Vous êtes sur la page 1sur 4

PENGHARGAAN

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan projek prinsip perakaunan ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru perakaunan saya yang
telah membimbing saya untuk meyiapkan projek ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
memberi banyak pandangan dan sokongan kepada saya dalam menyiapkan projek ini.

Pada masa yang sama,kemudahan komputer di perpustakaan di sekolah telah membolehkan


projek ini dihasilkan menggunakan teknologi komputer.

Akhir sekali,tidak ketinggalan kepada rakan saya, Nurdianah yang telah memberi tunjuk ajar
tentang penggunaan perisian komputer kepada saya untuk menghasilkan projek ini.

SEKIAN,TERIMA KASIH
ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA


SURAT

1. Pengenalan Perniagaan

2. Profil Perniagaan

3. Senarai Penghutang dan Pemiutang

4. Perancangan Perniagaan

5. Dokumen Perniagaan

6. Jurnal

7. Buku Tunai

8. Lejar

9. Imbangan Duga

10. Kad Stok

11. Senarai Stok

12. Penyata Pendapatan

13. Kunci Kira-Kira

14. Rumusan
PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya Noor Rashidah Binti Shahul Hameed telah menubuhkan perniagaan Kedai Foto Noor
Rashidah dan meneruskan perniagaan dengan bangunan RM 390 000 ,
kenderaan RM 38 000 , alatan pejabat RM 14 500 , stok RM 41 256 , bank RM 320 000 ,
tunai RM 54 000 dan modal RM 857 756.Perniagaan saya merupakan jenis yang berbentuk
milikan tunggal dan terlibat dengan aktiviti membeli dan menjual kelengkapan fotografi
seperti kamera, teleconverter, pencetak , bingkai gambar dan filem.Selain itu,perniagaan
saya menawarkan perkhidmatan menangkap dan mencuci gambar.Untuk melicinkan
perniagaan, saya mengupah dua orang pekerja yang dibayar gaji RM 1 500 seorang untuk
sebulan.

Saya memilih untuk menjalankan perniagaan ini kerana saya mendapati bahawa perniagaan
ini mempunyai potensi keuntungan yang besar dalam pasaran semasa.Saya juga mempunyai
bakat serta minat dalam bidang fotografi dan mempunyai pengetahuan yang banyak tentang
peralatan fotografi .

Kelebihan-kelebihan menjalankan perniagaan ini ialah, bekalan stok adalah mudah


diperolehi.Selain itu, kedudukan dan lokasi kedai yang strategik membolehkan kedai saya
mudah dikunjungi oleh orang ramai.

Antara risiko yang mungkin dihadapi ialah, persaingan dari kedai foto
berhampiran.Tambahan pula,saya sebagai pemilik tunggal perniagaan juga mungkin akan
menanggung segala kos kerugian. Walaubagaimanapun, saya yakin akan diri saya untuk
meneruskan dan menjalankan perniagaan ini dengan baik
RUMUSAN

Sepanjang saya menjalankan perniagaan ini, saya sentiasa mematuhi dan mengamalkan
prinsip-prinsip perakaunan. Dengan mematuhinya, semua urusniaga lebih mudah difahami.
Antara prinsip yang saya amalkan ialah:

1. Prinsip Catatan bergu


Berdasarkan dokumen perniagaan, saya sentiasa mematuhi prinsip catatan bergu
dengan memastikan jumlah debit sentiasa sama dengan jumlah kredit kerana
setiap urusniaga mempunyai dua kesan. Setiap urusniaga akan melibatkan
sekurang kurangnya dua akaun atau lebih. Ini akan memudahkan saya
menyemak ketepatan catatan dalam buku-buku akaun.

2. Entiti berasingan
Untuk tujuan perakaunan, saya mestilah sentiasa menganggap perniagaan dan
pemilik sebagai dua entiti yang berasingan, iaitu perniagaan terpisah daripada
pemiliknya. Urusniaga peribadi tidak direkodkan dalam buku buku akaun
perniagaan.

3. Wang sebagai ukuran


Urusniaga saya dinyatakan dalam sebutan wang dalam ukuran Ringgit Malaysia
(RM) sahaja. Hanya jika dalam sebutan wang barulah urusniaga itu
direkodkandalam rekod buku perakaunan .

4. Konservatisme
Saya akan melaporkan kerugian yang dijangkakan sedangkan keuntungan yang
dijangkakan tetapi belum direalisasikan saya abaikan. Ini akan dapat
mengelakkan saya daripada terlebih nyata nilai aset, hasil dan untung atau
terkurang nyata nilai liabiliti, belanja dan rugi.

5. Kos sejarah
Konsep kos sejarah telah digunakan untuk merekod aset bukan semasa dalam Kunci
Kira-Kira.Saya merekodkan semua aset bukan semasa perniagaan pada harga belian
asal aset tersebut.Dengan ini nilai aset yang dilaporkan dalam Kunci Kira-Kira
perniagaan adalah berdasarkan bukti kukuh seperti dokumen pembelian aset dan
bukannya menganggarkan nilai pasaran semasa aset.

Oleh yang demikian, saya akan mempertingkatkan keuntungan syarikat saya melalui strategi
pemasaran yang berterusan. Penyata kewangan yang saya sediakan adalah releven,
kebolehpercayaan, kebolehfahaman, kebolehbandingan dan tepat masa. Saya juga yakin
dengan perniagaan barangan telefon bimbit dan aksesori amat berpotensi kerana keluaran
negara kita berkualiti dan memenuhi cita rasa pengguna.

Vous aimerez peut-être aussi