Vous êtes sur la page 1sur 20

Tajuk kajian : Kesesuaian Islam dengan Sains.

(Islam is Compatible with Science).

Dialog Antara Agama.

(UE01602).

Ahli Kumpulan : Nor Syafiq Bin Hamdan (BA14110419).

: Khairul Anwar Bin Muda (BA14110229).

: Syafiqa Nur Binti Ramli (BS14110818).

: Alwani Binti Abdul Razak(BP14110071).

Nama Pensyarah : Dr. Suraya Sintang.

Waktu : Selasa (11:00 Pagi 1:00 Petang).

1
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan buat pihak Universiti Malaysia Sabah(UMS) yang telah
membenarkan kumpulan kami untuk melengkapkan tugasan kami ini dengan
jayanya. Selain itu, kami melafazkan ucapan yang penuh kesyukuran dan tawadu ke
hadrat Ilahi yang mentakdirkan kami agar dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Seterusnya, kami ingin merakamkan jutaan penghargaan buat pensyarah
subjek tugasan kami ini, Dr. Suraya Sintang yang banyak membantu kami di dalam
usaha melengkapkan kerja kami ini. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semangat yang telah diberikan oleh ahli keluarga kami yang tersayang.
Kumpulan kami merakam ucapan tahniah antara satu sama lain atas usaha,
kerjasama dan komited yang berterusan. Besar harapan agar tugasan kami ini
mampu membantu kecemerlangan kami khususnya di dalam subjek Dialog Antara
Agama ini dan umumnya di dalam semua subjek dan jurusan yang kami hadapi.
Kami juga mengharapkan agar tugasan kami ini menjadi bahan yang berbentuk
ilmiah dan mampu membantu masyarakat di luar tidak mengira keturunan, agama,
bangsa dan warna kulit untuk sama-sama mendalami kajian kami yang bertajuk
Kesesuaian Islam dengan Sains ini. Hal ini kerana, kami yakin bahawa masyarakat
di luar semakin terbuka pemikirannya dalam mendalami agama yang berbeza
daripada anutan mereka. Di samping itu, kami juga melafazkan sekalung
penghargaan kepada rakan-rakan sekuliah kami dan rakan-rakan kami yang lain
kerana banyak menolong kami semasa dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Jasa,
idea serta bantuan yang dihulurkan amat kami hargai. Akhir kalam, kami
mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan secara tidak langsung untuk memainkan peranan yang penting
dalam tugasan kami ini. Usaha dan kerjasama yang diberi amat berguna buat kami.

2
PENGENALAN
Tugasan kami ini bertajuk Kesesuian Islam dengan Sains, di mana tugasan
ini memerlukan kami untuk mengemukakan kajian berkaitan unsur sains di dalam
agama Islam itu sendiri. Kumpulan kami telah bersepakat untuk mengkaji dua
komponen agama Islam yang boleh dikaitkan dengan unsur sains iaitu solat dan
yang kedua adalah kejadian alam semesta menurut kaca mata sains Islam. Tugasan
kami menggambarkan bahawa Islam itu adalah suatu agama yang benar dalam
menuju kepada kebenaran. Ini bersesuaian dengan tujuan subjek Dialog Antara
Agama ini iaitu dialog yang bertujuan membina keamanan dalam kehidupan,
membangunkan jambatan antara sesama manusia tanpa mengira latar belakang dan
kehidupan manusia yang difitrahkan oleh unsur keagamaan. Solat adalah suatu
ibadat khusus kepada umat Islam yang wajib dilaksanakan oleh penganutnya.
Namun, muncul persoalan yang skeptikal terhadap amalan ini, Adakah solat ini
bagus dan mempunyai kebaikan yang tersendiri?. Lalu, kami huraikan dalam
tugasan kami ini. Solat boleh mendatangkan kesihatan menurut kajian sains
kesihatan. Ini berdasrkan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Muzzammil ayat 6
mafhumnya:

Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada Jiwa) dan lebih
tetap betul bacaannya.

Selain itu, kami mengemukakan hujah yang berkaitan dengan kejadian alam
semesta dalm Islam. Hal ini bertepatan dengan skop tugasan kami. Kajian tentang
kejadian alam semesta telah banyak dilakukan oleh para saintis sejak dahulu
lagi.Ilmuan Islam tidak terkecuali membahaskan tentang kejadian alam semesta
seperti Al-Imam As-Syafie, buktinya Imam As-Syafie mengkaji alam semesta seperti
bulan untuk menentukan kehadiran bulan Ramadan. Beliau juga mengkaji
kedudukan matahari untuk menentukan arah kiblat dan mengkaji buruj untuk
mengetahui arah jalan ketika bermusafir.

3
Al-Quran telah merakam tentang kejadian alam semesta di dalam surah Al-
Anbiya ayat 30, Allah S.W.T berfirman mafhumnya:

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa


Sesungguhnya bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu),
lalu kami pisahkan antara keduanya. Dan kami jadian daripada air, tiap-tiap
benda yang hidup. Maka MENGAPA MEREKA TIDAK MAHU BERIMAN?

