Vous êtes sur la page 1sur 6

AJ10403 PENGANTAR ARKEOLOGI

SOALAN 1 :
BINCANGKAN PENGERTIAN DAN
KEPENTINGAN ARKEOLOGI

NAMA PENSYARAH :
PROF. BASZLEY BEE BIN BASRAH BEE
NAMA TUTOR :
EN. ZAINUDDIN BIN BACO

AHMAD ZULHUSNI BIN MANSOR BA14110032


KHAIRUL ANWAR BIN MUDA BA14110229
PENGENALAN :

Arkeologi atau kaji purba umumnya dikaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang
mencabar, penemuan yang bernilai, misteri, tamadun purba dan pertarungan antara unsur
kebaikan dengan kejahatan. Arkeologi adalah berasal dari perkataan ‘archois” yang
bermakna yang telah lalu dan ‘iogos’ yang bermakna pengetahuan.1 Ini menerangkan
bahawa arkeologi adalah pengetahuan masa lalu. Ahli arkeologi menggunakan data bukan
bertulis seperti artifak, ekofak, feature, dan data konteks. Ahli arkeologi juga berminat pada
ruang waktu yang luas contohnya peringkat atau tahap yang sama ada pada zaman gangsa
awal atau lewat sejarah yang tidak bersifat peribadi iaitu menyentuh soal riwayat hidup atau
peranannya terhadap pembangunan masyarakat. Peranan arkeologi hanya meriwayatkan
kisah sesuatu kelompok silam contohnya, kisah hidup serta cara hidup masyarakat zaman
gangsa atau besi.2 Antara aspek yang dapat dikaji oleh ahli arkeologi seperti dalam pola
ekonomi berkenaan cara mengumpul, memburu, dan menjalankan pertanian. Aspek pola
pertempatan dikaji berdasarkan keadaan kelompok kecil mereka sama ada hidup menetap
dalam kampung kemudian menjadi kampung besar dan berubah menjadi urban (kawasan
pembangunan). Dalam aspek kebudayaan kebendaan berkenaan artifak mereka sama ada
daripada batu atau alat serta pola perhiasan mereka yang boleh menunjukkan taraf status
mereka dalam masyarakat mereka. Dalam aspek kebudayaan dilihat dari segi kepercayaan,
kubur, kuil, patung dan lain-lain.

Ahli arkeologi melihat artifak-artifak sebagai satu cara manusia memenuhi keperluan asas
bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal dan perlindungan dari musuh. Arkeologi
menurut bagi sesetengah sarjana ia adalah kerja seni dan pelengkap diri. Semua ini tidak
mempunyai harga kecuali nilai dalaman dan keindahannya.3 Arkeologi mengkaji orang yang
telah mati yang selalunya tidak bernama dan budaya yang jarang difahami oleh individu.
Perbezaan juga wujud kerana arkeologi mengkaji kerja-kerja manusia artifak-artifak mereka
serta tempat-tempat kegiatan mereka dan bukan manusia sendiri. Arkeologi tidak meliputi
segala bidang yang ada.4

PENGERTIAN ARKEOLOGI :

Arkeologi adalah ilmu yang mempelajari kebudayaan manusia masa lalu melalui kajian
sistematik atas barang atau benda yang ditinggalkan. Kajian sistematik meliputi penemuan,
dokumentasi, analisis, dan interpretasi data yang berupa artifak dan ekofak serta feature.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Suhaimi Bin Nik Abd. Rahman, merupakan antara ahli
arkeologi yang terkenal di Malaysia menyatakan, arkeologi sebagai satu displin yang teratur
dan melalui pendekatan-pendekatan sebagai dan method-method yang ada padanya maka
pengetahuan tentang zaman lampau manusia dapat dituntut kembali dan diinterpretasikan
dari tinggalan budayanya.5 Seterusnya menurut pendapat Prof. Dr. Hasan Muarif Ambary,
arkeologi berfungsi memberi penjelasan terhadap benda-benda tersebut peninggalan

1
Dikslit, S. K, An Introduction to Archaeology, Bombay, Calcutta, 1995, hlm 1. Petikan berbunyi “The world
archaeology is to be divided from ‘archaois’ meaning ‘ancient’ and ‘iogos’ meaning ‘knowledge’”
2
John. Coles, Experimental Archaeology, University of Cambridge, London, 1979, hlm 1
3
Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (Terjemahan), Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 9
4
Ibid, hlm 5
5
Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd,
2004, hlm 59
manusia yang sudah terkubur sehingga benda-benda tersebut kemudian berfungsi sebagai
sumber sejarah.6

