Vous êtes sur la page 1sur 1

AMALAN BERJIMAT CERMAT

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan


dalam kehidupan. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah
berbelanja secara berhikmah dengan berhati-hati dan bukan secara
boros. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki
untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran. Tetapi
bagaimanakah cara-cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam
masyarakat?
1. Dapat membantu seseorang ketika susah seperti orang
mengantuk disorongkan bantal. Selain itu, melalui membantu
seseorang ketika susah dapat meningkatkan taraf kehidupan
seseorang masyarakat. Natijahnya, masyarakat yang susah dapat
meringankan beban yang mereka hadapi.
2. Tabung simpanan wang kita untuk masa depan. Hal ini bertepatan
dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan.
Natijahnya, kita tidak akan menhadapi kesulitan wang pada masa
akan datang. Misalnya, kita perlu menabung wang kita dengan
membuka akaun simpanan bank atau menyimpannya di rumah
sahaja.
3. Melahirkan pengguna yang bijak kerana dapat mengelakkan
pembaziran dalam membelanjakan wang. Dalam hal ini, seorang
pengguna yang bijak akan lebih berwaspada dan lebih peka ketika
membeli barang. Bahkan juga, seorang pengguna yang bijak juga
akan membeli barangan keperluan kehidupan seharian sahaja dan
tidak membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak
memberi apa-apa faedah.
4. Amalan berjimat cermat dapat memupuk amalan menabung.
Dengan menabung kita dapat mengumpul wang untuk masa
hadapan anak-anak. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum
hujan. Ibu bapa haruslah mengamalkan amalan menabung ini untuk
menjamin pendidikan anak-anak.

Vous aimerez peut-être aussi