Vous êtes sur la page 1sur 9

PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan, 2000, agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-
sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Agama berperanan untuk
mencorak kehidupan seseorang manusia. Kehidupan seseorang yang tidak berpegang kepada agama
tidak akan mempunyai hala tuju yang betul. Justeru, prinsip Kepercayaan kepada tuhan menjadi
prinsip utama Negara Malaysia dalam Rukun Negara yang merupakan ideologi Negara. Negara
Malaysia terdiri pelbagai kaum yang menganuti agama yang berbeza. Antara agama-agama utama
adalah agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.

i. Agama Islam adalah sebuah agama yang dibawa oleh Nabi Muham m ad s.a.w i ai tu
seorang rasul yang mendapat wahyu dari Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril. Terdapat
lima Rukun Islam yang wajib diketahui dan dipatuhi oleh setiap umat Islam iaitu mengucap dua
kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan
menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu. Selain itu, Kalimah syahadat yang terbahagi kepada
dua iaitu Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
pesuruh Allah. Dua kalimah syahadah mestilah diikrar sekaligus bukan separuh sahaja. Jika
seseorang itu menerima separuh sahaja maka tidak sah dia menjadi seorang islam. Susunan kalimah
ini dimulai dengan perkataan tidak yang bertujuan untuk menafikan segala rupa bentuk tuhan,
kepercayaan, keyakinan dan akidah yang bertentangan dengan ajaran islam. Ia bererti seorang islam
itu mestilah bersuci hati dari segala bentuk fahaman terhadap benda lain dan yakin terhadap
kewujudan dan kekuasaan Allah yang Maha Esa. Jika seseorang islam itu memahami, mengerti dan
mengetahui konsep syahadah dengan kuat dan teguhlah kesedaran dan keimanan untuk menunaikan
tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadah itu. Kepercayaan dan keyakinan agama Islam dapat
membangunkan tamadun orang Islam dari pelbagai aspek.

Sejak zaman Veda, Agama Hindu dipelihara dengan kepercayaan bahawa Tuhan adalah
Brahman yang wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran.
Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula bergantung dengan
amalan-amalan yang disebut karma. Karma seseorang Hinduism akan menentukan kehidupan
seterusnya di alam yang lain. Terdapat juga Yoga yang disebut penyatuan bermaksud amalan
rohaniah untuk mencapai penyatuan antara roh diri dengan Brahman yang dikenali sebagai Roh
Agung. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama iaitu Shaivisme, Vaishnavisme dan
Shaktisme. Shaivisme adalah pemujaan Shiva yang digelar dewa paling hebat. Beliau seorang
pemusnah dan pencipta semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa.Kuasa
ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam. Vaishnavisme adalah pemujaan dewa Vishnu.
Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini
telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula
dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran itu, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika
Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna. Shaktisme bermaksud pemujaan
tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati
dan Uma. Kepercayaan terhadap ketuhanan dapat menbangunkan tamadun agama Hindu.

Amalan kerohanian agama Buddha juga menjunjung tinggi nilai-nilai kemoralan. Nilai-
nilai kemoralan yang diharuskan untuk umat Buddha biasanya dikenal dengan Pancasila. Kelima-
lima nilai-nilai kemoralan untuk Buddha adalah:

aku bertekad akan melatih diri menghindari pembunuhan makhluk hidup.


aku bertekad akan melatih diri menghindari pencurian atau mengambil barang yang
tidak diberikan.
aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perbuatan melanggar tatasusila.
aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perkataan dusta atau bohong.
aku bertekad akan melatih diri menghindari makanan atau minuman yang dapat
menyebabkan lemahnya kesedaran.

Selain nilai-nilai moral di atas, agama Buddha juga amat menjunjung tinggi karma sebagai
sesuatu yang berpegang pada prinsip sebab akibat. Karma bererti perbuatan atau aksi. Contohnya,
semua jenis kehendak, perbuatan yang baik mahupun buruk atau jahat, yang dilakukan oleh jasmani,
perkataan dan fikiran, yang baik mahupun yang jahat. Hukum Karma merupakan salah satu hukum
alam yang bekerja berdasarkan prinsip sebab akibat. Selama suatu makhluk berkehendak, melakukan
karma (perbuatan) sebagai sebab maka akan menimbulkan akibat atau hasil.

