Vous êtes sur la page 1sur 2

Abraham Maslow merupakan seorang ahli psikologi yang telah

memperkenalkan satu cabang psikologi iaitu psikologi kemanusiaan yang


menekankan satu teori yang diciptakan olehnya. Teori tersebut ialah teori hierarki
keperluan maslow.
Teori ini menekankan lima keperluan yang perlu dipenuhi oleh seorang insan
iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan
penghargaan diri dan keperluan hasrat diri. Hierarki tersebut perlulah diikuti oleh
seseorang individu bagi mencapai kesempurnaan hidupnya namun, teori tersebut
mempunyai kekurangan apabila situasi individu itu berubah dimana kedudukan
hierarki tersebut juga akan berubah.
Bagi keperluan fisiologi, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas
kpada seseorang insan kerana ia merangkumi keperluan fizikal seseorang manusia
contohnya keperluan makanan, minuman dan tempat untuk berteduh. Didalam
hierarki maslow, keperluan fisiologi menduduki tahap yang paling asas ataupun lebih
dikenali sebagai base ataupun basic needs.
Seterusnya keperluan keselamatan dimana penting bagi seorang manusia
untuk mempertahankan haknya, sebagai contoh keselamatan kewangan, kesihatan
dan sebagainya. Selalunya keperluan ini menduduki hierarki yang kedua terpenting
bagi mencapai kesempurnaan hidup manusia.
Selain itu keperluan sosial juga terdapat dalam teori tersebut. Hal ini kerana
keperluan manusia untuk berasa dikasihi adalah satu lumrah yang tidak dapt
dielakkan. Sebagai contoh, didalam sesebuah organisasi, setiap ahli didalamnya
perlumerasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan dan perlu
menyumbang sesuatu yang berguna untuk organisasi tersebut. Jika tidak perasaan
tertekan dan tegang akan berlaku didalam organisasi tersebut. Keperluan ini
menduduki tangga yang ditengah didalam hierarki keperluan maslow.
Tambahan pula, penghargaan diri juga penting bagi menyempurnakan
keinginan manusia untuk menjadi sempurna. Hal ini kerana keperluan ini akan
mendorong seseorang insan untuk menghormati dan dihormati orang lain diatas
kejayaan yang telah dicapai olehnyaataupun terhadap sumbangan yang telah
seseorang insan itu memberi sesuatu. Hal demikian akan meningkatkan lagi
penghormatan diri ataupun self-esteem. Keperluan ini menduduki tangga yang
kedua tertinggi didalam teori keperluan maslow.
Akhir skali, ialah keperluan hasrat diri yang diletakkan di hierarki yang paling
tertinggi dimana keperluan ini berkait rapat dengan keperluan untuk mencapai citi-
citadiri sendiri mengikut potensi masing-masing dan tidak semua insan dapat
mencapai ke tahan ini dengan mudah dan mencapainya pada usia yang muda
kerana keperluan ini akan melengkapkan diri seorang insan tersebut untuk menjadi
seorang insan yang sempurna keperluan hidupnya.
Sebagai kesimpulan, tidak semua yang diperkatakan maslow dalam hierarki
keperluan maslow adalah susunan yang lengkap dan sempurna kerana keperluan
manusia itu tidak sama dan manusia juga tidak semuanya mengikut kedudukan yang
diciptakan maslow kerana perjalanan hidup bagi seseorang manusia itu berlainan
dan sukar bagi seseorang manusia itu meramal akan masa depannya.

Vous aimerez peut-être aussi