Vous êtes sur la page 1sur 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

BINTANGOR

KERJA KURSUS

MAGDALINA PUNAI ANAK


NAMA PELAJAR PRISILLA ANAK BUIEE
LAYANG

ANGKA GILIRAN 2015031340026 2015031340030

NO. KAD PENGENALAN 960702-13-6542 960211-13-6206

KUMPULAN/UNIT PISMP BIB AMBILAN JUN 2015

KOD DAN NAMA KURSUS LASS 3013 (PENDIDIKAN ALAM SEKITAR)

TAJUK TUGASAN PROJEK LAPORAN PROJEK REFLEKSI

NAMA PENSYARAH
ENCIK GEORGE ANAK BERUNDANG
AKADEMIK

TARIKH HANTAR
PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana tugasan penulisan Laporan Projek dan Penulisan
Laporan Reflektif bagi kursus LASS3013 ini dapat disiapkan sepenuhnya. Pertama sekali,
kami berdua ingin mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Tuan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang iaitu Dr. Lambat anak Lindong kerana
telah memberikan kebenaran kepada kami berdua bagi melaksanakan tugasan kursus di
luar kawasan kampus. Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima
kasih kami turut berikan kepada Encik George Anak Berundang selaku pensyarah yang
telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami berdua sepanjang
pelaksanaan tugasan kursus ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua-dua orang tua
kami yang telah banyak menyokong dari belakang dan sentiasa memberikan kata-kata
semangat yang tidak pernah putus agar kami berdua tetap bersemangat untuk meneruskan
perjuangan. Begitu juga, kepada rakan-rakan kami berdua terima kasih yang tidak terhingga
kami berdua ucapkan kerana telah banyak memberikan pandangan dan ilmu kepada kami
berdua dalam memperbaiki mutu kerja kursus ini.
PENGAKUAN

Pengakuan pelajar

Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: Tandatangan:

Tarikh: Tarikh:
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Penghargaan i

Pengakuan Siswa Pendidik ii

Isi Kandungan iii

1.0 Laporan Projek: Minggu Alam Sekitar 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Masalah / isu: Sampah-sarap di sekitar kawasan 2


sekolah.

1.3 Langkah-langkah mengatasi Isu Sampah-sarap 3


di sekitar kawasan sekolah.

1.4 Manfaat 6

1.5 Kesimpulan 6

Rujukan iv

2.0 Penulisan reflektif 9

2.1 Amalan gaya hidup lestari terbaik untuk 9


kehidupan seharian

2.1.1 Semasa 9

2.1.2 Selepas 11
1.0 LAPORAN PROJEK: MINGGU ALAM SEKITAR

1.1 Pengenalan

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang


mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini.
Dewasa ini, era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek
sosio-ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara,
namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri
sendiri. Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan
oleh negara kita sehingga telah mencemarkan imej negara kita.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mengatakan bahawa pencemaran


adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan), pengotoran alam sekitar
merupakan perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Minggu Alam Sekitar merupakan satu inisiatif bagi menghargai bumi. Minggu Alam
Sekitar yang diadakan diadakan di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Naman diadakan
bagi meningkatkan kesedaran dan menghargai planet yang menjadi tempat tinggal
manusia iaitu bumi. Minggu Alam Sekitar adalah bertujuan untuk mengajak individu dan
masyarakat supaya prihatin dan peduli kepada alam sekitarnya. Pada hari ini, semakin
banyak bencana alam yang timbul. Bencana alam ini telah banyak memusnahkan alam
sekitar dan hidupan sekeliling. Banyak manusia yang telah terkorban kerana bencana
alam ini. Namun, bencana alam ini terjadi kerana perbuatan manusia itu sendiri. Aktiviti
manusia seperti penebangan pokok yang berleluasa telah banyak menjejaskan
keseimbangan ekosistem. Manusia menjadi begitu tamak dan hanya inginkan
keuntungan semata-mata. Pihak pembalak seharusnya mempunyai pengurusan alam
yang baik daan sistematik. Pokok yang sudah ditebang haruslah ditanam semula. Begitu
juga, hanya pokok yang cukup matang sahaja yang boleh ditebang. Sekiranya manusia
mempunyai kesedaran dan sanggup untuk bertolak ansur dengan alam, sudah tentu
bencana alam tidak akan melanda dengan begitu teruk. Jadi, Minggu Alam Sekitar
adalah bertujuan untuk menyedarkan semua pihak tentang kepentingan Bumi dalam
memastikan kelangsungan hidup kita sekaligus memberikan penghargaan kepada bumi
yang telah banyak berjasa kepada kita.
Isu: masalah
sampah sarap
di sekolah

Penyelesaian:
Minggu Alam
Sekitar

Pertandingan Pertandingan
Menanam
Gotong-royong mewarna kuiz alam Amalan 5R
pokok bunga
poster sekitar.

