Vous êtes sur la page 1sur 23

Bab 8 :Jenis Dan Kemajuan Pengangkutan Di

Asia

8.1 :Jenis Pengangkutan Di Asia


Pengangkutan di Jepun
Kereta api

Aliran Yamanote, Tokyo

Kereta api merupakan alat pengangkutan utama di Jepun, terutama untuk menghubungkan bandar-
bandar utama dan pengangkut komuter di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka. Terdapat
tujuh buah syarikat daerah kereta api Jepun yang disebut Japan Railways, meliputi hampir
sebahagian besar bandar dan desa di Jepun. Selain Japan Railways, terdapat juga syarikat kereta
api swasta, pemerintah daerah, dan swasta dengan usahasama pemerintah daerah.
Panjang kesuluruhan landasan kereta api di Jepun adalah sekitar 23.670 km, sebahagian besar
dilengkapi aliran eletrik.
Peta aliran kereta api
Fukuoka, Kobe, Kyoto, Nagoya, Osaka, Sapporo, Sendai, Tokyo dan Yokohama memiliki
sistem metro, yaitu sistem kereta api untuk mengangkut para penumpang yang sebahagian
besar komuter.

Pengangkutan jalan raya


Jepun memiliki 1.152.207 km jalan raya, termasuk Jalan Negara, jalan daerah, dan jalan bebas
hambatan/jalan tol yang menghubungkan bandar-bandar utama di Honshu, Shikoku, dan Kyushu.
Pengangkutan Awam Seoul

266 stesyen untuk capaian mudah

Sistem pengangkutan awam di Seoul merupakan antara jaringan sistem pengangkutan awam yang
paling meluas dan berkesan. Bas dan Subway menjadi pilihan utama majoriti penduduk Seoul kerana
efisyen, mudah dan murah untuk mencapai satu-satu kawasan. Teksi juga terdapat disini dan lebih
pantas sesuai dengan harganya.
Seoul City Bus System dikelaskan dengan empat warna:
Biru : bas kawasan pinggir bandar Downtown Seoul
Hijau : berpusing sekitar kawasan Seoul
Merah : bas Downtown Seoul bandar Sub-urban
Kuning : berpusing sekitar Tengah Seoul (pusat perniagaan)

T-Money

Kad ala-ala Touch`n` Go ini dapat digunakan untuk kedua-dua sistem bas dan subway.

Tambang permulaan untuk kedua-dua sistem bas dan subway ialah 900 (Korean Won) dan caj
tambahan 100 untuk setiap 5km seterusnya. Setiap transfer dari subway ke bas atau bas ke bas, caj
dikira mengikut distance scale rates system. Penumpang diberi 30 minit untuk transfer ke line subway
yang lain atau bas.
Sistem Pengangkutan di Malaysia
Pengangkutan Darat
o Pengangkutan darat di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu jalan raya dan jalan kereta api.

Jalan raya

o Kawasan pantai barat semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah dan Sarawak adalah kawasan
yang menjadi tumpuan jalan raya dan lebuh raya yang padat disebabkan faktor kepadatan
penduduk yang tinggi.
o Antara faedah perkembangan jalan raya;
-tahap ketersampaian penduduk semakin tinggi.
-meningkatkan ekonomi penduduk luar Bandar
-penerokaan sumber lebih mudah
-menghubungkan kawasan penanaman getah, kelapa sawit, bijih timah dan kawasan
perindustrian.
-Hasil barangan dan bahan mentah dihantar ke pelabuhan untuk dieksport dengan mudah.
-Lebuh raya utara selatan yang menganjur dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru telah
memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
o Kemajuan teknoogi membolehkan lebuh raya dibina di kawasan tanah tinggi yang melalui
genting-genting yang sempit.
o Terdapat lebuh raya bertingkat dan lingkaran bertingkat di pusat Bandar bagi mengurangkan
kesesakan lalu lintas.
o Terdapat system pengangkutan Pintar (ITS)-alat pengesan pergerakan kenderaan yang pertama di
lebuh raya Bandar-ITS melibatkan alat pengesan susunan kenderaan, rangkaian maklumat dan
video.

