Vous êtes sur la page 1sur 7

KUIZ

( MUHAMAD SHARIF BIN KAMIS (AP160406))

1. Dengan mengambil contoh tiga buah syarikat hartanah di Malaysia. Bincangkan jenis
Contemporary Organization Design yang digunakan oleh syarikat berkenaan beserta
kebaikan dan kekurangan..

i. Azmi & Co Sdn Bhd.


Struktur pasukan
Struktur pasukan ialah struktur yang berasaskan gabungan pekerja-pekerja
profesional dan pakar dari pelbagai jabatan yang wujud di dalam Azmi & Co Sdn
Bhd untuk membentuk pasukan sementara. Pasukan ini dibentuk untuk
memberikan perkhidmatan yang menyeluruh kepada syarikat supaya kerja yang
dihasilkan memuaskan semua pihak dan membawa kejayaan kepada syarikat.
Selain mencapai objektif yang ditetapkan, struktur pasukan yang diamalkan oleh
Team Azmi & Company adalah untuk menyelesaikan isu-isu rumit yang wujud
semasa sesuatu projek sedang dijalankan.
Oleh itu, team azmi & company akan bekerjasama mencari penyelesaian terbaik
yang memberi manfaat kepada semua termasuk team azmi & company dan pihak
yang berurusan dengannya. Setelah selesai sesuatu projek itu, ahli akan kembali
ke jabatan masing-masing untuk meneruskan tugas masing-masing.

Kebaikan
Ahli syarikat dapat berkongsi pendangan tentang hala tuju dan matlamat yang
hendak dicapai oleh sesebuah organisasi berpandukan objektif yang telah
digariskan oleh sesebuah syarikat seperti syarikat Azmi & Co Sdn Bhd.
Semangat kerjasama dapat dipupuk antara ahli kumpulan yang dibentuk dan
semangat kerjasama ini dijadikan prinsip bekerja dalam Azmi & Co Sdn Bhd
supaya apa-apa masalah yang timbul semasa menjalankan tugas dapat
diselesaikan dengan berhemah.
Kesepaduan antara ahli yang profesional dari lain-lain jabatan akan
menggalakkan idea yang lebih kreatif dan maju serta dapat menggurangkan
jurang perbezaan pendapat dalam Azmi n Co Sdn Bhd.
Ahli pasukan yang professional dapat memotivasikan ahli yang lain supaya
saling melengkapi antara satu sama lain kerana setiap ahli mempunyai
kecekapan dalam bidang masing-masing.

Keburukan
Sukar mengenal pasti ahli Azmi & Co Sdn Bhd yang tidak berakauntibiliti dan
siapa yang benar-benar melaksanakan tugas dengan jujur
Konflik personaliti antara ahli Azmi & Co Sdn Bhd mungkin akan wujud
Mungkin akan memakan masa yang lebih melakukan sesuatu tugasan kerana
mempunyai banyak idea dan pendapat.
Wujudnya dominasi dalam pekerjaan.

ii. C C Khor Real Estate Agency


Struktur pembelajaran
Setiap organisasi perlu membentuk persekitaran yang menggalakkan budaya
pembelajaran. Persekitaran pembelajaran dapat menggalakkan peningkatan
kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan pekerja yang seterusnya melahirkan
pekerja yang mahir. Biasanya dikaitkan dengan objektif perniagaan sesebuah
syarikat. Oleh itu, objektif C C Khor Real Estate Agency adalah memberi
perundingan hartanah dan agensi secara profesional dan jujur kepada sesiapa yang
memerlukan mereka. Struktur pembelajaran akan membentuk kemahiran dan
membimbing pekerja C C Khor Real Estate Agency supaya lebih berdaya saing.
Oleh itu, ahli syarikat akan cuba mengambil setiap peluang bagi belajar daripada
pengalaman yang mereka lalui. Struktur ini memberi impak yang sangat jelas
kepada C C Khor Real Estate Agency mengenai pengurusan syarikatnya. Contoh
kejayaan yang mampu dicapai dengan adanya struktur ini adalah mengendalikan
transaksi harta dari rumah pangsa kos rendah bagi hartanah komersil dan
kediaman, ladang, kilang-kilang, tanah pembangunan dan orang rizab Melayu
selama bertahun-tahun.

