Vous êtes sur la page 1sur 19

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2015

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI):


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDU 3023)

NAMA GURU PELATIH


SHANETTA BINTI JIMAL

ANGKA GILIRAN
2014082310060

NO.KAD PENGENALAN
960705-12-5216

KUMPULAN
PISMP SEJARAH (SK) SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2015

PENSYARAH AKADEMIK
PUAN NORHAYATI CHE HUSSIN

TARIKH SERAHAN
26 OGOS 2015
PENGAKUAN

1
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan & Nama Pelajar

T/tangan :......................................................

Nama : ..........................................................

Tarikh :..................................................

PENGHARGAAN

2
Saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat-Nya kerana dengan limpah dan berkat-Nya,
saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus EDU 3023 iaitu Perkembangan Kanak-kanak dengan
jayanya. Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana
telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan iaitu tempat saya menuntut ilmu
untuk menjadi seorang guru pada masa hadapan. Ucapan ini saya tujukan kepada Pengarah
IPGKKB iaitu Tn.Haji Hashim Bin Deraman kerana telah memberikan galakan dan dorongan yang
membina kepada bakal guru yang menuntut di kampus ini. Tidak lupa juga kepada pihak dan
pengurus Perpustakaan Tok Kenali iaitu gedung ilmu di IPGKKB kerana menyediakan banyak
buku-buku yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk menyiapkan tugasan pendek ini.

Di samping itu, saya ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya,
Puan Norhayati Binti Che Hussin, selaku pensyarah bagi kursus Perkembangan Kanak-kanak
yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya berhasil menyiapkan kerja
kursus ini. Atas bimbingan beliau, segala perkara yang saya kurang fahami akhirnya dapat
diselesaikan dengan jayanya.

Seterusnya,saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua
ibu dan bapa saya, Encik Jimal Layuk dan Puan Lorita kuntihang yang banyak memberikan
sokongan dari segi kewangan dan juga moral sepanjang saya menyiapkan kerja kursus pendek
ini. Jasa kalian berdua tetap saya ingati sampai bila-bila.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang sudi berkolaborasi
bersama-sama dengan saya. Aktiviti berkolaborasi ini telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Semoga ukhuwah yang terjalin di antara kita sentiasa kekal sehingga
tamat pengajian kelak.

Sesungguhnya, dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak, akhirnya saya telah
berjaya menyempurnakan kerja kursus ini dengana jayanya. Saya amat berharap agar kerja
kursus ini memenuhi kriteria-kriteria seperti yang dikehendaki oleh pensyarah saya.

3
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN


(a) Halaman Pengakuan I
(b) Penghargaan II
(c) Senarai Kandungan III
(d) Tugasan Kursus:
1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Perkembangan Kognitif Menurut Jean Piaget 3-5

3.0 Implementasi Teori Jean Piaget dalam Proses 6-9


Pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah

4.0 Ulasan Jurnal : Kemahiran Asas Sosial Kanak-kanak 10-11


Autisme di Persekitaran Sekolah oleh Vijayen a/l Gopal

5.0 Rumusan 12

(e) Rujukan IV-V


(f) Lampiran VI

4
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkembangan diertikan sebagai perihal
berkembang, pertumbuhan ataupun kemajuan. Santrok Yussen (1992) pula menyatakan
perkembangan merupakan pola perkembangan individu yang berawal pada konsepsi dan terus
berlanjut sepanjang hayat dan bersifat involusi sementara, E.B. Harlock (1997) pula
mendefinisikan perkembangan adalah serangkaian perubahan progresif yang terjadi sebagai
akibat dari proses kematangan dan pengalaman dan terdiri atas serangkaian perubahan yang
bersifat kualitatif dan kuantitatif. Kognitif pula berasal dari kata cognitive yang maksud hal yang
berhubungan dengan pengamatan (Willy et. al., 1996). Kognitif merupakan gejala pengenalan
yang terdiri dari penghayatan pengamatan tanggapan asosiasi, reproduksi, apersepsi, ingatan,
fantasi, berpikir dan intelegensi. Menurut Woolfolk, Anita (2009) pula, kognitif adalah salah satu
ranah dalam taksonomi pendidikan. Secara umum kognitif diertikan sebagai potensi intelektual
yang terdiri dari tahapan: pengetahuan (knowledge), pemahaman (comprehention), penerapan
(aplication), analisa (analysis), sintesa (sinthesis), evaluasi (evaluation). Secara umumnya,
perkembangan kognitif merupakan perkembangan fungsional yang lebih tinggi dari yang bersifat
motorik. Perkembangan kognitif menampakkan kegiatan-kegiatan yang bersifat kognitif atau
cognitive activity iaitu aktiviti minda. Terdapat empat teori yang berkaitan dengan perkembangan
kognitif iaitu Teori Jean Piaget, Teori Vygotsky, Teori Erikson dan Teori Jerome Brumer.

Jean Piaget telah mengemukakan komponen-komponen yang terdapat dalam teorinya.