Peta grafik 1.1.1 menunjukkan permasalah alam sekitar yang dihadapi oleh warga Sekolah
Kebangsaan Ulu Sungai Naman dan cara penyelesaiannya.

1.2 Masalah/isu: Sampah-sarap di sekitar kawasan sekolah.

Tempat yang dipilih untuk melaksanakan projek bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu
Sungai Naman, Julau. Masalah atau isu yang melanda sekolah ini isu sampah-sarap.
Kawasan sekolah mempunyai masalah sampah yang dibuang oleh murid secara
merata. Perkara ini telah menyebabkan pencemaran sekaligus merosakkan
pemandangan alam kerana sampah ini telah mengotorkan kawasan sekolah. Kawasan
sekolah yang kotor akan mengurangkan keberkesanan pembelajaran kerana keadaan
belajar yang tidak selesa buat murid dan juga guru.Bagi mengatasi masalah atau isu
kekotoran sampah di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Naman, saya dan rakan telah
melaksanakan sebuah Projek Minggu Alam Sekitar. Projek ini telah dilaksanakan pada
31 Julai hingga 04 September 2017 iaitu sepanjang satu minggu. Projek ini telah
disertai oleh banyak pihak seperti pihak guru, staf sokongan sekolah, murid-murid dan
ibu bapa murid.
1.3 Langkah-langkah mengatasi isu sampah-sarap di sekitar kawasan sekolah.

Terdapat beberapa langkah yang telah diambil dalam melaksanakan Projek Minggu
Alam Sekitar ini. Antaranya ialah dengan memberi fokus kepada Agenda 21 iaitu dalam
pembangunan lestari. Pemeliharaan kawasan sekolah diberikan fokus dalam
pembangunan lestari. Menurut Mok (2009), pemeliharaan meliputi aspek penjagaan dan
perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan
rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip
pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa
kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang. Dalam projek ini, aspek
pemeliharaan diberikan fokus kerana menumpukan kepada penjagaan alam sekeliling
sekolah. Penjagaan alam sekeliling sekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Naman
melibatkan penanaman pokok dan bunga, kerja pembersihan kawasan padang,
memotong rumput, membuang sampah, pengumpulan barang yang boleh dikitar
semula dan lain-lain. Pembangunan lestari di sekolah adalah penting bagi mendidik
murid-murid untuk menjaga dan menghargai alam sekitar sebelum terlambat.

Langkah kedua yang dilakukan dalam melaksanakan Projek Minggu Alam Sekitar
ialah dengan mengamalkan gaya hidup lestari. Gaya hidup lestari adalah gaya hidup
mesra alam yang perlu diaplikasi dalam semua aktiviti kita seharian. Ini bermakna
kehidupan lestari diasaskan kepada amalan dan gaya hidup sesuaidengan keperluan
generasi sekarang dan akan datang.Murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Naman
harus didedahkan tentang pengetahuan yang tepat dan jelas bahawa kualiti hidup
mereka terjejas sekiranya komponen alam sekitar terjejas dalam jangka masa yang
panjang. Kitar semula adalah salah satu gaya hidup lestari. Menurut Faridah et.al
(2014), kitar semula ialah proses memproses semula bahan buangan untuk
menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan,
mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga,
mengurangkan pencemaran udara dan air dan mengurangkan pengeluaran gas hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula ialah satu proses
melibatkan 5R iaitu rethink, repair, reuse, recycle dan reduce.

Menurut Mok (2011), proses kitar semula juga melibatkan usaha


mengumpul,memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah
dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang
dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Kitar semula ini sesuai dilaksanakan di
peringkat sekolah kerana kita boleh mengajar murid untuk mengitar semula barangan
dengan cara yang kreatif. Murid boleh menghasilkan barangan atau produk yang
mempunyai fungsi yang baru atau menghasilkan karya seni kreatif. Barangan yang
boleh dikitar semula ialah seperti kertas,barangan kaca, aluminium, logam, plastik,
tekstil, elektronik dan lain-lain. Selain itu, kempen berbasikal juga merupakan salah satu
gaya hidup lestari. Kempen berbasikal ini mungkin seperti tiada kaitan atau memberi
manfaat kepada alam secara langsung.

