Vous êtes sur la page 1sur 17

KONSEP KOMUNIKASI KHALAYAK

Komunikasi khalayak melibatkan bentuk komunikasi bersemuka tetapi


melibatkan sasaran yang ramai yang berlaku di tempat awam. Penyampaian pelbagai
bentuk komunikasi khalayak adalah terancang dan berstruktur mesejnya. Mesej yang
disampaikan untuk tujuan memberitahu dan mempengaruhi audiens. Penyampaian
komunikasi yang berkesan apabila khalayak yang mendengar berperanan untuk
menyebarluaskan maklumat yang diterima untuk mempengaruhi orang lain. Antara
bentuk-bentuk komunikasi khalayak yang perlu dikuasai ialah pengumuman, ucapan,
pidato, taklimat pengacaraan majlis, ceramah dan diskusi.

MATLAMAT KOMUNIKASI KHALAYAK

Di antara matlamat dalam komunikasi khalayak adalah:

a) Memberi pemahaman kepada khalayak

Penyampai memainkan peranan untuk menyampaikan komunikasi berkesan


melalui penyampaian dan perlu bekerjasama dengan penerima untuk mencapai
matlamat tersebut.

b) Bertukar-tukar fikiran dengan khalayak

Berlaku hubungan antara penyampai dan penerima melalui aktiviti memberi dan
menerima. Perancangan awal dan analisis serta kajian harus dibuat sebelum
penyampai berinteraksi dalam komunikasi khalayak.

c) Bertindak balas terhadap maklum balas khalayak

Menerima respon dari khalayak samada lisan ataupun bukan lisan.

d) Memenuhi kehendak khalayak

Penyampai menyusun atau membuat perancangan berdasarkan keperluan


khalayak.

~1~
5 JENIS KOMUNIKASI KHALAYAK

Terdapat pelbagai jenis komunikasi khalayak dan antaranya ialah:

a) Pidato : Merupakan komunikasi khalayak individu kepada kahlayak. Tujuannya:

i) Penerangan menjelaskan aspek-aspek penting

ii) Memberitahu benda/isu yang baru

iii) Meyakinkan dengan mberi fakta dan sokongan

iv) Pemujukan supaya khalayak berubah fikiran

b) Forum: Sekurang-kurangnya dikendalikan seorang pengerusi dan seorang panel


ketika berinteraksi dengan khalayak.

c) Pembentangan Kertas Kerja

d) Ceramah

e) Perbahasan

KERANGKA PERBINCANGAN

Rajah 1

~2~
KANDUNGAN ISI

a) Teknik Penyampaian

Permulaan

Memulakan pelbagai bentuk komunikasi khalayak dengan kata aluan mengikut


protokol atau tata tingkat kedudukan audiens dan menyatakan tujuan ucapan.

Pelahiran dan penyusunan idea

Susunan idea dalam penyampaian komunikasi khalayak hendaklah tidak tersasar


daripada tujuannya. Idea hendaklah disusun mengikut
kesinambungan yang tertib.

Gaya Penyampaian

Gaya penyampaian merangkumi, intonasi, nada suara, kata-kata penghadapan,


mendahulukan perkara utama dan bahasa yang digunakan haruslah mudah, padat,
tegas dan berkesan.

Penutupan

Kata-kata yang membayangkan penyampaian akan diakhiri dan merumuskan segala isi
yang disampaikan.

b) Aktiviti Penyampaian
Menyatakan definisi, ciri-cri, format dan aplikasi aktiviti penyampaian komunikasi
khalayak seperti berikut:
Pengumuman Pengacaraan majlis
Ucapan Ceramah
Pidato Diskusi
Taklimat

~3~
KONSEP KOMUNIKASI BERTULIS

Bentuk-bentuk komunikasi bertulis merupakan proses merakam atau menghasilkan


sesuatu pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat dalam
bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.
Komunikasi bertulis mempunyai format tertentu dan penggunaan bahasa mengikut
laras yang sesuai. Antara bentuk-bentuk komunikasi bertulis yang perlu dikuasai ialah
penulisan teks ucapan, taklimat, surat kiriman, laporan, minit mesyuarat, rencana, berita
dan penulisan kreatif.

