Vous êtes sur la page 1sur 6

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

SEJARAH (HA24)

AJ20703 SEJARAH AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI AMERIKA

NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR. BILCHER BALA

TAJUK:
BINCANGKAN SECARA KRITIS PANDANGAN JOHN CLARKE RIDPATH MENGENAI SEJARAH KOLONI NEW
JERSEY

NAMA PELAJAR :

NORAZLIN SHAHILA BINTI SAHARAN


(BA16110084)

1
Pandangan John Clarke Ridpath Mengenai Sejarah Koloni New Jersey

RUMUSAN INDIVIDU

Assalammualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin merakamkan


ucapan ribuan terima kasih kepada Prof Madya Dr Bilcher Bala kerana telah memberi
peluang kepada untuk mengambil dan mempelajari Kursus AJ20703 Amerika Syarikat
Sebelum Revolusi Amerika ini. Pada kesempatan ini saya akan mengulas serba sedikit
tentang tajuk Assaignment yang telah diamanahkan oleh Prof kepada saya dan
rakan-rakan yang lain. Tajuk yang saya perolehi ialah “Bincangkan secara kritis
pandangan John Clarke Ridpath mengenai sejarah Koloni New Jersey”. sebelum saya
menjawab kepada pernyataan soalan assignment saya, saya ingin berkongsi serba
sedikit tentang latar belakang tokoh iaitu John Clarke Ridpath. Secara simbolik identiti
John Clarke Ridpath menjadi satu persoalan misteri dalam kalangan pembaca kerana
tokoh ini berjaya menghasilkan sebuah buku ilmiah berkaitan sejarah Amerika yang
sehingga pada hari ini menjadi rujukan utama masyarakat.

John Clarke Ridpath merupakan seorang tokoh yang digelar sebagai Doktor dalam
bidang Ekonomi dari University of Virginia.Selain dikenali sebagai seorang ahli
sejarawan, pendidik dan sebagai seorang penulis, beliau juga merupakan seorang yang
pakar dalam bidang sejarah intelektual berkaitan kuasa idea falsafah dalam sejarah
sosial Barat. Beliau telah dinobatkan sebagai tokoh akademik luar biasa oleh Persatuan
Fakulti Universiti Ontario. Penulisannya muncul dalam penerbitan akademik dan Aktivis
Intelektual. Lantaran itu, beliau seorang yang pakar dalam sejarah penubuhan Amerika
Syarikat. Karya Beliau telah berjaya mempertahankan moraliti kapitalisme terhadap
sosialisme dalam perdebatan di kampus seluruh Amerika Utara termasuk Yale
University, Harvard University, University of Chicago, UCLA dan Berkeley. Beliau telah
berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Seterusnya, tibalah masa untuk saya membincangkan secara kritis tajuk


assaignment saya iaitu pandangan John Clarke Ridpath mengenai sejarah Koloni New
Jersey. Koloni New Jersey merupakan salah satu daripada 13 koloni yang terbentuk di
Amerika Syarikat sepanjang tahun 1600 hingga tahun 1750. Sejarah koloni New Jersey
bermula dengan penubuhan Elizabethtown, pada tahun 1664. Menurut pandangan
John Clarke Ridpath, Koloni New Jersey adalah sebuah koloni penting selama Perang
Kemerdekaan Amerika. New Jersey merupakan koloni pertengahan di Amerika yang
terkenal dengan nama “Mid Atalantic States”. Koloni ini telah membentuk peraturan
sendiri dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Pandangan John Clarke Ridpath aspek

