Vous êtes sur la page 1sur 3

SJKT SEGAMBUT

KUALA LUMPUR

LAPORAN TAHUNAN

KELAB HOKI
2017
LAPORAN TAHUNAN KELAB HOKI

Kelab hoki SJKT Segambut , dianggotai oleh 29 orang ahli yang terdiri dari murid

tahap 2 sahaja. Guru Penasihat bagi tahun ini ialah Cik.Sugunah dan guru

pembantunya ialah Pn.Vaithegni dan Pn.Paruvathy. Perjumpaan pertama untuk sesi

tahun ini pada 22 Februari 2017. Perjumpaan pertama ini bertujuan untuk penubuhan

ahli jawatankuasa bagi sesi tahun 2017. Visi Kelab Hoki sekolah kita ialah Menjana

Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan Agar Dapat Bersaing Diperingkat Zon,

Negeri Hingga ke Peringkat Kebangsaan Pada Tahun 2016

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2017. Aktiviti pertama ialah

Aktiviti asas dalam permainan hoki iaitu memukul, menolak, menahan, menggelecek

dan flik. Aktiviti ini dijalankan secara berperingkat iaitu satu aktiviti asas bagi setiap

minggu. Secara umumnya, setiap murid dapat menguasai kemahiran asas dalam

permainan hoki. Namun begitu, kemahiran ini perlu digilap lagi agar mereka betul-

betul mahir dalam penguasaan bola. Hal ini kerana penguasaan bola sangat penting

dalam permainan hoki.

Seterusnya, Kelab Hoki juga mengadakan sesi pengenalan kepada cara bermain

dan Undang-Undang Hoki. Murid diperkenalkan kepada Undang-Undang Hoki yang

terkini kerana ianya berubah dari semasa ke semasa. Murid disajikan dengan video-

video berkenaan hoki bagi memberikan gambaran jelas kepada mereka.


Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ini ialah pengenalan

kepada sejarah dan perkembangan hoki di Malaysia. Hal ini dapat memotivasikan

murid supaya lebih bersemangat untuk mempelajari sukan hoki selepas mengetahui

kejayaan atlet-atlet sukan hoki yang terdahulu.

Aktiviti terakhir pada tahun ini ialah pertandingan antara kumpulan. Aktiviti ini

dijalankan supaya murid dapat mempraktikkan aktiviti asas yang dipelajari. Aktiviti ini

juga dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran murid dalam permainan hoki.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh Kelab Hoki sekolah kita sepanjang

tahun 2017. Pihak persatuan juga akan merancang aktiviti yang lebih menarik ada

tahun hadapan untuk menarik lebih ramai murid menyertai persatuan ini.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

________________________ ______________________
CIK SUGUNAH BALAKRISHNAN PN.K.K.PERAMAH
Guru Penasihat Guru Besar

Vous aimerez peut-être aussi