Namun, secara dalamannya, ia dapat memberi kesan positif dalam menyemai nilai
alam sekitar dalam diri kita. Nilai alam sekitar yang dimaksudkan ialah seperti nilai
menyayangi alam sekitar, memelihara alam sekitar dan memulihara alam sekitar. Untuk
menghasilkan individu yang dapat menjaga alam sekitar, kita mestilah bermula dengan
penerapan nilai dalam diri masing-masing.Berbasikal merupakan salah satu cara yang
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara. Berbasikal
dapat mengurangkan pencemaran alam kerana ia tidak memerlukan tenaga yang
datang dari bahan bakar seperti minyak diesel dan petrol. Pembebasan asap dari
minyak tersebut menyumbang kepada penghasilan gas rumah hijau. Jadi, berbasikal
adalah digalakkan sekiranya tempat yang dituju adalah tidak jauh.

Langkah ketiga pula ialah pembangunan lestari yang memfokuskan kepada


pemeliharaan dan pemuliharaan. Aktiviti pemeliharaan yang dilaksanakan di sekolah ini
ialah seperti penanaman pokok bunga di sekitar halaman sekolah, tumbuhan herba di
Taman Sains Matematik dan lain-lain. Penanaman pokok-pokok bukan sahaja dapat
mencantikkan alam tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat
serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini. Aktiviti
pemuliharaan pula ialah seperti penternakan hidupan sungai seperti ikan dan kura-kura,
membaja tanaman yang sudah sedia ada seperti pokok-pokok bunga dan lain-lain.
Semua aktiviti ini dilakukan dengan bantuan warga sekolah seperti murid-murid, para
guru dan pekerja pembersihan sekolah. Murid-murid dilibatkan dalam aktiviti ini supaya
dapat mendidik mereka tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam supaya
kurang memberikan pencemaran kepada alam sekitar.

Langkah keempat pula ialah menekankan prinsip Cinta akan Persekitaran. Semua
warga sekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Naman diberikan pendedahan
tentang betapa pentingnya menyayangi dan menghargai alam sekitar. Hal ini demikian,
manusia dan alam sekitar saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh hal yang
demikian, sebagai seorang manusia yang sayang akan alam sekitar sememangnya
sudah menjadi tanggungjawab dan amanah bagi kita untuk menjaga kelestarian alam
sekitar. Misalnya, murid-murid menanam pokok-pokok bunga, menyiram pokok bunga,
dan sebagainya aktiviti yang menunjukkan kegiatan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar. Murid-murid hendaklah sentiasa membuang sampah ke dalam tong
sampah yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Tambahan pula, rutin harian murid-
murid telah pun ditetapkan oleh guru-guru atasan agar setiap hari setiap kelas
mempunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing untuk memastikan kawasan
sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan cantik. Selain itu, guru juga boleh
menganjurkan kuiz yang bertemakan Kesedaran Menyayangi Alam Sekitar untuk
menilai tahap kesedaran murid tentang isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar.