Komponen yang pertama ialah komponen skema yang bererti satuan pengetahuan. Hal ini
menjelaskan bagaimana seseorang mempersepsikan sesuatu objek, tindakan, maupun konsep.
Menurut Wadsworth (1989), skema adalah hasil kesimpulan atau bentukan mental, konstruksi
hipotesis, seperti intelek, kreativiti, kemampuan, dan naluri.

Seterusnya, komponen yang kedua ialah asimilasi iaitu bagaimana seseorang kanak-kanak
itu menggunakan skema yang dipelajari sebelum ini pada objek atau situasi yang baru. Asimilasi
dari sudut biologi, adalah inetegrasi antara elemen eksternal dari luarterhadap struktur yang sudah
lengkap pada organisme. Asimilasi kognitif mencakup perubahan objek eksternal menjadi struktur
pengetahuan internal (Lerner & Hultsch 1983). Proses asimilasi ini didasarkan atas kenyataan
bahwa setiap saat manusia selalu mengasimilasikan informasi-informasi yang sampai kepadanya,
kemudian informasi-informasi tersebut dikelompokan kedalam istilah-istilah yang sebelumnya
sudah mereka ketahui. Misalnya, seorang bayi yang menghisap puting susu ibunya atau puting
botol susu, akan melakukan tindakan yang sama terhadap semua objek baru yang ditemuinya.
Perilaku bayi menghisap semua objek ini memperlihatkan proses asimilasi. Gerakan menghisap
ibu jari sama artinya dengan gerakan menghisap puting susu ibunya, sebab bayi
menginterprestasikan ibu jari dengan struktur kognitif yang sudah ada, iaitu puting susu ibunya.

5
Komponen yang ketiga ialah akomodosi. Akomodasi adalah penciptaan, pembaharuan atau
menggabungjalinkan skema lama dalam menghadapi sesuatu situasi yang baru. Sebagai
contoh,seorang bayi melakukan tindakan yang sama terhadap ibu jarinya, iaitu menghisap. Ini
berarti bahwa bayi telah mengubah puting susu ibu jari. Tindakan demikian disebut akomodasi.

Komponen yang terakhir ialah equilibrum atau keseimbangan iaitu keadaan di mana skema
yang digunapakai oleh seseorang hampir berseseuaian dengan informasi baru diterima. Ekuilibrasi
adalah keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi sedangkan diskuilibrasi adalah keadaan
dimana tidak seimbangnya antara proses asimilasi dan akomodasi, ekuilibrasi dapat membuat
seseorang menyatukan pengalaman luar dengan struktur dalamnya.

Terdapat empat tahap perkembangan kognitif yang terdapat dalam Teori Piaget ini. Tahap
pertama dikenali sebagai Tahap Sensorimotor yang dialami oleh kanak-kanak yang baru dilahirkan
sehingga mencapai umur 2 tahun. Peringkat adalah peringkat di mana perkembangan kognitif
berlaku dengan sangat cepat. Bayi akan menggunakan pergerakan refleks dan panca inderanya
untuk mengenali dunia sekelilingnya. Misalnya, bayi mulai mengenali suara ibunya. Oleh itu, bayi
akan menangis apabila mendengar suara yang orang lain yang mendekatinya. Tahap yang kedua
pula disebut sebagai Tahap Praoperasional di mana kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun
sudah tahu fungsi semiotik dan pemikiran mereka bersifat egosentrik iaitu menganggap bahawa
semua orang akan melihat, mendengar, dan merasakan sesuatu sama seperti dirinya. Tahap
Operasional Konkrit pula merujuk kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun. Dalam tahap
ini, Piaget menganggap kanak-kanak sudah dapat berfikir secara logik namun terbatas untuk
objek yang konkrit sahaja. Misalnya, mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan
pemikiran yang rasional, tetapi tidak dapat berpikir secara abstrak. Tahap Operasional Formal
adalah merujuk kepada kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan ke atas. Pada tahap ini, kan

2.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF MENURUT TEORI JEAN PIAGET

Menurut Piaget dalam Miftahul Jannah (2010) melalui bukunya Psikologi Anak, kanak-kanak
akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang
berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak sebaliknya,
kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.
Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan penilaian terhadap
persekitaran fizikalnya. Urutan perkembangan kognitif ada dijelaskan oleh Ratih Zimmer (2010)

6
iaitu setiap individu akan mengalami dan menjalani urutan perkembangan kognitif iaitu dari tahap
sensomotor kepada tahap praoperasional, diikuti dengan tahap operasional konkrit dan tahap
operasi formal. Namun begitu, dalam tugasan ini, hanya dua tahap perkembangan kognitif yang
perlu dijelaskan bersandarkan teori kognitif iaitu tahap operasional konkrit dan tahan operasional
formal.

