Vous êtes sur la page 1sur 9

Bab III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk diskriptif dan cuba melihat hubungan iklim organisasi

dengan prestasi kerja sebuah organisasi latihan Kementerian Pelajaran Malaysia. Reka

bentuk kajian ini adalah berasaskan model yang dibentuk oleh Litwin dan Stringer (

1968). Kajian ini juga bertujuan melihat hubungan di antara pemboleh ubah bebas,

iaitu dimensi-dimensi iklim organisasi yang terdapat di organisasi ini dan pemboleh

bersandar iaitu prestasi kerja dan kepuasan kerja organisasi berkenaan.

Sehubungan itu, 4 set soal selidik telah disediakan. Soal selidik yang digunakan

mengandungi empat bahagian (A, B, C dan D) diedarkan kepada pensyarah organisasi

latihan berkenaan . Bahagian A mengenai maklumat diri dan pekerjaan, bahagian B

berkaitan iklim organisasi, bahagian C dan D masing-masing berkaitan prestasi

kerja.dan kepuasan kerja.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian


Populasi kajian adalah Pensyarah yang bertugas di organisasi latihan Kementerian

Pelajaran Malaysia yang terdiri daripada seramai 209 orang. Persampelan yang

digunakan ialah persampelan bertujuan. Seramai 30 orang pensyarah dipilih sebagai

respondan memandangkan pensyarah organisasi sering menjalankan tugas di luar

dan 30 orang adalah jumlah minimum untuk mendapatkan kebolehpercayaan

sesuatu kajian ( Chuah, 2006)

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada empat bahagian seperti di

lampiran A . Borang soal selidik yang digunakan mengandungi tiga bahagian iaitu A, B,

C dan D. Bahagian A mengenai maklumat diri dan pekerjaan responden, bahagian B

untuk mengukur iklim organisasi, Bahagian C dan D masing-masing untuk mengukur

prestasi kerja dan kepuasan kerja.. Borang soal selidik digunakan sebagai alat kajian

kerana ia merupakan kaedah utama bagi mengukur persepsi ahli-ahli dalam organisasi

dalam kajian iklim organisasi. Penggunaan borang soal selidik juga adalah berdasarkan

beberapa faktor seperti memudahkan responden melengkapkan soalan yang diberi

tanpa memerlukan masa yang panjang, lebih ramai responden dipilih sebagai sampel,

menjimatkan masa dan kos kajian jika dibandingkan dengan kaedah pengumpulan data

yang lain. Menurut Sekaran (2003), borang soal selidik merupakan mekanisme

mengutip data yang efisyen sekiranya penyelidik memahami pembolehubah yang perlu

diukur. Borang soal selidik ini mengandungi 88 soalan dan dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu:

i . Bahagian A : (5 Soalan)
Soalan di bahagian A berhubung dengan maklumat peribadi responden. Soalan-soalan

tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai profail responden dan

segi umur, jantina, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan.

Bahagian B : (36 Soalan)

Soal selidik di Bahagian B mengukur iklim organisasi di organisasi latihan berkenaan

melalui persepsi pensyarah. Soalan ini berdasarkan kepada soal selidik iklim

organisasi (Organizational Climate Questionairre) oleh Litwin dan Stringer (1968) yang

diterjemahkan oleh Poon dan Raja Azimah (1986). Dimensi yang digunakan ialah

struktur, tanggungjawab, ganjaran, piawaian prestasi, sokongan, perhubungan dan

identiti. Soalan 1 hingga 6 (6 soalan) berkaitan dimensi struktur. Soalan 7 hingga 11 (5

soalan) mengukur dimensi tanggu.ngjawab. Soalan 12 hingga 17 (6 soalan) mengukur

dimensi ganjaran. Soalan 18 hingga 25 (8 soalan) dibentuk bagi mengukur dimensi

piawaian prestasi. Soalan 26 hingga 29 (4 soalan) mengukur dimensi sokongan. Soalan

30 hingga 33 (4 soalan) mengukur dimensi perhubungan. Soalan 34 hingga 36 (3

soalan) bagi mengukur dimensi identiti.

Pemeringkatan skor menggunakan skala likert seperti jadual 3.2. Skala likert yang

digunakan bagi item 1 hingga 36 mempunyai 4 pilihan iaitu sangat tidak setuju, tidak

setuju, setuju dan sangat setuju. Bagi setiap item, skor 4 diberi kepada jawapan

sangat setuju, skor 3 jawapan setuju, skor 2 jawapan tidak setuju dan skor 1 diberi

untuk jawapan sangat tidak setuju. Jumlah item iklim organisasi keseluruhan ialah 36.
Terdapat 9 soalan (soalan 3, 4, 6, 11, 17, 25, 29, 32 dan 36) yang bersifat negatif

dikodkan semula bagi mempamirkan skor yang sebenar seperti jadual 3.2.

Jadual 3.2: Skala Likert bagi Item Persepsi Iklim Organisasi

Skala Skor Item Positif Skor Item Negatif


Sangat Tidak Setuju 1 4
Tidak Setuju 2 3
Setuju 3 2
Sangat Setuju 4 1

iii) Bahagian C : Pencapaian Prestasi Kerja (6 soalan)

Soalan-soalan ini dibentuk bagi mengukur tahap pencapaian prestasi kerja pensyarah

organisasi latihan berkenaan berdasarkan konsep penilaian prestasi kerja oleh Ab.

Aziz (2001). Bahagian ini mengandungi 6 soalan yang memerlukan responden

menyatakan tahap pencapaian prestasi kerja mereka. Format setiap item adalah jenis

soalan tertutup dan menggunakan skala likert yang mempunyai 5 pilihan jawapan

seperti jadual 3.3.