Andainya diselami dan difahami, ayat ini ada kaitan dan persamaannya
dengan sebuah teori yang dijumpai oleh saintis fizik alam yang terkemuka iaitu
Teori Big Bang oleh Stephen Hawking. Kesimpulannya, kajian kami ini bukan
sekadar tugasan wajib yang perlu dilaksanakan tetapi kami ingin menerangkan
tentang kehebatan Islam melalui kesesuaiannya dengan sains. Wallahualam

4
ANATOMI GERAKAN SOLAT DALAM BIDANG PERUBATAN SAINS

Berikut ini kami huraikan anatomi gerakan solat sebagai bahan atau modal
untuk menuju khusyuk secara fizikal dan pemahaman tentang gerakan akan
menambah kemantapan pelaksanaan solat.

BERDIRI KETIKA SOLAT

Bagi orang Islam, semasa solat kita diperintahkan untuk berdiri tegak,
keseimbangan antara belahan tubuh kanan dan tubuh kiri.

Disini terdapat beberapa unsur perubatan yang perlu kita ketahui. Antaranya
adalah:

a) Titik tumpu berat badan

Dimana ia tertumpu pada tapak kaki iaitu kaki kiri dan kanan sama berat.
Pada tapak kaki terdapat titik refleksi atau akupuntur yang penting yang
menstimulasi organ dalam tubuh orang yang melaksanakan solat. Cara menumpu
demikian akan membuatkan keadaan tubuh kita lurus, serasi dan tegap. Tulang
belakang kita berada pada kedudukan tegak dalam erti bahagian leher(7 ruas)
melengkuk ke depan(lordosis), dada(12 ruas) melengkuk ke belakang, (kifosis) dan
pinggang(5 ruas) melengkung ke depan lagi(lordosis). Inilah kedudukan yang
normal yang membuatkan susunan tersebut berfungsi secara optimum, begitu juga
organ-organ yang berhubungan dengannya.

b) Semasa solat, kita juga diperintahkan agar kaki dijarakkan dan tumit membuka ke
luar. Jarak yang perlu diperhatikan ketika merenggangkan kaki adalah selebar jarak
bahu kanan dengan bahu kiri. Inilah kedudukan sesuai dan stabil. Dengan cara ini,
jika solat dilaksanakan secara berjemaah, maka barisan solat antara jemaah akan
menjadi rapat antara satu sama lain. Ini kerana bahu bertemu bahu, buku lali
bertemu buku lali antara satu sama lain.

c) Semasa solat, posisi jari-jari juga diperintahkan untuk menghadap kiblat. Dengan
menjarakkan kaki yang rapat dan membentuk sudut 45 serta mengusahakan agar
tumit lebih diregang keluar, maka kaki terarah pada sudut kita menghadap, tidak
membengkok keluar. Dengan demikian, jari-jari pun akan mengarah ke kiblat.

Kesan daripada berdiri tegak yang dapat dipertimbangkan adalah tumpuan


berat badan yang merata akan membuatkan susunan tulang penyangga tubuh
menjadi rata.Hal ini bermanfaat terhadap pengurangan risiko berlakunya tulang
patah yang sering terjadi ketika jatuh, turun tangga atau lain-lain masalah yang
berlaku.

5
GERAKAN TAKBIRATULIHRAM

Dimana gerakan ini merupakan gerakan bagi memulakan solat dengan


mengangkat tangan sehingga tapak tangan menghadap kiblat disamping bahu
kanan dan kiri bahu atau wajah kita. Dari sudut perubatan, terdapat beberapa hal
penting telah dibahaskan. Antaranya adalah:

a) Perkataan Allahu Akbar.

Seorang ahli psikologi Belanda, Profesor Vender Hoven(2002) mengumumkan


penemuan terbarunya tentang pengaruh membaca Al-Quran dan pengucapan
berulang perkataan Allah SWT baik terhadap pesakit mahupun orang normal.
Beliau telah melakukan kajian tersebut selama 3 tahun. Subjeknya adalah beberapa
orang pesakit Muslim dan bukan Muslim serta orang tidak berbahasa Arab sebagai
bahasa ibunda, tetapi dilatih untuk mengucapkan perkataan Allah SWT.

Menurut tatacara pengucapan bahasa Arab (Allah SWT). Hasil kajian ini
sungguh menakjubkan, terutama bagi mereka yang menderita kekecewaan dan
tekanan. Harian Arab Saudi Al-Watan melaporkan bahawa profesor itu
menyimpulkan bahawa orang Muslim yang membaca Al-Quran secara teratur dapat
mencegah penyakit psikologi. Profesor itu menjelaskan bagaimana setiap huruf
daripada perkataan Allah SWT itu mempengaruhi penyembuhan psikologi.
Ternyata pengucapan perkataan ini tidak pernah dijumpai dalam bahasa lain di
dunia.