1.1 Tahap Operasional Konkrit (7 Hingga 11 Tahun)

Terdapat beberapa ciri-ciri perkembangan pemikiran kanak-kanak pada tahap operasional


konkrit. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan
gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat
orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya
kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Pertama sekali ialah
kanak-kanak pada peringkat ini tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada
tahap praoperasi iaitu mereka mulai faham dengan konsep sosialis. Selain itu, kanak-kanak sudah
mampu mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak,iaitu decentering, bukan lagi
berfokus kepada satu ciri sahaja. Kanak-kanak berfikir secara teratur dan lebih terarah kerana
mereka sudah mampu berfikir secara urutan, mengikut pengkelasan serta dapat menyatakan
kesimpulan daam bentuk kemungkinan. Hal ini selari dengan pernyataan Huitt & Hummel (2003)
iaitu pada peringkat ini, sifat egosentrik dalam diri kanak-kanak sudah berkurangan. Sebagai
contoh, seorang kanak-kanak yang mencapai tahap ini sudah boleh bertolak ansur sekiranya
terdapat individu dalam lingkungan umur mereka meminjam permainannya. Perkongsian barang
mainan kanak-kanak ini membawa kepada perkembangan sosial di mana kanak-kanak itu mulai
mempunyai teman sepermainan.

Seterusnya ialah, pada peringkat ini kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu
prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Misalnya, berdasarkan kajian Piaget,
beliau telah menguji bagaimana pemikiran kanak-kanak dalam aspek yang merangkumi nombor,
panjang, berat, isipadu, luas, cecair dan berat (Berk, 2003) (Huitt & Hummel, 2003). Prinsip identiti
menerangkan bahawa kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau
dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. Sebagai
contoh,sekiranya sebuah pinggan pecah,kanak-kanak boleh mengingat semula bentuk pinggan
yang asal sebagai imej mentalnya.

Haliza & Samuel (2009) mendefinisikan prinsip ganti rugi sebagai kanak-kanak tahu
sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.

7
Dalam prinsip keterbalikan pula kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental
kepada keadaan asal semula.

Kanak-kanak juga sudah mampu untuk berfikir secara mengundur atau reversible (Huitt &
Hummel, 2003). Sebagai contoh, terdappat 2 duit syiling yang berlainan warna iaitu warna kuning
dan warna putih. Seterusnya, kedua-dua duit syiling itu dtutup dengan menggunakan gela.Selepas
itu, angkat gelas terbabit semula dan tanyakan kepada kanak-kanak tersebut bagaimana keadaan
duit syiling. Jika kanak-kanak mengatakan duit syiling tersebut dalam keadaan terbalik, maka si
anak sudah memasuki tahap konkrit-operasional dan memahami proses transformasi inversi atau
pembalikan. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau
menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna
hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti
mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Selepas memahami tiga prinsip asas seperti prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip
keterbalikan, kanak-kanak mulai mempunyai kemahiran kognitif untuk memahami konsep
pengekalan atau conservation. Hal ini bermakna seorang kanak-kanak itu sudah mampu untuk
memahami bahawa sesuatu objek yang mengalami perubahan yang ketara masih mempunyai
sifat yang sama. Contohnya, apabila kanak-kanak melihat sekeping kertas digunting menjadi
empat bahagian, mereka sudah dapat berfikir bahawa ia tidak mengubah ciri-ciri kertas tersebut.

1.2 Tahap Operasional Formal (11 Tahun hingga 15 tahun)

Pada tahap ini, seseorang individu telah mengalami perubahan dari segi pemikiran di
mana mereka mulai memahami dunia nyata seiring dengan kematangan dari segi emosi dan
fizikal. Mereka mampu menggabungkan pengalaman-pengalaman konkrit dan berfikir secara
abstrak dan lebih logik. Dalam perspektif penyelesaian masalah pula, mereka memecahkan
permasalahan yang dihadapi dengan reasoning dan logika, lalu merangka kaedah-kaedah untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini bermakna, proses asimilasi dan akomodasi terus
berkembang dengan lebih analitikal dalam membentuk skema yang lebih menyeluruh pada
pemikiran remaja. Pada ketika ini, pemikiran mereka sama seperti pemikiran orang dewasa
secara kualitatif namun berbeza menurut aspek kuantitatif (Paul Suparno,2005). Hal ini demikian
kerana, pengalaman dan skema orang dewasa lebih banyak dibandingkan dengan seorang remaja
kerana orang dewasa dikatakan sudah terlebih dahulu makan garam sebelum remaja.

Dari segi pemikiran formal, terdapat tiga unsur-unsur pemikiran yang sudah terbina dalam
diri seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun hingga 15 tahun. Unsur pemikiran tersebut adalah

8
pemikiran deduktif, induktif, dan abstrak. Pemikiran deduktif bermaksud pemikiran yang didorong
oleh kesimpulan khusus dari pengalaman yang umum.Pemikiran induktif pula berlawanan dengan
pemikiran deduktif iaitu ia merupakan pemikiran yang berasaskan kesimpulan umum dari
pengalaman-pengalaman yang khusus, dan pemikiran abstrak pula ialah suatu idea atau konsep
mengenai sesuatu yang tidak konkrit yakni tidak boleh disentuh mahupun dilihat. Contohnya,
mereka sudah mengerti apa itu kematian, kehidupan, kemerdekaan dan sebagainya. Pemikiran
mereka akan dalam konteks induktif, deduktif dan abstaktif akan berkembang dari semasa ke
semasa seiring dengan pengalaman hidup mereka.

