Vous êtes sur la page 1sur 13

LMCR2423 KEMAHIRAN BERFIKIR

PENSYARAH:

Dr. HAMDZUN BIN HARON

TAJUK KAJIAN:

Masalah Penganjuran Karnival atau Program Kolej Di Kampus Induk


Universiti Kebangsaan Malaysia.

NAMA AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD KHIDIR BIN SAMSUDIN A153965

AMIERUDDIN BIN ZULBAHRI A154901

NIK NAJWA SOFIAH BINTI NIK ANUAY A155789

NUR ATHIRAH BINTI AHMAD ZAINI A154212

NUR HUDA ADILAH BINTI AB RAZAK A154548

NURUL AIMI ALIAA BINTI LATIF A155879

SEMESTER 2 TAHUN 2015/2016

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Masalah Penganjuran Karnival atau Program Kolej Di Kampus Induk
Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.0 PENGENALAN

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti awam yang


terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia atau nama singkatannya UKM
dibutuhkan secara rasmi pada 18haribulan Mei tahun 1970. Kampus sementaranya
dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan
Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Manakala, kampus cawangannya
yang terdiri dari pelajaran perubatan ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan di
Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada


1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada tahun 1917,Za'ba, seorang cendekiawan
membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923,
seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan
tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan
pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam
menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah
institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM
merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti
penyelidikan.

Terdapat 10buah kolej ditempatkan di kampus induk Universiti Kebangsaan


Malaysia iaitu di Bandar Baru Bangi. Kolej-kolej tersebut adalah Kolej Ibrahim
Yaakub, Kolej Dato' Onn, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Aminuddin Baki, Kolej
Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibu Zain, Kolej
Keris Mas, dan Kolej Pendeta Za'ba

Setiap kolej akan menganjurkan program mega mereka tersendiri. Program


atau karnival tersebut biasanya akan dianjurkan oleh Ketua Eksekutif Perwakilan
Pelajar setiap kolej masing-masing. Ini merupakan tradisi sejak tahun kebelakangan
ini lagi. Program-program mega ini dianjurkan setiap tahun bagi memberi peluang
kepada pelajar dari kolej lain untuk mengunjungi dan mengambil bahagian dalam
program-program yang dianjurkan oleh kolej kediaman yang tidak mereka duduki.
Dalam masa yang sama, program-program ini turut dianjurkan bagi merapatkan dan
membuka peluang untuk bagi ahli kediaman kolej itu sendiri untuk mengenali satu
sama lain dan belajar menguruskan sesebuah program. Namun, ekoran dari beberapa
permasalahan yang telah dapat pengkaji kesan, program-program tersebut mengalami
beberapa masalah yang sama dan ini merupakan masalah berulang yang masih
mencari jalan penyelesaian.

Antara persoalan yang timbul dalam kajian ini adalah adakah pernah
permasalahan ini dikaji dan cuba diselesaikan oleh pengkaji-pengkaji lain dan
sekiranya ada mengapa langkah tersebut masih gagal mencorak langkah untuk
menyelesaikan masalah yang dialami kolej-kolej dalam Universiti Kebangsaaan
Malaysia kampus induk, Bandar Baru Bangi.
2.0 PENDAHULUAN

Program atau karnival mega kolej merupakan aktiviti wajib yang akan dianjurkan oleh
setiap kolej pada setiap tahun untuk menambahkan lagi semangat persaingan antara
kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia yang
begitu sinonim dengan semangat kekolejan yang kuat antara pelajar telah menjadikan
program atau karnival mega yang dianjurkan ini sebagai suatu aktiviti yang sentiasa
dinantikan oleh para pelajar dan juga orang awam. Melalui karnival dan program-
program yang dianjurkan oleh pihak kolej, secara tidak langsung semangat kerjasama
dan tanggungjawab dapat dipupuk dan diterapkan dalam diri para pelajar dan
mengajar para pelajar tentang kemahiran soft skills yang amat diperlukan untuk
mencari pekerjaan selepas menamatkan zaman pelajaran.

