Vous êtes sur la page 1sur 9

PENDAHULUAN

Darurat yang juga dikenali sebagai The Emergency mengikut Ordinan Persekutuan
yang telah dikuatkuasakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent pada 18 Jun 1984.1
Menurut Aloysius Chin dalam bukunya, The Communist Party of Malaya: The inside story,
menyatakan bahawa:

“The Third Representatives’ Conference was held secretly in Singapore in


early 1930 and the subsequent meetings of the Nanyang General Labour
Union immediately after this conference formed a landmark in the history of
communism in Malaya. As result of these meetings, the old Nanyang
Communist Party and the Nanyang General Labour Union were dissolved
and in its place, the Communist Party of Malaya (CMP) was founded in
March 1930.” 2

Sejarah kegiatan PKM semakin aktif apabila Jepun menakluki Tanah Melayu pada
tahun 1942. Penubuhan Malaya People Anti-Japanese Army (MPAJA) atau lebih dikenali
sebagai Bintang Tiga yang bertujuan untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. Persubahatan
antara pasukan British dengan rejimen Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu yang diwakili oleh
MPAJA memberi kesempatan kepada pihak Komunis menyebarkan ideologi komunisnya,
dimana ideologi dan matlamat PKM ternyata jauh berbeza dengan matlamat pentadbiran
British Military Administration (BMA). PKM berjaya menguasai beberapa kawasan dan
berlakulah pemerintahan rejim komunis yang telah menyebabkan keadaan di Tanah Melayu
menjadi kucar-kacir.

Kemudiannya, British menduduki semula Tanah Melayu pada 1945 dan mengambil
langkah ke arah pemulihan keamanan dan ketenteraman penduduk tempatan. MPAJA
dibubarkan dan digantikan dengan BMA. Disebabkan tindakan PKM semakin menjadi-jadi,
PKM diharamkan oleh British. Pengharaman PKM ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
PKM kerana beranggapan jasa mereka semasa zaman pendudukan Jepun, telah dilupakan
British. PKM telah mengubah dasarnya yang sebelum itu bersikap sederhana kepada
berbentuk agresif iaitu memusnahkan harta benda dan membunuh.

1
Mohamad Idris Saleh. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd. hlm. 92.
2
Aloysius Chin. 1995. The Communist Party of Malaya: the inside story. Petaling Jaya: Eagle Trading Sdn Bhd.
hlm. 22.

1
FAKTOR DARURAT

PKM telah bertanggungjawab mencetuskan darurat. Chin Peng berpendapat bahawa


suatu revolusi perlu diadakan sekiranya PKM ingin menguasai politik Tanah Melayu. Oleh
hal demikian, PKM akhirnya mengambil keputusan untuk mengangkat senjata. 3 Matlamat
utama Parti Komunis Malaya adalah menggulingkan pemerintahan British dan menjadikan
Tanah Melayu sebuah negara Komunis. Pucuk kepimpinan di bawah Chin Peng telah
membuat beberapa strategi baru untuk mencapai cita-cita mereka. Rancangan PKM ialah
mengaturkan aktiviti pemogokan, pemboikotan, sabotaj dan demonstrasi. PKM berjaya
mempergunakan keadaan kemelesetan ekonomi bagi mempengaruhi golongan pekerja buruh
di Tanah Melayu supaya mengadakan pemogokan. Tentera PKM telah bertindak menyerang
di kawasan seperti estet, lombong dan kawasan terpencil. PKM beranggapan bahawa
serangan ini akan memaksa penduduk berpindah ke kawasan bandar, tempat yang
dikosongkan tersebut pula akan diambil oleh PKM untuk dijadikan sebagai tempat latihan dan
pusat pemerintahan komunis. Rekrut tentera PKM akan diambil daripada Min Yuen. Pada
peringkat ketiga pula ialah peringkat membinasakan ekonomi kapitalis, sistem pertahanan
serta tempat yang dikuasai oleh British seperti pekan, kampung dan landasan kereta api.4
PKM merasa lebih yakin untuk menimbulkan pemberontakan kerana mempunyai bekalan
senjata tinggalan Jepun dan senjata daripada British yang mencukupi dan kekuatan tentera
yang mantap. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris iaitu Arthur
Walker, John Alison dan Ian Christian di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah
menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu5, kemuncak
daripada tindakan ganas komunis.

LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN MENGATASI DARURAT.

Undang-undang darurat telah diisytiharkan bagi seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun
1948. Melalui undang-undang ini, kerajaan mempunyai kuasa dalam mengenakan hukuman
berat kepada mereka yang membantu komunis, termasuk hukuman mati kepada mereka yang
didapati membawa senjata api. Sesiapa yang didapati memiliki dokumen PKM dan
menyebarkan propagandanya akan dipenjara sehingga 10 tahun.6 Hukuman penjara 10 tahun

3
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
hlm.14.
4
Mohamad Idris Saleh. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. hlm. 94.
5
Ismail Said. 2012. Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. hlm. 44.
6
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. hlm.16.

