Vous êtes sur la page 1sur 11

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

BAB 10: KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

10.1 PENGENALAN

Mana-mana syarikat yang wujud inginkan keuntungan. Mereka tidak mahu beroperasi dalam
kerugian. Namun begitu, dalam keghairahan pihak majikan untuk mengaut keuntungan yang
tinggi aspek keselamatan pekerja diketepikan. Kita biasa membaca berita pekerja putus tangan,
terjatuh banguan, mengalami sakit mata dan bermacam cerita lagi. Maka dengan itu, pihak
kerajaan telah membentuk sebuah agensi kerajaan yang bertindak sebagai agensi pelaksana bagi
hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja. Agensi ini ialah Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia manakala agensi
penyelidikan pula ialah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan. Akta-akta
juga dibentuk untuk memastikan semua individu sama ada yang bekerja atau sesiapa sahaja yang
berada di premis pekerjaan sentiasa dilindungi dari bahaya kecederaan dan kemalangan industri.
Akta-akta tersebut ialah Akta Kilang dan Mesin 1967, Akta Kualiti Persekitaran 1974, dan Akta
Keselamatan dan Kesihatan 1994. Bab ini akan membincangkan tentang aspek kesihatan dan
keselamatan pekerjaan. Perbezaan di antara keselamatan dan kesihatan pekerjaann, punca-punca
kemalangan, langkah-langkah pencegahan akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam bab
ini.

10.2 PERBEZAAN DI ANTARA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Apakah perbezaan di antara keselamatan dan kesihatan pekerjaan? Sebelum itu, kita hendaklah
terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan hazad. Hazad adalah suatu keadaan
yang berpotensi menyebabkan kecederaan individu, merosakkan peralatan dan strukturnya,
kehilangan perkakasan, serta boleh mengurangkan keupayaan pekerja.

Hazad Keselamatan adalah segala aspek persekitaran kerja yang mempunyai potensi
berlakunya kemalangan dan kecederaan secara serta merta/ spontan terhadap pekerja seperti
kehilangan penglihatan yang mengejut, terputus jari atau tangan. Kebiasaannya hazad
keselamatan dikaitkan dengan peralatan dan mesin yang tidak selamat digunakan, keadaan
tempat kerja yang tidak memuaskan, pendedahan kepada bahan kimia dan sebagainya.

Manakala Hazad Kesihatan ialah segala aspek persekitaran kerja yang secara perlahan-lahan
yang mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan pekerja. Ketegangan yang berterusan akibat
kerja yang terlalu membebankan, mendapat pekak, kerana terlalu lama terdedah kepada tempat
kerja yang terlalu bising, sakit dada, dan kekaburan mata akibat terdedah kepada bahan kimia
bahaya ialah antara penyakit emosi dan fizikal yang disebabkan oleh tugas. Sebaliknya penyakit
ini akan menyerang secara perlahan-lahan dan kesannya hanya akan dapat dilihat selepas 10
tahun atau 15 tahun. Oleh itu, pengurusan kesihatan pekerja ialah melindungi pekerja daripada
gangguan emosi dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh pekerjaan yang dilakukan oleh
pekerja. Pada kebiasaannya aspek kesihatan dipandang ringan oleh sebahagian majikan
berbanding aspek keselamatan kerana kesan penyakit-penyakit industri ini tidak datang secara
tiba-tiba.

Hak asasi seseorang pekerja adalah untuk mendapat perlindungan keselamatan dan kesihatan
semasa di tempat kerja. Berdasarkan maklumat daripada Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO),
lebih 1.2 juta pekerja tidak menikmati hak asasi ini disebabkan mereka terdedah kepada
kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Pada sidang APOSHO ke-16 di
Mauritius, ILO telah memberi gambaran yang membimbangkan iaitu:

Lebih 250 juta kemalangan berlaku setiap tahun yang melibatkan pekerja di seluruh dunia.
Lebih 160 juta pekerja jatuh sakit setiap tahun akibat hazard di tempat kerja.
Lebih 1.2 juta kematian setiap tahun disebabkan oleh kemalangan dan penyakit berkaitan
pekerjaan.
Lebih 10 juta pekerja menderita kecederaan dan hilangupaya kekal serta kehilangan punca
pendapatan.

Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan satu usaha yang berterusan terhadap pencapaian
persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (OSHA) 1994, usaha giat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan
inisiatif latihan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merupakan
usaha yang diambil untuk menangani isu kemalangan dan penyakit di tempat kerja.

Perkeso melaporkan sebanyak 92,074 kemalangan industri telah berlaku pada tahun 1999
berbanding 85,338 kes pada 1998 dan 86,589 pada 1997. Kadar kemalangan bagi setiap 10,000
pekerja juga telah menurun dari 260 pada tahun 1996 kepada 207 pada tahun 1997 dan 197 pada
tahun 1998. Fakta yang paling membimbangkan adalah kenaikan jumlah kematian pada tahun
1996 dan 1997 iaitu sebanyak 1,207 dan 1,307 kes masing-masing.

Pada tahun 1999, Malaysia dianggarkan telah menanggung kos tidak ketara sebanyak RM 1.9
hingga RM 3.0 billion akibat kemalangan yang melibatkan pekerja di tempat kerja. Pembayaran
yang dibuat oleh Perkeso bagi kes hilangupaya kekal dan sementara, faedah orang tanggungan,
faedah pengurusan mayat, elaun rawatan perubatan, pencen ilat dan pencen penakat berjumlah
RM 452 juta pada tahun sebelumnya.

Selaras dengan pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, pihak majikan
dan pengurusan atasan sesebuah organisasi bertanggungjawab mencegah risiko berkaitan
Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha
untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang melibatkan pekerjaOleh kerana isu-isu
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan langsung dengan kemajuan dan
prestasi sesebuah syarikat, maka setiap majikan perlu menyediakan persekitaran kerja yang
selamat melalui pengawalan, pendedahan, pendidikan dan latihan mengenai keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyarankan agar program latihan yang
bersesuaian dapat digubal untuk pekerja sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan di
tempat kerja. NIOSH telah ditubuhkan pada Disember 1992 bagi memenuhi keperluan latihan
dan pendidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. NIOSH telah memberi
sumbangan ke arah usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui
penggubalan kurikulum dan program latihan untuk pekerja, majikan dan mereka yang
bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.

Sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang baik juga mampu:

Mengurangkan perbelanjaan yang tidak wajar seperti penggunaan tenaga kerja dan sumber-
sumber lain terutama langkah-langkah keselamatan yang tidak produktif.
Memastikan setiap majikan menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja.
Mengubah halacara yang lebih proaktif iaitu mengawal atau mencegah dari berlakunya
kemalangan di tempat kerja.

Tanggapan negatif pihak majikan dan pekerja terhadap pelaksanaan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 perlulah diubah di mana mereka perlu mematuhi segala prosedur kerja
yang telah ditetapkan secara konsisten. Ini adalah kerana aspek kesihatan bukanlah perkara yang
boleh dipandang ringan dan bukanlah di bawah tanggungjawab kerajaan sahaja malah ia juga
menjadi tanggungjawab majikan dan pekerja bagi menjamin keharmonian sejagat.

Sejajar dengan penubuhannya, NIOSH juga telah menyediakan beberapa perkhidmatan,


antaranya:

Menggubal kurikulum kursus baru dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dalam pelbagai industri.
Menyediakan program latihan kepada semua pihak yang terlibat.
Menyediakan khidmat rundingcara bagi membantu industri yang bermasalah berkaitan isu
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Menyediakan khidmat pemonitoran dan penyampelan dalam aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.
Menyediakan bahan penyebaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti
poster, laman web, buletin, perkhidmatan perpustakaan dan video/cd.
Melaksanakan aktiviti pembangunan dan penyelidikan dalam bidang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.

Oleh yang demikian, aspek keselamatan dan kesihatan haruslah dijadikan satu budaya di tempat
kerja. Pihak pengurusan bertanggungjawab mengubah sikap pekerja dengan memberi keutamaan
terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Selaras dengan hasrat kerajaan, pihak
majikan dan pekerja perlulah mengambil bahagian dalam aspek keselamatan dan kesihatan bagi
mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Maka dengan ini akan tercapai
hasrat serta matlamat kerajaan dalam merealisasikan hasratnya untuk mengurangkan jumlah
kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan seterusnya dapat menaikkan nama Malaysia di
serata dunia. Secara tidak langsung, budaya kerja yang selamat dan sihat mampu memberi daya
saing yang mapan di era globalisasi ini.

