Vous êtes sur la page 1sur 24

MPU3113

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK

1.0 PENGENALAN

2.0 ISU PERBINCANGAN :

2.1 Sejarah empat parti politik yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah
Melayu pada tahun 1957.

2.2 Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

2.3 Empat program yang dilaksanakan oleh parti politik PAS dalam memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan ahli parti politik.

2.4 Empat langkah yang boleh dilakukan oleh parti politik untuk memupuk
perpaduan dan intergrasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

3.0 KESIMPULAN

4.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
Tugasan ini diberikan untuk mengenal pasti parti-parti politik yang diwujudkan di
Malaysia sebelum merdeka. Selain itu juga untuk menganalisis penglibatan parti-parti politik
0
MPU3113
dalam scenario Malaysia. Di samping untuk menilai sumbangan parti-parti politik dalam
perpaduan Malaysia serta membincangkan parti-parti politik yang terdapat dalam Malaysia.
Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Ini telah menjadi
salah satu faktor dalam pembangunan negara terutama dalam politik. Parti politik merujuk
kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat
bersama. Sebelun kemerdekaan, terdapat beberapa parti-parti diwujudkan da nada di
antaranya telah memperjuangkan kemerdekaan. Misalnya UMNO, MCA dan MIC. Pada
masa itu, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti.
Pembentukan parti-parti politik di Malaysia adalah unik dan menarik. Hal ini kerana
pembentukan parti-parti politik berkenaan yang menjurus pada etnik tertentu. Senario ini
bukan sahaja berlaku di Semenanjung Malaysia malahan juga di Sarawak dan Sabah. Elemen
etnik diletakkan sebagai prasyarat utama dalam pembentukan sesebuah parti politik dibentuk.
Namun, sewajarnya parti politik di Malaysia memainkan peranan utama dalam memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat berdasarkan pemuafakatan politik.

1
MPU3113

2.0 Isu Perbincangan


2.1 Sejarah empat parti politik yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu
pada tahun 1957.
Sejarah empat parti politik yang ditubuhkan seperti yang berikut :
2.1.1 Parti Melayu Bersatu (UMNO)

Zaman Dato Onn


UMNO ialah satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-
Malaya yang pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-
pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi
Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-
kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut :
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Satu jawatankuasa yang terdiri daripada Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit
Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin
Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan
UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap
meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-
orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi
sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya
ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau
2
MPU3113
PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO
telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk
Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato
Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat
Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.

Zaman Tunku Abdul Rahman


Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas
persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British
di London, kemerdekaan Tanah Melayu telah tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk
Abdul Razak Hussein.

Penerangan
Pada masa itu, walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan
British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menwujudkan Malayan
Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan
tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana
Besar Johor Bahru.
Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan
Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan
Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan
UMNO pun lahirlah secara rasmi.
UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan
negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam
membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara
membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui pelbagai peristiwa dan cabaran.
UMNO dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan
keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu
dengan pelbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama
3
MPU3113
untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa
oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan
sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik
yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi
memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak
sekaligus dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing
dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh
mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman
golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang
diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.
Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan
adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan
pelbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula
melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini
merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar
kedudukan mereka terpelihara.
Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn bin Jaafar sebagai
pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah
Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras
dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.
Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang
kaum sebagai faktor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu
untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta
terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan
besar rakyat.
Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk
menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada
kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau
tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.
Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk
merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal
pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum
memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak
4
MPU3113
untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di
antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua
parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah
diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang
kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan
UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang
rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya
yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di
Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka
UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres Melayu
Se-Malaya yang pertama pada 1 4 Mac 1946. Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah pada
14 Ogos 1945, kerajaan British telah menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula
Semenanjung Tanah Melayu, dan serentak membawa perubahan redikal terhadap
pemerintahan negeri-negeri Melayu. Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi
supaya menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa
pemerintahan serta kedaulatan kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu bersama
Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah Kesatuan Malaya atau Malayan Union dan
ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.
Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di
Parlimen British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke Singapura,
melalui persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan
Union. Satu perhimpunan besar-besaran yang pertama telah diadakan di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.
Suatu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan Piagam atau Perlembagaan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO, dan Perlembagaan itu
telah diterima oleh perhimpunan yang bersidang di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 dan pada
tarikh tersebut UMNO selamat dilahirkan dengan rasminya.
Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union.
Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang
Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan
melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama,
Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-
orang Melayu terhadap Malayan Union.
5
MPU3113
Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah
pendirian dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-
sultan bagi mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga
21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja
Melayu dengan wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan
kedaulatan Sultan-sultan. Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari
1948.
Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu
oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO,
Dato Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal
Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga
Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority
(RIDA) yang bertujuan membantu orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan.
Pemerintahan di peringkat Negeri pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh
Penasihat British.
Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan
pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan
Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman
komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan
supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampong.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan
pilihanraya umum bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan
Perundangan dan seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.
Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan
Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu Majlis Munisipal
Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan cermerlang dan
dengan sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu
gabungan parti yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah ditubuh bagi menghadapi
pilihanraya umum yang pertama pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti
Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang
diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan
Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih dan juga pegawai pentadbir British yang
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

