Vous êtes sur la page 1sur 1

Ali Baba

2A, Jalan Simpoh,


96000 Sibu,
Sarawak,
Malaysia.

2 Mei 2017.

Menemui sahabatku, Kim Joo yang kini berada di Korea. Semoga sahabatku sihat
sejahtera.

Saudari,
Apa khabar? Saya di sini sihat sejahtera. Tujuan saya menulis surat ini adalah
memperkenalkan 2 jenis alat muzik tradisional di Malaysia, iaitu seruling dan serunai.
Alat muzik tradisional seruling hidung ialah alat muzik yang dimainkan oleh
masyarakat Orang Asli di negara saya. Semasa memainkan seruling hidung, kita perlu
menyumbatkan sebelah hidung dengan daun atau secebis kain, manakala sebelah lagi
digunakan untuk meniup seruling. Alunan bunyi yang dihasilkan unik sekali.
Serunai mempunyai dua jenis, iaitu serunai batang padi dan serunai daun kelapa.
Serunai batang padi diperbuat daripada seruas batang padi. Sehelai daun rumbia atau
daun ibus muda dililitkan pada bahagian hujung batang padi untuk membentuk
serombong. Bunyi serunai ini nyaring dan merdu.
Untuk serunai daun kelapa, serunai ini diperbuat daripada daun kelapa yng muda.
Biasanya, serunai ini dibentuk seperti tanduk. Serunai ini lazimnya dimainkan oleh
kanak-kanak di kampung.
Bersama surat ini saya sertakan beberapa keeping gambar tentang seruling
hidung, serunai batang padi dan serunai daun kelapa. Saya berharap saudari boleh
mendapat sedikit banyak gambaran tentang alat muzik ini.
Sekian dahulu surat daripada saya untuk kali ini. Semoga kita terus berhubung
dan boleh mendapat surat daripada saudari dalam masa yang singkat.

Sahabatmu,
Ali Baba

Vous aimerez peut-être aussi