Kebaikan
Dapat membangunkan kemahiran dan kecekapan dalam ahli C C Khor Real
Estate Agency
Menggalakkan pengalaman baru untuk ahli dan meneroka idea baru melalui
pengalaman yang diperolehi semasa melaksanakan tugas
Dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan mencuba cara baru yang
diperoleh daripada pengalaman supaya lebih berdaya saing
Keburukan
Keengganan para pekerja sambilan C C Khor Real Estate Agency untuk
berkongsi pengetahuan kerana takut kehilangan kuasa meraka kerana
beranggapan pengetahuan dan pendapat meraka mungkin tidak
menyenangkan pasukan atasan lain.
Sejumlah besar pekerja yang mempunyai banyak pengalaman dalam C C
Khor Real Estate Agency sudah hampir mencapai umur persaraan dan mereka
tidak dapat mendidik pekerja yang baru dalam bidang pengurusan hartanah di
Malaysia

iii. Henry Butcher Malaysia Sdn. Bhd. (HBM)


Struktur berpasukan
Henry Butcher Malaysia Sdn. Bhd. (HBM) menggunakan struktur kerja
berpasukan sebagai jenis reka bentuk organisasi kontemporari mereka. Syarikat ini
ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1987, mempunyai rangkaian luas 25 pejabat di
seluruh Malaysia, disokong oleh lebih daripada 500 kakitangan terlatih dan
profesional yang bekerjasama sebagai satu pasukan yang menguruskan hartanah.
Kerjasama dalam pasukan telah melahirkan kepercayaan untuk membina masa
yang lebih cerah serta membina komitmen untuk memenuhi keperluan hartanah
yang sentiasa berkembang di Malaysia. Oleh itu, ahli HMB akan bekerjasama
mencari penyelesaian terbaik yang memberi manfaat kepada semua termasuk team
HMB dan pihak yang berurusan dengannya.

Kebaikan
Dapat berkongsi pendapat dan idea masing-masing dan bersama-sama
melakukan perubahan kearah mencapai objektif syarikat.
Semua ahli pasukan mempunyai keupayaan untuk merealisasikan potensi
mereka dalam persekitaran bidang pekerjaan.
Dapat bekerja dalam suasana kepelbagaian dan berprestasi tinggi.
Kerjasama antara ahli yang profesional dari lain-lain jabatan akan
menggalakkan idea yang lebih kreatif dan maju serta dapat menggurangkan
jurang perbezaan pendapat.

Keburukan
Memerlukan pekerja yang ramai untuk memenuhi jawatan yang wujud dalam
Henry Butcher Malaysia Sdn. Bhd. Jawatan yang wujud adalah pelbagai
seperti bidang pengurusan dan bukan bidang pengurusan.
Akan wujud salah faham dalam mempertahankan pendapat masing masing
kerana beranggapan bahawa pendapat mereka adalah yang terbaik.
Wujudnya tekanan dari ahli lain dalam pelaksanaan tugas.

2. Bincangkan Contemporary HRM Issues yang dihadapi oleh kebanyakan syarikat


penilaian dan pemaju harta tanah di Malaysia..
o Isu kepimpinan
Pengurusan yang baik bermula daripada pemimpin yang bijak
merancang,melaksanakan,mengurus memantau sesuatu yang telah diranvang.
Corak kepemimpinan haruslah menjurus kepada usaha meningkatkan
produktiviti kecemerlangan sehingga akhirnaya mencapai kosong kesan.
Dalam pengurusan sumber manusia, pemimpin mempunyai cabaran dimana ia
harus memberi tumpuan kepada matlamat organisasi, mengatur dan
menyelenggara tugasan, menjalinkan saluran komunikasi, menggariskan
hubungan dengan orang bawahan, dan menilai prestasi kumpulan kerja yang
diwujudkan. Cabaran yang kuat kepada pemimpin adalah sejauh mana
kebolehan kepimpinan tersebut mampu mengubah sikap dan tindakan perkerja
yang berada di bawah kepimpinannya. Cabaran ini merangkumi semua
aktiviti, perlakuan, kemahiran, sikap, kebolehan yang mencerminkan
kebolehan dan kesediaan untuk membimbing dan melatih seseorang individu.
Oleh itu, kegagalan menguruskan isu ini akan mendatangkan pelbagai
implikasi negatif yang bakal menggugat usaha dalam melahirkan warga kerja
bidang pengurusan yang cemerlang