Di dunia ini, Agama Kristian adalah agama terbesar yang merangkumi kira-kiranya 2.1
bilion penganut. Agama Kristian kenali sebagai agama monotheis. Agama ini berdasarkan kehidupan
dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya
dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab- kitab dalam kitab Ibrani dengan
agama Yahudi. Oleh sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Ajaran Yesus Kristus
diikuti oleh Penganut Kristian atau Nasrani. Yesus yang di anggap bahawa anak Yahwe dikenali juga
dengan panggilan 'Al-Masih'. Agama Kristian mewujudkan tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara
sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu. Beliau dikatakan membentuk sebahagian
daripada Tritunggal di Indonesia dan Mahasuci di Singapura. Tritunggal bermaksud persatuan Yahwe
Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian
juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia
menerusi Bunda Mariam (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat
selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe.

Dengan ini dapat dinyatakan dengan jelas, bahawa semua agama ada ketuhanan dan
kepercayaan masing-masing. Dengan kepercayaan dan pengaplikasian ini, setiap agama dapat
membangunkan tamadun manusia yang unggul.

ii. Pada masa kini, Negara Malaysia amat terkenal dengan kehidupan 1 Malaysia. Kehidupan
ini merangkumi pelbagai kaum. Program ini berjaya kerana setiap kaum mengaplikasikan nilai moral
dalam kehidupan sehariannya. Kaum yang terbesar di Malaysia adalah kaum Islam yang terkenal
dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Jati diri Melayu merupakan membina peribadi Melayu
yang baik dengan pembentukan sahsiah diri, beragama, berakhlak dan berbudi perkerti mulia yang
diaplikasikannya sejak dari abad ke-13 lagi. Menurut Dr Sidiq Fadhil, agama dan budaya adalah asas
utama jati diri Melayu dalam pentakrifan konseptual. Banyak bentuk agen yang membentuk struktur
kemasyarakatan dalam masyrakat umat Islam dan orang Melayu. Bagi orang Islam, Keluarga
merupakan agen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat
dikasihi ini. Keluarga adalah tunggak utama bagi seseorang untuk mendidik dan mengajar nilai-nilai
murni. Pada masa kini, ramai remaja terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah, merompakdan
lain-lain aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, keluarga Islam melahirkan anak-anak menjadi anggota
masyarakat yang mempunyai dirinya bersuci dan mengelakkan diri dari gejala-gejala yang tidak sihat.
Ia bukan tanggungjawab diri seorang keluarga malah, masyarakat juga perlu untuk merealisasikan
dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Contoh aktiviti kawalan sosial sama adalah berbentuk
primer seperti adat resam, amalan masyrakat dan lain-lain. Terdapat juga bentuk sekunder seperti
undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya. Budaya
masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini
menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan
budaya yang menjadi asas dalam prosessosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini
adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid
dan syariah.
Kaum yang kedua terbesar di Malaysia adalah masyarakat cina. Masyarakat cina juga
mempunyai kepercayaan dan pandangan tersendiri dalam keagamaannya. Sejak zaman silam,
masyarakat cina percaya atas nenek moyang dan langitnya. Ia dapat dinamakan sebagai primitif yang
bermaksud animisme atau pemujaan tanaman, binatang dan alam semula jadi. Kekayaan,
kesejahteraan hidup, kemakmuran dan kebahagian adalah asas utama bagi masyarakat cina dan
percaya atas aspek kepercayaan tersebut. Tambahan pula, masyarakat cina penuh taat setia kepada
ibubapa mereka menurut ajaran Konfusius. Selain itu, semasa mengunjungi rumah orang-orang Cina,
mereka mengaplikasikan sistem tetamu duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan
kepada tuan rumah. Manakala minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat
mungkin. Pada masa itu tetamu tidak harus segera minum kecuali perlu menunggu sementara
dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Seterusnya, masyarakat cina mempunyai kepercayaan
bahawa makan malam bersama ahli keluarga pada hari sebelum tahun baru cina. Sewaktu itu,
dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab-
sebab yang sangat penting. Ini adalah pengaplikasian amalan budi pekerti dan saling menghormati di
Malaysia oleh masyarakat cina.