6
MPU3113
Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya
1955, UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi
rundingan telah diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang
DiPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-
wakil Kerajaan British dan akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah
Melayu sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957.
Salah satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO sejak
penubuhannya pada 11 Mei 1946 ialah penguasaan orang-orang Melayu ke atas ekonomi
negara sendiri yang ketika itu berada di tangan penjajah dan kaum Cina.
Tanah Melayu ketika itu (termasuk Singapura) yang mempunyai penduduk 4.91 juta
merupakan bumi yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan alam seperti bumi yang subur
dan hasil bumi yang berharga.
Ekonomi Tanah Melayu pada 1947 bersandarkan kepada getah dan bijih timah di
mana 89 peratus daripada pendapatan negara bergantung kepada kedua-dua komoditi ini.
Keluaran Negara Kasar Sebenar (RGDP) adalah RM2,982 juta dan dua tahun kemudian
meningkat kepada RM3,027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus.
Bagaimanapun Perang Korea yang meletus pada 1950 telah membawa nikmat kepada
penanam getah dan pelombong timah serta ekonomi Tanah Melayu. Purata pertubuhan
ekonomi negara dari 1947 hingga 1960 adalah pada kadar 4.5 peratus.
Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957, kepimpinan UMNO dan kerajaan yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra selaku Perdana Menteri pertama memilih dasar
ekonomi pasaran bebas tetapi terpimpin dan memperkenalkan berbagai program
pembangunan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

2.1.2 Persatuan Cina Malaysia (MCA)

Pada 27 Februari 1949, Persatuan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan bersama-
sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel

7
MPU3113
H.S. Lee. Penubuhannya adalah hasil daripada perjumpaan seramai 300 orang perwakilan
Cina dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali Negeri Kelantan. Ianya telah diadakan
di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Tan Cheng Lock telah dipilih sebagai Presiden.
Pada perhimpunan tersebut juga, telah melihatkan pemilihan seramai 100 orang ahli
jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil negeri dan Kuala Lumpur sebagai Ibu Pejabat MCA.
Antara tujuan penubuhannya ialah sebagai sebuah badan perwakilan orang-orang cina dan
merapatkan hubungan di antara masyarakat cina dengan masyarakat lain di Tanah Melayu
serta menentang Komunis.
Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
a. menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu
b. melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina
c. bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme
d. bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperolehi kemerdekaan untuk
Tanah Melayu
Pada peringkat awal penubuhannya, MCA lebih menjurus sebagai Pertubuhan
Kebajikan, namun pada tahun 1952 MCA telah menjadi sebuah parti politik dengan
menyertai Perikatan UMNO-MCA bagi tujuan memenangi Pilihanraya Perbandaran Kuala
Lumpur. Berikutan daripada permuafakatan ini, ianya telah membawa kepada kerjasama
dalam perjuangan untuk memperolehi kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957
Sebagai Presiden MCA, Tan Cheng Lock telah mengetuai kempen-kempen di seluruh
Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan
MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan Cheng Lock,
selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP).Parti Kemerdekaan Malaya dibentuk pada 26 September 1951
di Kuala Lumpur dengan bekerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh
tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan
ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.
Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan
terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953
dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara
Tan Cheng Lock dan Dato' Onn bermula ketika Tan Cheng Lock menyokong cadangan H.S.
Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada
Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan
ini menyebabkan Tan Cheng Lock dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman.
8
MPU3113
Tan Cheng Lock membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh
UMNO pada 23 Ogos 1953 dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan
MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman.
Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO dan MIC mencepatkan proses
kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya
persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan Cheng Lock untuk memperoleh taraf
kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima
cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya
Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

