Vous êtes sur la page 1sur 7

POPIA NESTUM RANGUP DAN SEDAP

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus kulit popia


1 cawan Nestum (Dikisar halus)
1/2 cawan Horlicks
1/2 cawan gula castor
Lidi satay atau chopstick ( Untuk menggulung, kalau takda takpe)
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (Sebagai pelekat)
Minyak masak (Untuk menggoreng)

Cara-cara membuatnya:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay atau chopstick (supaya
mudah gulung, kalau taknak guna pun takpe). Tinggalkan sedikit hujung kulit
popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum. Buat sehingga
habis.

* Semasa menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Jika terlalu


rapat, kena goreng lama supaya bahagian dalam gulungan kulit popia tu
masak.

* Tutup bekas berisi kulit popia dengan kain lembab untuk mengekalkan
kelembapan (supaya senang gulung dan dipotong)

2. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting.

3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata
supaya tidak ada yang hangus. Angkat dan toskan.

4. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Apabila sudah
sejuk, tabur Nestum, Horlicks dan gula kastor ke

atas kulit popia. Gaul rata agar semua kulit popia disaluti bahan-bahan
tersebut. Simpan dalam bekas kedap udara.
ULTIMATE CHOCOLATE CHIP COOKIE

Ingredients

1 cawan butter (lebih kurang 230gm)


3/4 cawan gula kaster
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
1 1/2 suduteh esen vanilla

Bahan2 kering (diayak):


2 1/4 cawan all purpose flour/tepung gandum
1 suduteh baking soda
1/2 suduteh garam halus

2 cawan chocolate chip

Cara-cara :

1. Panaskan oven ke 180 c.


2. Satukan butter, gula kaster, gula perang, telur dan vanila ke dalam mangkuk
pengadun, pukul hingga sedikit kembang & sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, jika suka kacang pun boleh masukkan dan gaul
sebati.
5. Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas baking paper.
6. Bakar selama 10 - 15 minit sehingga perang.
7. Bila dah masak, biarkan dahulu atas baking paper selama 3 minit, kemudian barulah
di alih ke atas redai ataupun dulang.

**Saya selalu bakar pada 15 - 18 minit untuk jadikannya rangup.


**Gunakan chocolate chip yang berkualiti supaya rasa cookie lagi sedap. Selalunya
saya beli di kedai bakery imported choc chip.
**Saya guna premium butter macam SCS atau TATURA. Kalau guna BUTTERCUP dan
yang sewaktu dengannya, lepas 2-3 minggu baunya macam hapak sikit.
**Ada yg bagitau esen vanilla tu gantikan dgn coffee oil atau butter oil, rasanya lagi
sedap..
BISKUT SUJI/ARAB

BAHAN2NYA:

2 CWN TEPUNG GANDUM


1CAWAN GULA HALUS
1CAWAN MINYAK SAPI
HIRISAN CERI HIJAU/MERAH
GULA CASTOR

CARA2NYA:

Cairkan dulu m8nyak sapi


sejukkan dulu
kemudian tuangkan dalam
bekas campurkan dengan
1cwn gula halus bersama tepung
sedikit demi srdikit hingga
sebati..ambil doh tadi bulat2
kan ..tekan sikit atasnya
hiaskan ceri ..susunkan atas
loyang pembakar yg disapu
sedikit marjerin dulu
bakar drngan suhu 150'lebih
kurang 20 minit...angkat dan
sejukkan dulu baru golekkan
dalam gula custor...
JAPANESE SPONGE CHEESE PASTI SEDAP

Bahan-bahan :

70gram butter
70gram gula
70gram tepung gandum (diayak dahulu)
200ml susu segar
4biji telur (asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
Beberapa titis esen vanila

Cara membuat :
1) carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu
segar
2) kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk,
gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair.
3) kemudian masukkan butter dan kacau lagi sehingga betul2 larut.
4) tutup api dan biarkan sebentar
5) pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk)
6) masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut
sehingga kembang
7) kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi,
kacau sehingga betul2 larut.
8) kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau..pastikan adunan
tidak berketul,
9) setelah semua betul2 larut dan x berketul baru masukkan meringue sedikit
demi sedikit kedalam adunan tadi.
10) akhir sekali baru letak esen vanila

Cara bakar
1) sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak..
Gunting ikut bentuk bekas tersebut
2) panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut
3) bakar dalam suhu 170darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada
140 selama 40minit.. (ikut oven masing-masing)
CORNFLAKES CHOCLATE

1. kellogs cornflakes 1.2 kilo Rm19 hinggit ni.


2. Beryls milk compound
3. Cup colour2

Cairkan beryls choc menggunakan kaedah double boiler.


Periuk bawah isi sedikit air.

Masuk kan corflakes-gaul sebati

Cepat2 masuk dlm cup.Taburkan choc rice.Taraa siap.

Boleh masuk dlm peti ais segera lbh kurang 3-4 min klu riso takut lemau katanya😘
SEMPERIT SUSU

Bahan-Bahan:

 250 gram mentega


 1 cawan susu pekat
 500 gram tepung jagung, kalau boleh gunakan jenama Brown and
Polson
 1 sudu teh esen vanilla
 coklat chip, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika.


Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega
bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama
kerana takut biskut menjadi kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi
sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais
untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan
terap bunga dahlia.
4. Terap dan hias bersama coklat chip.
5. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di
atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam
bekas kedap udara.

Tips:

Hati-hati pada minit ke 10 ke atas kerana kuih mudah hangus. Oven Che Nom
cuma mengambil masa 12 minit.
BISKUT SUJI ASLI

BAHAN-BAHAN

Nisbah 1 minyak sapi: 1 gula kastor: 2 tepung gandum

Contoh :
1/2 kg minyak sapi
1/2 kg gula kastor
1 kg tepung gandum

CARA-CARA

1. Mula-mula masukkan gula kastor dan tepung gandum ke dalam satu bekas.
Jangan lupa ayak adunan sebelum dimasukkan supaya tepung tidak berbiji.
2. Kemudian, masukkan minyak sapi.
3. Gaul semua hingga menjadi doh. Pastikan kuku pendek dan tangan bersih.
4. Gelek dan terap ikut kesukaan anda. Jika mahu, anda boleh gentel menjadi
bentuk bulat.
5. Susun di atas talam dan boleh bakar. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius
selama 15 minit ataupun agak-agak dah naik bau.
6. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

Tips:
– Gula kastor dan tepung mesti diayak sebelum digunakan untuk mendapatkan
tekstur yang halus dan tidak berketul-ketul.
– Kalau doh berderai , tambah minyak sapi sikit.
– Kalau doh tu melekit, tambah tepung gandum sikit.
– Kalau nak lagi manis, tambahlah gula.
– Suhu oven tu berbeza ikut jenama. cuba bakar sekeping dua dulu. jika okay,
baru dibakar semua.
– Jangan guna tray yang dapat sekali dengan oven. guna talam aluminium
atau tudung periuk pun boleh. tray oven selalunya buatkan kuih cepat hangus.

Vous aimerez peut-être aussi