Vous êtes sur la page 1sur 1

1.

0 Penghargaan

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan projek bagi
matapelajaran Bimbingan dan Kaunseling untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan.

Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah


subjek Bimbingan dan Kaunseling, iaitu Encik Nizam. Beliau telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada kedua ibu bapa dan kaum keluarga
saya yang telah banyak memberikan bantuan dari segi kewangan dan sokongan
moral untuk menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan - rakan yang telah banyak
memberikan buah fikiran dan bantuan yang berkenaan dengan tugasan ini
terutamanya rakan - rakan dari unit K5 untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti
dan lengkap.

Akhir kata, semoga Tuhan dapat membalas setiap bantuan yang telah
diberikan sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung sepanjang
saya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan
pada masa yang akan datang.

Vous aimerez peut-être aussi