2.1.3 Kongres India Se-Malaysia (MIC)

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan
pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.
MIC ditubuhkan selepas satu persidangan yang diadakan di Dewan Orang Ramai
Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, MIC hanya menjadi tarikan kepada
masyarakat kelas pertengahan terutamanya dengan personaliti presiden pertama, John A.
Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.
Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan yang pelbagai latar belakang
termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap
kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan
perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.
Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutamanya mereka
yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup
mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan,
perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

9
MPU3113

2.1.4 Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: , juga singkatan: PAS) ialah sebuah


parti politik dan gerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang. PAS merupakan salah satu parti pembangkang bagi kerajaan
Persekutuan. PAS merupakan kerajaan di Negeri Kelantan.
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951
apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah
persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya
diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Mengikut
satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. Walau
bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November
1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Walaupun
terdapat dua tarikh yang bercanggah, namun ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam
PAS bersetuju bahawa fakta kedua (24 November 1951) ialah tarikh sebenar PAS ditubuhkan.
Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31
Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang). PAS atau Persatuan Islam Se-
Malaya (nama asalnya) ialah pertubuhan atau parti politik Melayu yang
berteraskan Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan
oleh kerajaan British pada tahun 1948.
Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang
kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di
negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia

10
MPU3113
ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang
pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara
beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di
Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke
Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia.
Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau
badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan
Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya
menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul
Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu
Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini
terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang
tawakuf daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi
pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap
untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan.
Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan
Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik
mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan
beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam
tulisannya, Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan, Haji Ahmad Fuad
menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada
kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang
mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau
Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi
loteri anjuran Umno.
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa
yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk
menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah
mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan Manifesto al-Badawi dengan tema Ulamak
ke Jalan Allah bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November
1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang
11
MPU3113
memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah
negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan
berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang
memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya.
PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk
membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah
kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap
soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli
yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang
merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir
1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang
dianggap masih kosong dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini
tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus
memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan
bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci2.

2.2 Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


2.2.1 Sejarah Penubuhan PAS
Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: , juga singkatan: PAS) ialah sebuah
parti politik dan gerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang. PAS merupakan salah satu parti pembangkang bagi kerajaan
Persekutuan. PAS merupakan kerajaan di Negeri Kelantan.
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos
1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah
persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya
diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Mengikut
satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951.
Walau bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24
November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).
Walaupun terdapat dua tarikh yang bercanggah, namun ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh

12
MPU3113
lama dalam PAS bersetuju bahawa fakta kedua (24 November 1951) ialah tarikh sebenar PAS
ditubuhkan. Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah
organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang). PAS atau
Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) ialah pertubuhan atau parti politik Melayu yang
berteraskan Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan
oleh kerajaan British pada tahun 1948.
Pada penubuhan awal PAS, sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun
keghairahan sokongan rakyat khususnya alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah
memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan
mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.
Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah
dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul
Muslimin yang telah "melebarkan jalan" untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar
bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif.
Antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji
Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi. Kemungkinan besar juga Bahagian Agama
UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh
Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi, ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu
kecewa akan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri). Tidak
dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya ditimbulkan oleh
sebahagian besar ahli-ahli agama dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama
Ke-3 di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan ahli panelnya terdiri daripada:
1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi)
2. Ustaz Haji Ahmad Maliki (Setiausaha)
3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah (Ahli)
4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah (Ahli)
5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein (Ahli)
6. Tuan Haji Mansor J.P (Ahli)
7. Dua atau tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Ahli-ahli panel inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan
pertubuhan yang dicita-citakan itu, iaitu Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Panel ini telah
berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam,
Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadi dan juga mufti.
13
MPU3113
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian
Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif
Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan
al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol telah berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya
(PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
Maka, PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil perhimpunan atau muktamar tersebut, yang
antaranya turut disertai oleh:
1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
2. Persatuan ulama dari Kedah.
3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
6. Persatuan Al-Ehya As-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang
Perai dan Pulau Pinang.
9. Beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadi atas nama peribadi.

2.2.2 Kepelbagaian Ahli PAS


Ahli-ahli PAS boleh terdiri daripada:
1. Warganegara Malaysia
2. Muslim
3. Bukan-Muslim (beragama Islam)

14
MPU3113
Sesiapa yang telah menjadi ahli-ahli PAS, dia perlulah mengaku menerima serta taat kepada
Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke
semasa.

