Vous êtes sur la page 1sur 10

Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan Orang Melayu.

Pada hari Ahad yang lalu, saya berpeluang untuk menghadiri


majlis perkhawinan orang Melayu. Linah, kakak Azman bernikah
pada hari itu. Dia akan berkahwin dengan anak jirannya.

Apabila saya tiba di rumah Azman, sudah banyak tetamu


yang datang . Mereka sedang berbual-bual. Suasananya sungguh
meriah.

Saya dapat melihat beberapa buah khemah. Di bawahnya


terletak meja makanan. Khemah itu juga dihiasi belon.

Setelah bersalam dengan ayah Azman , penyambut tetamu


membawa saya ke meja makan. Kemudian, makanan dan
minuman dihidangkan. Saya menikmati makanan yang sedap
bersama dengan tetamu - tetamu lain.

Selepas itu,saya beralih ke tempat kakak Azman dan


pengantin lelaki bersanding. Mereka duduk di atas pelamin
berhias.Saya merenjiskan air mawar ke atas badan mereka
seperti adat orang Melayu.

Sebelum pulang, penyambut tetamu memberi saya bunga


telur. Inilah adat orang Melayu. Pengalaman kali ini tidak saya
lupakan.
Pengalaman Menolong Mangsa Kebakaran

Pada hari Isnin yang lepas, saya lalu di hadapan sederet rumah
teres . Saya nampak asap keluar dari bumbung rumah
tepi.Kemudian penghuninya berlari keluar sambil membawa
barang yang bernilai.

Saya cepat-cepat menghubungi pihak bomba.Sementara itu,


saya membantu penghuni rumah memindahkan barang-barang
keluar dari rumah. Walaupun penat saya terus membantu
mereka.

Tidak lama kemudian, api mula merebak ke rumah- rumah


lain. Sebelum pihak bomba tiba, kami menggunakan air di dalam
baldi untuk memadamkan api. Namun , usaha kami tidak berhasil.

Mujurlah pasukan bomba tiba pada ketika itu . Mereka


bertindak segera. Selepas setengah jam ,api dapat dipadamkan.

Mangsa kebakaran itu terpaksa dipindahkan ke sebuah


sekolah rendah. Saya turut membantu mereka membawa barang-
barang ke sana. Mereka kelihatan sedih.

Saya tidak dapat memberikan sumbangan yang besar.


Namun, saya berpuas hati kerana dapat membantu mangsa
kebakaran. Masyarakat sebenarnya harus saling - membantu.
Persediaan Menyambut Tahun Baru Cina

Setiap tahun, orang Cina menyambut Tahun Baru Cina. Mereka


membuat persediaan untuk hari kebesaran ini awal-awal lagi.
Sebenarnya,sebulan diambil untuk persediaan ini.

Beberapa minggu sebelum ini, rumah akan dibersihkan .


Serangga lebah pada saling rumah akan dibuang.Lantai dan
dinding rumah turut dibersihkan.

Seminggu sebelum Tahun Baru Cina , wanita Cina mula


membuat kuih-kuih.Antara kuih yangdibuat termasuklah kuih bulan
dan kuih kapit. Kuih bulan digunakan untuk bersembahyang.

Pakaian baru juga dibeli untuk Tahun Baru Cina. Ada yang
meminta tukang jahit untuk menjahitnya.Ada yang menjahit
pakaian sendiri.

Sehari sebelum Tahun Baru Cina,kaum Cina memasak


makanan untuk semua anggota keluarga. Mereka dari jauh dan
dekat pun pulang untuk menjamu selera bersama-sama. Inilah
masanya mereka berpeluang untuk bertemu.

Pada hari Tahun Baru Cina, angpau disediakan untuk anak-


anak. Si anak yang menerima akan berasa gembira. Begini
caranya persediaan Tahun Baru Cina.
Pengalaman menghadiri Majlis Hari Jadi Kawan

Pada hari Jumaat yang lalu, saya diundang ke majlis hari jadi
kawanku.Saya pergi ke rumahnya dengan hati gembira.Sebelum
itu, saya menyediakan hadiah untuknya.

Apabila saya tiba di rumah kawanku, sudah banyak kawannya


yang sampai. Mereka berbual-bual dengan kawanku. Suasananya
sungguh meriah.