3.0 IMPLEMENTASI TEORI JEAN PIAGET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SUBJEK SEJARAH

Teori perkembangan kognitif dan teori pengetahuan Piaget sangat banyak mempengaruhi
bidang pendididkan. Malah, Wadsworth, J. Barry (1996) menyatakan bahawa tahap-tahap
pemikiran Piaget sudah cukup lama mempengaruhi kaedah penyusunan kurikulum oleh para
pendidik, pemilihan langkah-langkah atau pendekatan yang efektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta pemilihan bagi pendidikan kanak-kanak. Dalam konteks pendidikan di
Malaysia, penekanan dalam aspek pedagogi adalah merentasi kurikulum bersandarkan teori-teori
Piaget, terlebih dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah.

9
Elemen dalam pembelajaran Sejarah adalah tidak jauh berbeza dengan elemen dalam
pembelajaran matapelajaran Sains yang menekankan kepada aspek inkuiri dan keperluan
terhadap pengkajian dan pembuktian sesuatu fakta. Hal ini telah dinyatakan oleh J.B Bury (1861-
1927) dalam satu syarahan umum beliau pada tahun 1902 yang menyatakan sejarah ialah suatu
sains, tidak lebih dan tidak kurang. Oleh itu, pembelajaran subjek sejarah dengan menggunakan
kaedah penceritaan tidak efektif untuk merangsang pemahaman kanak-kanak yang berada dalam
lingkungan 7 hingga 11 tahun kerana penceritaan peristiwa yang telah berlalu adalah bersifat
abstrak. Sebagai contoh, guru menerangkan kepada murid-murid tentang salah satu faktor
kejayaan Portugis menawan Melaka pada tahun 1511 ialah adanya teknologi yang lebih canggih
berbanding dengan tentera Melayu. Sudah tentu kanak-kanak masih belum mampu
membayangkan situasi tersebut sekiranya ia hanya bersandarkan fakta dari buku teks semata-
mata. Maka itu, kaedah terbaik untuk memperlihatkan gambaran yang konkrit terhadap peristiwa
tersebut ialah menunjukkan bukti atau ilustrasi seperti membawa murid-murid ke muzium atau
arkib negara untuk melihat senjata yang digunakan oleh tentera Portugis dan tentera Melayu pada
zaman dahulu. Melalui lawatan ilmiah yang disebut sebagai pendekatan secara `hands-on, minds-
on, kanak-kanak bukan sahaja mampu mendapat pemahaman yang jelas tetapi juga mampu
memupuk minat dan sifat inkuiri yang lebih tinggi terhadap fakta-fakta sejarah negara.

Teori Operasional Konkrit yang dikemukakan oleh Jean Piaget telah digunapakai secara
umum dalam semua matapelajaran termasuklah subjek Sejarah.Selain mengadakan lawatan
ilmiah, guru juga boleh mewujudkan suasana yang kondusif di mana guru membuka sesi soal
jawab untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk terlibat secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan ini disokong oleh Rajendran (2001) yang berpendapat
bahawa pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana bilik darjah yang
memberangsangkan pelajar-pelajar supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses. Oleh
yang demikian, guru harus memastikan penglibatan pelajar yang aktif supaya pelajar dapat
menerima pengalaman yang bermakna. Hal ini disebabkan, pada tahap ini, kanak-kanak sudah
mampu mengambil kira sesuatu perkara dari pelbagai segi yang munasabah kerana pemikiran
mereka yang bersifat pemusatan semakin berkurangan. Mereka sudah dapat menerima pendapat
orang lain.

Di samping itu, pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai banyak konsep tentang
ruang, masa, kuantiti dan faham akan konsep sebab-akibat. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab
untuk memberi respons yang wajar apabila kanak-kanak mengajukan soalan kepada mereka
dengan menunjukkan contoh ruang, masa dan kuantiti.. Misalnya, seorang guru memperlihatkan
jam yang sebenar dan ukuran isi padu kuantiti air dalam sesuatu bekas sebagai penjelasan yang
lebih jitu. Dalam pada itu, pemahaman terhadap sesuatu konsep atau skema dibina oleh kanak-
kanak adalah amat penting dan guru perlu memperbetulkan konsep mereka yang salah supaya

10
mencapai pemahaman yang lebih tinggi. Demi mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran
berfikir dalam kalangan murid dan menghasilkan murid berinovatif, guru boleh mengadakan aktiviti
yang menjana kemahiran kognitif mereka seperti pengkelasan sesuatu peristiwa sejarah dengan
menggunakan alat berfikir yang dikenali sebagai program i-Think. Sebagai contoh, kanak-kanak
perlu menyusun fakta-fakta peristiwa kejatuhan Melaka secara tersusun dengan menggunakan
peta kronologi. Selain daripada itu, kanak-kanak perlu mengkelaskan fakta sejarah menggunakan
peta konsep sebab dan akibat sebagai satu analisis dan penilaian terhadap apakah kesan yang
diperoleh daripada tindakan-tindakan pelaku sejarah. Dengan ransangan yang berpadu seperti
inilah, kanak-kanak dapat melihat pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam sejarah
tersebut.

