Vous êtes sur la page 1sur 1

*AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW*

. Baginda selalu diam.


. Berbicara ketika perlu.
. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab swt).
. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu.
. Berfikir terus-menerus.
. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa
mencelanya.
. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
. Marah bukan kerana nafsu.
. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.
. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan swt.
. Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara
ma'siat.
. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri
segala keperluan diri.
. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
. Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung
melintas di atas kepala mereka.
. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
. Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa
raga.
. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan
mereka.
. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang
lemah lembut.
. Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi
mereka semua.
. Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang
kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau
pun berdiri.
. Paling berlapang dada.
. Paling tepat dalam berbicara.
. Paling halus keperibadiannya.
. Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)
Perbanyakkan Selawat pada Nabi..

Vous aimerez peut-être aussi