Secara fisiologi, pengucapan huruf pertama, iaitu A dapat melapangkan


sistem pernafasan dan berfungsi mengawal gerak nafas. Ketika mengucapkan
konsonan L, menurut cara orang Arab dengan lidah tertarik ke langit dan sedikit
tergelincir di bahagian rahang atas, sejenak tertahan sebelum mengucapkan bunyi -
lah membentuk ruang tertentu di rongga mulut. Jeda yang pendek disusuli dengan
jeda yang sama berturutan menimbulkan pengaruh yang nyata terhadap relaksasi
pernafasan. Seterusnya, pengucapan huruf terakhir iaitu H dapat membuatkan
sentuhan antara paru-paru dan jantung pada gilirannya berfungsi untuk mengawal
denyutan jantung.

b) Rongga dada melebar

Setakat yang kita perasan bahawa ketika kita melakukan gerakan takbir, bahu
terangkat sedikit, tulang rusuk turut terangkat yang berfungsi untuk menimbulkan
pelebaran rongga dada. Kesannya, tekanan udara didalam rongga mengecil dan
memudahkan udara nafas masuk dengan cepat.

6
c) Sekatan rongga badan (diafragma) terlatih

Semasa melakukan takbiratulihram juga, sekatan diafragma kita juga terlatih


dimana dalam masa yang sama kita harus mengucapkan kalimat takbir Allahu
Akbar sedangkan pada masa tersebut juga, dinding dada kita dedang meregang.

Untuk mengucapkan suatu perkataan, udara harus mengalir keluar bagi


menggetarkan pita suara, maka tidak lain hal ini hanya boleh dikerjakan oleh
sekatan diafragma sahaja. Ini sangat benar bahawa ia adalah suatu sinergisme yang
rapi dan sangat berkesan. Sinergi ini juga berpengaruh terhadap fungsi fisiologi lain.
Di otak, terjadi hubungan dan penyelarasan pusat pengaturan gerakan dan kerja
organ dalaman.

d) Ketiak dibuka

Semasa solat, peranan ketiak adalah pusat penyelarasan utama bagi


peredaranan limfa dimana ia merupakan kumpulan daripada keseluruhan anggota
badan bahagian atas seperti tangan, lengan bawah, lengan atas dan bahu. Yang
paling hebatnya, gerakan takbir adalah gerakan active pumping yang amat
bermanfaat.

RUKUK

Gerakan rukuk merupakan gerakan dengan membongkokkan badan sehingga


belakang, leher dan kepala berada pada kedudukan mendatar. Kedudukan kaki tetap
seperti berdiri pada awalnya. Ketika rukuk sempurna, maka tulang belakang menjadi
relatif lurus. Disamping itu, terdapat dua perkara penting yang perlu diperhatikan,
iaitu :

a) Kedudukan mendatar

Pada kedudukan ini, berat badan berada di depan dan tubuh seakan-akan
mahu tersungkur. Dengan demikian, tekanan antara dua ruas tulang belakang dapat
dikurangkan.

b) Kedua lengan menopang dan tangan memegang di lutut. Sokongan ini lebih
mendorong ruas tulang belakang ke depan sehingga tekanan bukan sahaja
dikurangkan, malah berlaku gerakan regangan. Keadaan ini dapat dirasakan semasa
rukuk seperti ada tarikan di bahagian tulang belakang. Walaubagaimanapun,
seseorang itu dapat merasakan keadaan ini apabila rukuk dilakukan secara
sempurna dan merehatkan otot-otot belakang. Namun, orang yang melaksanakan
solat secara terburu-buru tidak akan dapat merasakan kesan perubahan
kedudukannya kerana ototnya masih lagi tegang. Ternyata, disinilah, manfaat
tumakninah dalam setiap gerakan solat.

7
SUJUD

Sebenarnya sujud adalah satu bentuk ketundukan tertinggi seseorang hamba


di hadapan Allah SWT. Ini kerana, kepala orang yang sujud ditundukkan serendah
kaki menapak. Dalam bidang perubatan, gerakan ini sangat unik. Sujud juga adalah
satu-satunya kedudukan dimana otak lebih rendah daripada jantung dan mudah
dikerjakan tanpa harus membalikkan tubuh.

Sujud merupakan urutan daripada gerakan:

Tubuh menunduk dengan menekukkan badan dan lutut

Tapak tangan diletakkan diatas lantai

Kemudian lutut mencapai lantai, jari-jemari kaki tertekuk dan tapak kaki
ditegakkan

Tangan berada diatas lantai maju ke hadapan

Muka, dahi dan hidung tersungkur menyentuh lantai

Belakang diangkat dan paha pada kedudukan tegak

Kedua tapak kaki dirapatkan, tetap berdiri tegak dan jari-jemari menekuk kearah
kiblat

Oleh itu, cuba kita perhatikan dan praktikkan gerakan sujud yang dinyatakan
diatas. Kita akan merasa tarikan pada tulang belakang dipertengahan belakang yang
disebabkan graviti. Kesan terhadap pelurusan tulang belakang sehingga tekanan
dikurangkan, malah berlaku gerakan regangan. Pada ketika ini, terjadi regangan
otot-otot belakang. Orang yang melaksanakan solat secara tergesa-gesa dan tidak
tumakninah, maka perubahan kedudukan tidak memberi apa-apa kesan kerana
ototnya masih tegang.