Aspek penting yang dihasratkan oleh negara kita dalam pembelajaran matapelajaran Sejarah
bukanlah dilihat dari segi pemahaman fakta sejarah tetapi juga penghayatan dan pengamatan
nilai-nilai murni yang terkandung dalam silibus kurikulum sejarah. Inilah yang dikatakan sebagai
maksud tersirat disebalik pembelajaran sejarah dan ia bersifat abstrak. Sebagai kanak-kanak yang
berumur 7 tahun hingga 11 tahun, pemikiran mereka yang belum boleh berfikir secara abstrak
membuatkan mereka mengabaikan matlamat pendidikan sejarah yang dihasratkan oleh negara
kita. Sebab itulah kita boleh melihat ada kanak-kanak yang membesar tanpa perasaan patriotisme
dan jati diri yang kukuh sebagai rakyat Malaysia. Di sini, peranan guru untuk memperkembangkan
pemikiran kognitif kanak-kanak adalah amat penting supaya dapat menjurus ke arah matlamat
pendidikan negara dengan cara memberi aturan-aturan yang ringkas kepada murid-murid,
seterusnya menjelaskan peri pentingnya tindakan-tindakan tersebut. Contohnya, guru memberi
arahan kepada murid-murid untuk berdiri tegak semasa Lagu Negaraku sedang berkumandang
dan memberi penerangan yang rasional bahawa tindakan tersebut adalah cara kita untuk
menghormati negara kita. Secara tidak langsung, murid-murid akan mengamalkan unsur nilai
murni itu di mana mereka akan berdiri tegak apabila mendengar Lagu Negaraku di mana-mana
sahaja, sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Dalam konteks pembelajaran matapelajaran Sejarah oleh kanak-kanak pada Tahap


Operasional Formal, iaitu mereka yang berumur 11 tahun hingga 15 tahun, pemahaman pemikiran
anak-anak pada waktu ini sudah menjangkau tahap yang paling tinggi kerana mereka sudah dapat
membentuk penaakulan dan fikiran secara abstrak serta menunjukkan kemahiran menggunakan
hipotesis-hipotesis serta prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Oleh
itu, sudah tentu mereka mampu memenuhi aspirasi Kurikulum Sejarah iaitu:

Kurikulum Sejarah yang digubal sejak 1988 ternyata mempunyai objektif tertentu yang antaranya
membolehkan pelajar mengambil iktibar daripada pengalaman Sejarah untuk meningkatkan daya

11
pemikiran dan kematangan serta pada masa yang sama membolehkan pelajar menganalisis,
merumus, dan menilai fakta-fakta Sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bukan sahaja melahirkan pelajar yang menghafal
fakta tetapi juga bijak menilai dan menganalisis fakta secara kritis. Maka itu, jelaslah bahawa
aplikasi teori kognitif Piaget pada peringkat operasional formal ada diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah. Dalam hal ini, pelajar dapat menilai atau
membandingkan fakta atau maklumat yang diterima dan bukannya hanya menerima sahaja tanpa
memikirkannya terlebih dahulu (Pushpalatha, 2006). Ini bukanlah bermaksud pelajar perlu
mempertikaikan semua perkara yang disampaikan oleh guru tetapi memadai jika pelajar
berkenaan mampu memberi sedikit pandangan atau pendapat terhadap sesuatu isu sejarah.
Misalnya guru boleh meminta pelajar memberi pandangan terhadap sejarah perjuangan golongan
kiri atau radikal ketika menuntut kemerdekaan. Adakah golongan ini perlu diiktiraf dalam
perjuangan kemerdekaan ataupun sebaliknya. Menurut Maharom (1998), sekiranya pelajar hanya
bertindak secara pasif dan tidak mahu menggunakan kemahiran kognitifnya untuk sama-sama
berfikir, maka dibimbangi mereka tidak akan terasah mindanya dan hanya mengikut sahaja apa-
apa yang dinyatakan oleh orang lain terutamanya fakta sejarah orientalis Barat.

Aplikasi teori Piaget dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak berumur
11 tahun hingga 15 tahun ini ialah guru harus menggunakan penilaian yang berterusan untuk
menilai penguasaan atau pencapaian kanak-kanak. Dalam hal ini, penggunaan penilaian ujian
piawai tidak dapat memberi maklumat yang holistik tentang kemahiran kognitif kanak-kanak. Maka
itu,cara terbaik bagi guru untuk melaksanakan penilaian dalam aspek pemahaman kanak-kanak
adalah dengan menggunakan jenis alat pentaksiran seperti portfolio, projek, pembentangan lisan
dan laporan penulisan untuk melihat sejauhmanakah perkembangan kognitif kanak-kanak dalam
menyelesaikan tugasan mengikut perspektif dan pemahaman konsep mereka mereka.