Langkah kelima pula, ialah prinsip tanggungjawab setiap individu. Prinsip ini
bertetapan dengan kegiatan yang dilakukan oleh setiap warga sekolah di Sekolah
Kebangsaan Ulu Sungai Naman sepanjang tempoh seminggu. Sepanjang Minggu Alam
Sekitar ini berlangsung, setiap warga sekolah bertanggungjawab ke atas pencemaran
alam sekitar yang diakibatkan oleh diri sendiri. Setiap warga sekolah mempunyai
peranan masing-masing dalam menjaga kelestarian landskap sekolah. Seseorang
individu tidak seharusnya memandang rendah terhadap usaha menjaga alam sekitar.
Sebaliknya, mesti berganding bahu dalam menjaga kelestarian alam sekitar agar tidak
tercemar dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Misalnya, perbuatan yang
tidak boleh dilakukan oleh seseorang individu ialah membuang sampah di dalam kelas
orang lain. Ini tidak boleh dilakukan keraana akan menyebabkan kelas orang lain
berbau busuk dan kelihatan sangat kotor. Perbuatan seperti ini menunjukkan seseorang
itu tidak mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Selain itu, prinsip kerjasama merupakan asas kepada pembangunan sekolah lestari.
Prinsip kerjasama ini merupakan prinsip yang berperanan merangkumi semua orang
dalam memahami alam tabii dan bersatu bekerja dengan cara yang harmoni. Prinsip ini
bertetapan dengan prinsip utama Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Naman kerana
sekolah ini menekankan semangat kerjasama dalam menjaga alam sekitar. Kebersihan
dan kelestarian alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama bagi semua warga
sekolah. Tidak ada seorang pun yang tidak mempunyai peranan dalam menjaga
kelestarian alam sekitar sekolah. Sebagai contoh di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai
Naman, murid-murid sentiasa bekerjasama dalam menjaga kebersihan kawasan
persekitaran, menjaga tanaman, dan sebagainya. Manakala bagi guru-guru pula,
mereka merupakan pengerak kepada murid-murid untuk melakukan kegiatan
melestarikan alam sekitar. Apa yang menarik di sini ialah, sekolah ini mempunyai
Taman Herba yang digunakan untuk menanam tumbuhan yang berunsurkan herba.
Oleh hal yang demikian, guru-guru dan murid-murid haruslah bertungkus lumus
bekerjasama menjaga kelestarian landskap Taman Herba ini agar sentiasa terjaga.
1.4 Manfaat

Manfaat yang telah diperolehi daripada projek Penghijauan Semula Persekitaran SK.
Ulu Sungai Naman ialah pertama sekali sudah pasti persekitaran sekolah menjadi
semakin segar dan bersih. Sekolah ini kelihatan seperti sekolah dalam taman. Ini
menjadikan murid-murid lebih bersemangat untuk datang ke sekolah kerana mereka
selesa dengan keadaan sekolah yang cantik, bersih, dan udara yang segar. Selain itu,
murid-murid juga mempunyai kesedaran mengenai betapa pentingnya menjaga
kelestarian alam sekitar dalam kehidupan seharian setelah menjalankan projek ini.
Rata-ratanya murid-murid di sekolah ini semakin meminati aktiviti kelestarian alam
sekitar. Misalnya, murid-murid membantu guru dalam menyiram pokok bunga dan
sebagainya. Di samping itu, manfaat yang diperolehi daripada projek penghijauan
semula ini sedikit sebanyak telah menjadikan kawasan sekolah ini menjadi semakin
cantik dan bersih. Misalnya, aktiviti pembuangan sampah ke dalam tong sampah,
membuang takungan air, dan sebagainya mampu mengelakkan segala macam bacteria
agar tidak dapat membiak. Jadi, kawasan sekolah yang bersih seperti ini pasti dapat
mendorong sekolah ini mencatatkan rekod sifar dalam kes AEDES dan sebagainya.

1.6 Kesimpulan

Kesimpulannya, alam memiliki kemampuan untuk memberikan kehidupan bagi


penduduk bumi. Potensi yang ada pada alam untuk memenuhi keperluan hidup
manusia. Semua manusia perlu menjaga kelestarian alam sekitar. Sekiranya alam
sekitar sentiasa terjaga dan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat, maka
manusia yang mendiami alam sekitar juga sihat. Hal ini demikian, manusia dan alam
sekitar bergantung kepada satu sama lain. Alam sekitar merupakan sumber kepada
kehidupan manusia. Jadi, Penghijauan Semula Persekitaran Sekolah Kebangsaan Ulu
Sungai Naman merupakan satu inisiatif yang sangat baik untuk menyokong sekaligus
mengekalkan keseimbangan ekosistem. Pendedahan telah diberikan kepada murid-
murid di sekolah tersebut agar menitikberatkan amalan mementingkan kelestarian alam
sekitar agar dapat dimanfaatkan oleh generasi muda pada masa yang akan dating.
Bukan itu sahaja, persekitaran yang bersih dan cantik dengan tumbuhan hijau juga
mampu menjadikan kawasan sekolah lebih menarik, cantik, dan selesa. Hal ini akan
menjadikan murid-murid bersemangat untuk belajar kerana persekitaran yang bersih
dan selamat. Pendekatan ini telah menjadikan Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Naman
ini mendapat gelaran sebagai sekolah dalam taman. Tambahan pula, pencapaian
sekolah ini begitu membanggakan kerana pencapaian sekolah ini dari segi akademik
jauh lebih baik daripada sekolah-sekolah yang lain yang berada berdekatan dengan
kawasan bandar. Sekolah ini telah melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang
dan terbilang dalam apa jua bidang yang dipertandingkan.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang
menghijau. Tumbuhan-tumbuhan ini membebaskan oksigen ke udara dan
membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen yang secukupnya. Oleh hal yang
demikian, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber
makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan. Ia juga turut berperanan
sebagai sumber kecantikan, keindahan, dan kedamaian di samping udara yang bersih.
Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam
memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam
kehidupan kita.