Beberapa perkara yang menyebabkan sujud tidak berfungsi optimum untuk


pelurusan tulang belakang adalah:

a) Tidak menegakkan paha dan mengangkat punggung. Kebiasaan disebabkan


pendeknya sejadah sehingga kepala tidak cukup menjulur ke depan, berat badan
masih di belakang tumpuan lutut. Jadi, tarikan ke bawah tulang belakang tidak
terjadi.

b) Jika perkara diatas telah dilakukan, masih ada satu syarat lagi, yakni berat tubuh
bahagian depan jangan ditopang penuh dengan tangan, tetapi kening menyangga
lebih besar. Kening terletak pada garis lurus tubuh. Ketika sujud, tukang belakang

8
seperti digantungkan pada dua titik tumpu, bahagian depan dan belakang, kesan
anti bongkok dapat difahami pada kedudukan ini. Jika kening tidak menumpu,
penyanggaan tangan akan menyebabkan tegangnya otot-otot bahu dan belakang,
maka regangan tidak terjadi.

Pengaruh sujud terhadap peredaran darah di bahagian otak juga difahami.


Keanjalan pembuluh darah merupakan faktor penting yang dapat mempertahankan
tekanan darah. Pengeluaran darah naik kerana kedudukan jantung lebih tinggi
berbanding otak. Ia merupakan latihan otak menambah keanjalan pembuluh darah,
pada gilirannya gerakan sujud adalah gerakan anti strok.

Strok terjadi jika pembuluh darah di bahagian otak tersumbat atau pecah
sehingga sebahagiannya mengalami gangguan dan nampak seperti lumpuh separuh
badan. Pengaruh gerakan rukuk dan sujud terhadap organ dalaman adalah
menguatkan ikatan kebergantungan organ tersebut pada dinding rongga. Secara
anatomi, terutamanya di dalam perut, organ dalaman yang ada diperkuatkan
dengan latihan berterusan melalui perubahan kedudukan berdiri, rukuk dan sujud.

DUDUK KETIKA SOLAT

Untuk pengetahuan kita semua, Al-Qaadah atau Julus adalah keadaan duduk
ketika solat.Kedudukan tersebut dapat menghentikan aliran pembuluh darah utama
pada tungkai sehingga menambah pengeluaran aliran darah ke otak dan organ lain.
Dalam masa yang sama, ia mengembangkan sirkulasi melalui pembuluh kolateral di
kaki. Terdapat tinjauan telah dilakukan pada tiga perkara dengan body mass index
yang berbeza, iaitu mengamati perubahan kadar ikatan oksigen darah dan denyutan
nadi pada tungkai ketika melakukan gerakan Al-Qaadah. Sewaktu berdiri, saturasi
oksigen mencapai 97-100% denyutan nadi normal. Gerakan duduk mencapai
tekukan sudut lutut melebihi 60, saturasi menurun hingga 93% dan denyutan nadi
hilang. Saturasi tidak dapat dikesan lagi.

Ketika itu, aliran darah utama berhenti sepenuhnya. Pengeluaran darah ke


otak dan organ penting bertambah, metabolisme meningkat, berfungsi dengan
tumpuan fikiran tinggi dapat bertahan lebih lama. Tungkai akan mengembangkan
sistem sirkulasi kolateral yang berkesan, pembuluh darah menjadi lebih anjal, malah
dapat mencegah komplikasi sumbatan arteri, vena dan penyakit diabetes berupa
pembusukan kaki akibat gangguan pembuluh darah. Fakta ini tidak ditemukan dalam
gerakan senaman, seni bela diri atau pada anggota badan lain. Tinjauan juga
dilakukan keatas gerakan atau kedudukan duduk bersila, namun tiada kesan yang
berlaku.

9
Selain itu, duduk dengan jari-jemari kaki menekuk merupakan relaks
maksimum daripada kelompok otot di betis. Otot sering mengalami rasa nyeri
kerana pengecutan otot statik dan gerakan berjalan atau lari (pengecutan otot
dinamik). Ketika duduk, otot tersebut diregangkan hingga terjadi proses pemulihan.
Dengan duduk ini juga, seluruh persendian di bahagian tungkai, kaki dan jari-jemari
menjadi aktif, lentur dan bebas daripada kekakuan. Kesan selanjutnya tentu lebih
kuat dan tahan terhadap trauma fizikal dan mekanikal. Seterusnya, duduk ketika
solat menjadikan indikator kelenturan tubuh anda.Lakukanlah dengan sempurna.
Jika terasa nyeri, maka anda perlu bersenam segera.