Masyarakat India pula merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia yang beragama Hindu.
Kaum ini salah satu kaum yang menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di
negara Malaysia. Masyarakat India sangat kukuh dengan ciri-ciri kebudayaan serta kepercayaan
mereka. Mereka masih mengekalkan kebudayaan tersebut walaupun wujud zaman moden. Adat resam
dan prinsip agama yang di amalkan oleh masyarakat India dalam aspek kelahiran dan perkahwinan
adalah sama dengan masyarakat melayu. Mereka sentiasa menghormati antara satusama lain dan
masyarakat India adalah keluarga dan pengamalan sistem keluarga bersama sangat diterapkan dalam
diri mereka. Tujuan utama sistem ini diamalkan adalah membentuk masyarakat india yang
berkeperibadian agar mereka bertindak mengikut ajaran agamanya. Anggota keluarga bersama terdiri
daripada semua anggota lelaki yang sama keturunan, isteri dan anak-anak perempuan yang belum
berkahwin. Jika anak perempuan berkahwin mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya. Tujuan
berkeluarga adalah untuk mendapatkan waris sebagai penyambung keturunan dan wujudkan
perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada
semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi
muda.

iii. Agama adalah sebuah pegangan hidup bagi setiap manusia. Setiap agama berkonsepkan
ketuhanan dan kepercayaan yang memberikan nilai-nilai murni yang mampu membentuk keperibadian
seseorang. Konsep ketuhanan dan kepercayaan dapat membentuk pembangunan rohani dan jasmani
yang seimbang dan sempurna dalam diri seseorang. Individu yang percaya kepada Tuhan sentiasa
mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang positif serta tidak akan mengingkari ajaran agama.

Kini, dalam dunia moden ini ketuhanan dan kepercayaan agama dipandang remeh dan mula
longgar dalam kalangan masyarakat. Ini menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral di dalam
pendirian seseorang individu. Punca utama masalah ini adalah keluarga kerana sejak kecil seseorang
itu tidak diberi ajaran agama. Ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan berbanding anak mereka. Akibat
tiada ajaran agama, seorang individu tidak boleh berfikir yang mana baik dan buruk. Maka, ini yang
mengundang kepada berlakunya kes-kes jenayah seperti kes pecah amanah, rasuah, sumbang mahram,
pembuangan bayi, rogol, pembunuhan, pemerdagangan manusia dan penderaan kanak-kanak yang
sering kita lihat di muka depan akhbar, televisyen dan media sosial.

Ketiadaan pegangan agama juga boleh menggugat keutuhan sesebuah keluarga. Seseorang
individu yang tidak percaya kepada Tuhan tidak akan mempunyai nilai-nilai yang menjaga keutuhan
keluarga seperti kesetiaan, kepatuhan, kasih-sayang dan rasa hormat. Ini boleh menyebabkan
perselisihan faham di antara ahli keluarga dan boleh menyebabkan pergaduhan. Maka ia boleh
menyebabkan keruntuhan perkembangan sesebuah masyarakat. Tindakan bunuh diri pun disebabkan
oleh ketiadaan agama. Orang yang bertindak untuk bunuh diri tidak mengetahui bahawa mengikut
keagamaan tindakannya sama dengan melakukan pembunuhan. Individu yang percaya kepada Tuhan,
sentiasa saling sayang-menyayangi diri sendiri dan juga orang lain. Individu tersebut tidak akan
mengambil tindakan yang boleh meragut nyawa orang lain mahupun diri sendiri.

Konsep kepercayaan kepada Tuhan meletakkan Tuhan sebagai kuasa tertinggi dan akan
membalas setiap amalan baik dan buruk penganutnya. Hal ini menjadi panduan hidup dan juga dapat
mengawal tingkah laku manusia. Setiap larangan dalam agama bertujuan untuk menjaga kepentingan
masyarakat. Pematuhan kepada larangan dan panduan agama dapat mengelakkan pelbagai masalah
dalam negara kita. Selain itu, kepercayaan itu juga mendorong seseorang individu membuat
pertimbangan dalam dalam setiap tindakannya dan memilih cara yang betul dan jujur dalam mencapai
impiannya. Misalnya, individu yang percaya kepada Tuhan akan berusaha sedaya-upaya dan mengikut
ajaran agama dalam soal mencari rezeki atau mencapai kejayaan. Sebaliknya, individu yang tidak kuat
pegangan agama akan melakukan sebarang tindakan dan menindas orang lain untuk mencapai
matlamatnya.
Individu yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan akan berusaha mendapatkan
kesenangan di alam akhirat mereka. Mereka tidak mempedulikan kemesraan sementara di dunia yang
bersifat sementara ini. Justeru, individu tersebut akan berusaha melakukan pelbagai kegiatan atau
amalan kebaikan di dunia seperti membantu insan yang susah, bersedakah, menjaga maruah diri dan
keluarga, berkata benar, tidak mengeji insan lain dan sebagainya. Kegiatan sebegini dapat melahirkan
masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain. Apabila berkelakuan sebegini, seseorang
individu akan mendapat kesenangan di alam akhiratnya. Ini yang dinyatakan daam kepercayaan agama
hindhu dan Buddha mengenai karma. Karma bererti perbuatan atau aksi yang mengikut kehendak,
perbuatan yang baik mahupun buruk atau jahat, yang dilakukan oleh jasmani, perkataan dan fikiran,
yang baik mahupun yang jahat.