2.2.3 Dasar-dasar PAS


Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul
serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
Tujuan PAS ialah :
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan
yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju
keredhaan Allah.
Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Usaha-usaha PAS :
1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah
secara lisan, tulisan dan amalan.
2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai
panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam
usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan
dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan
menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik
dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang
perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan
pandangan hidup Islam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta
institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk
membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau
pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan
selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-
undang negara.

15
MPU3113
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam
amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak
bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan
tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan
tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10.Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain
yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta
menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di
kalangan umat manusia.
11.Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan
Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke
luar.

16
MPU3113

2.3 Empat program yang dilaksanakan oleh parti politik PAS dalam memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan ahli parti politik.
PAS telah melakukan beberapa langkah ataupun program untuk memupuk semangat
perpaduan dan intergrasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Di bawah ialah empat program
yang dijalankan oleh PAS pada masa yang lalu:
2.3.1 Pesta Sukan
Pesta sukan dijalankan bagi mengeratkan hubungan rakyat-rakyat Malaysia.

Yang Dipertua PAS Sandakan , Sahar menyampaikan ucapan.

Peserta-peserta bermain bola sepak dengan bersungguh-sungguh.


2.3.2 Program Ziarah dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri
Program ini dijalankan oleh PAS bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan,
ibu tunggal dan keluarga miskin.

17
MPU3113

Rombongan Muslimat telah menziarahi keluarga-keluarga yang kurang


berkemampuan.

2.3.3 Membina penempatan mangsa banjir


PAS telah siap membina penempatan mangsa banjir di tempat-tempat yang berkaitan. Ini
adalah untuk bersiap sedia bagi mereka yang mengalami banjir mempunyai tempat
perlindungan ketika berlakunya banjir.

18
MPU3113

Penempatan mangsa banjir yang siap dibina.


2.3.4 Bantuan Persekolahan(Sabah)
Program ini adalah untuk membantu meringankan beban para ibu bapa yang memerlukan
bantuan dalam menghadapi persiapan sesi persekolahan. Ini kerana kos perbelanjaan
untuk anak yang bersekolah pada ketika ini begitu tinggi.

Ibu bapa menerima bantuan yang diberikan.

19
MPU3113

2.4 Empat langkah yang boleh dilakukan oleh parti politik untuk memupuk perpaduan
dan intergrasi dalam kalangan rakyat Malaysia
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan
kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan
dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan
negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya,
bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
2.4.1 Politik
Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi kebangsaan
negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti
yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.
Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
(a) Kepercayaan kepada Tuhan;
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
(c) Keluhuran Perlembagaan;
(d) Kedaulatan Undang-undang;
(e) Kesopanan dan Kesusilaan.
Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu
padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.

Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional


Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan
perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya
menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat
dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun
1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai
etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.

2.4.2 Ekonomi
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia
Kedua (1971 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum
dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk

20
MPU3113
perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam
kalangan semua rakyat Malysia. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata,
iaitu :
i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
ii) Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi
dapat dihapuskan.

2.4.3 Sosial
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan
kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:
i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan
institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

2.4.4 Agama
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya
hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan
Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-
negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu
kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai
kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:


i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;

21
MPU3113
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan;
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam membuat tugasan yang diberi ini, saya telah jelas dengan
sejarah parti-parti sebelum merdeka negara kita. Dengan ini juga saya fahami bagaimana
sesuatu parti politik dapat ditubuhkan. Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih
dalam tentang parti politik PAS yang dikaji oleh saya semasa menyiapkan tugasan ini.
Dengan membuat tugasan ini, saya juga mengetahui apakah program-program yang
dilancarkan bagi memupuk semangat perpaduan rakyat Malaysia. Di samping juga
mengetahui langkah yang boleh dilakukan oleh parti politik untuk memupuk perpaduan dan
intergrasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai
parti-parti tersebut yang menjamin kehidupan yang aman di negara kita.

22
MPU3113
Rujukan
1. https://zanas.wordpress.com/sejarah-penubuhan-umno/
2. https://zh.scribd.com/doc/152441012/Penubuhan-Pembentukan-Parti-parti-Politik-
Sebelum-Dan-Selepas-Di-Malaysia
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia
4. https://prezi.com/chttxipygt3u/sejarah-awal-politik-di-malaysia-sebelum-dan-selepas-
kemerd/
5. Mohd Fadli Ghani, 2016, Sejarah PAS 1951-1957, Kuala Lumpur Penerbitan Harakah
hlm 147
6. Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap
Perkembangan Organisasi
7. Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan
Penerimaan Masyarakat,dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
8. Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of
The Pan-Islamic Party of Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

23

Vous aimerez peut-être aussi