereka ketika membicarakan isu-isu agama di dalam masyarakat
dan di kalangan mereka sendiri. Konsep 1 Malaysia mengakui keadaan ini,
dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang
kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana
sekalipun.

6
Masyarakat Malaysia sendiri yang terdiri dari kepelbagaian kaum dan
agama haruslah memahami batas-batas tertentu dalam isu 1 Malaysia ini dari
sudut amalan agama dan undang-undangnya, serta menghormati prinsip
agama masing-masing supaya konsep satu Malaysia akan lahir sebagai satu
unsur penyatuan semua kaum dari kepelbagaian agama, bukan membuka
jurang untuk persengketaan dan konflik antara kaum.

4.0 Kepercayaan

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap


sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas
sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan pasti atau kepastian terhadap
pekara yang berkenaan.

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu


keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak
(propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan
adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks
ini, kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

Apabila kita membincangkan konteks kepercayaan dalam integrasi dan


perpaduan kepelbagaian kaum etnik sesebuah negara seperti Malaysia,
kepercayaan ini lebih menekankan kepada aspek kepercayaan kepada
Tuhan.

Prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan


adalah prinsip yang menjadi teras kepada pembangunan insan, masyarakat,
dan negara merangkumi peningkatan kualiti jasmani, emosi, rohani, dan
intelek. Asas inilah yang menjadi pendorong kuat kepada kejayaan dan
kecemerlangan manusia dalam kehidupannya. Oleh yang demikian,
keimanan kepada Tuhan menjadi ikrar pertama yang dipilih dalam prinsip
negara ini dan merupakan jiwa dan roh kepada Rukun Negara.

Oleh itu, jika kepercayaan kepada tuhan ini menjadi pendokong


kepada semua kaum etnik di Malaysia, ia sepatutnya tidak menjejaskan atau

7
menghalang proses persepaduan dan integrasi dikalangan kaum etnik di
Malaysia. Ini kerana agama setiap etnik di Malaysia secara keseluruhannya
mengajar asas perpaduan, bersifat positif, dan menghalang kepada
pertengkaran dan perpecahan. Rata-rata agama di Malaysia mengajak
kepada berkasih-sayang, bantu-membantu, dan bersatu-padu di antara
sesama manusia.

Kerajaan Malaysia pada asasnya telah memandang akan prinsip


kepercayaan kepada Tuhan sebagai modal atau tapak penyatuan, kerjasama,
toleransi, dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Berdasarkan
kepada kenyataan bahawa ajaran setiap agama yang menyuruh penganutnya
melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, maka prinsip ini sudah
tentu menjadi nadi penting yang membina jati diri masyakat Malaysia dari
lubuk sanubarinya.

Dengan percaya kepada Tuhan, masyarakat akan diingatkan dengan


ajaran-ajaran agama dan memupuk diri berlaku baik dan membina kerjasama
ke arah perpaduan atas asas bahawa setiap manusia yang mengikut fitrah
pasti akan beriman kepada Tuhan yang menjadikannya. Malaysia telah
mengistiharkan Islam sebagai agama rasmi sebagaimana yang termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, agama selain daripada
Islam bebas untuk diamalkan di negara ini. Menurut A. Aziz Deraman (2005),
Bahagian 1 Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan
bahawa :

Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-


agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan.

(pg : 144)

Perlembagaan persekutuan menjelaskan bahawa Islam merupakan


negara rasmi bagi negara Malaysia. Agama-agama lain adalah bebas
diamalkan dan dipraktikkan. Maka, kaum-kaum etnik lain yang menganut

8
agama selain daripada agama Islam boleh mengamalkan kepercayaan
mereka. Ini kerana konsep Islam yang tidak menghalang mana-mana individu
untuk mengamalkan agama mereka serta kepercayaan mereka. Oleh itu,
perbezaan kepercayaan sama sekali tidak menghalang dalam mewujudkan
perpaduan dan integrasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Ia sepatutnya
menjadi nadi yang mendorong dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi
kepada mereka.

Di samping itu, menurut prinsip ini juga, negara Malaysia tidak


mengakui ilhad atau atheisme dan sebarang ideologi yang tidak mempercayai
wujudnya Tuhan. Ini kerana, fahaman dan sikap sedemikian merupakan
suatu perkara yang amat bertentangan dengan tabii seorang manusia yang
merupakan ciptaan Tuhan, malah terpesong dari landasan fitrah dan hati
nurani seorang manusia. A. Aziz Deraman (2005) mengatakan bahawa,

Pihak yang tidak mengakui kewujudan Tuhan merupakan


golongan yang angkuh kerana mereka tidak mahu memikirkan
tentang sebab dan musabab berlakunya sesuatu di dunia ini,
tentang diri manusia itu sendiri bahawa bagaimanakah ia
dijadikan. Akan tetapi, dimana berlaku kesusahan dan
musibah, mereka meraba-raba mencari Tuhan dan setelah
hilang segala kesulitan, mereka kembali kepada kekufuran.