Jalan Kereta api

Pada zaman penjajah tujuan pembinaan jalan kereta api adalah untuk mengangkut bijih timah dari
kawasan perlombongan dan pelabuhan.
GEMAS Negeri Sembilan merupakan Stesen Persimpangan kereta api antara pantai barat dan
pantai timur semenanjung Malaysia.

Stesen Kereta api Gemas

Tumpat menjadi terminal kereta api pantai timur Semenanjung Malaysia.


Di Sabah landasan kereta api menghubungkan Tanjung Aru ke Tenom dan hanya tertumpu di
pantai barat Sabah.
Tiada pengangkutan kereta api di Terengganu dan Sarawak.
Antara faedah pengangkutan kereta api ialah
-mengangkut barangan dan penumpang
-meningkatkan hubungan dengan kawasan pedalaman
-membangunkan ekonomi dengan kawasan pendalaman
Kemajuan dalam pengangkutan kereta api di Malaysia:
-Perkhidmatan rel bersepadu yang terdiri daripada komuter dan transit aliran ringan seperti
STAR-LRT, PUTRA-LRT, KL-Monorel dan ERL(Express Rail Line)
ERL-KLIA Transit

STAR-LRT
KL-Monorel

komuter

-Diperkenalkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, masa perjalanan di pendekkan,


masalah pencemaran udara dapat dikurangkan.
-Kini, landasan berkembar elektrik sedang dipanjangkan ke Rawang dan Ipoh.
Pengangkutan laut[sunting | sunting sumber]
Untuk menghubungkan bandar-bandar pelabuhan di Jepun, dan juga untuk menghubungkan pulau-
pulau kecil dengan pulau lainnya, digunakan feri dan kapal laut.
Terdapat 22 pelabuhan utama yang ditetapkan sebagai pelabuhan penting oleh Kementerian Lahan,
Infrastruktur, dan Transportasi Jepun termasuk Chiba,
Fushiki/Toyama, Himeji, Hiroshima, Kawasaki, Kitakyushu, Kobe, Kudamatsu, Muroran, Nagoya, Nii
gata, Osaka, Sakai/Senpoku, Sendai/Shiogama, Shimizu, Shimonoseki, Tokyo, Tomakomai, Wakay
ama, Yokkaichi, dan Yokohama.
Sistem Pengangkutan di Malaysia
engangkutan air
Di Malaysia terdapat tiga jenis pengangkutan air iaitu;
-pengangkutan di sepanjang sungai
-pengangkutan laut
-pengangkutan di pesisir pantai

Pengangkutan di sepanjang sungai


1. Menjadi pengangkutan penting di Sabah dan Sarawak kerana keadaan bentuk muka bumi yang
bergunung ganang, hutan tebal serta pengangkutan darat yang terhad.
2. Di Sarawak sungai Rajang adalah nadi pengangkutan utama penduduk. Sungai Rajang boleh
dimudiki sehingga ke Kapit sepanjang 274km.
3. Sibu dan Sarikei adalah pelabuhan sungai terbesar di sungai Rajang.
4. Contoh sungai di Sarawak yang menjadi jalan pengangkutan ialah sungai Rajang, sungai Baram,
sungai Batang Lupar, dan sungai Kemena digunakan untuk megangkut barangan dan
penumpang.
5. Contoh sungai di Sabah ialah sungai Kinabatangan, sungai Segama, sungai Padas. Sungai
Kinabatangan amat penting untuk mengangkut kayu balak ke pelabuhan Sandakan.
6. Pengangkutan sepanjang sungai di Semenanjung Malaysia adalah kurang penting kerana
keadaan sungai yang pendek, cetek dan sempit.

Pengangkutan Laut
1. Pengangkutan laut sangat penting untuk perdagangan antarabangsa.
2. Terdapat beberapa pelabuhan kontena yang menguruskan urusan perdagangan antarabangsa
seperti pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan Klang, pelabuhan pasir Gudang, pelabuhan bintulu
dan pelabuhan kuantan.
3. Pelabuhan Pasir Gudang mempunyai tempat membaiki kapal dan terminal menyak minyak
kelapa sawit.