Teori piaget juga ada menyatakan tentang pendekatan konstruktivisme yang menekankan
peranan aktif pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam subjek sejarah, guru harus
mengemukakan konsep yang luas dan umum dan membiarkan kanak-kanak membina
pemahaman sendiri namun perlu berlandaskan pembacaan fakta sejarah. Misalnya, guru-guru
memperkenalkan konsep penjajahan secara umum dan pelajar-pelajar diminta mengkaji konsep
ini supaya mereka memahami bentuk-bentuk penjajahan yang wujud, faktor penjajahan dan juga
kesan-kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

Guru harus mengubah suasana iklim bilik darjah agar boleh memudahkan aktiviti penerokaan
dijalankan. Dalam hal ini, guru perlu menggalakkan interaksi dengan Bahan Bantu Mengajar

12
(BBM) dan rakan sebaya sebagai elemen yang boleh membantu perkembangan kognitif mereka.
Contohnya, penggunaan akhbar misalnya akhabar Berita Harian, Majalah Pelita, akhbar Warta
Malaya sebagai BBM membantu guru menvariasikan corak pengajaran sejarah di mana akhbar
dijadikan sebagai sumber sahih untuk pelajar membuat rujukan terhadap permasalahan dalam
pembelajaran sejarah. Kepentingan penggunaan BBM ialah, ianya dapat mencetuskan minat para
pelajar akan subjek yang diajar. Ianya juga dapat mendorong pelajar-pelajar agar bergiat cergas
dan cerdas dalam proses pembelajaran. Bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru
dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan kekal dalam
minda pelajar.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru sejarah yang efektif, aplikasi teori pembelajaran
mengikut Jean Piaget adalah penting kerana teori ini mengajar kita untuk memerhati dan
menghalusi pemikiran kanak-kanak, khususnya murid-murid di sekolah rendah. Menurut Woofolk
(1987), sekiranya guru dapat mengesan dan membantu kanak-kanak dalam mengatasi
kekurangan ataupun kelemahan dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

4.0 ULASAN JURNAL : KEMAHIRAN ASAS SOSIAL KANAK-KANAK AUTISME DI


PERSEKITARAN SEKOLAH OLEH VIJAYEN A/L GOPAL

Dalam kajian Vijayen a/l Gopal ini, persoalan pertama yang dibincangkan melalui kajian beliau
ialah apakah kemahiran yang telah dan belum dipelajari oleh kanak-kanak autisme. Di dapati,
respon dan tingkahlaku kanak-kanak autisme dalam kajian penguasaan terhadap kemahiran asas
sosial iaitu kemahiran menarik perhatian orang lain, kemahiran berkongsi, kemahiran
memberi,kemahiran bertanya dan meminta, kemahiran memberi idea, kemahiran memberi dan
menerima pujian adalah berbeza-beza. Hal ini bertepatan dengan kenyataan Wing (1976) dan
Barbara (1989) iaitu tahap pencapaian diperoleh mungkin berbeza mengikut tahap dan kategori
kanak-kanak autisme yang diajar.

Persoalan seterusnya ialah faktor yang mempengaruhi keupayaan kanak-kanak autisme untuk
bersosial. Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner, ia tentang menerangkan lima keadaan
persekitaran yang mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak iaitu Mikrosistem,
Mesosistem, Makrosistem, Ekosistem dan Kronosistem. Dalam kajian ini, teori Mikrosistem adalah
teori yang bertepatan sekali dengan aspek kajian ini, yang mana faktor guru boleh
memperkembangkan kemahiran sosial kanak-kanak. Hal ini kerana guru menggunakan
pengajaran incidental sebagai kaedah untuk memperbaiki kesalahan murid-murid yang

13
melakukan sesuatu dengan cara yang salah atau bercakap dengan cara yang tidak sesuai dengan
situasi. Dougen (1994) bersetuju dengan kajian ini dengan menyatakan bahawa penggunaan
teknik pengajaran secara incidental atau incidental teaching mampu meningkatkan kemahiran
bertanya. Dalam hal ini, pemilihan terhadap guru yang benar-benar guru pendidikan khas adalah
penting kerana menurut pengkaji, kekurangan pendedahan mengenai autisme dan kaedah dan
pendekatan mengajar kanak-kanak autisme menyebabkan guru hanya mengajar mengikut
pengalaman, cuba jaya dan mengikut logik tanpa mengetahui sama ada cara itu betul atau salah.

Dalam kajian ini, peranan rakan sebaya membantu dalam proses perkembangan
kemahiran asas kanak-kanak. Hal ini demikian kerana apabila kanak-kanak berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka, secara tidak langsung, rakan-rakan dapat membimbing dan memperbetulkan
cara percakapan kanak-kanak. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian Howlin dan Yates
(1999), Pierce dan Schreibman (1995) dan kajian Pepperberg dan Sherman (2000) yang 8
mendapati penggunaan rakan sebaya adalah efektif dalam mengajar kemahiran sosial yang
kompleks iaitu memulakan perbualan dan permainan dan meningkatkan tumpuan. Meskipun
interaksi antara kanak-kanak autisme dengan rakan-rakan mampu memperkembangkan
kemahiran sosial asas mereka tetapi pengkaji menyatakan kaedah aktiviti berkumpulan adalah
kurang berkesan. Kenyataan ini disokong oleh Sewell (1998) iaitu guru-guru mendapati bahawa
mengajar kanak-kanak autisme secara kumpulan adalah kurang berkesan berbanding dengan
pendekatan individu.

