Vous êtes sur la page 1sur 7

1. Adakah anda suka pada mata pelajaran sains?

Bil Nama Murid Respon Oleh Setiap murid.

1 AGNES THAM Suka, tetapi saya kurang berminat.

2 LING PEI NEE Kurang Minat.

3 LIEW KAH FEI Tidak, saya sentiasa mengantuk semasa guru mengajar.

4 NG XIN YI Ya, saya berminat dengan mata pelajaran sains.

5 LEE JUN HONG Saya lebih suka subjek yang lain berbanding dengan subjek

sains

6 HEE ZHI QIAN Tidak, kerana kami jarang menjalani eksperimen.

7 KHOO JUE HUI Ya, tetapi saya sentiasa lupa akan konsep sains yang diajar

oleh guru.

8 SIM PEI SHAN Tidak, kerana guru sangat garang.

Berdasarkan soalan pertama temu bual saya iaitu sama ada mereka minat

terhadap mata pelajaran sains ataupun tidak, saya mendapati bahawa terdapat 3 orang

murid adalah minat terhadap sains dan 5 orang murid memberi respon di mana mereka

kurang minat ataupun tidak minat terhadap mata pelajaran sains ini. Melalui respon

daripada murid, boleh didapati bahawa kurang minat terhadap mata pelajaran sains

mempunyai perkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam

bilik darjah.
2. Jika Ya/ Tidak, Kenapa?

Bil Nama Murid Respon Oleh Setiap Murid

1 AGNES THAM Kerana kurang aktiviti seperti eksperimen dijalankan.

2 LING PEI NEE Semasa eksperimen dijalankan adalah seronok, jika tidak

sains adalah bosan.

3 LIEW KAH FEI Kerana guru tidak bertanya soalan kepada saya dan guru

membuat penerangan sahaja

4 NG XIN YI Kerana banyak aktiviti boleh dijalankan.

5 LEE JUN HONG Kerana guru tidak membawa kami ke makmal sains dan

tidak ada aktiviti kumpulan dijalankan.

6 HEE ZHI QIAN Banyak aktiviti kumpulan boleh dijalankan, jika tidak amat

bosan juga.

7 KHOO JUE HUI Kerana saya minat untuk mengetahui konsep sains yang

berkaitan dengan kehidupan kita.

8 SIM PEI SHAN Kerana guru sentiasa beri kerja laithan yang banyak, jika tak

siap akan kena marah.

Bagi soalan temu bual kedua ini, saya telah bertanya kepada respondan sebab mereka

minat ataupun kurang minat terhadap mata pelajaran sains. Bagi murid yang minat

terhadap sains, mereka berkata bahawa sains boleh menjalankan banyak aktiviti, mereka

mempunyai sifat ingin tahu untuk mengetahui konsep sains yang berkaitan dengan

kehidupan seharian dan mereka suka akan aktiviti. Bagi murid yang menyatakan kurang

minat, mereka berkata bahawa kurang aktiviti seperti eksperimen dijalankan, banyak kerja

latihan diberi dan guru tidak bertanya soalan dan hanya membuat penerangan sahaja

merupakan satu faktor utama mereka kurang minat terhadap sains.


3. Bagaimanakah cara guru anda mengajar sains di dalam kelas?

Bil Nama Murid Respon Oleh Setiap Murid

1 AGNES THAM Membaca buku teks, membuat perbincangan buku latihan

dan menyuruh kami menghafal konsep sains sehari sebelum

guru mengajar.

2 LING PEI NEE Membaca buku teks, membuat penerangan, berbincang buku

latihan

3 LIEW KAH FEI Membaca buku teks, membuat penerangan, berbincang buku

latihan dan sedikit soalan ditanya sahaja.

4 NG XIN YI Membaca buku teks, membuat penerangan, berbincang buku

latihan dan sedikit soalan ditanya sahaja.