2
juga boleh dikenakan kepada mereka yang didapati berminat terhadap dokumen komunis.7
Undang-undang Darurat juga meliputi hukuman mati kepada mereka yang melakukan
kesalahan mengumpul atau menerima wang makanan atau menyediakan bekalan kepada
komunis.8 Undang-undang itu juga memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mengawal
kedai dan arahan untuk menutup kedai yang didapati memberi bantuan kepada komunis agar
memutuskan hubungan pembekal dengan komunis dan hukuman buang negeri kepada mereka
yang disyaki menyokong komunis. Selain itu, parti politik bersifat radikal turut diharamkan.

Rancangan Briggs ialah suatu sistem memindahkan penduduk setinggan di pinggir


hutan, kebanyakkan terdiri daripada kaum cina, untuk menjadi peneroka kampung baru yang
telah disediakan oleh kerajaan. Kawasan ini dikenali sebagai kampung baru yang dilindungi
oleh anggota keselamatan untuk menjauhkan penduduk daripada gangguan komunis dan
memutuskan hubungan komunis dengan pembekal makanan dan maklumat. Tambahan pula,
penduduk perlu dilindungi kerana penduduk yang tidak mendapatkan perlindungan daripada
kerajaan sudah tentu tidak akan memberikan sokongan dalam membanteras pihak
komunisMelalui Rancangan Briggs, pihak komunis akan menghadapi masalah kebuluran dan
keadaan ini akan memaksa untuk mereka keluar dari hutan.

Briggs juga memperkenalkan pasukan Home Guard sukarela dan sambilan bagi
mengawal pekan, kampung dan kawasan penempatan semula pada September 1950.9 Kaum
wanita juga terlibat menganggotai Home Guard.10 Antara tugas-tugas mereka termasuklah
melindungi dan mengawal kampung, mengawal kawasan strategi, membantu polis membuat
pemeriksaan dan lain-lain tugas yang diperlukan.11 Bagi menambahkan lagi kekuatan tentera
dalam menghapuskan pergerakan komunis, bilangan anggota rejimen askar Melayu dan askar
Gurkha telah ditingkatkan. Mereka dilengkapkan dengan peralatan ketenteraan dan
peperangan seperti senapang, meriam, kapal terbang dan kapal laut.12 Jumlah polis British dan
mata-mata gelap telah ditingkatkan kepada 70 000 orang anggota.13

Briggs turut mengadakan kawalan ke atas makanan serta mengarahkan anggota Home
Guard mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk mengekang pergerakan

7
Ibid.
8
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. hlm. 16.
9
Ibid. hlm. 19.
10
Ismail Said. 2012. Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). hlm. 47.
11
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd. hlm. 316.
12
Ishak Saat. 2009. Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.hlm. 68.
13
Ibid. hlm. 68.

3
komunis di samping memastikan segala keperluan asas seperti bekalan makanan, ubat-ubatan,
pakaian serta peralatan senjata tidak sampai ke tangan komunis.

Catuan makanan juga diperkenalkan. Ini kerana sebahagian daripada penduduk Tanah
Melayu merupakan ahli Min Yuen. Kelompok ini bukanlah tentera PKM, tetapi berperanan
sebagai pengintip (sama ada secara sukarela atau dipaksa).14 Apabila makanan menjadi
terhad, maka ahli Min Yuen tidak akan mampu untuk memberikan bekalan makanan kepada
tentera PKM yang berada di dalam hutan. Peraturan baru telah dibuat dengan mengehadkan
kauntiti nasi bagi setiap individu dan mengadakan sebuah kelompok untuk memasak,
penduduk kampung akan berbaris mengambil makanan dan memakan di tengah-tengah.15
Adalah menjadi satu kesalahan jika sesiapa didapati memiliki sejumlah makanan
persendirian. Dengan peraturan ini, kerajaan dapat menyekat bekalan makanan agar tidak
sampai kepada pihak komunis.16

Kad pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang
tidak ada kad pengenalan.17 Setiap lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang berumur 12
tahun ke atas dikehendaki memiliki kad pengenalan dengan cop ibu jari dan foto masing-
masing, disamping nama pemilik, bangsa,bahasa/dialek, tempat lahir, pekerjaan serta tempat
tinggal sebagai tanda mereka berdaftar dengan kerajaan.18 Kemana sahaja mereka pergi, kad
pengenalan wajib untuk dibawa sekali untuk diperiksa oleh pegawai keselamatan. Ini telah
menyebabkan pertalian antara tentera PKM dengan Min Yuen telah terputus.