Arkeologi pada masa sekarang merangkumi pelbagai bidang yang berkaitan. Sebagai contoh,
penemuan mayat yang dikuburkan akan menarik minat pakar dari pelbagai bidang untuk
mengkaji tentang pakaian dan jenis bahan yang digunakan, bentuk keramik dan cara
penyebaran, kepercayaan melalui apa yang dikebumikan bersama mayat tersebut, pakar
kimia yang mampu menentukan usia galian melalui cara seperti kaedah pengukuran karbon
14. Sedangkan pakar genetik yang ingin mengetahui pergerakan perpindahan manusia purba
adalah berasaskan DNAnya.

Ada juga yang berpendapat bahawa arkeologi adalah mempelajari budaya masa silam, yang
sudah berusia tua, baik pada masa prasejarah (sebelum adanya tulisan), mahupun pada
masa sejarah (ketika terdapat bukti-bukti tertulis). Pada masa yang sama, arkeologi juga
dapat mempelajari budaya masa kini, sebagaimana dipopularkan dalam kajian budaya
bendawi moden (modern material culture).7

Menurut Paul Bahn, pengertian asas arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa
lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat untuk membongkar,
menerangkan dan mengklasifikasikan tinggalan-tinggalan budaya, menguraikan bentuk dan
perilaku masyarakat masa silam serta memahami bagaimana ia terbentuk dan akhir sekali,
merekonstraksikannya.8

Secara rumusannya, arkeologi ditarifkan sebagai satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang
manusia, kebudayaan masa silam (6 juta tahun sebelum sekarang) dan persekitarannya
yang terhasil dalam proses menghasilkan kebudayaan tersebut berdasarkan kepada
tinggalan dan semulajadi dengan metodologi penyelidikan yang sistematik.

TAPAK ARKEOLOGI DI MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PELANCONGAN

Lenggong merupakan tapak arkeologi di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia


semenjak tempoh Paleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota
Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal
paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak, rangka peninggalan manusia berusia 11000
tahun yang ditemui pada tahun 1991. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali
dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah ditemui bukti bahawa Gua
Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa, terdapat
juga Muzium Arkeologikal Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari
kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit
di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik.

Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat dalam negeri Perak di Semenanjung
Malaysia. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua Runtuh, sebuah gua tempat
persemadian terakhirnya yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Ulu
Perak. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 157cm, yang
berusia sekitar 50-an.

6
Hasan Muarif Ambary, Menemukan Peradaban Jejak Arkeologi dan Historis Islam Indonesia, Editor, Jajat
Burhanuddin, Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 1998, hlm 9
7
Ibid.
8
Baszley Bee B. Basrah Bee, Pengantar Arkeologi, Universiti Malaysia Sabah, 2009, hlm 1
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN ARKEOLOGI :

Arkeologi adalah satu disiplin ilmu yang berlandaskan penyelidikan saintifik dalam mengkaji
sejarah masa lampau manusia dan kebudayaannya. Walaupun pada peringkat awal ianya
merupakan tidak lebih dari satu aktiviti mencari harta karun namun perkembangannya lebih
seabad yang lalu telah banyak merubah identitinya. Perubahan yang berlaku telah
mematangkan bidang ini daripada kegiatan purbawanisme kepada disiplin yang saintifik
kerana kesekutuannya dengan disiplin-disiplin jurusan sains tulen dan sains sosial dalam
perkembangan ilmu di Eropah dan Amerika Syarikat.9

Berlandaskan pendekatan dan metodologi yang dikemaskini seiring dengan


perkembangannya telah membolehkan pengetahuan mengenai masa lampau manusia dapat
dituntut kembali yang diperolehi dari interpretasi tinggalan-tinggalan budaya. Perkembangan
penyelidikan ini telah banyak membantu para ahli arkeologi, antropologi dan sarjana sejarah
berhadapan dengan persoalan-persoalan mengenai masyarakat purba. Hasil dari
pengetahuan manusia masa kini akan dapat memahami apa yang akan berlaku pada masa
depan khususnya yang melibatkan adaptasi persekitaran fizikal.10