(pg : 123)

Negara ini dengan jelas menolak fahaman atheisme untuk dipercayai


dan diamalkan di negara ini oleh mana-mana pihak. Pendirian rapuh seperti
ini yang berasaskan kepada nilai-nilai materialisme dan hedonisme hanya
membawa kehancuran dan kemusnahan kepada kehidupan manusia dan
negara.

Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970, membawa seribu satu


aspirasi rakyat dari pelbagai latar belakang bagi mencapai hasrat agar
Malaysia menjadi sebuah negara yang utuh dari segi perpaduan kaumnya,

9
yang mengekalkan cara hidup yang demokratik, masyarakat yang adil, dan
bersikap liberal terhadap budaya tradisi masyarakat pelbagai agama dan
kaum

5.0 Kesenian

Anwar Din (2008) mengatakan bahawa,

Sesuatu bangsa yang bertamadun ditakrifkan menerusi


paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai
manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni
sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni
boleh difahamkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik,
menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera.

(pg : 223)

Kesenian yang dimaksudkan dalam konteks perpaduan dan integrasi


dalam kalangan etnik di Malaysia lebih dikaitkan kepada kesenian yang
berkaitan dengan kebudayaan. Dalam pengertian yang paling umum,
kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh
aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke
generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Namun begitu, kebanyakan daripada kita membuat pengertian


kebudayaan dengan mengaitkannya dengan fenomena-fenomena seperti
bentuk tarian, muzik, makanan, dan fesyen pakaian sahaja. Oleh itu,
pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Walau bagaimanapun,
bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini adalah lebih
luas cabangnya.

Dari perspektif sosiologi, kebudayaan membawa pengertian kepada


segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam
sesebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik,

10
adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan
bahan-bahan material.

Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai


konsep kebudayaan :

"..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks


yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-
lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia
sebagai anggota masyarakat."

Kesenian dan kebudayaan ini tidak seharusnya menjadi batu


penghalang kepada penyatuan dan integrasi. Ini kerana, kesenian dan
kebudayaan merupakan satu yang indah dan menarik yang biasanya
membawa kepada fenomena keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Ia
merupakan satu faktor untuk setiap kaum menghormati setiap kesenian dan
kebudayaan kaum yang lain.

Malah kerajaan Malaysia secara umumnya, akan memperkenalkan


kebudayaan dan kesenian di setiap upacara-upacara besar seperti acara
sukan bertaraf dunia, persidangan-persidangan penting, perayaan-perayaan
rasmi dan sebagainya. Banyak pendedahan kesenian dan kebudayaan
seperti tarian, nyanyian, perarakan dan sebagainya yang melibatkan
kesemua dan kepelbagaian kaum. Malah, tarian tersebut digabungkan dalam
satu persembahan kesenian yang melibatkan kesemua etnik yang ada di
Malaysia.

Ini secara tidak langsung, telah memberikan suntikan perpaduan di


mana setiap kaum boleh mempelajari kesenian dan kebudayaan kaum lain.
Malah, ia memberi satu rasa penghormatan terhadap kesenian dan
kebudayaan kaum lain.

Oleh itu, tiada sebab kepelbagaian kesenian bagi kaum-kaum etnik di


negara Malaysia menjadi faktor yang menghalang perpaduan dan integrasi.

11
Malah, ia boleh dijadikan satu bonus yang boleh dikongsi dan dipelajari oleh
semua kaum yang terdapat di Malaysia. Pemeliharaan dan penjagaan perlu
dipergiatkan agar kesenian dan kebudayaan ini tidak luput oleh masa.

6.0 Perayaan

Kerajaan Malaysia pada tahun 2000, telah memutuskan sebanyak enam


perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama negara. Hari
Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama
Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini
merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai
tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan
perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi
kalendar cina.

Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang
dikenali sebagai Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak mereka
meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum yang bersifat adat tradisi.
Begitu juga, dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau
Keamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas
musim menuai. Bagi penganut Kristian perayaan Krismas atau Hari Natal
disambut dengan meriahnya di seluruh negara.

Apabila pelbagai perayaan yang disambut oleh setiap kaum yang


berlainan di Malaysia banyak jurang yang akan dilihat daripada perayaan
masing-masing kerana setiap agama sudah tentu mahukan perayaan mereka
dihormati dan boleh disambut dengan meriah seperti perayaan-perayaan lain.
Jadi, dengan adanya amalan rumah terbuka yang diwujudkan, memberi
banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum
dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin
sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara
dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa.

12
Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada
anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk
mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga dilihat
sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat,
perbezaan ideologi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik
sama ada pembangkang atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka
yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah tanpa
sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi.

7.0 Adat Resam

Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam yang tersendiri yang


diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat tersebut. Di sini, diperjelaskan lagi
adat resam tiga kaum utama di Malaysia yang berbeza antara sesuatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Pentingnya adat masyarakat
Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan
mati adat. Adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang
diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur agama
Islam. Adat ini dapat dilihat melalui tiga aspek kehidupan iaitu adat resam
perkahwinan, kelahiran dan kematian.