Sir Gerald Templer telah melancarkan operasi perang saraf, yang bertujuan untuk
memenangi hati dan pemikiran rakyat. Beliau membuat lawatan ke sekolah kampung,
hospital, menerima perwakilan, sementara isterinya bekerja selama 18 jam sehari memulakan
institusi wanita, cawangan baru Palang Merah dan pusat komuniti.19 Bagi penduduk yang
membantu menangkap atau memberi maklumat akan diberi hadiah yang lumayan. Selain itu,
Templer menyeru agar pihak komunis yang menyerah diri akan diberikan layanan yang baik.
Antara cara yang dibuat ialah dengan menghantar kapal terbang yang dilengkapi pembesar
suara untuk menyiarkan rakaman seruan bekas-bekas gerila yang menyerah diri.20 Berjuta-juta

14
Ismail Said. 2012. Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). hlm. 50-51.
15
Donald Mackay. 2004. The Domino that Stood: The Malayan Emergency 1948-1960. Singapura: Cultured
Lotus Pte. Ltd. hlm. 64
16
Ibid. hlm. 64.
17
Ibid. hlm. 50.
18
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. hlm. 17.
19
Ibid. hlm. 22.
20
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). hlm. 318.

4
risalah juga digugurkan ke dalam hutan.21 Penguatkuasaan undang-undang perintah berkurung
telah diperkuatkan. Kawasan putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya Brtish boleh
memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud
kawasan tersebut bebas daripada anasir komunis. Melaka adalah negeri yang pertama
mendapat gelaran Kawasan Putih.22

Rundingan Baling diadakan antara komunis dengan kerajaan Tanah Melayu untuk
menamatkan Darurat. Mereka mengadakan perjumpaan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Tunku Putera, Baling, Kedah pada 28-29 Disember 1955.23 Wakil-wakil daripada kerajaan
ialah Tunku Abdul Rahman Putera, Tan Cheng Lock (MCA) dan David Marshall (Ketua
Menteri Singapura). Wakil-wakil daripada PKM ilah Chin Peng, Chen Tien (Ketua Bahagian
propaganda) dan Rashid Mydin. Namun begitu, rundingan tersebut gagal kerana tidak
menemui kata sepakat. Komunis enggan menyerah diri serta membubarkan PKM, sementara
Tunku enggan mengiktiraf PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.24

Kerajaan Persekutuan sekali lagi memberi pengampunan sempena kemerdekaan yang


dikenali sebagai ‘Pengampunan Kemerdekaan’. Ramai gerila PKM mengambil kesempatan
menyerah diri. Antara yang menyerah diri termasuklah Chow Fong yang kemudiannya
menjadi orang perantaraan antara Polis Cawangan Khas dengan ahli-ahli PKM yang berhasrat
kembali ke pangkuan masyarakat. Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960 kecuali di
sempadan Thai.

KESAN – KESAN ZAMAN DARURAT

POLITIK

Kesan utama setelah berlakunya darurat ialah melambatkan proses politik dan
perlembagaan Tanah Melayu. Kerajaan British menggunakan alasan darurat untuk
melambatkan proses politik dan perlembagaan. Namun demikian, pihak British telah
menyedari bahawa cara terbaik untuk mengatasi zaman darurat adalah dengan cara politik dan
perlembagaan untuk menarik minat rakyat agar menyokong kerajaan memerangi komunis.25
Darurat menjadi faktor yang mendorong British mempercepatkan langkah memberi taraf
berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan sebagai persediaan awal ke arah kemerdekaan.

21
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). hlm. 318.
22
Ismail Said. 2012. Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). hlm. 50.
23
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. hlm. 25.
24
Ibid. hlm.26.
25
Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. hlm. 624.

5
Terdapat beberapa alasan yang menyebabkan British menukar pendirian untuk
mempercepatkan proses kemerdekaan. Alasan yang pertama ialah British merasakan bahawa
penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan pemerintahan mereka disebabkan melambat -
lambatkan untuk memberikan taraf berkerajaan sendiri. Kerajaan British juga bimbang Tanah
Melayu akan diperintah oleh pihak Komunis jika lambat diberikan kemerdekaan. Keadaan ini
semakin membimbangkan apabila komunis melancarkan pemberontakan bersenjata untuk
mengusir British keluar dari Tanah Melayu.26 Oleh yang demikian, langkah British untuk
menarik sokongan penduduk adalah dengan menggunakan politik dan perlembagaan. Melalui
pemberian taraf berkerajaan sendiri dan kemerdekaan, cita-cita Parti Komunis Malaya untuk
menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu dapat dihalang. Kerajaan British juga
berhasrat memelihara hubungan politik dengan Tanah Melayu walaupun selepas kemerdekaan
untuk menjaga kepentingan ekonomi.