GERAKAN SALAM

Perbuatan gerakan salam adalah perbuatan terakhir dalam solat. Ketika


salam, ia diucapkan dua kali, disertai dengan gerakan menoleh ke kanan dan kiri
sehingga pipi dapat dilihat oleh orang yang berada di belakang. Salam yang pertama
termasuk dalam rukun solat, sedangkan salam yang kedua hukumnya sunat. Salam
juga buka sekadar menoleh ke kanan dan kiri, tetapi memperlihatkan pipi kepada
orang yang berada di saf belakang. Ia merupakan implikasi sosial solat yang tinggi
daripada pelaku solat.

Secara anatomi, leher adalah anggota badan yang penting menghubungkan


kepala dan tulang belakang. Rangka leher terdiri daripada tujuh ruas tulang
belakang dengan otot yang tebal melindungi struktur dibawahnya. Gerakan salam
cukup bermakna melatih kelenturan leher. Penekanan saraf di segmen ini sering
terjadi. Gangguan gerakan ini menyebabkan torticolis iaitu kepala dan wajah selalu
menoleh. Kesan lanjut gangguan ini boleh mengubah pandangan mata sehingga
pesakit berisiko juling.

Disamping itu, tulang leher patah dapat menimbulkan kesan buruk. Pesakit
akan meninggal dunia secara serta merta kerana didalamnya terdapat sumsum
tulang belakang pada segmen yang mengatur pusat pernafasan dan fungsi jantung.
Jika selamat daripada maut, pesakit mengalami lumpuh keempat anggota gerak
kerana sistem saraf naik atau turun terputus sepenuhnya. Seterusnya, perbuatan
gerakan salam dalam solat sangat berkesan menguatkan otot dan dapat
menggalakkan seluruh struktur leher dapat bertindak balas dengan sepenuhnya.

10
KEJADIAN ALAM SEMESTA MENGIKUT AL-QURAN

Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak zaman dahulu
hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam
ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan.
Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala
usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini
dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia
kejadian alam ini. Allah yang menciptakan alam ini tidak akan membiarkan manusia
untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha mengetahui akan kelemahan
hambaNya.

Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh menjelajah


jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa
yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu
yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah
Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan
alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam Al-Quran melalui RasulNya. Di dalam Al-
Quran yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini
dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah
perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah
segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang
nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" .
( Surah al Anaam: 73)

Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang
dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah
diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam Al-Quran. Allah telah menerangkan
bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian
dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan
bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian
kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang
hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?".
(Surah Al-Anbia: 30)

Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat
penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta
(Dr.Zakaria Awang Soh, 1990)

11
1. Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang
wujud) tunggal.

2. Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.

3. Pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal


dan peningkatan jirim (ordering matter)

Perkataan "ratq" membawa maksud memadukan unsur-unsur menjadi satu


jasad yang padu. Jasad yang padu inilah yang menjadi asal mula alam. Perkataan
"fatq" membawa maksud dipisahkan atau dipecahkan. Jasad yang padu tadi
kemudiannya melalui proses pemisahan. Bagaimana proses pemisahan itu tidak
dapat dijelaskan. Jika dilihat kepada alam semesta yang wujud hari ini
menggambarkan proses pemisahan ini berlaku dalam satu kuasa pemisahan yang
sungguh hebat dan amat kuat.

Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah
berbentuk ratq. Kedua-duanya dipisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari
yang satu lagi. Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang
masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan
ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan
materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam
semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Quran di atas
dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam
keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik
perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20. Dalam Al-Quran
yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih
sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti
berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami
benar-benar meluaskannya.
(Surah az-Dzariyat;47)

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam


banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan
cakerawala.Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses
pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang
diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam


dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah
wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang
dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah

12
menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan
berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann
dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori
bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia
sebenarnya berkembang. Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari
pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli
astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan
teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak
menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana
semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas
menggambarkan pengembangan alam semesta itu.

Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa


alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan
dalam Al-Quran ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia.
Ini adalah kerana Al-Quran adalah kalam Allah, maha pencipta dan pemerintah bagi
seluruh alam semesta. Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap
selepas dari pemisahan itu dan disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud;

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih
merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya
menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa keduanya menjawab 'kami
datang dengan suka hati' Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa
dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang
dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-
baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Fushilat:11-12)

Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran
yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam al Quran

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir


(yang telah ditentukan)."
(Surah Al Qamar :49)

13
Berikut merupakan beberapa teori serta pendapat yang dapat kami
ketengahkan mengenai proses kejadian alam.

A. Teori Penciptaan Alam Semesta

1. Teori Kabut

Teori ini disebut istilah Nibualai teori yang bertitik tolak dari adanya suatu
kumpulan kabut yang berputar perlahan-lahan, bahagian kabut itu lama-kelamaan
berubah menjadi kumpulan gas yang kemudian menjadi struktur alam semesta ini.