Program atau karnival kolej yang dianjurkan oleh setiap kolej merupakan
lambang sesebuah kolej tersebut. Pada setiap tahun, setiap kolej akan mengadakan
sekurang-kurangnya sebuah karnival mega dan diberi nama tersendiri. Sebagai
contoh, program mega yang dianjurkan oleh Kolej Tun Huseein Onn diberi nama
sebagai Festival Sanjungan Satria (FESSAT), Kolej Keris Mas pula sebagai Temasya
Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM), Kolej Pendeta Zaba sebagai Karnival Premier
Zaba (KAPREZA) dan beberapa nama lain yang sentiasa menjadi sebutan para
pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Karnival mega yang dianjurkan oleh setiap kolej memerlukan komitmen yang
sepenuhnya oleh para pelajar yang mengendalikan karnival tersebut. Hal ini kerana
ahli jawatan kuasa yang bertanggungjawab akan diberikan kepercayaan yang
sepenuhnya oleh pihak pentadbiran kolej untuk menguruskan karnival tersebut.
Bermula daripada kertas kerja sehinggalah kepada penganjuran karnival tersebut,
aktiviti ini akan diuruskan sepenuhnya oleh para pelajar tanpa bantuan pihak
pentadbiran kolej. Hal ini kerana pihak pentadbiran kolej hanya akan menjadi
pemantau untuk melihat perkembangan dan perjalanan para pelajar menguruskan
karnival tersebut. Hal ini kerana ini merupakan salah satu usaha pihak universiti untuk
menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri para pelajar seperti kemahiran untuk
membuat keputusan, kemahiran untuk menguruskan masa dan sebagainya.
Untuk mengendalikan karnival ini, ahli jawatan kuasa yang telah dibentuk
akan dibahagikan kepada kelompok kecil untuk menjalankan tugas-tugas tertentu
yang telah diamanahkan. Terdiri daripada 7 orang Majlis Tertinggi yang masing-
masing memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah dan di bantu oleh Timbalan Ketua
Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 2, Setiausaha, Timbalan Setiausah, Bendahari
dan Timbalan Bendahari. Majlis Tertinggi ini akan dibantu oleh Exco-exco khas iaitu
Exco Program, Exco Cenderamata, Exco Pemasaran, Exco Jamuan, Exco Tugas-tugas
Khas, Exco Logistik dan Exco Teknikal.
3.0 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji berfokuskan kepada mahasiswa-mahasiswa di


Universiti Kebangsaan dan memilih 15 orang responden secara rawak.

3.1 Demografi Respondan

Seramai 15 responden telah menjawab borang soal selidik yang terdiri daripada
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Huraian analisis soal selidik meliputi
umur, jantina, agama, bangsa dan kolej kediaman. Berdasarkan hasil kajian, daripada
aspek jantina, seramai 7 orang daripada 15 orang responden terdiri daripada pelajar
lelaki iaitu sebanyak 46.67% dan selebihnya adalah pelajar perempuan iaitu sebanyak
53.33% bersamaan dengan 8 orang pelajar.

Daripada aspek umur pula, sebanyak 13 orang responden iaitu 86.67% terdiri
daripada pelajar yang berusia dalam lingkungan 19-21 tahun dan 13.33% pelajar
berusia dalam lingkungan 22-25 tahun iaitu sebanyak 2 orang.

Seramai 10 orang responden terdiri daripada bangsa Melayu iaitu sebanyak


66.67%, manakala 20% terdiri daripada bangsa Cina iaitu sebanyak tiga responden
dan selebihnya adalah responden daripada bangsa India iaitu 13.33% seramai dua
responden sahaja.

Manakala berdasarkan aspek terakhir iaitu aspek kolej kediaman, kami telah
memilih 3 orang responden dari 5 buah kolej di kampus induk Universiti Kebangsaan
Malaysia iaitu Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Dato Onn, Kolej Keris Mas, Kolej
Aminuddin Baki dan Kolej Ungku Omar dan masing-masing mencatatkan peratusan
sebanyak 20%. Kami memilih kolej kediaman yang berdekatan dengan fakulti iaitu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan bagi memudahkan kami dalam melakukan soal
selidik.

