Vous êtes sur la page 1sur 1

Analisis dan Penilaian Rancangan Pengajaran Harian

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam RPH 1 ialah kaedah penerangan, kaedah
soal jawab dan kaedah simulasi. RPH 2 pula menggunakan kaedah kuliah.

Berdasarkan RPH 1, objektif kognitif yang dinyatakan ialah murid dapat menyebut
benda bersifat tebal. Aktiviti yang dilakukan pula pada set induksi lebih kepada berkongsi
pengetahuan mengenai benda bersifat tebal dan nipis. RPH 2 pula objektif psikomotor tidak
sesuai dengan aktiviti penerangan kerana tidak semua murid akan menggaris isi penting pada
nota. Objektif psikomotor yang sesuai berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan ialah murid
bergerak untuk melakonkan situasi kebakaran.

RPH 1 menggunakan papan putih, kad bergambar dan bahan maujud sebagai
teknologi instruktional dalam pembelajaran. Papan putih dan kad bergambar boleh membuat
pelajar lebih faham tentang tajuk yang diajar. Walaubagaimanapun, teknologi instruktional
yang digunakan bersifat rendah dan boleh menyebabkan pelajar mudah bosan. RPH 2 pula
menggunakan kad bergambar sebagai teknologi istruktional. Kad bergambar membolehkan
pelajar mendapat gambaran daripada pembelajaran topik tersebut, namun kad bergambar
tanpa bantuan teknologi instruktional yang tinggi boleh menyebabkan murid mudah hilang
fokus.

Kedua-dua RPH menggunakan kaedah soal jawab sebagai pentaksiran. Guru boleh
menyediakan permainan yang berbentuk soalan sebagai pentaksiran supaya pelajar tidak
malu untuk mencuba menjawab soalan di akhir pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan
rubrik pemarkahan untuk menilai sejauh mana kefahan pelajar mengenai topik yang diajar.

RPH 1 menjelaskan aspek nilai yakin diri dan bersungguh-sungguh berdasarkan


aktiviti berkongsi pengetahuan masing-masing mengenai benda tebal dan nipis. Pelajar yakin
untuk berkongsi pengetahuan dan bersungguh-sungguh untuk berkongsi apa yang mereka
tahu mengenai topik yang dikemukakan. RPH 2 pula menjelaskan aspek nilai bekerjasama,
mendengar arahan dan tekun. Aktiviti lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas memupuk nilai kerjasama antara satu sama lain dan juga melatih murid untuk
mendengar arahan sebelum melakukan sesuatu perkara dengan tekun.

Kesimpulannya, RPH 2 lebih menarik kerana maklumat yang diberikan lebih lengkap
berbanding RPH 1 yang tidak memberikan kesemua maklumat.