1
politik boleh dilihat dari aspek pemerintah dan pemerintahan serta tuntutan ke
atas hak tanah Jajahan New Jersey. Isu tuntutan ke atas New Jersey berlaku selepas
Belanda membuat pemukiman pertama di New Jersey di sepanjang tebing barat
Hudson, di Delaware dan Fort Nassau. Lord Berkeley dan Sir George Carteret telah
membuat tuntutan ke atas Tanah New Jersey dengan alasan mereka merupakan
orang pertama yang telah menemui dan memulakan pembentukan di koloni New
Jersey tersebut. Sehubungan dengan itu, New Jersey telah dimasukkan dalam
pemberian Charles II kepada adiknya James pada tahun 1664 dan pada tahun yang
sama, James menyerahkan wilayah itu kepada dua sahabatnya baiknya, Lord Berkeley
dan Sir George Carteret. Carteret mula menjajah New Jersey dengan menghantar
anak saudaranya, Philip Carteret sebagai gabenor untuk menuntut tanah jajahan di
Elizabethtown. Hal ini demikian kerana, berasa tidak puas hati terhadap sistem tanah
jajahan yang dipaksa dengan Connecticut. Pada tahun 1668 sidang pertama diadakan
di Elizabethtown. Dalam sidang tersebut telah diputuskan New York milik Belanda dan
wilayah di England, iaitu Duke of York menerima Raja untuk negara Connecticut dan
Delaware. Pada masa yang sama beliau mengesahkan gerannya di New Jersey
diberikan kepada Berkeley dan Carteret. Tetapi, Sir Edmund Andros telah dilantik
sebgai gabenor kerajaan seluruh negara. Carteret berusaha mempertahankan
tuntutannya terhadap Andros tetapi Berkeley menjual minatnya terhadap New Jersey
kepada John Fenwick. Pada tahun 1680 George Carteret meninggal dunia, dan dua
tahun kemudian Jersey dilelongkan kepada 12 orang, salah seorang daripada mereka
adalah William Penn. Pada tahun 1682 William Penn telah membeli wilayah Jersey
Timur. Seluruh New Jersey kini dipegang Penn. Pada tahun 1685 James II telah
melantik gabenor kerajaan Edmund Andros dari jajahan dari Maine ke Delaware. Pada
tahun 1688, Jerseys telah diletakkan sebagai wilayah kekuasaan Penn. Andros tidak
boleh melakukan apa-apa dan dia tiada kekuasaan untuk mengakui hak ke atas
wilayah yang pernah menjadi hak miliknya. Akhirnya, pada bulan April tahun 1702,
semua tuntutan hak milik dikecualikan yang memihak kepada raja dan wilayah antara
Hudson dan Delaware menjadi wilayah diraja.

Selain daripada itu, pandangan John Clarke Ridpath mengenai sejarah Koloni
New Jersey juga dapat dilihat menerusi aspek ekonomi. Pada tahun 1787, New Jersey
menjadi negara ketiga untuk menggubal Perlembagaan A.S. dan negara pertama yang
telah menandatangani Rang Undang-Undang Hak. Pada tahun 1790, Trenton secara
rasminya menjadi ibu negeri New Jersey. William Livingston menjadi gabenor negeri

2
New Jersey pertama. New Jersey berkembang dan makmur pada awal tahun 1800-an.
Kilang-kilang baru muncul di seluruh negeri. Paterson menjadi pusat tekstil dan
kemudian menjadi terkenal kerana menghasilkan kereta api dan sutera. Trenton
menghasilkan produk tanah liat, besi, dan keluli. Camden, Elizabeth, Jersey City,
Newark, dan Passaic menjadi pusat pembuatan utama pada tahun 1800-an. Terusan
dan kereta api yang baru telah membantu industri berkembang. Ribuan orang Eropah
datang ke New Jersey untuk bekerja di kilang-kilang. Keretapi adalah penting dalam
membantu kawasan pinggir pantai South Jersey berkembang. Pada tahun 1850,
populasi New Jersey hampir setengah juta dan industri yang kebanyakan orang
bekerja adalah tertumpu di utara. Semasa Perang Saudara, New Jersey menyediakan
31 rejim kumpulan askar termasuk pasukan berkuda askar di atas kuda dan
infantri. Selepas Perang Saudara, revolusi perindustrian berlaku dan New Jersey
terus berkembang. Lebih banyak kilang dibuka, dan bandar-bandar seperti Trenton,
Newark, Paterson, dan Camden semakin besar apabila pendatang dari Eropah datang
bekerja. Dengan begitu banyak orang yang bekerja di kilang-kilang, isu-isu seperti
buruh kanak-kanak dan perlindungan untuk pekerja menjadi penting. Populariti
reformasi ini membawa Woodrow Wilson menjadi kuasa sebagai gabenor pada tahun
1910. Beliau meninggalkan jawatan pada tahun 1913 untuk menjadi Presiden Amerika
Syarikat dan merupakan satu-satunya gabenor New Jersey untuk menjadi presiden.
Oleh kerana kedua-dua gabenor dan presiden Wilson menyokong pembaharuan
kebajikan untuk melindungi pekerja dan untuk memastikan syarikat-syarikat menjadi
terlalu besar. Pengembangan ekonomi membantu mengembangkan kemajuan New
Jersey.

Dari aspek Sosial sejarah New Jersey dapat dilihat pada Tahun 1900-an yang
melibatkan kesan daripada revolusi yang berlaku. Antara 1900 dan 1930, penduduk
New Jersey lebih daripada dua kali ganda. Malangnya tahun 1930-an New Jersey
mengalami pengangguran yang besar. Negara ini pulih pada Perang Dunia II pada
tahun 1940-an ketika industri elektronik dan kimia New Jersey mulai beroperasi secara
besar-besaran. Pada pertengahan tahun 1900-an, orang ramai mula bergerak ke
kawasan luar bandar. Akhirny, New Jersey diiktiraf untuk masa kini dan masa lalu.
Semasa mengingati sejarahnya yang membanggakan, New Jersey terus menjadi
persediaan untuk banyak peristiwa hebat pada masa depan

3
4
5

Vous aimerez peut-être aussi