3.2 Sambutan Pengunjung Terhadap Karnival yang Dianjurkan di Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Seramai 15 orang responden telah disoal selidik dan masing-masing mempunyai


pandangan yang tersendiri terhadap karnival mega yang dianjurkan oleh kolej-kolej di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Karnival mega kolej adalah satu aktiviti
yang dianggap wajib dan akan dianjurkan pada setiap tahun. Program ini akan
diuruskan sepenuhnya oleh para pelajar yang telah dilantik menjadi ahli jawatan kuasa
dan diketuai oleh Majlis Eksekutif Pelajar yang memegang portfolio sebagai Ketua
Eksekutif di kolej masing-masing. Karnival-karnival mega di setiap kolej ini
dianjurkan bertujuan untuk menarik penghuni di kolej-kolej kediaman untuk lebih
mengenali antara satu sama lain.

Berdasarkan daripada dapatan kajian hasil daripada borang soal selidik yang
diedarkan kepada 15 orang pelajar yang berlainan kolej, kami mendapati mereka
mempunyai pandangan mereka yang tersendiri tentang isu ini. Borang soal selidik ini
diedarkan bertujuan untuk mengetahui pandangan dan pendapat mereka terhadap
permasalahan karnival mega kolej.

Pada bahagian pertama, borang soal selidik ini mengkaji tentang sambutan
pengunjung yang mengunjungi karnival yang diadakan di sesebuah kolej. Dengan
menggunakan skala Ya atau Tidak, responden diminta menjawab beberapa soalan
yang dikemukan mengenai sambutan pengunjung di karnival-karnival mega sesebuah
kolej.

3.2.1 SAMBUTAN PENGUNJUNG

Terdapat empat soalan yang dikemukan kepada para pelajar. Soalan pertama iaitu
Adakah masalah seperti kekurangan pengunjung menyebabkan sesebuah karnival
yang dianjurkan tidak mendapat sambutan telah dipersetujuai oleh ramai pelajar. Hal
ini kerana terdapat 11 orang responden iaitu sebanyak 73.33% mengata ya bahawa
kekurangan pengunjung menyebabkan sesebuah karnival itu tidak mendapat
sambutan. Manakala selebihnya iaitu seramai 4 orang responden iaitu sebanyak
26.67% mengatakan tidak. Mereka tidak menyetujui bahawa pengunjung merupakan
faktor sesebuah karnival itu tidak mendapat sambutan.

Bagi soalan kedua pula iaitu Adakah tarikh yang bertindih semasa
menjalankan sesebuah program antara kolej merupakan punca utama program itu
tidak mendapat sambutan juga telah dipersetujui oleh ramai pelajar. Seramai 13
orang responden iaitu sebanyak 86.67% menyatakan ya bahawa tarikh yang bertindih
antara karnival kolej merupakan faktor utama sesebuah karnival itu tidak mendapat
sambutan. Hal ini kerana sekiranya dua atau tiga kolej mengadakan karnival kolej
pada tarikh dan masa yang sama, pengunjung terpaksa memilih untuk mengunjungi
salah sebuah kolej sahaja. Namun begitu, seramai 2 orang responden mengatakan
tidak. Sebanyak 13.33% responden tidak menyetujui bahawa tarikh yang bertindih
merupakan punca utama.

Soalan ketiga yang dikemukan adalah Adakah masalah kekurangan dana


yang diperolehi menjadikan karnival yang dianjurkan kelihatan hambar. Seramai 8
orang responden iaitu sebanyak 53.33% menyetujui pernyataan ini dengan menjawab
ya pada borang soal selidik. Hal ini kerana bagi mereka dana dan sumbangan
merupakan salah satu faktor penting yang menarik pengunjung untuk mengunjung
karnival yang dianjurkan. 7 orang daripada 15 orang iaitu sebanyak 46.67% tidak
menyetujui pernyataan ini. Bagi mereka dana bukanlah faktor utama yang menarik
pengunjung untuk mengunjungi karnival yang dianjurkan.