Justeru, jelas bahawa konsep ketuhanan dan kepercayaan lebih bermanfaat bukan sahaja
kepada individu malah kepada masyarakat dan negara. Manakala kepercayaan agama yang tidak kuat
mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada masyarakat dan juga negara.

iv. Seseorang insan perlu dianuti dengan kepercayaan tuhan. Oleh itu, keluarga adalah tunggak
utama dalam memupuk kesedaran terhadap pihak keluarga. Kesedaran kepercayaan kepada Tuhan
perlu dipupuk dalam diri seseorang sejak kecil lagi. Ada juga agama telah mengajar penganutnya agar
melakukan amalan-amalan baik sejak dari bayi itu masih di dalam kandungan. Contohnya, agama
Islam menekankan kepada ibu yang mengandung untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran dan
sentiasa berdoa demi kesejahteraan ibu dan bayi yang dikandung. Tambahan pula, agama Hindu juga
menekankan pembacaan kitab-kitab hindhu untuk kesejahteraan bayi tersebut. Usaha-usaha sebegini
adalah didikan terawal yang membantu ibu bapa memperoleh anak berakhlak mulia dan percayai
kepada tuhan.

Tambahan pula setiap institusi kekeluargaan harus berusaha untuk memberi didikan agama
masing-masing. Bagi seorang insan yang lahir di dunia ini, didikan agama merupakan asas penting
yang perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. Sejak anak-anak lahir, ibu bapa yang
meluangkan sepenuh masa bersama mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu bertanggungjawab mengajar dan
mengamalkan perihal keagamaan dalam kehidupan seharian supaya dapat diikuti oleh anak-anaknya.
Jika seseorang ibu bapa bekerja dan sibuk dengan pekerjaan, ia bukan satu halangan untuk
memberikan pendedahan terhadap unsur keagamaan. Orang tua yang ada dirumah seperti datuk, nenek
juga dapat memberi pendedahan agama kepada cucunya kerana mereka lebih mengetahui tentang
agama. Selain itu, ibu bapa perlu menggandakan usaha untuk menghantar anak-anak ke kelas-kelas
agama supaya mereka mendapat pendidikan agama dari guru yang bertauliah.
Pihak yang perlu memainkan peranan penting dalam memupuk konsep kepercayaan kepada
Tuhan adalah kerajaan. Pihak kerajaan ada kuasa untuk melahirkan seoarang insaniah yang bertauliah
dan berakhlak mulia. Mereka boleh mewajibkan subjek agama mengikut kaum di setiap sekolah bagi
setiap pelajar. Pihak kerajaan juga harus menitikberatkan atas kehadiran setiap pelajar ke kelas agama
sebab ada kemungkinan pelajar ponteng kelas. Ini disebabkan pelajar zaman moden ini, tidak
mengambil berat atas kepercayaan agama. Mereka menumpukan perhatian dalam kegiatan senario.
Selain itu, kerajaan juga harus mengadakan kem motivasi dan kursus-kursus keagamaan kepada rakyat
Malaysia. Kerajaan perlu mengagihkan kem sebegini diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan
kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Kem dan kursus sebegini dapat memupuk kesedaran terhadap
rakyat.

Sistem pendidikan juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk kesedaran
terhadap kepercayaan kepada Tuhan di kalangan masyarakat. Pihak sekolah dan Institut Pengajian
Tinggi harus menjalankan sistem pendidikan berdasarkan saranan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Memperbanyakkan program-program keagamaan di sekolah dan IPT bagi meningkatkan tahap
kefahaman dan penghayatan terhadap aspek keagamaan. Program-program yang dijalankan perlu
diberi pengisian keagamaan yang lebih. Antara contoh-contoh program tersebut adalah seperti Bacaan
Yaasin, Solat Tasbih, ceramah agama dan lain-lain aktiviti yang boleh membangkitkan semangat
keagamaan di kalangan pelajar dan guru. Bacaan doa dan kata-kata agama juga harus diselitkan di
dalam kelas dan perhimpunan rasmi untuk menyemarakkan semangat keagamaan.
Azhar Hj.Mohd Aros dan Azharuddin Mohd Dali 2000: 164,

Vous aimerez peut-être aussi