10.3 KESELAMATAN PEKERJAAN

Apabila berlaku kemalangan di tempat kerja, kedua-dua pihak majikan dan pekerja akan
menerima kesannya. Pekerja akan hilang upaya untuk melakukan kerja atau tidak mampu untuk
bekerja pada tahap yang paing optimum. Organisasi juga menghadapi masalah seperti
peningkatan premium insurans kesihatan, penggantian pekerja yang menghadapi kemalangan,
pembayaran gantirugi kepada pekerja, mendapat reputasi sebagai majikan yang tidak
mementingkan aspek keselamatan dan kerap menerima lawatan oleh pegawai-pegawai
keselamatan dari Kementerian Sumber Manusia. Berikut merupakan contoh kemalangan yang
berlaku di tempat kerja pada tahun 2006.

Tajuk : Kain tudung terbelit pada conveyor


Tempat : Kilang, Negeri Sembilan
Tarikh : 03 Ogos 2006

Ringkasan kemalangan:
Seorang pekerja kilang maut apabila kain tudungnya telah terbelit pada `shaft conveyor lalu
menjerut leher mangsa. Ketika kejadian mangsa sedang membuat kerja-kerja penyusunan produk
di atas `roller pallet dan berhampiran conveyor yang sedang bergerak apabila tudung yang
dipakainya terbelit. Mangsa didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Faktor-faktor penyebab:
Kain tudung yang dipakai oleh mangsa telah berpintal pada `shaft conveyor lalu menjerut leher
mangsa.

Hasil pemerhatian:
Jentera tersebut tidak diadang menyebabkan pekerja terdedah pada bahaya.

Klasifikasi kemalangan:
Tersepit di antara objek.

Tajuk : Tergelincir ke dalam lubang`shaft


Tempat : Bank, Kuala Lumpur
Tarikh : 16 Ogos 2006

Ringkasan kemalangan:
Seorang pekerja kontraktor maut apabila tergelincir dan jatuh dari aras 18 ke aras 11 sebuah
bank. Ketika kejadian mangsa sedang melakukan penyelenggaraan pada mesin `telemail lift
yang berfungsi sebagai menghantar surat ke setiap aras bangunan tersebut. Mangsa telah
tergelincir dan jatuh ke dalam lubang `shaft tersebut. Mangsa didapati telah meninggal dunia di
tempat kejadian.

Faktor-faktor penyebab:
Mangsa telah tergelincir lalu terjatuh semasa membuat kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Hasil pemerhatian:
Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja kerja penyelenggaraan tersebut.

Klasifikasi kemalangan: Terjatuh.

Tajuk : Ditimpa `Rubbish Chute


Tempat : Tapakbina, Kuala Lumpur
Tarikh : 24 Julai 2006

Ringkasan kemalangan:
Seorang pekerja tapak bina maut apabila `rubbish chute sepanjang 6 meter telah tumbang dan
menimpa mangsa. Ketika kejadian mangsa sedang membuat kerja-kerja pembersihan di bawah
kawasan pemunggahan bahan buangan dari`rubbish chute tersebut. Mangsa telah ditimpa
`rubbish chute yang penuh dengan bahan buangan yang tersumbat. Mangsa meninggal dunia di
tempat kejadian.

Faktor-faktor penyebab:
Mangsa telah ditimpa `rubbish chute yang dipenuhi dengan bahan buangan yang tersumbat.

Hasil pemerhatian:
Tiada penyelenggaraan yang sempurna dari majikan menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.

Klasifikasi kemalangan: Ditimpa objek.

Tajuk : Terkena kejutan elektrik


Tempat : Kilang, Kedah Darul Aman
Tarikh : 23 Julai 2006

Ringkasan kemalangan:
Seorang pekerja kilang maut apabila terkena kejutan elektrik ketika menjalankan kerja mengecat
motor mesin bruckner stenter dan kerja-kerja pembersihan di antara dinding kilang dan mesin
bruckner stenter. Ketika kejadian mangsa sedang membuat kerja pembersihan di bahagian
dinding kilang dan mesin bruckner stenter. Semasa membuat kerja pembersihan tersebut mangsa
telah memegang besi bar yang bersentuhan dengan wayar elektrik menyebabkan mangsa terkena
kejutan elektrik. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kulim dan disahkan meninggal dunia oleh
pihak hospital.