Ferre Simon De Lap Lace, mengatakan bahawa alam semesta berasal dari
kabut panas berpilin, kerana gumpalan kabut membentuk bulatan seperti bola yang
besar dimana semakin kecil bola itu semakin cepat lilitannya akibatnya bentuk bola
itu memepat pada kutubnya dan melebar pada bahagian equatornya, bahkan
kemudian sebahagian masa gas di equatornya itu menjauhi dari gumpalan Intinya
sehingga membentuk struktur alam semesta.

2. Teori Pasang Surut

Jeans dan Jeffri melukiskan bahawa terjadinya alam semesta merupakan


masa matahari yang lepas membentuk bentukan cerutu yang mencorok kearah
bintang akibatnya bintang makin menjauhi masa, masa tersebut terputus-putus dan
membentuk gumpalan gas disekitar matahari gumpalan-gumpalan itulah yang
kemudian membeku menjadi struktur pelengkap susunan alam semesta.

3. Teori Ledakan

Teori ini disebut dengan istilah Big Bang teori, bertitik tolak pada pendapat
adanya suatu masa yang sangat besar meledak dengan hebat kerana adanya reaksi
inti. Masa itu kemudian berserak dan mengembang dengan cepat lalu menjauhi
pusat ledakan.

Gamo Alfhor dan Herman mengatakan pada saat ledakan dahsyat itu terjadi
semua materi terlempar ke seluruh ruang angkasa dan kemudian membentuk
bintang-bintang dan galaksi. Maka disimpulkan kemudian bahawa "Ledakan Besar"
itu terjadi ketika seluruh materi Cosmos keluar dengan kerapatan yang sangat besar
dan suhu yang sangat tinggi, alam semesta lahir dari singolaritas fisis dengan
keadaan ekstrem.

14
B. Alam Semesta Mengikut Perspektif Al-Qur'an

Dari teori yang sudah disebutkan di atas, kaitannya dengan isyarat Allah
dalam Al-Quran bahawa alam semesta merupakan satu gumpalan, dia berfirman
dalam surat Al-Anbiya (surah ke 21) ayat 30;

Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan


bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara
keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Al-Qur'an tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana terjadinya pemisahan itu,


namun apa yang dikemukakan di atas tentang perpaduan alam semesta ini
dibenarkan oleh para ilmuan yang telah terkenal dengan teori ledakan besar atau
Big-Bang.

Juga tentang luasnya alam semesta, Al-Quran mengungkapkan dalam surat


Adz-Zariyah ayat 47 iaitu :

"Dan langit kami bangun dengan kekuasaan (kami) dan sesungguhnya kami benar-
benar meluaskan / mengembangkannya".

Kebelakangan ini, meluasnya alam semesta dikenal dengan istilah "The


Expanding Universe" seperti diketahui bahawa alam semesta yang penuh dengan
gugusan bintang dan galaksi tersebut berjualan tahun perjalanan cahaya dari bumi.

Edwin P. Hubble merumuskan bahawa galaksi-galaksi tersebut bergerak


menjauhi bumi, sebelumnya penemuan tersebut dianggap sebagai suatu kesalahan,
tapi lama kelamaan ia diterima oleh ramai ilmuan. Menurut "The Expanding
Universe" alam semesta bersifat seperti balon yang sedang ditiup ke segala arah
dengan kecepatan luar biasa. Ini sesuai dengan pemaparan Al-Qur'an dalam surat
Al-Ghasyiyah ayat : 17-18.

"Tidakkah mereka memperhatikan bagaimana unta diciptakan dan langit


ditinggikan".

Kekuatan yang terlibat dalam pembangunan alam ini tidak dapat


dibayangkan, iaitu kira- kira terdiri dari 10.000 milion bintang yang masing-masing
mengelilingi matahari. Dan kenyataan ini mengelirukan para ilmuan pada umumnya
kerana penciptaan alam memerlukan yang Maha pencipta. Maka disinilah
perbandingan konsepi fizikal tentang penciptaan alam dengan ajaran yang ada d
idalam Al-Quran.

15
C. Konsep-Konsep Alam

1. Konsep Alam Semesta Newton

Di galaksi, terdapat 100 milion bintang yang ada umumnya sebesar matahari,
sehingga pada abad ke-20 orang masih beranggapan bahawa alam ini tidak
terbatas, dan oleh kerana alam ini besar tidak terhingga, maka apabila ia terbebas
akan ada "Mata Bintang-Bintang" ditepi, iaitu yang dekat dengan perbatasan yang
mengalami tarikan gaya gravitasi ke satu sisi saja, iaitu pusat alam semesta. Itulah
yang menjadi ajaran Newton.

Disamping itu perkembangan ilmu kimia yang sejak lama mengkaji proses-
proses kimia mengajar bahawa dalam reaksi bahawa materi itu kekal. Maka
kesimpulan bahawa konsep Newton itu adalah alam semester sangat besar dan
hujungnya tidak akan pernah tiada, eksistensi alam ini juga tidak terhingga lamanya.
Konsep Newton ini telah menghancurkan konsep kuno yang menganggap bahawa
alam ini dikelilingi oleh bola langit raksasa tempat berdirinya bintang-bintang.