Dalam aspek kelahiran, masyarakat Melayu banyak mengamalkan


adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi
peringkat semasa mengandung, bersalin dan selepas lahir. Ketika
mengandung terdapat adat melenggang perut. Selepas bersalin pula,
terdapat adat memotong tali pusat. Selain itu, terdapat adat pantang yang
perlu diikuti selama 44 hari selepas ibu melahirkan anak. Apabila bayi sudah
melepasi hari ketujuh adat potong jambul atau cukur rambut akan diadakan.
Dalam adat masyarakat melayu juga, adat bersunat juga dilakukan.

Bagi masyarakat Cina, tukang tilik memainkan peranan yang besar


sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Dalam adat kelahiran, bayi yang mencapai umur sebulan akan diadakan
kenduri iaitu dengan menyediakan kuih khas dan mereka yang mendapat kuih

13
ini akan membalasnya dengan hadiah. Dalam aspek nama pula, masyarakat
Cina menyusun nama mereka yang terdiri dari 3 perkataan secara seimbang
yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Dalam sudut perkahwinan
masyarakat Cina, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah.

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia. Seperti


juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum.
Bagi masyarakat India, Adat Valaikaapu iaitu adat yang dilakukan ketika
kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan
bulan. Mereka akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru dan diadakan
pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Waktu kelahiran pula
merupakan paling penting dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi
menentukan bintang bayi. Bintang bayi akan menentukan mental, fizikal dan
rohani bayi sehingga dewasa.

Dalam adat perkahwinan masyarakat India, beberapa faktor seperti


status ekonomi dan sosial seperti pekerjaan, rupa paras, dan latar belakang
keluarga juga diambil kira. Dalam masyarakat India juga, mereka
mempercayai kelahiran semula selepas mati. Dalam masyarakat India, mayat
akan dibakar atau dikebumikan. Selepas upacara pengebumian berlangsung
masyarakat India akan melakukan adat membersihkan rumah,
mengumpulkan abu mayat dan berkabung. Gambar atau potret si mati pula
digantung di dinding dan dikalung dengan bunga.

Semua perbezaan yang dapat dilihat dari ketiga-tiga kaum utama di


Malaysia ini jelas amat ketara. Secara keseluruhan setiap bangsa yang
terdapat di Malaysia ini mempunyai adat resam yang tersendiri dan masih
diamalkan. Kita sebagai penduduk yang berbilang kaum di Malaysia perlulah
menghormati serta memahami segala kepercayaan yang diamalkan oleh
setiap kaum. Setiap kaum mempunyai amalan adat resam yang berbeza.

Upacara majlis seperti kelahiran, perkahwinan dan pengebumian yang


diadakan oleh setiap kaum secara tidak langsung dapat menyatupadukan

14
kesemua kaum di Malaysia jika kita mempunyai sifat kunjung-mengunjung,
tolong-menolong dan ziarah-menziarahi antara satu sama lain terutama
dalam majlis upacara perkahwinan yang melambangkan perpaduan kaum
yang mempunyai latar belakang dan adat resam yang berbeza.

Masyarakat mempunyai sifat semula jadi yang memiliki pelbagai


kelainan dan perbezaan sama ada dari segi cara hidup mahupun
penghayatan budaya dan sistem nilai. Kepelbagaian yang wujud tidak
seharusnya menjadi masalah bagi masyarakat negara ini berinteraksi dan
memahami antara satu sama lain. Terdapat banyak perbezaan yang boleh
dipelajari bagi membolehkan masyarakat bukan sahaja berkongsi dari segi
nilai, malahan dari segi amalan dan tatacara kehidupan. Nilai-nilai yang baik
juga boleh dikongsi oleh anggota masyarakat berbilang kaum bagi
mewujudkan suasana masyarakat yang damai, harmoni dan sejahtera.

8.0 Kesimpulan

Kesimpulan daripada bahagian ini, adalah pentingnya pengetahuan yang


mendalam tentang perbezaan budaya kehidupan dalam masyarakat dalam
mengukuhkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan etnik di Malaysia.

Secara keseluruhannya, tidak semua agama, kepercayaan, kesenian,


perayaan dan adat resam menjadi halangan utama dalam mewujudkan
perpaduan dan integrasi dikalangan etnik di Malaysia. Ini kerana, perbezaan
itu secara asasnya tidak menjadi penghalang tetapi haruslah menjadi
pendokong kepada perpaduan masyarakat. Tidak dinafikan terdapat juga
segelintir perkara yang menjadi halangan dalam mewujudkan perpaduan dan
integrasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Maka dengan itu, kita sebagai
rakyat Malaysia perlu mengekalkan perpaduan melalui interaksi hubungan
etnik yang lebih mantap, padu dan harmonis.

15

Vous aimerez peut-être aussi