Memang tidak dinafikan bahawa penyelidikan arkeologi bertujuan untuk mendapatkan


tinggalan-tinggalan purba, namun ianya tidak bermakna bidang ini hanya melibatkan aktiviti-
aktiviti eksplorasi dan pengumpulan artifak. Ahli arkeologi mempunyai tanggungjawab lain
yang lebih berat selain dari mengekskavasi tapak arkeologi. Mereka harus memberi
penjelasan dan interpretasi terhadap data-data yang diperolehi daripada setiap penemuan
yang dibuat dan bukan mudah untuk berkomunikasi dengan masyarakat silam melalui bahan
tidak bertulis. Seperti ynag diperolehi melalui dokumen rekod bertulis dan selebihnya tidak
pernah direkodkan. Sehingga kini penyelidikan arkeologi masih belum cukup untuk
mengumpul bukti yang dapat mewakili keseluruhan aspek tamadun manusia yang
mencakupi bentuk-bentuk kebudayaan, kreativiti idea, aktiviti dan perubahan yang telah
dilakukan oleh manusia dalam evolusi perkembangannya.11

Bukti tentang tamadun silam ini amat penting kerana ianya saling berkaitan dan
mempengaruhi. Seperti yang dinyatakan oleh Frank Hole dan Robert F. Heizer bahawa
dewasa ini manusia melihat suatu dunia yang dipisahkan mengikut kebudayaan dan politik
tetapi dihubungkan dengan erat melalui teknologi dan struktur ekonomi yang berkembang
dan mempunyai lingkungan budaya yang dibina daripada penglibatan dalam suatu rasa
kemanusiaan yang hanya boleh dicapai melalui arkeologi. Untuk itu kepentingan untuk
penyelidikan arkeologi seharusnya tidak dipersoalkan.12

9
Baszley Bee B. Basrah Bee, Pengantar Arkeologi, hlm 5
10
Ibid.
11
Ibid.
12
Ibid.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, apa yang dapat kita lihat ialah arkeogi memainkan peranan penting
dalam menyumbang kepada kemanusiaan yang lebih baik dengan mengambil iktibar dari
urutan peristiwa lampau. Sebagai contoh peristiwa pembinaan ‘Tembok Besar China’ yang
mengorbankan puluhan ribu pekerja. Seterusnya, bidang arkeologi juga secara langsung
menyumbangkan pelbagai maklumat kepada pelbagai disiplin ilmu. Melalui bidang arkeologi,
penyelidikan yang dijalankan lebih bersistematik dan pemuliharaan artifak serta monumen
amat dititikberatkan bagi mengekalkan tinggalan khazanah bersejarah yang ada. Selain itu,
bidang arkeologi juga dapat memberi sumbangan ke arah pemahaman masa kini dan
mungkin pada suatu hari nanti arkeologi dapat digunakan untuk menguji hipotesis saintifik
dengan perilaku manusia secara umum seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.
Hal ini demikian kerana ahli arkeologi juga banyak menggunakan teknologi-teknologi sains
bagi melakukan kajian secara saintifik kerana bukti yang diperolehi lebih tepat. Seterusnya,
melalui kajian arkeologi, sejarah yang sebenar dapat ditentukan. Hal ini demikian kerana
pelbagai teori dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli sejarah melalui kajian sejarah
yang dilakukan seperti buku-buku karya ahli sejarah yang lain. Namun begitu, andai teori
atau pandangan yang dikemukakan itu disertakan dengan penemuan-penemuan yang
berjaya ditemui maka teori atau pandangan yang diutarakan mungkin lebih diterima kerana
beserta bukti yang sahih dan kukuh. Akhirnya, bidang arkeologi amat penting dalam
memberi gambaran kepada generasi akan datang tentang sejarah lampau. Hal ini demikian
kerana melalui kajian-kajian arkeologi yang dijalankan maka akan merungkai sejarah-sejarah
lampau yang boleh dijadikan garis panduan serta iktibar kepada generasi akan datang
tentang apa yang pernah berlaku pada zaman dahulu.
RUJUKAN

Bazlee Bee b. Basrah Bee. 2009. Pengantar Arkeologi. Universiti Malaysia Sabah.

Dikslit, S. K. 1995. An Introduction to Archaeology. Bombay, Calcutta.

Frank Hole, Robert F. Heizer. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas
(Terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Hasan Muarif Ambary. 1998. Menemukan Peradaban Jejak Arkeologi dan Historis Islam
Indonesia. Logos Wacana Ilmu. Jakarta. Editor, Jajat Burhanuddin.

John, Coles. 1979. Experimental Archaeology. Univertsity of Cambridge, London.

Majlis Pelancongan Komuniti Lenggong. http://pelanconganlenggong.my/sejarah-lenggong/.


16 Mac 2015. 10.28pm.

Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Karisma Production
Sdn. Bhd. Shah Alam.

Vous aimerez peut-être aussi