Namun, konsepsi Newton bertentangan dengan kenyataan observasi abad ke-


20, serta ajaran agama yang menyatakan bahawa alam semesta tidak kekal, dan
diciptakan Tuhan pada waktu tertentu. Konsep kuno itu juga salah mengenai bola
langit yang dipercayai kedudukkannya tidak berkembang, bertentangan dengan Al-
Qur'an surat Adz-Zaariyaat ayat 47. Ia disokong oleh Al-Qur'an yang menjelaskan
scenario hancurnya alam semesta dalam surah Al-Anbiya ayat 104 serta surah Al-
Mu'min ayat 59 :

"Pada Hari kami gulung ruang waktu (alam semesta) laksana menggulung lembaran
tulis, sebagaimana kami telah memulai awal penciptaan, itulah janji yang akan kami
tepati, sesungguhnya kamilah yang akan melaksanakannya". "Sesungguhnya hari
kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan
manusia tidak beriman (mempercayainya)".

2. Konsep Alam Semesta Dalam Al-Quran

Konsep-konsep alam semesta dalam Al-Quran sangat banyak dan bergantung


dari pengetahuan mufassirnya. Al-Quran dengan ayat-ayatnya diturunkan 15 abad
yang lalu mengandungi huraian secara garis besar tentang penciptaan alam
semesta, seperti yang sudah disebutkan dengan ayat 190 surat Ali Imran;

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan
siang, terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi para Ulum Albab".

16
Yang dilanjutkan dalam ayat 191 surat Ali Imran berikutnya :

"Yakni mereka yang mengingat (berzikir kepada) Allah ketika berdiri, sambil duduk,
dan sambil berbaring, serta memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya
berkata) ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab Neraka".

Dalam salah satu teori mengenai terciptanya alam semesta (teori big bang),
disebutkan bahawa alam semesta tercipta dari sebuah ledakan kosmik sekitar 10-20
juta tahun yang lalu yang mengakibatkan terbentuknya ekspansi (pengembangan)
alam semesta. Sebelum terjadinya ledakan kosmis tersebut, seluruh ruang matahari
dan tenaga terkumpul dalam sebuah titik. Mungkin banyak di antara kita yang telah
membaca tentang teori tersebut. Lalu dalam Quran surah Fussilat (surah ke-41) ayat
11 Allah berfirman:

Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata
kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku
dengan suka hati atau terpaksa. Keduanya menjawab: Kami datang dengan suka
hati.

Beberapa hal yang mungkin mengejutkan bagi para pembaca Al-Quran di


abad ini adalah fakta tentang ayat-ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan tentang
tiga kelompok benda yang diciptakan(Nya) yang ada di alam semesta iaitu benda-
benda yang berada di langit, benda-benda yang berada di bumi dan benda-benda
yang berada di antara keduanya. Kita dapat menemukan tentang hal ini pada
beberapa surah iaitu surah To-Ha (surah ke-20) ayat 6 :

Kepunyaan-Nya lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di
antara keduanya dan semua yang di bawah tanah

Juga dalam surah Al-Sajdah (surat ke-32) ayat 4 yang ertinya:

Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya
dalam enam masa

Dan surah Qaf (surah ke-50) ayat 58 yang ertinya:

Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara
keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan

Dan ternyata dalam Al-Quran sudah ada tentang penciptaan alam semesta
dalam 6 masa baru diketahui sekitar tahun 1920 lebih oleh Hubble dan Mas Albert.
Dari surah-surah yang disebut di atas terlihat bahawa secara umum proses
terciptanya alam ini berlangsung dalam 6 jangka masa. Disebutkan pula bahawa
terciptanya alam melalui proses pemisahan masa yang tadinya bersatu.

17
Selain itu disebutkan pula tentang lebih dari satu langit dan bumi dan
keberadaan ciptaan di antara langit dan bumi. Dari huraian di atas kita dapat
menyimpulkan bahawa sebelum para ahli mengemukakan tentang teori big bang
(yang dimulai sejak tahun 1920-an), ayat-ayat Al-Quran telah secara jelasnya
menceritakan bagaimana alam semesta ini terbentuk.

Ayat-ayat berikut adalah segelintir daripada ayat-ayat Al-Quran yang


membuktikan segala kejadian sains yang berlaku di muka bumi ini telah dicatat di
dalam Al-Quran. Maka, Al-Quran sebenarnya adalah sumber primer dalam
pengkajian Sains. Di dalam proses ini manusia perlu menggunakan akal dan fikiran.
Al-Quran banyak sekali mengajak manusia supaya berfikir dan menggunakan akal,
Zakaria Awang Soh misalnya menemui lebih 550 ayat. Penggunaan akal dan berfikir
merupakan sesuatu yang perlu dan dituntut ke atas manusia kerana ia adalah
caranya manusia dapat mengenal dirinya, alam dan Tuhan.