Semasa bertemu dengan kawanku, saya mengucapkan


Selamat Hari Jadi kepadanya. Kemudian saya menyerahkan
hadiah kepadanya. Dia kelihatan gembira dengan pemberianku.

Majlis hari jadi kawanku dimulakan dengan nyanyian lagu


Selamat Hari Jadi .Selepas itu ,kawanku memotong kek hari
jadinya.Kemudian dia memberi para tetamu potongan kek.

Untuk dua jam yang seterusnya, kami bermain permainan


bersama dengan kawanku. Kami juga menikmati makanan yang
disediakan oleh ibu kawannya.Sungguh lazat makanan itu.

Kami menghabiskan masa bergembira dengan kawanku.


Sebelum pulang saya mengucapkan terima kasihkepada
kawanku. Saya berasa gembira kerana dapat menghadiri majlis
hari jadi kawanku.
Pengalaman Menolong Mangsa Banjir

Pada hari Ahad yang lalu, hujan turun dengan lebatnya. Sebagai
akibatnya,banjir melanda kampung saya. Kami terpaksa bertindak
untuk menyelamatkan diri.

Apabila air sudah naik ke paras lutut, semua orang kampung


perlu berpindah. Apabila bot penyelamat sampai , saya
membantu mangsa banjir menaiki perahu,khasnya orang tua.
Kemudian bot itu membawa kami ke sebuah sekolah rendah.

Semasa berada di sekolah itu, kami ditempatkan di dewan


sekolah .Tidak lama kemudian, sukarelawan datang untuk
menjalankan tugas .Saya menolong mereka untuk mengedarkan
makanan dan pakaian kepada mangsa banjir.

Saya turut membantu seorang wanita tua. Saya membantu


menyuapkan nasi ke mulutnya. Dia nampaknya gembira.

Saya juga membantu membersihkan lantai dewan. Dengan itu,


lantai dewan kelihataan bersih. Keadaannya menjadi lebih selesa.

Saya berasa bangga kerana dapat membantu mangsa banjir.


Sumbanganku sedikit sahaja, tetapi memuaskan hatiku. Saya akan
terus membantu orang lain kelak.
Persediaan menyambut Hari Kemerdekaan

Pada 31 Ogos yang lepas, saya berpeluang untuk menyaksikan


sambutan Hari Kemerdekaan.Saya menyertai perhimpunan Hari
Kemerdekaan di Stadium Bandar Raya Pulau Pinang sebagai wakil
pelajar.

Kami tiba di stadium seawal 7.00 pagi. Semua peserta beratur di


padang. Selain pelajar,yang menyertainya ialah wakil- wakil swasta
dan kerajaan. Pasukan tentera juga hadir.

Tepat pada pukul 8.00pagi upacara majlis dimulakan. Mula-mula


lagu Negaraku dimainkan. Serentak itu,bendera Jalur Gemilang
dinaikkan .

Selepas itu,lintas hormat diadakan.Yang Dipertua Negeri berdiri


ditengah pentas. Pasukan beruniform pun melintas di hadapannya
sambil bertabik kepada beliau.

Sebaik baik sahaja lintas hormat tamat ,para pelajar berbilang


kaum memberikan persembahan tarian yang menarik. Acara
diteruskan dengan persembahan udara oleh angkatan tentera
udara. Kemudian koir sekolah kami menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Sambutan hari itu disudahi dengan bacaan doa selamat oleh


seorang imam. Selepas itu, kami pun bersurai. Saya amat bertuah
kerana dapat menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan.
Pengalaman Gotong -royong di sekolah.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya mengadakan gotong-


royong. Tujuannya adalah unyuk membersihkan kawasan sekolah.
Semua warga sekolah terlibat dalam kegiatan ini.

Kami tiba di sekolah seawal jam 7.00 pagi. Mula-mula , guru besar
memberikan taklimat. Kemudian kami diberi tugas masing-masing.

Saya dan beberapa orang murid dikehendaki mengutip sampah


di padang. Oleh itu, kami membawa beg plastik bersama. Setelah
kertas dan pembalut makan dipungut, sampah itu dibuang ke dalam
beg plastik.

Kawan-kawanku kelihatan menjalankan tugas-tugas lain. Ada


yang memotong rumput. Ada yang membersihkan longkang.

