Vous êtes sur la page 1sur 21

PENGENALAN

Lompat tinggi merupakan salah satu acara ohlaraga. Lompat Tinggi mula diperkenalkan
dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan
Olimpik. Disebabkan pelbagai jenis gaya lompatan digunakan oleh para atlit maka acara ini menjadi
tarikan perhatian kepada orang ramai.
Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula jadi, bagi
melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari
persediaan fizikal dan mental.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-

i) Gaya Gunting
(Scissors)

v) Gaya Fosbury ii) Gaya Eastern


Flop Cut-off

iv) Gaya Guling iii) Gaya Guling


Pelana (Straddle) Barat (Western Roll)

Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah diperkenalkan bagi
mendapatkan lompatan yang tinggi.
PROGRAM LATIHAN LOMPAT TINGGI

Tempoh Masa Program : Dua Bulan

Matlamat Program : Pemiihan peserta bagi pasukan lompat tinggi

sekolah katogeri lelaki

Tempoh Masa Sesi Latihan : 7 Minggu

Jumlah Murid : 10 Orang

Tempat : Padang Sekolah

Peralatan :

i) Tiang lompat tinggi : Dua batang tiang

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan
sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat
satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat
bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

ii) Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang
sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak
kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan
khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

iii) Kawasan mendarat : Tilam atau Pengalas Lembut

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian
kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan
pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum
beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada
suatu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi
acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk
segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua
tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk
pendaratan peserta.

iv) Pita pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap
peserta. Ukurang hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini,
dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran
dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

UKURAN
i) Tiang lompat tinggi

Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04
meter dari bahagian dalam.

ii) Palang lompat tinggi

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang
dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang ini diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat rata dan
berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

iii) Kawasan mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah
dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan 1 meter tebal.

iv) Pita pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh
peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan
terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para
peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

Aspek Asas Latihan : PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan termasuk
olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :-
a) Pergerakan

Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-

i) Pergerakan Mendatar (Linear Motion)

ii) Pergerakan Menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak.

A Pergerakan Mendatar

B Pergerakan Menegak

C Vektor Resultant

1) Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.

2) Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.

3) Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan layangan dalam bentuk

parabola C.

b) Momentum

Halaju dan momentun adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum
adalah hasil darab jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu
jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah.

Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau

kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan
momentun yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan

bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

c) Daya Sentrifugal

Daya Sentrifugal

Daya Sentripetal

Daya Ikut Tangan

Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal. Apabila

sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu bulatan, pada hakikatnya terdapat satu

jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah

yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-dua

daya ini dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.

Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan dan tidak

terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan

memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.

Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan konsep-

konsep pergerakan dengan daya sentrifugal .

d) Putaran
Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua
jenis iaitu direct dan inderect. Putaran direct dicapai semasa atlit ada kontrak dengan bumi
manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan bumi.

Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan

untuk menambah lagi daya sentrifugal.

e) Graviti dan Pusat Graviti


Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlit dan
bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperolehi lompatan
yang paling berjaya.

Ketinggian yang boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti

ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau bagaimanapun gaya-gaya yang

membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi

yang mencemaskan.

Jasad-jasad A dan B yang kedudukannya menegak didapati pusat graviti masing-masing

agak jauh di atas palang. Manakala dalam jasad C, terdapat kedudukannya yang leper

membolehkan pusat gravity adalah sangat hampir pada palang.

PRINSIP AKSI REAKSI

Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi

dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hukum

reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikut itu di angkat.

Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan

tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain.

Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan akan

turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan

putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian

pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan

kedua kaki melepasi palang dengan mudah.


Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari tindakan

ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. Prinsip-prinsip tersebut

penting untuk acara lompat tinggi.

LATIHAN ANSUR MAJU


Gaya Straddle :
Sasaran Latiha : 5 0rang Pelajar

Langkah 1 :
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang
menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila
melakukan lompatan.

Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas
tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk
membuat lonjakan.
Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedudukan
pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada di sebelah kanan
mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri
mengadap palang.

Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi
keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu
tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan.

Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar
kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada
tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras
bahu.
Langkah 6 :
Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan
aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;-
Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.
Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.
Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.
Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu
dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar melintasi
palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu
ditegaskan.

Langkah 7 :

Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan

palang.Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gayastraddle.

Langkah 8 :

Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan


sekarang adalah berpasangan. Satu demonstrasi cara membuat putaran diperkenalkan dan
dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke
atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah
lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara
otomatik badan akan terputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan
ialah badan haruslah diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan
diturunkan.

Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di atas
bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di atas
tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.

Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian
landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.
LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN

1. Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45
darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan
pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari
gaya ini.

2. Latihan Pergerakan Kaki


Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah digunakan
untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan
pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh
dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).

3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki


Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu objek yang
digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak
merbahaya.

4. Latihan Melonjak
Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala
pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan
yang lebih bertenaga.

5. Latihan Gulingan Badan


Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki
pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat gulingan badan pada aras yang
lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas
palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.
GAYA FOSBURY FLOP
Sasaran Latihan : 5 Orang Pelajar

Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa mendarat. Ia
bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang. Perlu
disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat.
Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan.
Pelajar diarahkan untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak.
Kemudian badan dijatuhkan ke belakang.

Aktiviti ini diulang Sebanyak 20 kali sehari untuk keyakinan seterusnya.


Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di
bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa
tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat
dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan
memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang serentak dengan
tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki
hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.

Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala perlakuan
dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk membuat
lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi
keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang
beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.
Langkah 3 :
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar
dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan pelajar yang
menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat.

Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki
lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat. Perlu
ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2. Setelah beberapa kali
dicuba, barulah tali
getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.
Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan
layangan.
i) Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya putaran
pada badan.
ii) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya dan
ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana
sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai
bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan lengkungan
disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan
mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini cuba beberapa
kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya
dilakukan.
Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas 9
hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.
PENEGASAN DAN PEMERHATIAN
1. Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi perhatian dan
penegasan.

2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati dan membuat
penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh memperbaiki lagi lakuan dalam
lompatan.
3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya untuk
mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada perlakuan yang
memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

PRINSIP-PRINSIPYANG AKAN DIPERHATIKAN DI DALAM LATIHAN ACARA


LOMPAT TINGGI UNTUK GAYA FOSBURY FLOP

BIL PERKARA FORMULA PENERANGAN


1. Hukum F1 = F 2 1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke
Newton bumi
ketiga 2. Hayunkan tangan dan kaki hendaklah
berhampiran dengan badan supaya mencapai
lonjakan yang maksimum
2. Pusat Graviti 1. Semasa pusingan badan, pelompat
mengekalkan pusat gravity untuk mencapai
stability.
2. Pelompat menahan pergerakan ke bawah
sebelum melonjak ke atas supaya pusat gravity
beralih ke bahagian hadapan melibatkan
komponen menegak.
3. Stabiliti 1. Badan dilentikkan ke belakang semasa
lonjakan untuk offset pusat gravity supaya
pelompat sentiasa cuba mencari stability.
2. Larian dilakukan secara perlahan ke pantas,
langkah pendek ke langkah panjang sebelum
membuat lonjakan.
4. Geseran 1. Kasut hendaklah jenis spike supaya
menghasilkan daya yang lebih besar dengan
permukaan trek semasa larian.

5. Momentum MV 1. Pelompat hendaklah mempunyai jarak


larian yang cukup supaya pelompat
dapat halaju yang meksimum bagi jarak
itu untuk menghasilkan momentum yang
maksimum juga kerana momentum =
masa X halaju.
6. Daya 1. Badan hendaklah melentik ke belakang
centrifugal semasa melepasi palang.
dan 2. Semasa melepasi palang, kaki diluruskan
centripetal manakala kepala mendongak ke atas bagi
menghasilkan lompatan yang sempurna.

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:


1. Fasa penujuan ( Approach )
2. Fasa lonjakan ( Take-off)
3. Fasa layangan ( Bar Clearance )
4. Fasa Pendaratan ( Landing )
1. Fasa penujuan
Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung ( Curved )
Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.
Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )
Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.
Condongkan ke dalama semasa larian lengkung,
Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.
Teruskan penambahan kelajuan larian.

2. Fasa Lonjakan
langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat aksi
acceleration
Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan
mendarat.
Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan
kedudukan begitu.
Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3. Fasa Layangan
Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan
horizontal.
Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.
Angkat pinggul semasa melepasi palang.
Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.
4. Fasa Pendaratan
Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.
Jarakkan lutut semasa mendarat.
PROSEDUR LOMPATAN

Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta juga boleh
memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan yang sesuai seperti sapu
tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi membuat lompatan.
Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan oleh pengadil
sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang untuk membuat lompatan bagi
setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi palang selepas tiga peluang melompat akan
terkeluar daripada pertandingan. Pemenang akan ditentukan oleh peserta yang membuat lompatan
yang tinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri maka, disemak pula rekod lompatan sebelum ini.

Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah:


Nama 1 2 3
Kishor X X /
Anwar X / /

Kishor berjaya melompat melepasi palang pada percubaan yang ketiga manakala Anwar
pula berjaya pada percubaan kedua. Oleh itu Kishor akan diumumkan sebagai pemenang walaupun
paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal melepasi ketinggian berikutnya setelah tiga
percubaan diberikan. Ketinggian palang diukur secara menegak, iaitu bersudut 90 darjah dengan
permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari bahagian atas palang. Setelah tamat sesuatu paras
ketinggian, pengadil akan mengukur ketinggian baru sebelum peserta dibenarkan melompat.
PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI
Pertandingan
1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.
2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada peserta-peserta
ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya
satu-satu pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan
seri bagi tempat pertama.
Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.
a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan.
b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.
Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c). Setiap
ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat pertandingan.
3. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
4. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan landas
lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.
5. Seorang peserta gagal jika:
a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana aski peserta
tersebut ketika melompat
b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut dengan
sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika
ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim,
tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.
6. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas ketinggian
permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali
kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta
tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan
peraturan ini adalah untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat
kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih
boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak melompat di sesuatu
ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri.
7. Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peerta melompat
pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah
memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah
mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu
disentuhi.
NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan bahawa
muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu hendaklah
sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.
8. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka
ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan
oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.
NOTA. Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.
9. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk
tempat pertama.
10. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira
termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat


11. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan. Pertandingan di
bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan
mengizinkan jarak minimum landas hendaklah berukuran25 m.
12. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh melebihi 1 250
ke arah bahagian tengah palang.
13. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua. Rujukan
dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat hendaklah rata dengan
permukaan tikar
14. Penanda. seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang disahkan
atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan
lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita
pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh
meninggalkan kesan yang kekal.
*Peserta pasukan hanya akan dipilih untuk mewakili sekolah apabila boleh
mengelakkan aspek aspek kesalahan berikut

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

1) Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.
2) Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa
melencong.
3) Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek
dan terlalu kecil sudutnya.
4) Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.
5) Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang
semasa melonjak.
6) Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
7) Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
8) Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit.
9) Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.
10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula
di fasa pemulihan.
11) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah
kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1) Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2) Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

3) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh.

4) Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah

bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.


KESIMPULAN

Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik. Setelah melalui
pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang, teknik, gaya
dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan lagi acara lompat tinggi.