Soalan terakhir yang dikemukan kepada responden adalah Adakah tempat


yang ditetapkan merupakan salah satu faktor karnival yang dianjurkan tidak mendapat
sambutan daripada pengunjung telah dipersetujui oleh para pelajar. Seramai 10 orang
responden iaitu sebanyak 66.66% menjawab ya dan beranggapan bahawa tempat yang
telah ditetapkan merupakan faktor karnival yang dianjurkan tidak mendapat sambutan
pengunjung. Hal ini kerana sekiranya Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dan Kolej
Dato Onn (KDO) mengadakan karival kolej mereka di Panggung Seni, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar-pelajar dari Kolej Pendeta Zaba (KPZ) dan
Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) akan mengalami masalah pengangkutan untuk
mengunjungi karnival itu kerana kedudukan kolej mereka yang berada jauh di
belakang. Namun begitu, seramai 5 orang responden tidak bersetuju. 33.33% pelajar
ini tidak beranggapan sedemikian kerana bagi mereka masalah penganggkutan ini
bukanlah maslah utama sekiranya mereka mempunyai kesungguhan. Hal ini kerana
pada pendapat mereka, para pelajar di KPZ dan KBH boleh menggunakan bas yang
disediakan oleh pihak universiti.
4.0 TINDAKANMENANGANI MASALAH PENGANJURAN KARNIVAL
ATAU PROGRAM KOLEJ

Setelah menemu ramah beberapa orang Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Hussein
Onn dan Kolej Keris Mas serta pelajar, kami mendapati bahawa beberapa tindakan
untuk menambahbaik permasalahan karnival kolej ini telah dilakukan. Antara
penambahbaikan yang dilakukan adalah Ketua Eksekutif dan pentadbiran kolej akan
mengadakan perbincangan antara kolej terlebih dahulu untuk menetapkan tarikh
karnival sesebuah kolej dianjurkan. Pihak pentadbiran setiap kolej akan melakukan
perbincangan secara teliti dan teratur untuk mengelakkan masalah yang sama sering
berulang. Namun begitu, walaupun pihak pentadbiran kolej telah melakukan
perbincangan sesama kolej tetap ada kolej yang menukar tarikh yang telah
dipersetujui tanpa memaklumkan kepada kolej yang lain. Hal seperti ini yang telah
menyebabkan berlaku pertindihan tarikh antara kolej semasa menganjurkan karnival
kolej.

Tindakan kedua yang telah dilakukan adalah dengan mencadangkan untuk


melakukan kerjasama antara kolej. Seperti yang sedia maklum, karnival yang
dianjurkan oleh kolej-kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai pengisian
program yang hampir sama iaitu seperti forum, jualan gerai-gerai, larian alaml, rumah
hantu, persembahan artis dan sebagainya. Pengisian program yang sama ini
menyebabkan para pengunjung mengalami masalah untuk memilih karnival yang
ingin mereka kunjungi dan pada akhirkan mereka akan memilih untuk mengunjungi
karnival yang berdekatan dengan kolej mereka. Oleh hal yang demikian, ada
sesetengah kolej mengambil inisiatif untuk melakukan kerjasama dengan kolej
sekiranya karnival yang mereka anjurkan itu mempunyai pengisian program yang
sana. Namun, disebabkan setiap kolej mempunyai perancangan dan matlamat yang
tersendiri, mereka menolak usul yang dicadangkan dan mengambil keputusan untuk
menganjurkan karnival kolej mengikut perancangan mereka.