Guru-guru kami juga bekerja. Mereka membantu membawa


sampah ke lori. Lori itu kemudian mengangkut sampah itu untuk
dibuang.

Apabila aktiviti ini tamat peserta diberi makanan dan minuman.


Kesemuanya disediakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Kami
amat gembira kerana dapat membersihkan kawasan sekolah.
Peristiwa Yang Tidak akan Saya Lupakan

Saya gemar mengarang. Karanganku sering dipaparkan pada notis


kenyataan kelas. Guru Bahasa Melayu saya kerap memuji saya
kerana pandai mengarang.

Pada hari Jumaat yang lepas, sekolah saya menganjurkan


peraduan mengarang. Saya ingin menyertainya lalu memberitahu
guruku. Beliau menggalakkan saya menyertai peraduan itu.

Tepat pada pukul 8.00 pagi, peraduan mengarang dimulakan.


Para peserta diberi tajuk yang sama untuk dikarang. Saya
merancang isi- isi dahulu sebelum mengarang.

Saya mengarang mengikut rancangan saya. Sebelum


tamatnya masa, saya sudah habis mengarang. Saya pun menyemak
karangan supaya bebas daripada kesalahan.

Selepas karangan kami dikutip kami dibenarkan berehat. Kami


pun beralih ke kantin untuk mengisi perut. Sesetengah peserta
berbual-bual di luar dewan.

Dua jam kemudian,kami masuk ke dewan semula untuk


mendengar pengumuman keputusan peraduan. Alangkah
gembiranya saya apabila mengetahui bahawa saya menduduki
tempat pertama dalam peraduan itu. Itulah peristiwa yang tidak
akan saya lupakan.
Mata pelajaran yang Paling Saya Sukai

Antara mata pelajaran di sekolah , saya paling menyukai mata


pelajaran Sains.Sejak kecil saya gemar membaca buku-buku
tentang Sains. Tambahan pula saya ingin menjadi ahli sains.

Semasa guru mengajar, saya pasti menumpukan perhatian. Saya


akan bertanya kepada guru itu jika tidak memahami sesuatu.
Dengan itu,saya dapat menguasai subjek ini.

Ada sebabnya saya meminati mata pelajaran Sains. Sebenarnya,


dengan pengetahuan Sains saya dapat memahami kejadian alam
semula jadi. Contohnya ialah pembentukan hujan dan pelangi.

Saya sering melayari laman web Sains. Selain itu, saya kerap
menjalankan eksperimen yang mudah di rumah. Ayah juga selalu
membimbing saya dalam mata pelajaran ini.

Saya juga sering bergaul dengan murid yang meminati mata


pelajaran Sains. Kami berbincang tentang topik Sains. Di samping itu,
kami bertukar-tukar nota Sains.

Kerjaya saya bergantung pada ilmu Sains. Oleh itu, saya akan rajin
belajar. Saya akan terus meminati mata pelajaran Sains.
Pengalaman Gotong -royong Bersama dengan Penduduk
Kampung

Pada hari Ahad yang lalu, kampung saya mengadakan gotong-


royong. Tujuanya adalah untuk membersihkan kawasan kampung.
Semua penduduk kampung terlibat dalam aktiviti ini.

Kami sampai di padang pada pukul 8.00pagi. Mula-mula,


penghulu kampung memberikan taklimat. Kemudian kami diberi
tugas masing- masing .

Saya dan beberapa orang penduduk dikehendaki mengutip


sampah disekitar kampung. Oleh itu, kami membawa beg plastik
bersama. Setelah kertas dan pembalut makanan dipungut, sampah
itu dibuang ke dalam beg plastik .

Penduduk penduduk yang lain kelihatan menjalankan tugas-tugas


lain. Ada yang memotong rumput. Ada yang membersihkan
longkang.

Penghulu kampung dan anak-anaknya juga bekerja. Mereka


membantu membawa sampah ke lori. Lori itu kemudian mengangkut
sampah itu untuk dibuang.

Apabila kegiatan gotong-royong selesai ,penduduk kampung


diberi makanan dan minuman. Kesemuanya disediakan oleh
Persatuan Penghuni Kampung. Kami amat gembira kerana dapat
membersihkan kawasan kampung.

Vous aimerez peut-être aussi