Jadual 3.3: Skala Likert bagi Item Prestasi Kerja

Skala Skor

Sangat Rendah 1
Rendah 2
Sederhana 3
Tinggi 4
Sangat Tinggi 5

5
3.3.1. Pemeringkatan Skor Tahap Iklim Organisasi dan Prestasi Kerja

Pengukuran tahap persepsi responden terhadap iklim organisasi dan prestasi kerja

ditentukan melalui skor yang dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana

dan rendah (Dzulkifli, 1996).

i) Pemeringkatan Skor Tahap Iklim Organisasi Keseluruhan

Jumlah item x skor tertinggi= 36 = 144


Jumlah item x skor x36
4 = 36

Perbezaan terendah == x 1144 108

36 =
Jeda perbezaan skor = 108/3 = 36

Oleh itu, jeda tahap iklim organisasi mengikut skor adalah seperti di jadual 3.4:

Jadual 3.4: Skor Tahap Iklim Organisasi

Skor Tahap Iklim Organisasi

36 72 Rendah

73 - 108 Sederhana

109 - 144 Tinggi


Kaedah pemeringkatan yang sama juga digunakan bagi menentukan tahap iklim

organisasi berdasarkan dimensi seperti ditunjukkan di jadual 3.5.

Jadual 3.5: Skor Tahap Dimensi Iklim Organisasi

Tahap
Dimensi Iklim Rendah Sederhana Tinggi
Organisasi
Struktur 6-12 13 - 18 19 - 24
Tanggungj awab 5-10 11 - 15 16 - 20
Ganjaran 6-12 13 - 18 19 - 24
Piawaian Prestasi 8-16 17 - 24 25 -32
Sokongan 48 9-12 13 - 16
Perhubungan 48 9-12 13 - 16
Identiti 36 79 10 - 12

ii) Pemeringkatan Skor Tahap Prestasi Kerja

Jumlah item x skor tertinggi = 6 x 5 = 30

Jumlah item x skor terendah = 6 x 1 = 6 Perbezaan = 30 - 6 = 24

Jeda perbezaan skor = 24/3 =8

Oleh itu, jeda tahap prestasi kerja mengikut skor adalah seperti di jadual 3.6:

Jadual 3.6: Skor Tahap Prestasi Kerja


Skor Tahap Iklim Organisasi

6 - 14 Rendah

15 - 22 Sederhana

23 - 30 Tinggi
ngg

3.5 Ujian Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan sesuatu data dapat diperolehi apabila sesuatu ujian digunakan

berulang kali dan menghasilkan keputusan yang sama. Ujian kebolehpercayaan

dilakukan untuk menguji ketekalan dan kestabilan pengukuran yang digunakan. "Alpha

Cronbach" menunjukkan bagaimana item-item yang digunakan sebagai satu set

pengukuran adalah berkait rapat secara positif. Semakin hampir "Alpha Cronbach"

kepada angka 1, maka semakin tinggi ketekalannya. Interpretasi nilai dan kekuatan

berdasarkan "Rule of thumbs" dan skala Hair, Money dan Samuel (2007) bagi nilai

"Alpha Cronbach" dijadikan panduan, bagi menunjukkan kekuatan sesuatu pengukuran

adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.8 di bawah.

Jadual 3.8: Alpha Cronbach dan Kekuatan Perkaitan

Alpha Kekuatan Perkaitan

1. < 0.6 Lemah

2. 0.6 < 0.7 Sederhana

3. 0.7 < 0.8 Baik

4 0.8 < 0.8 Sangat Baik


5. 0.9 Cemerlang

Sumber : Hair et al (2007)

Kebolehpercayaan sesuatu data berlaku apabila sesuatu ujian untuk mengukur perkara

yang sama dilakukan berulang kali dan menghasilkan keputusan yang sama pada

setiap kali ujian (Salkind, 2006). Jika pengukuran kali kedua dan seterusnya dilakukan

memperoleh nilai yang sama, ini bermakna kajian tersebut dikatakan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi (Chua , 2009).

3.6. Kaedah Pengumpulan Data

Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat dari responden. Sebelum

kajian sebenar dijalankan, pengkaji telah mendapat kebenaran dari EPRD dan

organisasi latihan berkenaan untuk menjalankan kajian. Pengkaji telah berjumpa sendiri

dengan semua respondan. Responden diminta melengkapkan soal selidik dan

memulangkan semula borang tersebut dalam tempoh 3 hari. Pengkaji mengambil masa

3 minggu untuk bertemu dengan semua respondan.

3.8. Kaedah Analisis Data

Setelah borang soal selidik dikumpul, semakan dibuat kepada setiap set boring soal

selidik bagi memastikan responden menjawab dengan betul mengikut prosedur yang
ditetapkan. Data telah dianalisis menggunakan perisian Program Statistical Package for

Social Science (SPSS) Versi 19. Analisis data yang dibuat adalah seperti berikut:

3.8.1. Analisis statistik deskriptif untuk menerangkan tentang kekerapan,

peratusan, min, jumlah skor oleh responden.

3.8.2. Analisis Regresi Berganda untuk menentukan kekuatan hubungan

pembolehubah iklim organisasi dengan prestasi kerja dan Kepuasan

Kerja

3.9. Kesimpulan

Perbincangan bab ini telah menerangkan tentang rekabentuk dan metodologi kajian

termasuklah hipotesis, populasi, peralatan kajian, ujian kebolehpercayaan, kaedah

pengumpulan dan analisis data. Berdasarkan metodologi ini dan ujian

kebolehpercayaan yang telah dilakukan, maka pengkaji dapat meneruskan kajian

dengan membuat pengumpulan data menggunakan borang soal selidik dan membuat

analisis seterusnya.

Vous aimerez peut-être aussi