Alam sekitar telah dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan kepada kita sebagai
manusia. Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam
sekitar tidak septutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan
sesebuah negara. Seandainya masalah pencemaran alam sekitar ini dibiarkan begitu
sahaja, sudah tentu kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup
dalam kemewahan. Adakan pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam
sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa
menginginkan kesihatan diri sendiri? Tepuk dada tanyalah selera, kerana kita boleh
membanteras masalah ini daripada terus berlaku. Dengan itu, penjagaan pemuliharaan
dan pemeliharaan alam sekitar daripada terus tercemar memerlukan kerjasama,
kesedaran , dan keprihatinan daripada semua lapisan masyarakat. Mudah-mudahan
generasi akan dating dapat menikmati keindahan dan kelestarian alam sekitar yang
dianugerahkan kepada manusia. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu
bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ini.
Murid-murid sedang bergotong- Hari pertandingan
royong membersihkan kawasan
sekolah.

Murid sedang menanam pokok Murid sedang menjawab kuiz yang

bunga. dijalankan.
Rujukan

Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh, dan Zairinah Mohd Shukur (2014). Pendidikan Alam
Sekitar.Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2009).Pengurusan Alam Sekitar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Mok Soon Sang (2011). Amalan Kitar Semula. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
2.0 PENULISAN REFLEKTIF

2.1 Amalan Gaya Hidup Lestari Terbaik Untuk Kehidupan Seharian.


Pada 24 Julai 2017, kami telah diberikan suatu tugasan bagi kursus Pendidikan Alam
Sekitar (LASS3013). Antara tugasan yang telah kami perolehi ialah melaksanakan suatu
projek yang berunsurkan pengintegrasian program pendidikan lestari dan alam sekitar.
Tugasan ini ialah secara berkumpulan atau individu. Pada tugasan kali ini, saya telah
memilih untuk melaksanakan tugasan projek dan pembentangan secara berkumpulan
agar hasil kerja yang diperoleh adalah lebih baik, bermutu dan cemerlang melalui
perkongsian idea bersama.
Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus LASS3013 iaitu Encik George Anak
Berundang kerana telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta bahan-
bahan yang berguna dalam menyiapkan tugasan kursus. Beliau tidak pernah jemu
dalam menyampaikan dan membuat perkongsian maklumat agar kami dapat
melaksanakan tugasan dengan lancar serta memperoleh faedah daripada tugasan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan sekelas kerana telah banyak
membantu dengan berkongsi maklumat dan idea-idea bernas sehinggalah kami berdua
mampu menyiapkan tugasan dan menghantarnya.