Faktor-faktor penyebab:
Mangsa telah memegang bar besi yang bersambungan dengan wayar elektrik.

Hasil pemerhatian:
Tiada prosedur kerja selamat yang dijalankan oleh majikan berhubung dengan kerja-kerja
tersebut.

Klasifikasi kemalangan: Terdedah kepada arus elektrik.

10.4 KESIHATAN PEKERJAAN

Selain daripada masalah keselamatan di tempat kerja kerja yang disebabkan oleh kemalangan
atau kecederaan, pekerja juga boleh ditimpa penyakit khidmat atau penyakit pekerjaan. Penyakit
khidmat ini dikaitkan dengan kesihatan pekerjaan. Mengurus kesihatan pekerjaan bermaksud
melindungi pekerja dari penyakit fizikal atau emosi yang disebabkan oleh pekerjaan. Penyakit
khidmat adalah gangguan kepada keupayaan mental, emosi, dan fungsi-fungsi normal seseorang
yang disorong oleh faktor pekerjan. Contoh-contoh penyakit khidmat ialah penyakit paru-paru
kerana terdedah kepada habuk-habuk, pekak kerana terdedah kepada bunyi mesin-mesin yang
kuat pada tempoh yang lama, kanser penyakit kulit, ketegangan kerja dan ketandusan upaya.
Penyakit khidmat adalah sukar dikesan. Adalah sesuatu yang merugikan apabila syarikat atau
industri menghabiskan wang yang banyak untuk membayar bil-bil perubatan dan insurans tanpa
menyedari bahawa penyakit ini boleh dicegah atau dikurangkan.

Stres adalah contoh penyakit khidmat yang banyak menyerang pekerja tetapi tidak dipandang
serius oleh majikan. Ia tidak dianggap sebagai penyakit industri oleh majikan. Perlu dinyatakan
bahawa stres boleh meningkatkan prestasi pekerja jika ia berada pada tahap yang optimum.
Namun begitu jika ia berterusan pada suatu tempoh masa yang lama, stres akan memberi kesan
negatif pada prestasi pekerja. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik telah mengaitkan stres
dengan kecederaan fizikal yang kerap, penyakit jantung, sengal tulang, lelah dan gastrik adalah
penyebab-penyebab utama kepada ketidakupayaan pekerja (French, 1994).

Terdapat berbagai-bagai lagi penyakit khidmat yang wujud dalam organisasi. Antara contoh
penyakit khidmat yang lain ialah AIDS, penyalahgunaan dadah, merokok di tempat kerja,
keganasan di tempat kerja, dan kesan skrin terminal komputer kepada pengguna. Berhadapan
dengan komputer secara berterusan dalam tempoh yang lama boleh menjejaskan kesihatan
pekerja terutamanya wanita mengandung. Di antara program kesihatan yang boleh diambil oleh
pihak pengurusan ialah:

v Memberi kaunseling kepada pekerja untuk berhenti merokok dan menghindari arak.
v Menggalakkan pekerja untuk mengambil rehat yang secukupnya.
v Memberikan kesedaran keada pekerja tentang pentingnya penjagaan kesihatan melalui ceramah-
ceramah tentang pemakanan, pengurangan berat badan, pengurusan ketegangan dan melakukan
senaman.
v Mengadakan program kesihatan seperti senaman bersama-sama setiap pagi, senamrobik, bermain
badminton dan sebagainya.
v Membuat pemeriksaan kesihatan secara berterusan kepada pekerja terutamanya yang terdedah
kepada persekitaran kerja yang merbahaya seperti bahan kimia.
v Mengadakan Program Bantuan Pekerja seperti memberi kaunseling kepada pekerja yang
bermasalah.
10.5 PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

PUNCA CONTOH
Pekerjaan Mesin rosak- gagal berfungsi dengan baik
Alat yang sudah terlalu lama gagal berfungsi dnegan
baik
Pekerjaan yang bahaya- bekerja di terowong bawah tanah,
mengendalikan bahan-bahan kimia.

Tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaan


Sikap sambil lewa
Meminum minuman keras atau mengambil dadah
Kesilapan menilai kelajuan objek yang bergerak
Kurang pengalaman
Terlalu yakin kerana mempunyai banyak pengalaman
Tahap penglihatan dan pendengaran yang lemah
Tidak cekap menggunakan peralatan- tiada latihan
Melanggar arahan keselamatan seperti memakai topi
keledar atau cermin mata
Umur terlalu muda atau terlalu tua
Mempunyai masalah peribadi tidak dapat memberi
sepenuh perhatian kepada kerja

Pendedahan kepada suhu yang terlalu tinggi, peralatan


elektrik, dan bahan-bahan kimia
Tempat yang terlalu bising
Terdedah kepada asap dan debu
Jangkitan

Tahap penyeliaan yang tidak memuaskan


Tidak menyediakan alatan keselamatan kepada pekerja
Tidak memberi latihan penggunaan alat keselamatan
kepada pekerja
Tidak tegas dalam penguatkuasaan peraturan dan polisi
keselamatan kepada para pekerja
Tidak mengendahkan aduan daripada pekerja
Menganggap aspek keselamatan sebagai perkara remeh
Menganggap bahawa program keselamatan akan
memberikan beban kepada organisasi.
10.6 PIHAK DAN INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM AMALAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN

Pihak Yang Peranan


Bertanggungjawab
Majikan Bagi komitmen yg tinggi terhadap pengamalan pengurusan
keselamatan & kesihatan pekerjaan selaras dengan akta dan
peraturan.
Membentuk polisi keselamatan dan kesihatan
Membuat penyiasatan segera terhadap kemalangan yang
berlaku
Menyediakan peralatan perlindungan peribadi seperti topi
keledar, sarung tangan dan sebagainya.
Mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk
mengurangkan kemalangan perlu diadakan dari semas ake
semasa.
Memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa selamat.
Mengadakan sistem pekerjaan yang selamat.
Membuat prosedur melapor dan menyiasat kemalangan
Membentuk dan menyediakan latihan keselamatan.
Memilih pekerja yang cekap
System Insentif. Pekerja atau jabatan yang boleh
mengelakkan kemalangan di temapt kerja akan diberikan
ganjaran.
Bekerjasama dengan pemeriksa-pemeriksa kerajaan.
Menyediakan pekaian dan peralatan keselamatan.
Menetapkan kawasan bekerja dan bukan kawsan kerja.
Mengadakan amaran-amaran yang jelas seperti AWAS,
KAWASAN LARANGAN, dan DILARANG
MEROKOK
Memberi cuti dan rehat yang mencukupi kepada pekerja-
pekerja yang memerlukan rehat yang lebih berbanding
orang lain.
Mendapatkan input dari pekerja tentang masalah mereka
Mendapatkan maklumbalas dari pekerja setiap kali berlaku
kemalangan.

Pekerja Patuhi segala peraturan dan prosedur yang berkaitan dengan


pengurusan keselamatan & kesihatan.
Bekerjasama dengan majikan
Membentuk sikap yang mementingkan aspek keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja
Segera membuat laporan sekiranya peralatan dan mesin
rosak.
Tidak menggunakan sebarang peralatan yang rosak yang
boleh membahayakan keselamatan pekerja.

Kesatuan Sekerja Boleh menyuarakan dan memperjuangkan hak-hak dalam


aspek pengurusan dan keselamatan pekerjaan.
Terlibat sebagai wakil pekerja dalam jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan organisasi.

Kerajaan Gubal peraturan dan perundangan.


Lakukan penguatkuasaan terhadap undang2 & peraturan.

Jawatankuasa Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Seksyen 30 (a)


Keselamatan & mewajibkan syarikat-syarikat yang mempunyai 40 orang
Kesihatan atau lebih pekerja menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk
mengkaji dan mengamalkan semua langkah yang dapat
memastikan keselamatan dan kesihatan orang di temapat
kerja.

10.7 KESIMPULAN

Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sangat penting dan perlu perhatian serius
oleh organisasi. Prestasi dan produktiviti organisasi akan menurun jika pekerja selalu mendapat
kemalangan industri atau menghadapi masalah kesihatan. Imej syarikat sebagai majikan yang
prihatin akan terjejas. Motivasi pekerja akan menurun jika kebajikan mereka tidak diambil berat
oleh pihak pengurusan.

Vous aimerez peut-être aussi