Kajian ini turut membuktikan bahawa teknik pengajaran menggunakan Bahan Bantu Mengajar
seperti gambar atau visual mengikut minat murid-murid merangsang perkembangan asas
kemahiran sosial kanak-kanak. Apabila kanak-kanak melihat sesuatu gambar yang mereka minati,
maka dia akan cenderung untuk bertindak balas dengan mengaitkan sesuatu idea dengan
gambaran visual yang diberi. Menurut Charlop & Trasowech (1991), guru juga berpendapat
bahawa pemberian latihan serta tindakan latih tubi akan membolehkan kanak-kanak autisme
menguasai kemahiran asas sosial. Maka itu, jelaslah bahawa iklim sekolah yang kondusif serta
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu
perkembangan sosial kanak-kanak.

Faktor keempat ialah persekitaran dan kerjasama ibu bapa. Guru mendapati bahawa
persekitaran sekolah yang menyediakan pelbagai kemudahan belajar dan galakan guru serta
rakan sebaya yang sedia ada di sekolah memberikan peluang untuk kanak-kanak belajar dan
menguasai kemahiran asas sosial. Guru-guru mendapati kanak-kanak autisme menguasai
kemahiran-kemahiran sosial asas kerana tindakan ibu bapa yang bekerjasama dengan pihak
sekolah dalam menjalankan tindakan susulan di rumah. Hal ini boleh dikaitkan dengan Teori
Ekologi Brofenbrenner iaitu Mesosistem yang mana kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru di

14
sekolah dapat memberi impak positif terhadap perkembangan kanak-kanak. Misalnya,
perkembangan sosial kanak-kanak akan berkembang sekiranya kanak-kanak diberi galakan yang
terus menerus daripada ibu bapa di rumah dan guru-guru di sekolah kerana kanak yang diberi
galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi akan menunjukkan prestasi yang lebih baik
daripada kanak-kanak yang tidak diberi peluang. Sebaliknya, pengkaji menyatakan bahawa jika
ibu bapa tidak mempunyai hubungan kerjasama guru-guru di sekolah, pendedahan terhadap
masalah kanak-kanak kurang. Oleh itu, mereka tidak dapat menjalankan tindakan susulan kepada
aktiviti di sekolah. Ball (1996) menyokong kenyataan ini dengan mengatakan perkembangan sosial
kanak-kanak terbantut apabila kanak-kanak berada di rumah. Oleh itu, kerjasama antara guru dan
ibu bapa perlu dijalinkan supaya wujud kesinambungan proses perkembangan sosial mereka di
samping memberi galakan yang positif setiap masa.

5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Teori Kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget ini telah
memberi pemahaman yang jelas dalam aspek pemikiran kanak-kanak, khususnya kanak-kanak
yang berada di peringkat sekolah rendah. Dengan hal yang demikian, saya, sebagai guru pada
masa hadapan boleh mengenalpasti tahap-tahap pemikiran kanak-kanak yang mendorong
terhadap perlakuan mereka di bilik darjah. Dalam Tahap Operasional Konkrit, kanak-kanak yang
berada dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun perlu diberikan penjelasan yang bercontohkan
sesuatu benda yang konkrit. Sementara itu, dalam Tahap Operasional Formal pula iaitu kanak-
kanak yang berumur 11 tahun hingga 15 tahun, pemikiran mereka sudah berkembang ke tahap
yang paling maksimum dan perkembangan ini akan disusuli dengan pengalaman-pengalaman
yang mereka lalui pada masa akan. Melalui dasar perkembangan kognitif inilah, mereka mampu
mengenalpasti masalah dan mengatasi masalah-masalah tersebut berlandaskan lunas-lunas
rasional, hipotesis, induktif dan deduktif. Dalam pada itu, saya dapat mengenalpasti apakah
pendekatan yang terbaik supaya ilmu yang ingin disampaikan, khususnya dalam bidang
pengajaran matapelajaran Sejarah dapat diterima dengan efektif mengikut tahap kemampuan
pemikiran kanak-kanak.

Dalam tugasan ulasan kritis pula, saya telah melihat bahawa faktor-faktor yang
mempengaruhi penguasaan kemahiran asas dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu

15
bersandarkan teori perkembangan Ekologi Brofenbrenner misalnya Mikrosistem dan Mesosistem.
Peranan guru, rakan sebaya, pedagogi dan teknik dalam pengajaran serta peranan ibu bapa
adalah sangat penting. Dalam bidang pendidikan khas mengajar kanak-kanak autisme, saya
mendapati bahawa teknik pengajaran adalah berbeza daripada mengajar kanak-kanak normal.
Oleh itu, cara untuk memperkembangkan kemahiran sosial juga berbeza.

Tuntasnya, pelajaran Teori Kognitif Piaget sememangnya bermanfaat bagi menyediakan guru
untuk menghadapi situasi sebenar di sekolah yang mana terdapat pelbagai ragam, sifat dan
karenah kanak-kanak. Oleh itu, dengan menggunakan pengetahuan asas tentang perkembangan
kanak-kanak, guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan terhadap murid-murid supaya
mereka mampu menjadi insan yang dihasratkan oleh negara menurut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelektual (JERI).