2.1.1 Semasa
Sepanjang melakukan tugasan ini, kami berdua telah dapat menimba ilmu mengenai
alam sekitar, nilai-nilai alam sekitar, langkah pengurusan alam sekitar, prinsip, etika dan
gaya hidup lestari. Sebelum ini, sedar atau tidak sedar kami berdua telah banyak
merosak dan mencemarkan alam sekitar kerana kurang ilmu yang mendalam mengenai
pendidikan alam sekitar. Setelah diberi tunjuk ajar, bimbingan dan penerangan yang
jelas oleh pensyarah kursus barulah kami berdua sedar akan kepentingan alam sekitar
kepada kita semua. Kami juga telah sedar akan kepentingan alam sekitar dalam
kehidupan seharian. Masih banyak kekurangan dan ilmu mengenai subjek Pendidikan
Alam Sekitar ini dan kami berdua masih perlukan tunjuk ajar daripada pensyarah yang
berpengalaman tentang alam sekitar. Selain itu, kami berdua turut mencari pelbagai
maklumat yang berguna daripada internet tentang cara-cara menguruskan dan menjaga
alam sekitar. Beberapa aktiviti yang sesuai dijalankan telah kami berdua pilih daripada
internet.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baru yang telah kami berdua
pelajari. Terutamanya yang berkaitan dengan gaya hidup lestari dalam memelihara dan
memulihara alam sekitar. Konsep gaya hidup lestari ini mementingkan kehidupan yang
bersederhana dan lestari. Maksudnya, segala aktiviti yang kita lakukan adalah
bersederhana dalam perlakuan yang kita lakukan serta mengambil kira kesan perlakuan
tersebut terhadap alam sekitar agar dapat membantu mengurangkan beban kepada
terjejas ekosistem serta flora dan fauna. Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang projek
Minggu Alam Sekitar adalah berlandaskan kepada gaya hidup lestari seperti amalan 5R
(Repair, Reduce, Reuse, Repair, and Recycle), menggunakan basikal sebagai
pengangkutan bagi perjalanan jarak pendek, penanaman pokok bunga bagi
menghijaukan kawasan disamping membantu mengurangkan kesan pemanasan global,
amalan gotong-royong dan lain-lain. Pihak sekolah amat menyokong program yang telah
dianjurkan dan telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada kami berdua dalam
menjayakan Minggu Alam Sekitar. Amalan gaya hidup lestari ini amat penting diterapkan
bagi menjaga kesejahteraan alam.
Amalan gaya hidup lestari ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tempat yang
paling asas untuk kita mengamalkan gaya hidup lestari bermula daripada tempat tinggal
atau kediaman kita sendiri. Ibu bapa haruslah mengamalkan gaya hidup lestari di
kawasan rumah agar dapat menjadi ikutan dan kebiasaan kepada anak-anak. Anak-
anak juga akan turut mengamalkan gaya hidup lestari ini di kawasan luar rumah seperti
persekolahan kerana terbawa-bawa. Ibu bapa boleh mendidik anak-anak dengan
sentiasa mengamalkan amalan 5R, menjaga kebersihan kawasan rumah, mengajar
anak untuk berjimat-cermat dengan sentiasa menggunakan barangan yang boleh
dipakai berulang kali dan lain-lain. Di sekolah ini, guru turut mengajar murid tentang
amalan gaya hidup lestari melalui Pendidikan Alam Sekitar. Guru juga mendedahkan
murid-murid tentang cara-cara memelihara dan memulihara alam sekitar, mengajar
tentang kesan-kesan negatif kemusnahan alam sekitar, nilai-nilai murni alam sekitar,
biologi, geografi dan lain-lain. Para guru dan ibu bapa hendaklah bersedia dengan ilmu
pendidikan tentang alam sekitar.
Selain itu, cara kita boleh mengamalkan gaya hidup lestari di tempat kerja
terutamanya ialah dengan mengamalkan amalan 5R. Sebagai seorang guru, kita sudah
semestinya akan menggunakan banyak kertas. Kertas-kertas yang sudah diguna
janganlah dibuang sebaliknya gunakanlah kertas kembali untuk tujuan seni. Seni atau
kerja tangan boleh melalui boleh dihasilkan untuk tujuan pendidikan seperti Pendidikan
Seni. Murid boleh menghasilkan seni sambil belajar kemahiran seperti melipat,
menggunting dan mengasah kreativiti. Hasil kerja murid daripada kertas kitar semula
tersebut pula bolehlah dipamerkan atau dilekatkan dalam kelas bagi tujuan keceriaan
kelas. Selain itu, barangan plastik seperti botol juga boleh digunakan oleh guru untuk
menggantikan pasu bunga kecil dan diletakkan dalam kelas bagi mewujudkan kelas
mesra alam. Murid juga akan belajar tentang amalan gaya hidup lestari secara tidak
langsung. Penyerapan nilai-nilai murni alam sekitar juga akan dipupuk dalam diri murid-
murid.
Generasi kini hendaklah dididik dan dibimbing sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah
Melayu melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pendidikan Alam Sekitar ini
amatlah penting untuk dipupuk sejak dari peringkat sekolah rendah lagi dan berterusan
hingga ke sekolah menengah. Cara pihak sekolah boleh mendidik murid ialah dengan
membudayakan amalan gaya hidup lestari. Amalan gaya hidup lestari boleh
dilaksanakan di sekolah ialah dengan mengadakan aktiviti seperti bergotong-royong,
pertandingan kelas mesra alam, kempen 5R dan lain-lain. Aktiviti yang diadakan
hendaklah menjerumus kepada amalan gaya hidup lestari bagi membolehkan murid
merasai pengalaman dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Gaya hidup
lestari hendaklah diamalkan sentiasa oleh pihak sekolah agar dapat menjadi kebiasaan
kepada murid.

