Vous êtes sur la page 1sur 4

ASSESSMENT OF SCHOOL FACILITIES.

Berdasarkan kepada penilaian yang telah dibuat terhadap kemudahan-kemudahan


yang terdapat di sekolah terutamanya merujuk kepada keperluan sukan, didapati sebahagian
daripadanya menepati piawaian keselamatan dalam aspek keberadaan dan keperluan
kemudahan tersebut untuk digunakan oleh pelajar dalam tempoh waktu tertentu. Perkara
pertama yang perlu dititikberatkan apabila menceritakan tentang kemudahan peralatan sukan
adalah faktor keselamatan. Sama ada kemudahan tersebut sentiasa dipantau selia sewaktu
digunakan atau hanya dibiarkan tanpa sebarang pemantauan dibuat.

Di sini, fokus utama yang dititikberatkan adalah kepada kemudahan yang kerap
digunakan oleh pelajar di SMJK Sin Min. Kemudahan-kemudahan tersebut telah dibahagikan
kepada beberapa zon tertentu.

ZON A : Kemudahan gimnasium

Kekuatan :

1. Peralatan dalam susunan yang teratur.


2. Peralatan yang disediakan menepati piawaian keselamatan dan diletakkan di dalam
pengawasan yang rapi kerana adanya pagar berkunci.

Kelemahan:

1. Jarang digunakan oleh pelajar menyebabkan kemudahan yang sedia ada mereput dan
berkarat. Apabila perkara sebegini berlaku, tahap keselamatan dan risiko berlakunya
kemalangan amat tinggi apabila digunakan oleh pelajar.

Cadangan penambahbaikan :

1. Sentiasa dalam pemantauan guru apabila pelajar menggunakan peralatan / kemudahan


gimnasium tersebut.

Pastikan pelajar mendengar dan mengikut arahan daripada guru sebelum dan semasa
menggunakan peralatan tersebut.

ZON B : Gelanggang Bola Keranjang.

Kekuatan :

1. Tempat yang strategik dan dibina di kawasan berbumbung.


2. Keluasan maksima; sesuai digunakan untuk penganjuran sukan peringkat daerah.

Kelemahan :

1. Kurang pemantauan kerana walaupun dibina di kawasan berbumbung tetapi masih


lagi di tempat yang terbuka. Pelajar bebas bermain atau berlari-lari di sekitar kawasan
gelanggang.
2. Tiang gol bola keranjang tidak berbalut.

Cadangan penambahbaikan :

1. Perlu ada pemantauan terancang sama ada guru bertugas atau pengawas bertugas dari
kalangan pelajar meronda bagi memastikan keselamatan di kawasan gelanggang
terjamin.
2. Tiang gol bola keranjang di bahagian bawah dibalut supaya dapat mengurangkan
kadar kecederaan apabila penganjuran sukan dilaksanakan.

ZON C : Padang sekolah

Kekuatan :

1. Keluasan padang yang minimum.


2. Pemantauan mudah dilakukan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti dilakukan
tanpa kehadiran guru.

Kelemahan :

1. Tidak sesuai dijadikan padang bola sepak kerana ukuran padang yang tidak
mencukupi.
2. Padang menjadi sesak apabila acara sukan dilaksanakan contohnya apabila
melaksanakan aktiviti kejohanan balapan & padang yang melibatkan semua pelajar
hadir.
3. Peralatan seperti tiang gol bola jaring diletakkan di tempat yang kurang sesuai tanpa
ciri-ciri keselamatan.

Cadangan penambahbaikan :

1. Pastikan pemantauan kerap dilakukan di kawasan persekitaran padang supaya dapat


mengurangkan risiko kecederaan.
2. Peralatan yang sedia ada perlu diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.
Contohnya : Tiang gol bola jaring, seeloknya dibaringkan apabila tidak digunakan.
Gol bola baling, diletakkan di satu sudut padang jauh daripada kawasan
laluan pelajar apabila tidak digunakan.

SPORT AND PHYSICAL EDUCATION FIRST AID “ POLICIES AND


PROCEDURES”
Hasil daripada penilaian dan pemantauan yang telah dibuat dalam tempoh waktu
tertentu terhadap penggunaan kemudahan perlatan sukan yang tersedia ada di SMJK Sin Min,
didapati pelajar-pelajar SMJK Sin Min sentiasa mematuhi dan mengikuti garis panduan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah di bawah pengawasan guru apabila mereka ingin
menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut.

Aspek keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pelajar :

1. Sentiasa melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan sebelum melakukan


aktiviti sukan.

2. Pakai pakaian sukan dan kasut sukan yang sesuai.

3. Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan yang sempurna dan selamat
untuk digunakan.

4. Simpan peralatan di tempat yang selamat selepas digunakan.

5. Demonstrasi daripada guru adalah amat penting bagi memastikan pelajar melakukan
aktiviti dengan betul dan secara langsung dapat mengurangkan risiko kecederaan dan
kemalangan.

6. Amalkan budi bahasa yang sopan di kalangan pelajar. Jangan mengejek atau
memanggil rakan dengan panggilan yang kurang elok kerana ini akan mengundang
kepada berlakunya pergaduhan.

7. Sentiasa melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas tamat melakukan aktiviti


sukan.

Keselamatan para pelajar akan terjamin sekiranya mereka mematuhi tatacara aspek
keselamatan yang disediakan dan sentiasa melakukan aktiviti di bawah pengawasan guru.
Sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan semasa melakukan aktiviti, pelajar
dikehendaki melaporkan hal tersebut kepada guru bertugas. Tatacara yang perlu dipatuhi :

1. Pastikan keadaan kecederaan tersebut sama ada ianya serius atau hanya kecederaan
ringan. Tenangkan mangsa agar keadaan tidak menjadi panik.

2. Amalkan prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S ;

T ( talk = bercakap )

O ( observe = melihat keadaan )

T ( touch = sentuh )

A ( active movement = pergerakan aktif )

P ( passive movement = pergerakan pasif )

S ( skill = kemahiran )
3. Pengurusan kecederaan melibatkan mengenal pasti tahap kecederaan tersebut,
merawat dan kemudian kembali semula melakukan aktiviti sukan sekiranya tidak
serius. Adalah penting bagi memastikan pelajar terlibat dipulihkan sepenuhnya
sebelum kembali melakukan aktiviti. Sekiranya tidak, kecederaan yang dialami boleh
mengakibatkan berlakunya kompilasi kecederaan yang lain dan lebih serius.

4. Sekiranya kecederaan adalah di tahap kecederaan serius seperti kecederaan tulang


belakang, laporkan segera kepada pakar perubatan.

5. Nombor telefon yang perlu dihubungi jika perlu :

Pejabat sekolah : 04-4212623


Ibu Pejabat Balai Polis KMY : 04-4212222
Hospital Sultan Abdul Halim : 04-4457333
Jabatan Penyelamat Awam : 991

Vous aimerez peut-être aussi