5 LEE JUN HONG Membaca buku teks, membuat penerangan, berbincang buku

latihan

6 HEE ZHI QIAN Membaca buku teks, membuat penerangan, berbincang buku

latihan

7 KHOO JUE HUI Membaca buku teks, membuat penerangan, berbincang buku

latihan

8 SIM PEI SHAN Membaca buku teks, membuat penerangan, berbincang buku

latihan

Bagi soalan 3 ini, saya telah bertanya kepada mereka situasi mereka semasa belajar

sains. Melalui respon daripada kelapan-lapan murid, saya mendapati bahawa cara guru

mengajar mata pelajaran sains. Guru Sains bagi kelas mereka sentiasa menyuruh mereka

memahami konsep sains melalui pembacaan buku teks, selepas itu membuat penerangan

dan seterusnya membincangkan buku latihan. Guru juga jarang bertanya soalan kepada

mereka semasa mengajar sains.


4. Apakah perasaan anda semasa mempelajari mata pelajaran sains?

Bil Nama Murid Respon Oleh Setiap Murid

1 AGNES THAM Gembira dan akan menumpu perhatian guru mengajar.

2 LING PEI NEE Bosan.

3 LIEW KAH FEI Bosan.

4 NG XIN YI Bosan.

5 LEE JUN HONG Bosan.

6 HEE ZHI QIAN Bosan.

7 KHOO JUE HUI Walaupun saya minat tetapi amat bosan sebenarnya belajar

sains.

8 SIM PEI SHAN Bosan.

Melalui soalan 4 ini, saya telah mendapati bahawa perasaan dan emosi mereka semasa

belajar subjek sains. 7 orang daripada 8 respondan telah menyatakan bahawa mereka

berasa amat bosan semasa mempelajari subjek sains. Hanya seorang sahaja yang

berasa gembira dan akan menumpu perhatian kepada guru semasa guru mengajar di

hadapan.
5. Adakah anda suka aktiviti kumpulan dijalankan semasa belajar sains?

Bil Nama Murid Respon Oleh Setiap Murid

1 AGNES THAM Suka.

2 LING PEI NEE Suka.

3 LIEW KAH FEI Suka.

4 NG XIN YI Suka.

5 LEE JUN HONG Suka.

6 HEE ZHI QIAN Suka.

7 KHOO JUE HUI Suka. Seronok untuk bekerjasama dengan rakan lain

8 SIM PEI SHAN Suka. Seronok untuk bekerjasama dengan rakan lain.

Bagi soalan kelima, saya telah mengetahui bahawa kelapan-lapan respondan sebenarnya

suka akan aktiviti kumpulan dijalankan semasa belajar mata pelajaran sains. Mereka

berasa amat seronok kerana mereka diberi peluang untuk bekerjasama dengan rakan-

rakan yang lain.


6. Pernahkah anda menjalani aktiviti kumpulan semasa belajar mata pelajaran sains?

Bil Nama Murid Respon Oleh Setiap Murid

1 AGNES THAM Tidak pernah.

2 LING PEI NEE Tidak pernah.

3 LIEW KAH FEI Tidak pernah.

4 NG XIN YI Tidak pernah.

5 LEE JUN HONG Tidak pernah.

6 HEE ZHI QIAN Tidak pernah.

7 KHOO JUE HUI Tidak pernah.

8 SIM PEI SHAN Tidak pernah.

7. Jika tidak, adakah anda harap aktiviti kumpulan dijalankan semasa belajar sains?

Bil Nama Murid Respon Oleh Setiap Murid

1 AGNES THAM Ya.

2 LING PEI NEE Ya.

3 LIEW KAH FEI Ya.

4 NG XIN YI Ya.

5 LEE JUN HONG Ya.

6 HEE ZHI QIAN Ya.

7 KHOO JUE HUI Ya.

8 SIM PEI SHAN Ya.

Melalui soalan 6 dan 7, jelas boleh dilihat bahawa kelapan-lapan respondan tidak pernah

menjalani aktiviti kumpulan semasa mempelajari mata pelajaran sains dan mereka

berharap aktiviti kumpulan boleh dijalankan semasa mempelajari mata pelajaran sains.

Vous aimerez peut-être aussi