Vous êtes sur la page 1sur 7

1.

0 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu agenda yang mempengaruhi kualiti sesebuah bangsa di


dunia.Pendidikan adalah suatu proses menyampai dan menimba pengetahuan untuk
membangunkan daya intelek dan keyakinan diri manusia. Pendidikan memainkan peranan
yang agak penting dalam meningkatkan taraf hidup seseorang insan atau masyarakat.
Seseorang individu akan menggunakan ilmu pengetahuan yang dikuasai untuk merancang
kehidupan serta ilmu juga memudahkan seseorang untuk membuat keputusan dengan
sempurna. Pendidikan membantu meningkatkan nilai etika yang tinggi dalam
kehidupan .Pendidikan juga merupakan suatu proses yang membantu menimba ilmu
terpenting dalam kehidupan manusia. Proses pendidikan akan berlaku di sepanjang hayat
manusia.Selain itu,Proses pendidikan akan membangunkan potensi yang merangkumi
potensi akal (cognitive),jasmani/tingkah laku (psikomotor/behaviour) dan rohani
(spiritual).Kemahiran atau potensi tersebut akan meningkatkan kapasiti daya
intelekual,kemahiran dan kepekaan terhadap persekitaran sosial terutamanya melalui
tunjuk ajar.Tambahan pula, pendidikan merupakan pancaindera yang memberi kesan
yang positif kepada pemikiran manusia serta membentuk fizikal dan tingkah laku
manusia.Pegetahuan, kemahiran dan nilai murni akan diwarisi dari generasi ke generasi
dalam proses membangunkan masyarakat dan bangsa secara berterusan.

2.0 Dasar Pendidikan Rendah

Pendidikan rendah adalah pendidikan yang khusus bagi murid yang berusia 7 tahun
hingga 12 tahun.Pendidikan rendah di Malaysia dijalankan di sekolah kebangsaan,sekolah
jenis kebangsaan dan sekolah swasta. Pada peringkat ini,murid akan belajar kemahiran
asas iaitu membaca,menulis,mengira dan kemahiran yang diperkenalkan ialah
mengitlak.Pelajar yang berusia 12 tahun iaitu tahun enam diwajibkan untuk menduduki
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
memainkan peranan yang agak tinggi untuk menilai prestasi pelajar dalam
matapelajaranynag tertentu.

Dasar pendidikan rendah di Malaysia mengandungi beberapa fasa yang melibatkan


perubahan penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Dasar pendidikan(pelajaran)
kebangsaan diperkenalkan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957 dan dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 oleh
Laporan Rahman Talib dan laporan ini dimaktubkan dalam Akta pelajaran
1961.Seterusnya, pada tahun 1974 sebuah jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk
mengkaji semula dasar pendidikan untuk memperbaiki perlaksanaannya dan Laporan ini
telah diterbitkan pada tahun 1979.Laporan ini juga memperkukuh kemajuan sistem
pendidikan kebangsaan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pendidikan. Sejajar dengan hasrat ini bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di
sekolah dan kelulusan dalam peperiksaan.

3.0 Sistem Pendidikan Rendah di Malaysia


3.1 Sistem Pendidikan KBSR
Pada tahun 1979, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diwujudkan. KBSR
merupakan kurikulum yang memberi penekanan terhadap kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Selain itu,KBSR juga memberi penekanan
kepada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Pada tahun
1993,KBSR digantikan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR).Transformasi kurikulum ini membolehkan nilai-nilai murni ditekankan
dalam semua mata pelajaran yang dipelajari oleh murid supaya mewujudkan
murid yang seimbang dalam bidang akademik dan sahsiah.Prinsip-prinsip KBSR
ialah menyumbangkan pendidikan yang sama untuk semua murid,perkembangan
inividu secara menyeluruh, pendidikan seumur hidup dan pendekatan bersepadu
serta memberi tumpuan kepada kemahiran berbahasa.

3.2 Transformasi Pendidikan KSSR


KBSR disemak semula pada tahun 2003 untuk memastikan kandungan yang
releven dengan keperluan semasa.Pada tahun 2011 KBSR telah diubah kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat mulai murid
tahun 1.Transformasi kurikulum ini melibatkan pengubahsuaian lapan aspek iaitu
reka bentuk, kurikulum, organisasi, kandungan pedagogi, peruntukan
masa,kaedah pentaksiran,bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Pembangunan KSSR berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Pendidikan, Wawasan 2020, Rancangan Jangka Panjang, Model Ekonomi Baru,
teori pembelajaran dan empat tonggak pendidikan UNESCO serta cabaran.
kehidupan abad ke-21 diberi perhatian untuk mewujudkan masyarakat atau pelajar
yang seimbang,warganegara bertanggungjawab,individu yang global player
serta pekerja yang berilmu pengetahuan. Kurikulum KSSR memperkenalkan
konsep tunjang dan komunikasi,perkembangan fizikal dan
estetika,kemanusian,ketrampilan diri,sains dan teknologi serta kemahiran ekplisit
agar murid mencapai matlamat pembentukan model insan seimbang
(jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial),berfikiran kritis ,kreatif dan inovatif.

Kurikulum Tahap 1 (tahun1 hingga tahun 3) mempunyai tiga modul iaitu Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif yang menekankan kepada
literasi dan numerasi serta kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK, Tahap
II, terdiri daripada mata pelajaran Teras dan mata pelajaran Elektif dengan
pendekatan yang diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran TMK,
kemahiran lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan serta perkembangan sahsiah
murid. Bagi pendidikan khas pula, beberapa penambahan serta pengubahsuaian
mata pelajaran di buat mengikut kategori masalah pembelajaran iaitu masalah
penglihatan.Seterusnya, terdapat beberapa tunjang dalam pendidikan KSSR iaitu,
Komunikasi, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Kemanusiaan, Ketrampilan diri,
Sains dan Teknologi dan Kerohanian sikap dan nilai.

