Vous êtes sur la page 1sur 16

Abdullah bin Ahmad Badawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


(Dilencongkan dari Abdullah Ahmad Badawi)
Yang Amat Berbahagia Tun

Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia ke-5


Tempoh jawatan
31 Oktober 2003 3 April 2009
Tuanku Syed Sirajuddin
Raja/Ratu
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Datuk Seri Mohd Najib Tun
Timbalan
Abdul Razak
Didahului oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Datuk Seri Mohd Najib Tun
Diganti oleh
Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-8


Tempoh jawatan
Januari 1999 31 Oktober 2003
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Didahului oleh
(Dipecat)
Diganti oleh Mohd Najib bin Abdul Razak

Ahli Parlimen
untuk Kepala Batas
Penyandang
Tempoh jawatan
1978

Setiausaha Agung NAM


Tempoh jawatan
31 Oktober 2003 15 September 2006
Didahului oleh Mahathir bin Mohamad
Diganti oleh Fidel Castro

26 November 1939 (76


Lahir tahun)
Kepala Batas, Pulau Pinang
Parti politik UMNO
Datin Paduka Seri Endon
Mahmood Ambak
Pasangan
(meninggal Okt 2005)
Tun Jeanne Abdullah
Agama Islam

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali
sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi
kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan
bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia.
Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau
dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi
dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana
menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak
menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu
Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada
tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan
pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai
Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Isi kandungan

1 Biodata peribadi
2 Kerjaya dan politik
o 2.1 Menyertai UMNO
o 2.2 Sebagai Timbalan Perdana Menteri
o 2.3 Sebagai Perdana Menteri
3 Pasca Perdana Menteri
o 3.1 Sebagai Presiden Barisan Nasional
o 3.2 Melepaskan jawatan Perdana Menteri
4 Kontroversi
o 4.1 Kebebasan media
o 4.2 Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008
o 4.3 Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia
o 4.4 Usul undi tidak percaya
o 4.5 Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei
5 Anugerah
6 Garis masa
7 Rujukan
8 Pautan luar

Biodata peribadi

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau
Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.
Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar
Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak
dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk
belajar Pengajian Islam[2]. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang
Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai
sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan
Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara
yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya
dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang
sama pada tahun 1974.

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato'


Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu.
Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan
penyakit barah payu dara sejak 2003.

Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne
Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan


gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau
amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah
menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare
kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang
banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul
Razak.

Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi 'Ku Cari Damai Abadi' yang
mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke
lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti
Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam
prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi
yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-
ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar,
mendalam, luas lagi suci.'[3]
Kulit Buku 'Ku Cari Damai Abadi'

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau
ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan
fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari[1].

Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak
berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk
menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman
atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan
pertunjukan muzikal My Fair Lady antara yang paling diminatinya serta
seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano.
Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni
ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya dan politik

Menyertai UMNO

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan
jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara
(kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga
kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah
dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990,
dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan
Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal
2000 - 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian
yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem.
Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan
yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan
Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai
UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat
kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan
dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan


jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)


Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
Menteri Pelajaran (1984-86)
Menteri Pertahanan (1986-87)
Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan


Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas
pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah
membatalkan pengharaman Kitab Iban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap


Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana
Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri
Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri

Abdullah Badawi dengan George W. Bush

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan


rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah
serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak
berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat
dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan
bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam.
Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.
Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan
belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi
pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan
oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam
negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan
dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan
untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan
bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen
rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih
boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan
nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam.
Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Pasca Perdana Menteri


Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat
sebentar di luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi
pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

Sebagai Presiden Barisan Nasional

Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan
beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung
Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar
untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220
kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan
kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan.
Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam
yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-
dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara,
bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas
Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak
campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana


Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum
Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan
Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal
mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan
di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti
pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam
Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia
Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan
perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar
Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. [2]

Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan
Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut
kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana
Menteri Malaysia ke-6.
Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi
sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya
modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain
itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal
insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri
sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa
Pembangunan Modal Insan.

Kontroversi

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa
Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras
rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah
masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja
melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau


kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran
kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat
Agong UMNO 2006. [4] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah
tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan
maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". [5] Di bawah Bill of
Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu
sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai
usaha sia-sia.

Kebebasan media

Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara
kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah
bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-
demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan
pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. [3] Ini
telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-
demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10
November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak
menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar
negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian
menyatakan bahawa dia pantang dicabar. [4]

Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008


Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli
politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen
Malaysia pada 13 Februari 2008. [5] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12
Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari
keesokan. [6]

Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan


pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan
membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi
sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen [7].

Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia

Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga


kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing
Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di
kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-
atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam
dunia. [8]

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa


Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk
mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk
menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak
di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot
dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura
dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia,
manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih


berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan
ekonomi bertaraf global.[9]

Usul undi tidak percaya

Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul
undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah
Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini
mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri
Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara
disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan."
Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[6] SAPP pimpinan Datuk Yong Teck
Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Datuk
Seri Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan
hasrat itu.[7]

Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei

Pada 30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad


mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan
kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang
kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh
The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan
daerah Limbang, Sarawak.[8]Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber
di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini
dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan
komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40 tahun, bertujuan
untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.[9]