Pengangkutan Pesisir Pantai


1. Sangat penting untuk mengangkut barang pukal seperti hasil pertanian, dan kayu balak dari
pelabuhan kecil ke pelabuhan utama.
2. Juga penting kepada nelayan untuk membawa hasil tangkapan laut seperti pelabuhan Tanjung
Dawai, pelabuhan kuala sedili, dan pelabuhan kuala kemaman.
3. Pelabuhan Lumut dikhaskan untuk mengawal keselamatan Negara.
Pengangkutan di Beijing
Udara[sunting | sunting sumber]

Terminal 3 yang baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing.

Lapangan terbang utama Beijing ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing (IATA:
PEK) yang terletak berhampiran Shunyi, lebih kurang 20 kilometer di sebelah timur laut dari pusat
bandar. Dengan pengubahelokan untuk Sukan Olimpik 2008, lapangan terbang ini kini mempunyai
tiga terminal, dengan Terminal 3 merupakan salah satu terminal yang terbesar di dunia.
Kebanyakan penerbangan dalam negeri dan hampir semua penerbangan antarabangsa tiba dan
bertolak dari Lapangan Terbang Ibu Negara. Lapangan terbang ini ialah pusat utama kepada sistem
penerbangan Air China yang menghubungkan Beijing dengan hampir setiap bandar raya di China
melalui perkhidmatan penumpang udara yang tetap.
Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing dihubungkan ke kawasan tengah Beijing
oleh Lebuhraya Lapangan Terbang. Ia terletak lebih kurang 40 minit perjalanan dengan kereta di
luar waktu sibuk dari pusat bandar raya. Sebelum Sukan Olimpik 2008, Lebuhraya Lapangan
Terbang Ke-2 serta juga sebuah sistem rel ringan yang kini dihubungkan dengan Laluan Bawah
Tanah Beijing menuju ke lapangan terbang utama itu.
Lapangan terbang yang lain di bandar raya Beijing termasuk:

Lapangan Terbang Liangxiang Beijing;


Lapangan Terbang Nanyuan Beijing;
Lapangan Terbang Xijiao Beijing;
Lapangan Terbang Shahe Beijing; dan
Lapangan Terbang Badaling Beijing.
Lapangan Terbang Nanyuan bertindak sebagai pusat untuk sebuah sistem penerbangan
penumpang yang tunggal, dengan lapangan-lapangan terbang tersebut yang lain digunakan
terutamanya oleh tentera dan justera, tidak sangat dikenali oleh orang awam.
Penguasa Penerbangan Awam Singapura
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Singkatan: CAAS; Inggeris: Civil Aviation Authority of
Singapore; Cina: ) merupakan pihak berkuasa penerbangan kebangsaan dan badan
berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan bagi Republik Singapura. Ibu pejabat CASS terletak
di tingkat empat Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.[1]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]


Ditubuhkan pada 1984, CAAS mengawal atur lalu lintas penerbangan awam dalam bidang kuasa
ruang udara Republik. Ia juga membantu bagi membolehkan pertumbuhan industri hab udara dan
penerbangan di Singapura, menggalakkan amalan industri yang selamat dan juga terlibat dalam
perjanjian perkhidmatan udara awam dengan pengendali perkhidmatan udara.
Sistem Pengangkutan di Malaysia
Pengangkutan Udara
1. Pengangkutan udara digunakan untuk menghubungkan bandar-bandar utama dalam negara,
menghubungkan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak dan menghubungkan Malaysia ke
seluruh dunia.
2. Syarikat penerbangan yang mengendalikan pengangkutan udara di Malaysia ialah Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS), Syarikat Air Asia dan Syarikat Firefly.
3. Kepentingan pengangkutan udara di Malaysia ialah;
Dapat mengangkut barangan yang mudah rosak dan perlu dihantar segera seperti barangan
elektronik, komponen komputer, ubat-ubatan, bunga dan buah-buahan.
Memajuan sektor pelancongan Negara
Menghubungkan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak kerana pengangkutan darat yang
terhad. Kaedah doktor udara digunakan untuk memudahkan penduduk mendapat rawatan.
4. KLIA adalah lapangan terbang serantau di Malaysia. 36 lapangan dan padang terbang di
Malaysia diuruskan oleh Malaysia Airport Holding Berhad di Sepang.
5. Terdapat dua jenis penerbangan di Malaysia iaitu penerbangan antarabangsa dan penerbangan
domestik.

