Vous êtes sur la page 1sur 8

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Ummu Nasibah Nasoha, Muhammad Izwan Abd Gani, & Nazipah Binti Mat
Shaid (2015), reka bentuk modul pengajaran merupakan elemen utama dan terpenting
dalam menjayakan proses pengajaran & pembelajaran sesuatu kursus. Ianya
didefinasikan sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk
pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang
memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku.

Model-model reka bentuk pengajaran ini mestilah direka bentuk berpandukan teori-
teori pembelajaran seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan
konstruktivisme. Teori reka bentuk pengajaran ini pada asalnya digunakan semasa
meletusnya perang dunia kedua, di mana para psikologi telah membuat kajian dan
penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan.
Namun selepas perang kedua tamat, teori dan kaedah yang diguna pakai ini telah
dikembangkan oleh ahli psikologi ke dalam bidang pendidikan untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan pengajaran seperti yang diguna pakai oleh Institut
Amerika.

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu


objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk
membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih
jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai.
Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi
penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.

1
2.0 TUGASAN 3:
PENULISAN AKADEMIK

2
2.1 MODEL ASSURE DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan menjadi lebih sempurna dan
dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan
sistematik. Seorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum,
semasa dan selepas proses PdP. Oleh itu, model reka bentuk pengajaran yang sesuai
digunakan adalah model ASSURE. Menurut Noriati A. Rashid, Ying B. P, Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan (2012), Model ASSURE adalah
satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R. Heinrich, M. Molenda, J. Russell
dan S. Smaldino. Model ini memberi fokus kepada perancangan pengajaran
pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah dan bagi setiap mata pelajaran. Justeru,
dalam sesi PdP mata pelajaran Pendidikan Jasmani, aplikasi model ASSURE yang
mengandungi enam langkah dapat menjamin keberkesanan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah.

Langkah-langkah dalam model ASSURE:


1. A Analyse learners (analisis murid)
2. S State objectives (Nyatakan objektif)
3. S Select methods, media and materials ( pilih kaedah, media, dan bahan)
4. U Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)
5. R Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
6. E Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

Langkah pertama, analisis murid merangkumi tiga aspek iaitu ciri-ciri umum,
pengetahuan sedia ada, dan gaya pembelajaran murid. Garis panduan berikut penting
bagi guru agar dapat melakukan pemilihan kaedah, media, dan bahan sumber
pembelajaran sesuai dengan jenis murid yang dikenal pasti. Misalnya, dalam tajuk
pembelajaran Olahraga Asas- Kemahiran lompatan Tahun 4 yang diambil dari Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), guru perlulah menggunakan aktiviti yang
sesuai dengan peringkat umur murid seperti menetapkan tinggi hurdle mengikut
kemampuan murid. Bukan itu sahaja, guru boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran seperti aktiviti berkumpulan serta belajar sambil bermain agar kepelbagaian
gaya pembelajaran murid dapat dipenuhi.

3
Seterusnya, menurut model ASSURE pernyataan objektif atau hasil
pembelajaran penting sebagai hala tuju pengajaran-pembelajaran (Ismun, M. H. (2014,
Jun 13). Antara kriteria pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria
berikut. Antaranya ialah siapakah yang hendak capai, apakah yang hendak dicapai,
bagaimanakah hendak dicapai, dan apakah tahap pencapaian maksimum. Contohnya
objektif dalam Tajuk Olahraga Asas-Kemahiran Lompatan adalah murid dapat
melakukan lompatan melepasi hurdle sepanjang 10 meter sebanyak dua daripada tiga
kali percubaan dengan betul. Jelas sekali bahawa, keempat-empat aspek tersebut dapat
membantu guru menyediakan persekitaran yang memberangsangkan seterusnya
membantu dalam pelaksanaan sesi PdP bilik darjah yang berkesan.

Setiap pelaksanaan PdP yang baik memerlukan pemilihan media dan bahan
sumber yang terancang. Dimana ianya merangkumi 3 langkah berikut. Pertama,
membuat keputusan dengan kaedah yang sesuai dengan objektif. Kedua, memilih
format media yang sesuai dengan kaedah. Ketiga, memilih, mengubah suai atau mereka
bentuk bahan sumber pengajaran. Misalnya, menggunakan kaedah pembelajaran
kooperatif dengan menggunakan bahan sumber video perlakuan. Namun begitu, guru
perlu menilai kepelbagaian murid agar pemilihan tersebut dapat membantu murid
menguasai pembelajaran.