KERANGKA PERBINCANGAN

Rajah 2

~4~
KANDUNGAN ISI

Dua aspek penting dalam komunikasi bertulis, iaitu:


a) Ciri-ciri penulisan
b) Penghasilan teks

Ciri-ciri penulisan yang baik dan berkesan merangkumi beberapa aspek berikut :

i. Bahasa yang gramatis iaitu hasil penulisan yang berasaskan atau mengikut
prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul.
ii. Pemilihan diksi yang sesuai dalam menghasilkan tulisan.
iii. Bersifat stilistik, iaitu teknik penggunaan gaya bahasa yang berkesan dalam
penulisan.
iv. Penulisan yang mengikut format yang betul seperti penulisan surat kiriman
rasmi, laporan minit mesyuarat dan penulisan kertas kerja.
v. Timbul kesedaran dan berupaya mempengaruhi pemikiran khalayak yang
membaca hasil penulisan berkenaan.

Penghasilan Teks

Jenis Teks Aspek yang dikaji


1. Surat kiriman rasmi
2. Ucapan
3. Taklimat Jenis-jenis
4. Laporan Ciri-ciri
5. Minit mesyuarat Struktur
6. Teks Pengacaraan Laras bahasa yang digunakan
7. Rencana Format
8. Berita
9. Karya kreatif

~5~
PENULISAN TEKS

Definisi
Penulisan teks merupakan satu proses merakam / menghasilkan pendapat,
idea,pengalaman, perasaan dan makumat dalam bentuk grafik atau tulisan untuk
berhubung dengan orang lain.
Apabila seseorang menulis, ia menggunakan simbol-simbol grafik mengikut
konvensyen tertentu. Lambang yang dibentuk akan membentuk perkataan dan akan
disusun untuk membentuk ayat. Hasilnya, satu urutan ayat yang berkait rapat dan
koheren akan menjadi sebuah karangan. -Don bryne (1979) Penulisan teks adalah
kemahiran menyampaikan idea, fakta dan apa saja yang
terdapat dalam pemikiran manusia melalui alat komunikasi iaitu bahasa. -Ishak
Harun (1979)

Ciri-ciri Penulisan Teks


Pemilihan perkataan dalam satu penulisan teks perlu dilakukan dengan tepat
dan jelas. Ayat-ayat yang dipilih hendaklah berdasarkan keperluan dankesesuaian.
Mempunyai kerangaka yang tersusun rapi ; Pendahuluan (latar belakang, definisi, isu-
isu, pendapat tokoh) dan isi-isi (menghurai, bukti, contoh, data, sebab/alasan,
pendapat) seterusnya diikuti oleh penutup (menggulung, menegas, meninggalkan
persoalan, ramalan). Penulisan teks mestilah mempunyai tema dan dihuraikan oleh isi-
isi yang sesuai. Isi-isi ini seterusnya dihuraikan dalam bentuk penerangan. Dalam
setiap perenggan perlu ada unsure pertautan untuk memperlihatkan kesinambungan isi.
Gaya bahasa yang sesuai digunaan untuk menarik minat pembaca. Bentuk atau
struktur penulisan teks terbahagi kepada karangan berformat dan tidak berformat.

Definisi Pidato

Pidato adalah sebuah kegiatan bercakap di khalayak umum atau untuk


menyatakan pendapat, atau memberikan gambaran tentang sesuatu. Pidato biasanya
dipraktikkan oleh seorang yang memberikan pernyataan tentang suatu hal atau

~6~
peristiwa yang penting dan patut diperbincangkan. Pidato yang berkesan dapat
mempengaruhi hidup seseorang yang mendengar secara positif. Kemampuan untuk
berpidato dengan baik dapat membantu untuk mendapatkan karier yang baik.