3.3 Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)
Pelaksanaan Program PPSMI merupakan satu perubahan besar dan drastik
dalam bidang pendidikan selepas pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) pada tahun1989. Matlamat utama pelaksanaan pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris ialah untuk membolehkan pelajar menguasai
bahasa ilmu dua bidang pengetahuan berkenaan sejak peringkat awal.Seterusnya
pengajaran menggunakan Bahasa Inggeris diperluaskan kepada semua pelajar
secara berperingkat untuk semua pelajar tahun satu di sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hingga tingakatan enam atau di Sekolah
Menengah Kebangsaan di seluruh Malaysia.Selain itu,PPSMI membolehkan
pelajar mendalami dan memahami dua bidang ilmu dan memanfaatkan
pembangunan atau kemajuan negara.Tambahan pula, PPSMI bermatlamat
untuk membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan
berbanding mempelajari sesuatu matapelajaran serta memberi peluang kepada
guru dan pelajar untuk mengguna Bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi
komunikasi.

3.4 Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa


Inggeris (MBMMBI)
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
dilaksanakan pada tahun 2011.Dasar ini membantu melahirkan warga negara
Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan bahasa Melayu standard
dalam perbualan,urusan rasmi,penerokaan ilmu dan dalam alam kerjaya mengikut
kesesuaian dan keperluan , membina modal insan ynag mampu mengakses
pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi komunikasi
maklumat (ICT) serta mempunyai minda yang kritis,kreatif dan inovatif dan
manfaat yang ketiga ialah membentuk 1 Malaysia yang mempunyai jati diri yang
kuat,progresif, dinamik, mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah
mencapai negara maju.
Strategi memartabatkan bahasa Melayu melibatkan penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk Sains dan Matematik di sekolah
kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.

3.5 Dasar Satu Murid Satu Sukan (D1M1S)


Dasar Satu Murid Satu Sukan (D1M1S) merupakan program pembangunan sukan
diperkenalkan pada tahun 2011 dan program ini memainkan peranan yang penting
dalam mewajibkan setiap pelajar untuk mengambil bahagian dari tahap 2 iaitu di
sekolah rendah sehingga Tingkatan 6.Seseorang pelajar perlu mengambil
bahagian dalam aktiviti sukan hanya dalam satu aktiviti mengikut rancangan yang
sistematik.Dasar Satu Murid Satu Sukan (D1M1S) ini mempunyai beberapa ciri-
ciri yang penting dalam perkembangan fizikal murid iaitu, meningkatkan
penglibatan murid dalam aktiviti sukan,meningkatkan kadar penyertaan murid
dalam aktiviti sukan dan memberi peluang kepada semua murid yang berbakat
dan berpotensi.Selain itu,Dasar Satu Murid Satu Sukan (D1M1S) diwujudkan
untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SEMAKAN 2017 (KSSR
semakan)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21,


secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun
2015. Justeru Anjakan keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21
serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelaksanaan pengajaran
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan
Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus
ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan men
Rujukan

AZMAN H. Implementation and Challenges of English Language Education Reform in


Malaysian Primary Schools. 3L: Southeast Asian Journal Of English Language Studies [serial
on the Internet]. (2016, Sep), [cited November 25, 2017]; 22(3): 65-78. Available from:
Education Research Complete.

Lee, L. W., & Low, H. M. (2013). "Unconscious" Inclusion of Students with Learning
Disabilities in a Malaysian Mainstream Primary School: Teachers' Perspectives. Journal Of
Research In Special Educational Needs, 13(3),218-228.

Tatto, M. T., Ingvarson, L., Schwille, J., Peck, R., Senk, S. L., Rowley, G., & International
Association for the Evaluation of Educational, A. (2008). Teacher Education and
Development Study in Mathematics (TEDS-M): Policy, Practice, and Readiness to Teach
Primary and Secondary Mathematics. Conceptual Framework.

Tobin, M., Nugroho, D., & Lietz, P. (2016). Large-Scale Assessments of Students' Learning
and Education Policy: Synthesising Evidence across World Regions. Research Papers In
Education, 31(5), 578-594.

Ingvarson, L., Schwille, J., Tatto, M. T., Rowley, G., Peck, R., Senk, S. L., & International
Association for the Evaluation of Educational, A. (2013). An Analysis of Teacher Education
Context, Structure, and Quality-Assurance Arrangements in TEDS-M Countries: Findings
from the IEA Teacher Education and Development Study inMathematics (TEDS-M).

Jawaid, A. (2014). Benchmarking in TESOL: A Study of the Malaysia Education Blueprint


2013. English Language Teaching, 7(8), 23-38.

Basree, S. (2009). The Implementation of Contemporary Children's Literature Program (CCL)


in Malaysian Primary Schools: Feedback from Stakeholders. International Journal Of
Learning, 16(8), 325-334.

https://www.slideshare.net/farisha85/pembelajaran-abad-ke21

http://sumberpendidikan.com/2016/12/18/lengkap-dskp-tahun-1-hingga-tahun-6-kssr-2017/

http://sumberpendidikan.com/2016/12/19/lengkap-pelaporan-kssr-tahun-1-hingga-tahun-6-2017/

Vous aimerez peut-être aussi