Vous êtes sur la page 1sur 1

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, didapati tahap penyertaan perkumpulan wanita dalam aktiviti


pembangunan di luar bandar masih membimbangkan kerana dipengaruhi oleh beberapa
faktor dan sebab. Antaranya ialah kurangnya penglibatan dan pendedahan wanita dalam
agenda pembangunan Negara. Hal ini kerana terbitnya masalah diskriminasi jantina didalam
sebahagian sektor awam mahupun swasta dari segi ekonomi sosial dan juga politik kerana
berpandangan bahawa wanita memiliki sifat kepimpinan yang lemah. Selain itu, peluang
pekerjaan yang terhad serta tidak sesuai merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
tahap penglibatan wanita dalam aktiviti pembangunan di luar bandar. Disamping itu,
penyertaan yang kurang mendapat sambutan daripada usahawan wanita dek kerana penganjur
gagal dalam menyediakan kemudahan dan akses dalam sesuatu program yang dianjurkan
merupakan salah satu faktor yang merencatkan pembangunan di luar bandar. Usahawan
wanita merupakan antara penyumbang utama dalam pembangunan luar bandar serta dapat
menarik minat pelabur luar yang melihat negara ini mengamalkan amalan fair and square
antara jantina. Oleh yang demikian, kerajaan menganjurkan satu kursus keusahawanan
khasnya bagi kaum wanita dalam menceburi bidang itu demi memperkasakan wanita dalam
sektor ekonomi. Dari segi politik pula, kerajaan menggalakkan penglibatan wanita agar lebih
agresif demi menegakkan kepentingan mereka pada masa akan dating kerana wanita
merupakan rusuk kiri dalam sesuatu parti politik mahupun negara.

Vous aimerez peut-être aussi