Kesimpulan, kami dapat mendapati bahawa mukjizat Al-Quran benar-benar


ada, terbukti dengan adanya penjelasan Al-Quran tentang ilmu alam dan penelitian
para ilmuan barat yang sudah menemui bukti-bukti nyatanya. Disinilah dapat kita
yakini bahawa Al-Quran itu memang benar dan firman Allah serta wahyu Allah
kepada Nabi Muhammad sebagai mukjizat dan bukti kenabiannya.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ilmu dan tujuan Al-Quran adalah sebagai
pembimbing dan petunjuk umat manusia, terutama umat Islam sendiri sebagai
pemilik Al-Quran. Dan meskipun Al-Quran tidak menjelaskan secara terperinci
bagaimana terjadinya penciptaan alam semesta, namun apa yang ada dan yang
disampaikan Al-Quran dalam ayat-ayatnya sudah benar diakui oleh para ilmu barat.
Sehingga banyak para ilmuwan yang tertarik untuk mempelajari Al-Quran lebih
meskipun Al-Quran sudah 15 abad diturunkannya, dan sampai sekarang belum ada
yang boleh mengalahkan satu ayat pun yang ada didalam Al-Qur'an.

Diantara ayat-ayat yang menjelaskan tentang kejadian alam dalam Al-Quran


sedikit sudah kami sebutkan di depan iaitu tentang awal penciptaan dunia, yang
bersangkut paut dengan teori-teori ahli astronomi dan teori-teori ilmuah lain seperti
Einstein, Newton, Edwin P. Hubble dan Gamow, namun terdapat beberapa
perbedaan dalam teori mereka, dan yang sepenuhnya benar hanyalah Al-Qur'an itu
sendiri.

18
KESIMPULAN
Kami mendapati bahawasanya Islam itu adalah agama yang sentiasa
mementingkan unsur sains dalam memperluaskan sifat universalnya dan
kesyumulan agama ini. Hal ini bertujuan agar manusia berfikir sejenak tentang
kekuasaan Allah S.W.T melaui kehadiran kitab Al-Quran yang menerangkan pelbagai
unsur sains logik untuk manusia mengakui bahawa Islam itu adalah agama yang
benar. Sekaligus menarik manusia agar beriman dengan Allah S.W.T melalui syariat
agama Islam. Kejadian alam semesta dan solat adalah antara komponen kecil yang
menyatakan bahawa Islam ada kaitannya dan persamaannya daripada segi sains.
Banyak lagi bukti yang lain seperti puasa pada bulan Ramadan yang diakui oleh ahli
perubatan bahawa puasa pada siang hari, iftar ketika senja dan beribadat ketika
malam menjelang mampu merehatkan perut pada siang hari, menambahkan tenaga
pada malam hari untuk beribadat dan bersenam melalui ibadat pada malam hari
akan menyihatkan fizikal tubuh badan manusia. Itu tidak termasuk unsur makan
pada waktu pagi sebelum imsak yang mana berkemampuan memberikan kekuatan
kepada penganut Islam untuk melakukan aktiviti seharian walaupun berpuasa.
Selain itu, tujuan Islam melogikkan kejadian alam semesta dan kewujudan solat
adalah untuk merangsang pemikiran manusia bukan sahaja daripada aspek rohani
semata-mata. Akhir kalam, kami memilih petikan ayat 21 surah Al-Hasyr yang
bermaksud, mafhumnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah S.W.T dan
(ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,
SUPAYA MEREKA MEMIKIRKANNYA.

19
RUJUKAN
BUKU :

1. Dr. Sagiran, Mukjizat Gerakan Solat, Synergi Media, S.A.Majeed & Co.Sdn
Bhd Kuala Lumpur, Malaysia, 2007

2. Haji Abdul Rahman Bin Mohd Adil, Sains Dan Solat, Pustaka Azhar, Johor
Bharu, Malaysia, 2012

3. Prof Ir. Dr Fatimah Ibrahim, Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains, Jabatan
Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Malaysia, 2008

4. Rohidzir Rais, Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, PTS


Islamika Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, 2011

INTERNET :

http://www.youtube.com/watch?v=nJTUo9KqoPg
http://www.youtube.com/watch?v=d4gdSDD3ir8
http://nissaonisaa.blogspot.com/2013/03/solat-dari-perspektif-sains-fadhilat.html
http://www.salam.my/in/451/0/kebaikan-solat-dari-perspektif-sains
http://mak-andak.blogspot.com/2012/03/solat-kebaikan-dari-perspektif-
sains.html
http://www.al-habib.info/review/al-quran-asal-mula-alam-semesta.htm
http://seniurutterapisifuli.wordpress.com/2013/06/19/kejadian-alam-semesta-
menurut-al-quran/
http://lisanul-hakim.blogspot.com/2012/06/proses-kejadian-alam-menurut-al-
quran.html

20

Vous aimerez peut-être aussi