Tujuan pidato

Mempengaruhi
orang lain untuk
menerima idea
yang kita bawa

Tujuan
Untuk
Untuk
menghiburkan
menerangkan
orang lain
satu maklumat
dengan ucapan
kepada orang
yang kita
lain
sampaikan

~7~
Ciri-ciri Pidato Yang Baik
1. Pidato yang jelas

Pidato yang baik ialah pidato yang diungkapkan melalui perkataan-


perkataan yang sesuai supaya setiap ungkapan yang diungkapkan tidak
disalah ertikan.

2. Pidato yang hidup

Sebuah pidato yang baik ialah sebuah pidato yang hidup.


Sebuah pidato yang hidup beerti pidato itu mempunyai ilustrasi dan
mempunyai kisah-kisah menarik, definisi-difinisi dan kejadian-kejadian
yang releven dengan pidato tersebut.

3. Pidato yang memiliki objektif

Setiap pidato yang baik perlulah mempunyai objektif, iaitu apa yang ingin
disampaikan kepada pendengar.
Dalam menyampaikan pidato, objektif ini hendaklah diulang dalam cara
yang berbeza supaya pendengar tidak lupa tujuan mereka mendengar
pidato tersebut.
Dalam sebuah pidato hendaklah dielakkan daripada mempunyai lebih
daripada satu objektif agar pendengar tidak terkeliru dengan apa yang
ingin disampaikan.

4. Pidato yang mempunyai klimaks

Pidato yang hanya mempunyai kisah dan fakta semata-mata akan


menjadi sebuah pidato yang sangat membosankan.
Oleh itu, fakta dan kisah yang disampaikan hendaklahdikemukan dalam
gaya bahasa klimaks. Berusaha untuk sampai ke titik-titik puncak dalam
pidato tersebut untuk membuatkan rasa ingin tahu pendengar
memuncak.

~8~
5. Pidato yang mempunyai isi-isi yang mengejutkan dan mengandungi jenaka

Pidato yang baik juga hendaklah mempunyai isi-isi yang menarik dan
sedikit unsur jenaka untuk membuatkan pendengar sentiasa
menumpukan perhatian dengan pidato tersebut.

Format penulisan pidato

Pengenalan
- Dimulakan dengan kata aluan kepada hadirin mengikut protokol atau
tingkat dedudukan masing-masing.
Isi
- Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menytakan tujuan ucapan
dan seterusnya isi ucapan.
- Kata-kata penghadapan diletakkan untuk menarik minat pendengar
seperti, hadirin sekalian dan saudara sekalian
Penutup
- Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau
menandakan ucapan akan diakhiri. Contohnya akhir sekali dan sebagai
kesimpulannya.

Sistem Sapaan dan Rujukan


Panduan penggunaan kata panggilan hormat dalam teks ucapan pidato:
Pihak terlibat Kata Panggilan Hormat

Pengerusi atau pengacara majlis Yang dihormati, Yang mulia

Tuan Pengarah / Ketua Jabatan Yang Berusaha

Golongan Kehormat Yang berbahagia

Guru-guru / Ibu bapa Yang dihormati

Rakan-rakan Yang dikasihi

~9~
Jenis-jenis pidato

Pidato persuasif.
1. Bersifat persuasif/mendorong/mengajak.
2. Reaksi yang diinginkan adalah membangkitkan emosi agar pendengar
dapat meyakini dan mungkin menimbulkan tindakan tertentu pada
pendengar.
Pidato instruktif
1. Bersifat memberitahu
2. pengertian dan pemahaman pendengar bedasaran informasi.
Pidato rekreatif
1. Bersifat menghiburkan.
2. Menghibukan pendengar sehingga muncul suatu kegembiraan

Cara menjadi pemidato yang baik


Untuk menjadi pemidato yang baik, banyak perkara yang perlu seseorang
pemidato kuasai dan pelajari. Antaranya ialah:

mempelajari teknik berpidato


yang betul
menguasai ilmu pengetahuan
Pemidato dengan luas dalam berbagai
bidang
yang baik mampu mengawal emosi dan
menarik perhatian pendengar
yakin dengan kebolehan diri

~ 10 ~
Kesan Pidato
Pidato yang baik mampu memberikan kesan tidak kira kepada individu yang
mendengarnya bahkan masyarakat.

