Vous êtes sur la page 1sur 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUTIARA IMPIAN NO TEL : 045873660

JALAN SIMPANG AMPAT 14100 PULAU PINANG NO FAX : 045885023

PERTAMA, PERTAMA DAN BERAGAMA Ruj. Kami :


Tarikh : 26 DISEMBER 2016

Sila rujuk lampiran

Tuan,

PANGGILAN MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1/2017

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil.1/2017 akan diadakan


pada :-

Tarikh : 28 Disember 2016 (Rabu)


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKMI

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1. Ucapan Pengerusi Majlis


3.2. Isu 2016 dan perlantikan
3.3. OPS English
3.4. Pentaksiran ULBS
3.5. Penyediaan rancangan Tahunan 2017
3.6. Program Peningkatan Akademik
3.7. Rancangan Kewangan
3.8. Hal-hal Berbangkit

4. Sehubungan dengan itu, tuan diminta hadir mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah
diwajibkan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(SITI NUR ADILAH BINTI BORHANUDIN)


Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SMK MUTIARA IMPIAN
Pulau Pinang
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUTIARA IMP1AN
14100 SIMPANG AMPAT

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh : 28-12-2016
Hari : Rabu
Masa : 1.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKMI

Kehadiran

1. Cik Siti Adilah Bini Borhanudin(Ketua Panitia) 5. Pn. Zaida Yusop

2. Tn. Syed Roslan bin Syed Khalid 6. Pn.C. Banu Priya

3 .Cik. Low Su Chin

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mesyuarat, Cik Siti Adilah Bini Borhanudin mengucapkan terima kasih
atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat panitia kali pertama untuk tahun 2017.

1.2 Pengerusi berasa gembira sebab semua ahli panitia dapat menghadiri mesyuarat
kali ini dan mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kerjasama yang
diberikan pada tahun 2016.
Tindakan: Semua guru
2. Isu 2016 dan perlantikan
2.2. Set System: Semua pelajar Tingkatan 1 akan menduduki kertas ujian diagnostik
untuk menentukan set yang sesuai.
2.3. Puan Banu Priya sekali lagi dilantik sebagai Setiausaha untuk panitia Bahasa
Inggeris untuk sesi persekolahan tahun 2017.
Tindakan : Puan Banu Priya
2.4. Puan Low Su Chin diamanahkan untuk menguruskan perjalanan OPS-English
di untuk sesi persekolahan 2017.
Tindakan : Puan Low.S.C
2.5. Puan Zaida telah dilantik sebagai penyelaras Sistem Set untuk sesi

persekolahan tahun 2017.


Tindakan : Puan Zaida

2.6. Tn. Syed Roslan telah dilantik sebagai penyelaras Common European
Framework (CEFR).

Tindakan : Tn. Syed Roslan

2.7. Cik Siti Nur Adilah sekali lagi dilantik sebagai Ketua Pentaksir ULBS untuk sesi
persekolahan 2017.
Tindakan : Cik Siti Nur Adilah

3. OPS English

3.1. Pengerusi memaklumkan waktu Bahasa Inggeris tingkatan 1 pada minggu


kedua akan digunakan untuk membuat ujian diagnostik dan keputusan harus
diserahkan pada ketiga hari jumaat dan pelajar akan ditempatkan mengikut set
pada bulan kedua sesi persekolahan.

3.2. Bilik SAL telah di ubahsuaikan untuk kegunaan guru-guru terutamanya untuk
bidang bahasa. Guru yang ingin menggukan bilik tersebut perlu membuat
tempahan di dalam borang yang disediakan.
Tindakan : Semua guru

4. Pentaksiran ULBS

4.1. Saranan kepada semua guru yang terbabit

4.1.1.Pentaksiran haruslah dijalankan semasa kelas berlangsung. Para


pelajar seharusnya dimaklumkan tentang pentaksiran yang akan
dilakukan lebih awal supaya mereka bersedia untuk melakukan
pentaksiran. Para pelajar juga boleh memilih untuk berlakon dan
mereka akan ditaksir oleh guru bertanggungjawab.

4.1.2. Membaca sajak dan menyanyi tidak dibernarkan

4.1.3. Para pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan bahas atau
drama boleh dikecualikan untuk satu pentaksiran.