Anugerah

Tahun Nama Anugerah Daripada


Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) -
2010 Persekutuan
Datuk Seri Utama
2009 Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun Persekutuan
2007 Bintang Republik Indonesia Adi Pradana Indonesia
Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin
2005 Terengganu
(S.U.M.Z.)
Universiti Jamia Millia
2004 Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) Islamia, New Delhi,
India
2004 Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) Cuba
Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk
2004 Melaka
Seri Utama
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati
2004 Johor
Pangkat Pertama (D.K.J.)
2003 Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Sarawak
Patinggi
Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.)
2003 Perak
- Dato' Seri Diraja
Institute of Engineers
2001 Fellowship Kehormat
Malaysia
Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail
2001 Perlis
(S.S.S.J.) - Dato' Seri Diraja
Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) -
2000 Negeri Sembilan
Datuk Seri Utama
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
2000 Selangor
(S.P.M.S.) - Dato' Seri
London Chartered
1999 Fellowship Kehormat
Institute of Marketing
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang
1999 Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Pahang
Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' Seri
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) -
1999 Sabah
Datuk Seri Panglima
Republik Rakyat
1997 First Class Order Of Friendship Of DPRK Demokratik Korea
(Korea Utara)
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) -
1997 Pulau Pinang
Datuk Seri
A Knight Grand Cross, First Class Of The Most
1994 Thailand
Exalted Order Of The White Elephant
1994 Grand Cross Of The Order Of Merit Chile
Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) -
1992 Selangor
Dato'
Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Republik Korea (Korea
1992
Korea Selatan)
Grand Cordan Of The Order Of The Sacred
1991 Jepun
Treasure
Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western
1987 Amerika Syarikat
Michigan, Amerika Syarikat
Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal Republik Korea (Korea
1983
oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan Selatan)
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.)
1981 Pulau Pinang
- Datuk
1979 Darjah Johan Negeri (D.J.N.) Pulau Pinang
1974 Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) Persekutuan
1971 Ahli Mangku Negara (A.M.N) Persekutuan

Garis masa

1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.


1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam
dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan
Awam (sehingga 1969).
1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis
Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan (sehingga 1973).
1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua
UMNO Bahagian Kepala Batas.
1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah
Persekutuan (sehingga 1981).
1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986;
menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa
Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula
Masyarakat.
1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Pulau Pinang.
1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada
Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis
Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima
pada 31 Oktober.
2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah
mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam
Pilihanraya Umum ke-12.
2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden
UMNO pada 8 Oktober

Rujukan

1.

"Pak Lah dilantik Pengerusi IKIM", Utusan Online. 29 Ogos 2009.



http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/D63
C3C4E562A452548256EB000304EB7
[Abdullah Ahmad Badawi. Ku Cari Damai Abadi. I Seek Eternal Peace. In 80
Languages. Advisor Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah. Editor Assoc.
Professor Dr. Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Faculty of Languages and
Linguistics, University of Malaya, 2008, p. XV]
Mukhriz dikecam gara-gara kritik ucapan Pak Lah, mStar on-line.
Nihaz Mohd Yusoff (2007). "Media Perdana VS Media Maya". MYKMU NET.
Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
Usul Undi Tak Percaya Terhadap PM Ditolak, Anggota Pembangkang
Bertindak Keluar Dewan
UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP
"Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei", Malaysiakini.com.
30 April 2010.

9. "Ini penjelasan Pak Lah...", Malaysiakini.com. 30 April 2010.

Pautan luar

Laman web rasmi Perdana Menteri


Profil Perdana Menteri
Profil: Abdullah Ahmad Badawi
Laman Kerajaan Malaysia: Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Abdullah yang setia memenangi jawatan pesaing Anwar
Universiti Utara Malaysia

Penyandang Perdana Menteri Penyandang Kemudian


Terdahulu Malaysia
Tun Dr. Mahathir 1 November 2003 2 Dato' Sri Mohd
bin Mohamad April 2009 Najib bin Tun Razak

Penyandang
Presiden UMNO Penyandang Kemudian
Terdahulu
30 Oktober 2003
Tun Dr. Mahathir 28 Mac 2009 Dato' Sri Mohd
bin Mohamad Najib bin Tun Razak

Penyandang Timbalan Perdana Penyandang Kemudian


Terdahulu Menteri Malaysia
Dato' Seri Anwar 8 Januari 1999 31 Dato' Sri Mohd
Ibrahim Oktober 2003 Najib bin Tun Razak

Penyandang Menteri Kewangan Penyandang Kemudian


Terdahulu Malaysia
Tun Dr. Mahathir 1 November 2003 Dato' Sri Mohd
bin Mohamad [[]] 2008 Najib bin Tun Razak

Penyandang Menteri Pertahanan


Penyandang Kemudian
Terdahulu Malaysia
Dato' Seri Mohd [[]] 2008 2009 Dato' Seri Dr. Zahid
Najib bin Tun Razak bin Hamidi

Penyandang Menteri
Penyandang Kemudian
Terdahulu Keselamatan Negara
Malaysia
[[]] 2004 8 Mac jawatan
jawatan dicipta
2008 dimansuhkan

Penyandang Menteri Hal-Ehwal


Penyandang Kemudian
Terdahulu Dalam Negeri
Malaysia
[[]] [[]] 21 Mac jawatan
[[]]
2004 dimansuhkan

Kategori:

Laman dengan petikan menggunakan parameter yang tidak disokong


Pages using invalid self-closed HTML tags
Kelahiran 1939
Orang hidup
Arab-Malaysia
Orang dari Pulau Pinang
Ahli politik UMNO
Perdana Menteri Malaysia
Melayu Malaysia
Muslim Malaysia

Vous aimerez peut-être aussi