o Etika dan intergriti pekerja


Etika dalam bidang pengurusan ialah penerapan nilai moral seperti disiplin,
garis panduan, tatasusila, peraturan, dan segala unsur positif yang lain yang
dapat membantu pengurus menjalankan tanggungjawab dengan lebih
berkesan. Namun bergitu, isu ini timbul dalam syarikat pemaju hartanah
kerana setengah pekerja tidak mempunyai mutu dalam perkhidmatannya dan
melakukan tugas dengan sambil lewa sahaja. Oleh itu, kerja yang dihasilkan
tidak memuaskan hati pihak yang berurusan dengan syarikat itu. Untuk
selesaikan masalah ini, pengagihan tugas kepada jabatan masing-masing
dalam syarikat hartanah adalah amat penting. Selain itu, memastikan pekerja
yang diambil boleh memikul tanggungjawab yang diberi dengan menawarkan
imbuhan yang setimpal dan releven dengan tanggungjawab yang diberikan

o Teknologi maklumat dan komunikasi


Pada masa kini, teknologi maklumat ini hanya dihujung jari dan maklumat
dapat diperolehi dengan begitu mudah. Oleh itu, syarikat pengurusan hartanah
perlu menggunakan teknologi ini bagi memudahkan urusan syarikat dalam
melincinkan pengurusan syarikat. Pihak syarikat haruslah sentiasa peka
tentang perubahan teknologi maklumat ini supaya pengurusannya menjadi
lebih berkesan dan melahirkan warga kerja yang berilmu. Oleh itu syarikat
pengurusan hartanah yang lain haruslah menggunakan teknologi ini sebagai
alat komunikasi dalam peyampaian maklumat kepada pekerjanya sendiri dan
pihak yang berurusan dengannya.

o Imbuhan
Imbuhan juga merupakan salah satu isu berbangkit dalam pengurusan sumber
manusia untuk sesuatu syarikat. Imbuhan merupakan daya penarik kepada
pekerja dalam sessebuah organisasi. Dengan adanya imbuhan ini, ia akan
membantu mengekalkan pekerja sedia ada dan menarik pekerja baru untuk
menceburi bidang pengurusan hartanah ini. Biasanya imbuhan yang
ditawarkan adalah lumayan. Hal ini akan meningkatkan semangat para pekerja
yang akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti sessebuah organisasi
syarikat pengurusan hartanah. Imbuhan biasanya dalam bentuk yang ringgit
dan barangan. Dengan adanya imbuhan ini, maka pengurusan sesebuah
organisasi itu akan berjalan lancar tanpa gangguan.

3. Bincangkan inovasi terbaru dalam sektor penilaian harta tanah di Malaysia..


E-survey
System ini dibangunkan berjuan bagi membolehkan pelaksanaan kajian penghasilan
analisis secara online dan real time mengenai hartanah di malaysia. Ia dapat memenuhi
keperluan untuk mendapat maklum balas responden yang terdiri daripada penjawat
awam, swasta dan orang awam terhadap kajian yang berkaitan dengan peyampaian
maklumat kapada semua. Antara analisi yang dibuat adalah berkaitan lokasi, analisis
ekonomi, analisis berkaitan pasaran dan reka bentuk bangunan. Dalam analisis lokasi
secara online, antara kriteria yang digariskan ialah keadaan fizikal tanah dan ciri unik
yang ada pada sesuatu tanah itu. Hal ini kerana sifat dan ciri-ciri ini akan mempengaruhi
nilai hartanah itu. Selain itu ialah analisis dalam bidang ekonomi iaitu mengetahui tren
permintaan penduduk di sesuatu kawasan yang bergantung kepada keadaan ekonomi di
sesebuah kawasan. Dengan cara ini kita akan dapat tahu jumlah permintaan dan berapa
jumlah yang perlu ditawarkan.
Penjualan data traksaksi hartanah secara atas talian
Dengan wujudnya penjualan data online ini akan memudahkan lagi sektor penilaian
hartanah di Malaysia untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat. Biasanya
maklumat ini hanya dibekalkan oleh penilai,pentafsir dan ejen harta tanah yang berdaftar
dengan Lembaga Penilaian, Pentafsiran dan Ejen Harta Tanah Malaysia(LPPEH) supaya
maklumat yang dibekalkan adalah asli dan terkini. Antara maklumat yang dibekalkan
adalah seperti butiran penjualan tanah yang merangkumi nilai sesuatu hartanah itu
mengikut pasaran, keluasan, lot tanah itu, jenis pegangan hartanah itu dan jenis hartanah
itu. Selain itu, penjualan data mengenai bangunan juga turut disediakan. Namun begitu,
sistem maklumat geografi masih belum disediakan oleh pihak LPPEH. Maklumat
maklumat yang dibekalkan ini mampu membantu dalam proses penilaian hartanah di
Malaysia juga. Maklumat yang dibekalkan tidaklah percuma kerana setiap transaksi akan
dikenakan cas yang sangat berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web
berikut : www.jpph.gov.my

Vous aimerez peut-être aussi