4.1.4. Sekiranya guru ingin membantu para pelajar, para guru boleh
melakukan pentaksiran di luar kelas dengan memaklumkan kepada
para pelajar untuk menyediakan teks ucapan dan menyampaikannya di
hadapan guru terbabit.

4.1.5. Para guru harus memaklumkan kepada para pelajar Tingkatan 4


tentang pentaksiran yang akan dijalankan.

4.2. Guru-guru yang dilantik adalah seperti ketetapan berikut :

i) KPS Tn. Syed Roslan dan Cik Siti Nur Adilah


ii) KPMP Cik Siti Nur Adilah

5. Penyediaan rancangan Tahunan 2017

5.1. Rancangan Tahunan PdP akan desediakan mengikut ketetapan berikut :

1. Pn. Banu Priya a/p Chinivasan : Tingkatan satu


2. Tn. Syed Roslan bin Syed Khalid :Tingkatan Empat
3. Pn. Low Su Chin : Tingkatan Tiga
4. Pn. Zaida Yusop : Tingkatan Dua
5. Cik Siti Adilah Bini Borhanudin :Tingkatan lima

Tindakan: Semua guru berkenaan

5.2. TO KSSM untuk Tingkatan 1 akan disedikan mengikut ketetapan berikut :

1. People and Health : Pn. Zaida Yusop


2. Science and Technology : Pn Banu Priya a/p Chinivasan
3. Health and Enviroment : Pn Low Su Chin
4. Consumerism & Finacial Awareness: Cik Siti Adilah Bini Borhanudin

Tindakan: Semua guru berkenaan

5.3. Aktiviti Kokurikulum

5.2.1. Scrabble akan diurus oleh Tn. Syed Roslan bin Syed Khalid
5.2.2. Public speaking akan diuruskan oleh Zaida Yusop
5.2.3. Cik Siti Nur Adilah akan memantau keseluruhan aktiviti yang
dijalankan.
Tindakan : Guru-Guru Berkenaan

6. Program Peningkatan Akademik

6.1. Pelajar dari Tingkatan Tiga dan Lima yang memperoleh markah yang berada di
dalam lingkungan lulus/gagal dalam ujian Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2
dan 4 harus dikenalpasti. Seramai 10 orang pelajar dari Tingkatan 3 dan 10
orang pelajar Tingkatan 5 yang telah dikenalpasti akan diberi bimbingan khas
daripada para guru yang dipertanggungjawabkan.

6.2. Senarai nama pelajar-pelajar tersebut harus deserahkan pada minggu terakhir
bulan Januari. Para guru digalakkan untuk membimbing pelajar-pelajar tersebut
di luar waktu persekolahan dan menumpukan pada bahagian-bahagian di dalam
kertas peperiksaan yang membolehkan para pelajar untuk lulus. Program ini
dinamakan Likable Programme

Tindakan : Guru-Guru Berkenaan

6.3. Pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mendapat sekurang-kurangnya B di dalam


PT3 dan SPM akan diberikan tumpuan yang lebih semasa PdP.

Tindakan : Guru-Guru Berkenaan

6.4. Ceramah Teknik menjawab untuk PT3 dan SPM akan dianjurkan dan
penceramah dari luar akan dijemput

Tindakan : Guru-Guru Berkenaan


6.5. Program Lit A Day akan dirancang dan dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

6.6. Program untuk memantapkan penguasaan tatabahasa dan pembinaan ayat


untuk PT3 akan dirancang pada tiga bulan pertama sesi persekolahan.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

7. Rancangan Kewangan

7.1. RM 150 akan digunakan untuk penambahbaikan Bilik SAL


7.2. RM 200 akan digunakan unutk membeli bahan Rujukan KSSM
7.3. RM 250 akan digunakan untuk pembelian Bahan PdP untuk guru-guru
contohnya Pen marker dan Kertas Mahjong

Makluman Semua Guru


8. Hal-hal berbangkit
8.1. Puan Banu harus kutip kesemua TO Tingkatan 1 pada akhri bulan Januari dan
membuat pecantuman sebelum minggu pertama Februari

Tindakan: Puan Banu Priya

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


_______________________ _________________________
( Banu priya a/p Chinivasan ) (Pn. Herdawati bt Girim)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Bidang Bahasa
SMK MUTIARA IMPIAN SMK MUTIARA IMPIAN

Vous aimerez peut-être aussi