Air Asia
Firefly

Malaysia Airline System(MAS)


Malaysia Airport Holding Berhad

Lapangan Terbang KLIA


Lapangan Terbang Anatarabangsa Langkawi

Antara lapangan terbang antarabangsa dan domestik di Malaysia;


Kawasan Lapangan Terbang Lapangan Terbang Domestik
Antarabangsa
Semenanjung Lapangan Terbang Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kuala
Antarabangsa Kuala Terengganu, Kota Bharu
Malaysia Lumpur(KLIA) di
Sepang, Bayan
Lepas(Pulau
Pinang),Pulau langkawi
dan Senai,Johor
Sarawak Kuching Sibu,Bintulu,Miri,Marudi,Kapit,Belaga,Long
Lellang,Bario,Bakalalan,Long Seridan, Long
Semado,Mulu, Lawas, Limbang,Long
Banga, Mukah
Sabah Kota Kinabalu Kudat,Sandakan,Tomanggong,Lahad Datu,
Semporna, Tawau,Keningau, Sapulut,Long
Pasia,Pulau Labuan
8.2 :Kemajuan Pengangkutan Di Asia

Perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting kerana merapatkan perhubungan antara:-

i. kawasan-kawasan dalam sesebuah negara

ii. negara-negara di benua Asia

iii. negara-negara Asia dengan negara-negara lain.

Cara perhubungan pada masa dahulu menggunakan:-

i. isyarat asap

ii. bendera

iii. memukul gendang

iv. burung merpati

Pada masa kini terdapat pelbagai jaringan sistem pengangkutan yang moden seperti jalan raya, jalan
kereta api, jalan laut dan sungai.

Jalan raya merupakan cara pengangkutan yang penting di benua Asia.

Negara-negara yang mempunyai jaringan pengangkutan yang baik ialah Jepun, Singapura dan Malaysia.

Jalan raya yang terpanjang di Asia Tenggara ialah Highway One (2000 km) di Vietnam.

Lebuh raya Pan Asian dijangka dapat menghubungkan benua Asia dengan benua Eropah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan jalan raya di Asia ialah :-


i. bentuk muka bumi

ii. kegiatan ekonomi

iii. bandar-bandar besar

iv. penduduk padat

Jaringan jalan kereta api di kebanyakan negara Asia amat kurang berbanding dengan jaringan jalan raya.

India mempunyai jaringan jalan kereta api yang terbesar di Asia.

Jepun mempunyai rangkaian sistem kereta api yang paling moden.

Negara-negara Asia yang mempunyai sistem kereta api elektrik ialah:-

i. Jepun

ii. Singapura

iii. Hong Kong

Jepun mempunyai kereta api peluru yang dapat bergerak selaju 210 km sejam.

Kemajuan teknologi membolehkan sisten kereta api bawah tanah di bina.

Contohnya :-

Hong Kong Mass Transit Railway(MTR)

Singapura Mass Rapid Transit (MRT)

Jalan kereta api Trans Siberia adalah yang terpanjang di dunia, menghubungkan Vladivostok ke Moscow.

Rangkaian kereta api utama yang lain ialah:-

Singapura Padang Besar Bangkok Ho Chi Min Beijing

Istanbul (Turki) Milan(Itali)

Kepentingan perkhidmatan kereta api ialah:-


i. murah dan mudah - digunakan untuk mengangkut barang

pukal

ii. dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas

iii. memudahkan perhubungan di antara bandar-bandar utama Asia

iv. membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan terpencil seperti Siberia.