RUJUKAN

Anna Green & Kathleen Troup. (1999). The Houses Of History: A Critical Reader In
Twentieth Century History And Theory. Manchester: Manchester University Press.

Azizi Yahaya. et. al. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.
PTS Publications.

Barbara, P.(1989). Growing Towards Independence By Learning Functional Skills And


Behaviors. Funtional Programming For People With Autism. Diakses daripada
http://www.edrs.com/DocLibrary4/0394/ED363065.PDF.

Berk, L.E,. (2003). Child Development. Boston. Allyn and Bacon.

Charlop, M. H., & Trasowech, J. E. (1991). Increasing Autistic Children's Daily


Spontaneous Speech. Journal Of Applied Behavior Analysis, 24(4), 747.

Dougan, V. (1994). Increasing Requests By Adults With Developmental Disabilities Using


Incidental Teaching By Peers. Journal of Applied Behavior Analysis, 27(3), 533-544.

16
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah
Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Bakti.

Harlock, E. B. (1997). Psikologi Perkembangan (Suatu Pendekatan Sepanjang Rentang


Kehidupan). Alih Bahasa Istiwidayati dan Soedjarwo. Jakarta: Erlangga.

Howlin, P., & Yates, P. (1999). The Potential Effectiveness Of Social Skills Groups For
Adults With Autism. Autism, 3(3), 299-307.

Huitt, W., & Hummel, J. (2003). Piaget's Theory Of Cognitive Development. Educational
Psychology Interactive, 3(2).

Jean Piaget & Barbel Inhelder. (2010). Psikologi Anak. Terjemahan Miftahul Jannah.
Pustaka Pelajar: Yogyakarta, Cet. 1, hlm. 114.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988) dalam Lebar, M. S. (1988). Perubahan Dan


Kemajuan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Lerner, R. M., & Hultsch, D. F. (1983). Human Development, A Life-Span Perspective.


New York: McGraw Hill.

Maharom Mahmood. (1998). Analisis Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Bahan


Kurikulum Peringkat Menengah Rendah. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti
Malaya.

Miftahul Jannah. (2010). Metode Penelitian Kualitatif Teori dan Aplikasi. Jakarta:
RajaGafindo Persada Publications.

Noresah, B., & Ibrahim, A. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.

N.S Rajendran. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Fakulti Sains Kognitif Dan
Pembangunan Manusia. Universiti Perguruan Sultan Idris.

Paul Suparno, (2002). Teori Perkembangan Kognitif Jean Paget. Yogyakarta: Kanisius.

17
Pepperberg, I. M., & Sherman, D. (2000). Proposed Use Of Two-Part Interactive Modeling
As A Means To Increase Functional Skills In Children With A Variety Of
Disabilities. Teaching And Learning In Medicine, 12(4), 213-220.

Pierce, K., & Schreibman, L. (1995). Increasing Complex Social Behaviors In Children With
Autism: Effects Of Peer-Implemented Pivotal Response Training. Journal of applied
behavior analysis, 28(3), 285.

Pushpalatha Sivamugam. (2006). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sukatan Pelajaran
Sejarah Tingkatan Empat: Satu Kajian Kes. Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan
Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diakses daripada http://pustaka2.upsi.edu.
my/eprints/109/1/Kemahiran%20berfikir%20aras%20tinggi%20dalam%20sukatan%
20pelajaran%20sejarah%20tingkatan%20empat.pdf.

Ratih Zimmer. (2010). Mengoptimalkan IQ & EQ Anak Melalui Metode Sensomotorik.


Jakarta.Penerbit Libri. Santrock, J. W., & Steven, R. Yussen. (1992). Child
Development: An Introduction (5th ed.). Dubuque, IA: Brown.

Sewell, K. (1998). Attainment's Breakthroughs: How to Reach Students with Autism: a


Hands-on, How-to Manual for Teachers and Parents. Attainment Company
Incorporated.

Vijayen a/l Gopal. (2003). Kemahiran Asas Sosial Kanak-kanak Autisme di


Persekitaran Sekolah. Diakses daripadahttp://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/
seminarpapers.2003/vijayenmpkenkk1.pdf.

Woolfolk, A. E.,. (1987). Teachers' Sense Of Efficacy And Their Beliefs About Managing
Students. Teaching and teacher Education,6(2), 137-148.

Wadsworth, B. J. (1996). Piaget's Theory Of Cognitive And Affective Development:


Foundations Of Constructivism . Longman Publishing.

Wadsworth., J. (1989). The Essential U&I. Melbourne: Victoria Health Promotion


Foundation.

Woolfolk & Anita. (2009). Educational Psychology, Active Learning Edition. Bahagian

18
Pertama: Edisi Bahasa Indonesia. Yogyakarta : Pustaka Pelajar.

Willy. et. al. (1996). Psychology Behaviour in Perspective. New York : John Willey & Son.

Wing, L., & Wing, J. K. (Eds.). (1976). Early Childhood Autism: Clinical, Educational,
And Social Aspects. Pergamon.

19

Vous aimerez peut-être aussi