Vous êtes sur la page 1sur 4

SET 3-SKEMA JAWAPAN

Pendahuluan

1. Petikan membincangkan cara-cara/usaha/ikhtiar untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam


kalangan masyarakat/ di Malaysia. [2m]
2. Rumusan ini membincangkan langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dan
kekangan penggunaannya di Malaysia. [ 2m ]

Isi Tersurat : - Cara-caranya ialah

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kematangan, sumber, kepakaran, dan kemampuan
perlu melaksanakan hasrat memartabatkan bahasa Melayu tanpa membataskan sasaran terhad kepada
sekolah kerajaan semata-mata. [ 2m ]

Sekolah-sekolah persendirian, sekolah Cina, dan sekolah Tamil yang mempunyai silibus bahasa
kebangsaan yng berbeza dengan sekolah kerajaan sepatutnya diberi perhatian yang lebih dalam
memantapkan penggunaan bahasa Melayu. [ 2m ]

adunan bahasa Kebangsaan dan jati diri bangsa perlu diacu serentak memandangkan usaha
memartabatkan bahasa Melayu harus melalui satu anjakan paradigma. [ 2m ]

DBP sebagai badan induk yang bertanggungjawab perlu melipatgandakan promosi


di segenap lapisan masyarakat. [ 2m ]

penglibatan semua kaum dalam usaha membudayakan bahasa Melayu perlu giat dijalankan bagi
menyemai semangat dan rasa cinta terhadap bahasa Melayu kepada semua kaum. [ 2m ]

usaha mengembangkan bahasa Melayu, khususnya kepada masyarakat bukan Melayu perlu
diperhebatkan. [ 2m ]

menangani 20% daripada kanak-kanak yang ketinggalan dari segi literasi. [ 2m ]

Satu Bahasa, Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak dilihat sebagai satu langkah yang meyakinkan untuk mengembalikan peranan Asia
sebagai generasi dunia. [ 2m ]

Isi Tersirat : - Kekangannya ialah

masyarakat memandang rendah terhadap mutu bahasa Melayu/lebih memandang tinggi


kepada orang yang tahu berbahasa Ingggeris. [ 2m ]

banyak agensi swasta lebih mengutamakan pekerja yang mahir dalam bahasa Inggeris. [ 2m ]

kedudukan bahasa Melayu itu sendiri yang kurang mantap. [ 2m ]

kurang pakar/tenaga/kurang usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. [ 2m ]

82
Kesimpulan

Kesimpulan, masyarakat /orang ramai perlulah menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa
Melayu agar bahasa ibunda itu tidak hilang/pupus begitu sahaja. [ 2m ]

SOALAN 2 PEMAHAMAN

Soalan 2 ( a) PETIKAN UMUM

i. Maksud mengembalikan peranan Asia ialah menghidupkan semula maruah/jati diri/kepentingan


masyarakat di benua Asia. [2 M]

ii. Faktor-faktor bahasa Melayu dipinggirkan ialah tuntutan ekonomi kapitalisme yang
menghanyutkan perjuangan nasionalisme, bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa
lain terutamanya bahasaa Inggeris, serta aplikasi dan dasar liberalisasi sejak 1980-an telah
menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas manakala bahasa Melayu seolah-olah
telah terkubur. [3M ]

iii. Dua langkah untuk mermartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah ialah
menempatkan guru pakar bahasa Melayu untuk setiap sekolah agar dapat memberi pendedahan
yang betul kepada murid dan guru baru serta mengadakan aktiviti terancang yang menarik serta
melibatkan penggunaan bahasa Melayu seratus peratus agar murid dapat belajar sambil menghayati
bahasa tersebut dalam suasana yang gembira. [ 4M]

Soalan 2 ( b ) - PETIKAN DRAMA

(i) Dua nilai yang terdapat dalam petikan drama diatas ialah nilai kasih sayang.Contohnya, Khir
Ghazali mahu Aiman menyertai PLKN supaya Aiman dapat mengisi cuti sekolah dengan
perkara yang berfaedah. Selain itu, nilai rendah diri. Contohnya, Khir Ghazali tidak
mahumenggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mengecualikan nama anaknya,Aiman
daripada senarai pelatih baharu PLKN
[ 4M ]

(ii) Pada pendapat saya , faedah-faedah menyertai PLKN selain dapat mengisi masa lapang ialah
para pelatih dapat dilatih sifat kepimpinan melalui Modul Pembinaan Karektor. Selain itu,
melalui modul Kenegaraan pula dapat melahirkan sifat cinta akan tanah air. Akhir sekali,
program ini juga dapat menyihatkan tubuh badan melalui Modul Fizikal

[ 5M]

SOALAN 3 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3( a) Bina Ayat

83
(i) teras Perpaduan kaum menjadi teras keharmonian sesebuah negara kerana
semua rakyatnya hidup tanpa perselisihan faham.
terap - Sikap ingin maju dalam segala lapangan perlu kita terap dalam diri kita
untuk menjadi seorang yang serba boleh.

(ii) keras - Buku berkulit keras itu harganya lebih mahal kerana kulitnya berkualiti
dan tahan lebih lama.
kebas - Kaki saya menjadi kebas setelah duduk bersila selama satu jam di tapak
perhimpunan.

(iii) salut - Udang yang telah dibuang kulitnya itu perlu kita salut dengan tepung
sebelum digoreng dengan minyak yang banyak.
Selut - Kasut sekolahnya menjadi kotor kerana dia terpijak selut di tepi paya.

Soalan 3(b) - Sintaksis

(i) Orang ramai tidak mandi di sungai tersebut


Arus sungai tersebut deras

(ii) Saya berbasikal ke sekolah setiap hari.


Adik berbasikal ke sekolah setiap hari.

(iii) Badannya bersaiz besar


Dia cergas melakukan aktiviti hariannya

Soalan 3 ( c ) - Ejaan dan Imbuhan

(i) Kesah - Kisah


mengikutkan - mengikut

(ii) Ramadhan - Ramadan


menjalankan - menjalani

(iii) Cendikiawan - Cendekiawan


bincang - membincangkan
[ 6 markah ]

Soalan 3 ( d ) Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(i) dalam - di dalam


kabur - keruh

(ii) masa ke semasa - semasa ke semasa


bencana - kemalangan

(iii) Setengah - Sesetengah


Modal syarikat - keuntungan syarikat

84
[ 6 markah ]

Soalan 3 (e) - Peribahasa

i. Malang tidak berbau

ii. Bagai pahat dengan penukul

iii. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong


[ 6 markah ]

85

Vous aimerez peut-être aussi