Tindakan terakhir adalah dengan mencari dana yang secukupnya atau melebihi
amaun yang telah ditetapkan oleh Ketua Program. Dalam hal ini kami mencadangkan
pihak UKM untuk menyediakan tabung khas bagi membantu member dana atau
pembiayaan permulaan bagi sesebuah karnival atau program mega yang dianjurkan.
5.0 CADANGAN MENANGANI MASALAH PENGANJURAN KARNIVAL
ATAU PROGRAM KOLEJ

5.1 MEP Care

Berdasarkan hasil temu bual dan kaji selidik yang telah dijalankan, pengkaji melihat
bahawa usaha terbaik dalam menangani masalah penganjuran karnival kolej ialah
melalui MEP Care. MEP Care merupakan suatu pertubuhan yang akan ditubuhkan
oleh pengkaji bagi membantu melicinkan pentadbiran dan menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul dalam setiap penganjuran karnival antara kolej. MEP Care ini
bertanggungjawab untuk memastikan agar semua karnival yang dianjurkan oleh setiap
kolej dapat dijalankan dengan teliti dan sempurna tanpa memberi kesan kepada para
pelajar, kolej dan sebagainya.

5.1.1 PENGLIBATAN SEMUA PERINGKAT MASYARAKAT

Karnival kolej yang dianjurkan bukan sahaja hanya melibatkan penghuni kolej
kediaman sahaja akan tetapi urusetia karnival mestilah membuka peluang kepada
pelajar yang menghuni kolej kediaman, staf-staf universiti dan juga orang awam untuk
melibatkan diri dalam karnival yang dianjurkan. Kolej yang menganjurkan karnival
juga mestilah mewajibkan kolej lain untuk menghantar wakil mereka untuk
melibatkan diri dalam kaarnival yang dianjurkan. Hal ini bertujuan untuk merapatkan
hubungan di antara kolej di universiti.

5.1.2 PEMILIHAN TARIKH YANG SESUAI

MEP Care juga mencadangkan supaya sebelum sesuatu karnival kolej dijalankan,
Majlis Eksekutif Pelajar setiap kolej akan mengadakan perbincangan bersama-sama
ahli jawatankuasa MEP Care bagi menetapkan tarikh dan atur cara karnival supaya
tidak berlaku sebarang masalah. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang
pertindihan tarikh semasa karnival dijalankan. Di samping itu, pihak pentadbiran kolej
juga perlu memaklumkan kepada ahli jawatankuasa MEP Care sekiranya mereka ingin
melakukan sebarang perubahan.
5.1.3 PENGISIAN PROGRAM

Cadangan terakhir yang diusulkan oleh MEP Care ialah dengan menyusun aktiviti
yang bermanfaat dan menarik. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sesuatu program
itu menjadi hambar dan tidak mendapat sambutan. Urusetia karnival juga boleh
menjemput para penceramah dan juga artis yang terkenal dan yang diminati oleh para
pelajar dan secara tidak langsung dapat menjadikan sesebuah karnival yang dianjurkan
itu mendapat sambutan. Di samping itu, MEP Care juga menggalakkan agar urusetia
merancang program-program yang boleh memberi pengajaran kepada para pelajar dan
bukan hanya tertumpu kepada keseronokan semata.
6.0 KESIMPULAN

Konklusinya, permasalahan semasa menganjurkan karnival atau program kolej ini


seharusnya mendapat perhatian daripada pihak universiti bagi mengelakkan sebarang
masalah timbul. Pihak yang bertanggungjawabseharusnya menitikberat dan
memandang masalah penganjuran karnival kolej sebagai isu yang perlu diselesaikan
dengan segera. Hal ini demikian bagi mengelakkan supaya masalah yang samaberlaku
berulang kali.

Pandangan dan luahan para pelajar UKM melalui instrumen soal selidik dan
temu bual berkaitan permasalahan tajuk kajian perlu dititik beratkan oleh pihak yang
berkewajipan. Dalam kajian ini, pengkaji juga turut mengutarakan cadangan atau idea
bagi menambah baik pengurusan karnival seterusnya menangani masalah dalam
penganjuran karnival kolej.
RUJUKAN

Rujukan Internet

https://festivalsanjungansatria.wordpress.com/?archives-list=1

http://www.ukm.my/kab/?news=abc-16-aminuddin-bakis-carnival-2016-abc-2016

https://www.facebook.com/ukm.confession3/

Rujukan Ilmiah

Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Zaba, 2014, Laporam Akhir Program,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Vous aimerez peut-être aussi