Bandar-bandar di Asia dihubungkan dengan negara-negara lain melalui udara .

Kapal terbang digunakan untuk mengangkut barang-barang seperti bungkusan pos, barang-barang
elektrik dan elektronik, bunga-bungaan dan penumpang.

Pengangkutan udara adalah lebih cepat tetapi mahal.

Pengangkutan udara penting kerana:-

i. menjimatkan masa

ii. menghubungkan kawasan terpencil

iii . menggalakkan pelancongan

Lapangan terbang antarabangsa yang utama ialah :-

i. Kai Tak(Hong Kong)

ii. Narita (Jepun)

iii. Changi(Singapura)

Syarikat syarikat penerbangan utama ialah;-

i. JAL - Jepun

ii. SIA Singapura


iii. GARUDA Indonesia

iv. PIA Pakistan

v. SAUDIA- Arab Saudi

vi. ALIA Jordan

Penggunaan satelit adalah penting untuk;-

i. merapatkan perhubungan di antara negara di Asia dengan negara-negara lain di dunia

ii. menggalakkan perdagangan antarabangsa di Asia dengan negara-negara lain di dunia.

Satelit-satelit antarabangsa yang memberi perkhidmatan telekomunikasi di benua Asia

ialah:-

i. Intelsat IV- A

ii. Intelsat V

Negara China melancarkan satelit Asia Sat-I. Negara China, Thai, Jepun, Pakistan dan Indonesia
menggunakan perkhidmatan ini.

Contoh-contoh stesen satelit bumi;-

i. Malaysia di Kuantan dan Kota Kinabalu

ii. Singapura di Bukit Timah dan Pulau Sentosa

iii. Indonesia di Jakarta

Measat I dilancarkan oleh Malaysia dan meliputi kawasan Asia Timur.

Measat II dilancarkan oleh Malaysia meliputi kawasan Semenanjung Malaysia, Indonesia, Taiwan,
Filipina, Vietnam dan Hawaii.
Faedah yang diperolehi daripada perkembangan teknologi komunikasi ialah:

i. menerima dan memancar imej televisyen secara langsung

ii. menerima perkhidmatan internet sedunia

iii. maklumat melalui grafik dan carta dapat di hantar melalui faks

iv. perhubungan dengan mudah melalui telefon di mana-mana kawasan


8.3 :KESAN PENGAKUTAN TERHADAP
MASYARAKAT,EKONOMI DAN ALAM SEKITAR DI ASIA

1.MASYARAKAT
-Memudahkan perjalanan

-Menjimatkan masa

2.EKONOMI
-Meningkatkan nilai kewangan di dalam negara

-Meningkatkan teknologi pengangkutan negara

3.ALAM SEKITAR
-Kesan Positif
a-mengurangkan kesesakan lalu lintas , PLUS altenatif jalan Persekutuan 1 di pantai barat
semenanjung; pembinaan lingkaran bertingkat , l/raya ekspres, LRT dan Komuter di KL

b-Meningkatkan Kecekapan Pemeliharaan Alam Sekitar, seperti mengawal kebakaran dan


pembalakan haram; penggunaan heli dan k/terbang khas memantau dan mencegah kebakaran
hutan; satelit memantau dengan cepat dan tepat.

c-Mengurangkan Pencemaran, penggunaan kenderaan elektrik yang mesra alam, tidak


mencemar udara dan bising.

d-Mewujudkan landskap yang menarik, pembinaan R&R di l/raya; landskap alam flora di KLIA

-Kesan Negatif
a-pencemaran, pelepasan bahan pencemar dari kenderaan berat mencemari udara di bandar;
plumbum, karbon dioksida, karbon monoksida menyebabkan hujan asid; debu dalalm asap
menyebabkan jerebu;
b-pencemaran bunyi bunyi bising enjin kenderaan berat bas, lori, kapal terbang, motorsikal
dan kereta

c-pecemaran air tumpahan minyak bot dan kapal akibat kecuaian dan kebocoran
perlanggaran .

Vous aimerez peut-être aussi