Langkah keempat dalam model ini ialah gunakan media dan bahan sumber.
Dalam konteks ini, ianya memerlukan guru untuk melakukan beberapa tindakan bagi
pelaksanaan sesi PdP yang berkesan. Antaranya ialah semak bahan sebelum
digunakan, sediakan bahan, wujudkan persekitaran yang sesuai, sediakan murid, dan
akhir sekali sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid. Misalnya, menyunting
video daripada sebarang unsur 4egative agar bahan sumber benar-benar sesuai
digunakan serta membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk
perbincangan kumpulan. Jelaslah bahawa model ASSURE membantu dalam
pelaksanaan PdP di bilik darjah.

Selain itu, model ini juga mementingkan penglibatan murid dalam pembelajaran.
Hal ini bertujuan agar pengalaman rasa berjaya murid akan dapat mengekalkan motivasi
mereka terhadap aktiviti pembelajaran. Dimana, guru seharusnya memberikan
peneguhan positif sebaik sahaja murid menunjukkan kejayaan. Sebagai contoh, dengan

4
memaparkan video kemahiran lompatan, ianya dapat mencetuskan perbincangan
kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah bagi setiap murid
untuk melibatkan diri. Sesuai dengan pandangan teori konstruktivisme, pengalaman
pembelajaran yang paling berkesan mengambil kira keaktifan murid dalam proses
membina pengetahuan sendiri.

Langkah terakhir dalam model ASSURE bagi membantu pelaksaan PdP


Pendidikan Jasmani adalah nilai dan semak semula perancangan. Langkah ini
menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan juga penilaian
pengajaran. Asepk pertama, penilaian pembelajaran boleh dilakukan secara formal
mahupun informal iaitu melalui ujian atau pemerhatian. Misalnya, membuat
pemerhatian terhadap murid semasa mereka melakukan aktiviti melompat dengan
menilai sama ada murid menerima pembelajaran dengan baik. Manakala penilaian
pengajaran dibuat setelah selesai proses PdP melalui amalan refleksi iaitu dengan
melihat sejauh mana perancangan guru berjaya.

Kesimpulannya, aplikasi model ASSURE dapat menjadikan pelaksanaan PdP di


bilik darjah lebih berkesan. Hal ini kerana pembelajaran berlaku sebagai satu proses
yang berkembang secara berperingkat. Justeru penyampaian pengajaran perlu disusun
secara berperingkat-peringkat sesuai seperti yang dijelaskan dalam model ini. Dimana,
peringkat-peringkat penyampaian pengajaran ini selaras dengan proses pembelajaran.
Maka, guru-guru digalakkan mengaplikasikan model ini semasa merancang sesi PdP
agar pengajaran yang efektif dapat dihasilkan.

(798 patah perkataan)

5
1. ANALISIS MURID
-Ciri-ciri umum
-Pengalaman sedia ada
-Gaya belajar

2. NYATAKAN OBJEKTIF/HASIL
PEMBELAJARAN
-4 kriteria objektif ( kumpulan
sasaran, bentuk perlakuan baharu,
syarat perlakuan dan standard
pencapaian)

3. PILIH KAEDAH, MEDIA, DAN


BAHAN
-Membuat keputusan tentang kaedah
MODEL yang sesuai.
ASSURE -Memilih format media yang sesuai.
TAJUK: OLAHRAGA -Memilih, mengubah suai/mereka
ASAS - KEMAHIRAN bentuk
LOMPATAN
4. GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN
SUMBER
-Media sedia ada boleh digunakan
dengan kreativiti guru atau
pengubahsuaian.

5. LIBATKAN MURID DALAM


PEMBELAJARAN
-Libatkan melalui aktiviti berpusatkan
murid berasaskan bahan.

6. NILAI DAN SEMAK SEMULA


-Penilaian pembelajaran
-Penilaian pengajaran

RAJAH 1: ILUSTRASI MODEL ASSURE DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
SUMBER: Heinich, R., Molenda, M., Russell, J, D. & Smaldino, S, E. (2012).
Instrustional media and technologies for learning. (10ed). New Jersey: Merill
Prertice Hall.

6
3.0 RUJUKAN

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J, D. & Smaldino, S, E. (2012). Instrustional media
and technologies for learning. (10ed). New Jersey: Merill Prertice Hall.

Ismun, M. H. (2014, Jun 13). Model ASSURE. Retrieved from EDU3105 Teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran: http://hasan92.weebly.com/index.html

Noriati A. Rashid, Ying B. P, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan
Hasan. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar SDN. BHD.

Ummu Nasibah Nasoha, Muhammad Izwan Abd Gani, & Nazipah Binti Mat Shaid.
(2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk model pengajaran: Bahasa Arab
tujuan khas di Universiti Islam Sains Malaysia sebagai contoh. Fakulti Pengajian
Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.

7
4.0 LAMPIRAN

Vous aimerez peut-être aussi