2.1.2 Selepas
Setelah melaksanakan tugasan ini, kami berdua telah sedar akan kepentingan nilai
bumi kepada kehidupan manusia. Alam sekitar memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan seharian kita. Manusia dan alam sekitar adalah saling bergantung.
Suasana yang selesa dan nyaman dapat dicapai sekiranya alam sekitar tidak dicemar
dengan kegiatan-kegiatan yang boleh merosakkan alam. Misalnya, penebangan yang
berleluasa, pembuangan bahan toksik ke sungai dan lautan, pembakaran terbuka,
pemburuan haram dan lain-lain. Kesan aktiviti-aktiviti sebegini akan memberikan impak
yang negatif kepada pembangunan negara. Ini disebabkan oleh bencana alam yang
terjadi kesan daripada aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri.
Anugerah yang tidak ternilai ini tidak ada kelemahannya walaupun telah berlakunya
berbagai-bagai bencana alam dan juga kerosakan yang zahirnya berlaku di mana-
mana. Kelemaha-kelemahan ini sebenarnya bukanlah disebabkan oleh alam itu sendiri,
tetapi ianya adalah disebabkan oleh tindakan kita sendiri yang tidak bijak menguruskan
alam. Keadaan bumi semakin hari semakin teruk kerana sering kali dirosakkan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuma ingin mencari kesempatan dan
keuntungan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku secara berterusan, kita hendaklah
memberi pendedahan yang awal kepada generasi muda melalui pendidikan di rumah
dan di sekolah. Generasi masa kini perlulah dididik sedari awal agar mereka dapat
menyematkan nilai-nilai alam sekitar seperti prinsip menghormati alam sekitar, prinsip
rendah diri, prinsip bekerjasama, prinsip hidup seimbang dan lain-lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab dalam meningkatkan kawalan ke
atas aktiviti penebangan pokok secara haram. Pihak kerajaan perlulah mengetatkan
kawalan dan undang-undang bagi membanteras kegiatan haram ini. Usaha ini tidak
mungkin akan berjaya tanpa bantuan masyarakat sekeliling. Masyarakat perlulah
melaporkan kegiatan tersebut jika terlihat. Sebagai penghuni muka bumi ini, kita
perlulah bijak untuk menguruskan segala sumber-sumber yang disediakan kepada kita
untuk kepentingan bersama. Salah satu caranya ialah dengan mengamalkan gaya
hidup lestari.
Seterusnya, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari
semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana
persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu
persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesan
pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Pokok juga bertindak untuk
mengeluarkan gas oksigen yang amat diperlukan oleh manusia dan hidupan bumi yang
lain. Akhirnya, pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Suhu sekeliling juga akan menjadi lebih sejuk dan
menyamankan. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan
dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah
dan banjir. Hutan amat penting kerana ia merupakan habitat haiwan. Sekiranya habitat
ini musnah, haiwan semestinya akan berpindah ke kawasan kediaman manusia dan
mengganggu kesejahteraan kita.
Kita perlulah menjaga alam sekitar dan menguruskannya dengan baik kerana alam
sekitar dalam keadaan yang baik juga menjamin ekosistem yang stabil. Ekosistem
yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air.
Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Kehadiran
hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti
yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan
domestik mahupun industri. Selain itu, hutan yang membantu manusia menakung air
dalam empangan-empangan yang dilengkapi dengan teknologi canggih membolehkan
kita menghasilkan kuasa elektiok hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam
dan dapat mengurangkan pergantungan terhadap tenaga fosil seperti petrol dan arang
batu yang mencemarkan alam sekitar.
Akhir sekali, kita mestilah sedar akan segala kemusnahan yang telah kita lakukan
terhadap alam sekitar. Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan
memperbaiki semua yang telah rosak. Apabila kita terpaksa melakukan perubahan
kepada alam atau bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara
yang akan mengakibatkan kerosakan yang minima. Sekiranya kita ingin melakukan
perubahan kepada alam atau bumi, kita mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai
dengan alam atau bumi. Semua orang mestilah bertanggungjawab ke atas
pencemaran dan degradasi alam sekitar yang akan diakibatkan olehnya. Cintailah alam
atau bumi dengan mengalami dan menghayati udara, tanah, air, tumbuhan dan
haiwan-haiwannya.