mengubah sikap pendengar ke arah kebaikan


boleh menimbulkan keinsafan
Kepada menjadi contoh kepada pemidato yang lain

individu dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T


Akan dipandang tinggi oleh masyarakat
menambah pengetahuan mengenai isu semasa

dapat melahirkan masyarakat yang berilmu


dan berwawasan
Kepada amar makruf dan mahi mungkar dapat
dilaksanakan dalam masyarakat
masyarakat dapat menyatpadukan masyarakat
melahirkan masyarakat yang berani
menegakkan kebenaran

Analisis Teks
Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu
pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau
tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan
yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh

~ 11 ~
para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring
dengan perkembangan dunia semasa.
Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah
menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia
ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa
Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi
menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif
dan inovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan
keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap
cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dipupuk berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.
Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah
membawa kepada per-ubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap
Bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar.
Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan
semasa.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya
pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan
menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru
menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks ini guru perlu mendalami
ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa. Dengan
pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, para guru Bahasa Melayu
akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan
yang memerlukan bantuan.
Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan
kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua
terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik
Safiah Karim (1980) berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar

~ 12 ~
bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat
lemah. Jika ini berlaku, maka akan mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar
yang benar-benar berketerampilan dari aspek penguasaan bahasanya. Lantaran itu,
lahirlah masyarakat yang makin jahil tentang bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan
sendiri.
Krisis identiti Bahasa Melayu yang mengalami penjenamaan semula kepada
Bahasa Malaysia secara tidak langsung telah mengikis kewibawaan bahasa itu
sendiri. Perubahan demi perubah-an dari segi nama dengan mula menggunakan
Bahasa Melayu kemudian menggunakan Bahasa Malaysia; kembali menggunakan
Bahasa Melayu dan kini berbalik semula kepada nama Bahasa Malaysia, sedikit
sebanyak mencemarkan imej bahasa kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan
pelajar dan masyarakat umum. Pihak berkenaan harus mengkaji semula
penjenamaan ini bagi mengelakkan daripada mengelirukan pelajar. Persoalan yang
bermain dalam minda pelajar ialah yang mana satu betul sama ada bahasa Melayu
atau bahasa Malaysia
Seorang pelajar pernah berta-nya, adakah kebudayaan Melayu itu sama
dengan kebudayaan Malaysia? Kemudian pelajar itu sendiri yang memberikan
jawapannya. Menurutnya, kebudayaan Malaysia merangkumi budaya semua kaum
yang terdapat di negara ini. Justeru, ini bermakna bahasa Malaysia ialah bahasa-
bahasa yang digunakan oleh semua kaum di Malaysia yang merangkumi bahasa yang
dituturkan oleh orang Melayu, orang Tionghoa, iaitu bahasa Mandarin dan orang India,
iaitu bahasa Tamil.
Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu
harus bekerja keras dan membuat anjak-an dinamik untuk mengatasi cabaran yang
getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih
tinggi. (Mohd Isha Awang, BERITA HARIAN Rabu, 16 Julai 2008).

~ 13 ~
TEKS PIDATO : ISU-ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
BERDASARKAN FUNGSI BAHASA MELAYU SEPERTI TERMAKTUB DALAM
PERLEMBAGAAN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis,
para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar
dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Isu dan
Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan slogan 1Malaysia, kita juga
harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas,
bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa
Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di
negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih
berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita
berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa
mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus
perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak
kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk
kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu,
kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini
sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur
dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu

~ 14 ~
di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada
zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini
dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah
dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-
bila.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak
berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen
untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan
untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa
Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan
institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang
menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan
peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat.
Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang
ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan
dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa
ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan
seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa
antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,
pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah

~ 15 ~
menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa
Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung,
pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan
penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara
sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996
bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang
tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian
mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi.
Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan
bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh
hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara
kita.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa.


Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak
penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya
dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak
penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau
mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan
dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen.
Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak
yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah
tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan
bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

~ 16 ~
Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua
pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu
tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti
bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi
bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan
penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan
martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap
kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato
tadi.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

~ 17 ~

Vous aimerez peut-être aussi