KETENTERAAN

Zaman Darurat turut memberikan kesan dalam bidang ketenteraan di Tanah melayu.
Zaman Darurat memperlihatkan ketenteraan di Tanah Melayu berkembang dengan pesat dari
segi pembentukan batalion baru, jumlah keanggotaan dan persenjataan.27 Bilangan tentera
ditingkatkan bagi membantu dalam membanteras komunis seperti terlibat dalam perang
gerila. Tentera ini terdiri daripada negara-negara Komanwel. Seiring dengan peningkatan
jumlah ketenteraan, pembiayaan juga meningkat untuk operasi tentera meningkat menjadi
$800 juta (Amerika). Jumlah perbelanjaan ini sebilangan besar ditanggung oleh Kerajaan
Persekutuan sebanyak $721.9 juta.

EKONOMI

Zaman Darurat juga turut memberi impak yang besar kepada aspek ekonomi di Tanah
Melayu. Dalam usaha untuk membanteras kegiatan komunis, kerajaan terpaksa menanggung
beban perbelanjaan yang besar. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak $300 000 setiap hari
bagi tujuan keselamatan penduduk Tanah Melayu. Jumlah ini belum termasuk lagi langkah
yang diambil oleh British untuk membangunkan kampung -kampung baru di bawah
rancangan Briggs yang berjaya memindahkan kurang lebih 650 000 setinggan ke 600
penempatan baharu dalam masa empat tahun dengan kos USD$ 44.3 juta.28 Selain itu,
kegiatan Komunis yang merosakkan banyak ladang getah dan lombong bijih timah yang

26
Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). hlm.625.
27
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). hlm. 324.
28
Ismail Said. 2012. Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). hlm. 50.

6
bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Serangan ke atas sistem perhubungan
dan pengangkutan sperti landasan kereta api menyebabkan aktiviti perdagangan tidak dapat
dijalankan.

Perintah berkurung yang dilaksanakan telah menganggu aktiviti perdagangan


penduduk setempat. Malah, penduduk Tanah Melayu juga sering berasa bimbang untuk
keluar bekerja disebabkan serangan komunis. Disebabkan oleh perintah berkurung dan
penempatan baru, banyak hasil pertanian di pinggir -pingir hutan terbiar. Penduduk terpaksa
meninggalkan hasil tanaman dan ternakan apabila berpindah di tempat baru.29 Masalah
kekurang beras berlaku apabila petani membiarkan hasil pertanian dan kerajaan terpaksa
mencatu makanan.

SOSIAL

Zaman Darurat juga menimbulkan banyak penderitaan ke atas kehidupan rakyat akibat
keganasan komunis yang berlarutan. Rakyat mnehadapi kesukaran untuk bergerak
mendapatkan bekalan makanan akibat pelbagai sekatan yang dikenakan oleh British. Masalah
kekurangan makanan sangat menyusahkan penduduk. Rakyat terpaksa bergantung kepada
sumber makanan sedia ada termasuk ubi kayu dan keledek.30

Selain itu, Britsh juga melonggarkan syarat kewarganegaraan yang mana 1.2 juta
orang Cina telah memperoleh kewarganegaraan dan 180 000 orang India. Di samping itu,
jawatan dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS) telah dibuka kepada orang bukan
Melayu.31 Orang bukan Melayu diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan
pembelajaran dan kesihatan di kampung -kampung baru. Zaman darurat juga menyebabkan
berlakunya ketegangan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Keadaan ini menyebabkan
pemimpin politik di Tanah Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar berushaha untuk meredakan
ketegangan kaum dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.

Darurat juga menjadi eleman penting yang mendorong kerajaan menggubal Dasar
Pelajaran Kebangsaan. Ini kerana kerajaan merasakan murid perlu dipupuk sejak peringkat
rendah dengan perasaan cinta kepada tanah air. Dasar Pelajaran kebangsaan telah digubal

29
Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). hlm. 626.
30
Ibid. hlm. 627.
31
Ibid.

7
berasaskan Penyata Pelajaran Razak 1956 yang menetapkan kandungan sukatan pelajaran
berteraskan hal ehwal tempatan.32 Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar.

PENUTUP

Komunis tunduk kepada kerajaan dengan menandatangani perjanjian damai yang


dikenali sebagai Perjanjian Peletakan Senjata atau Perjanjian Haadyai. Perjanjian ini
ditandatangani antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia dan PKM
dengan kerajaan Thailand pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.33 Bagi kerajaan
Malaysia, PKM kekal diharamkan walaupun pakatan keamanan dengan kerajaan telah
ditandatangani. Ini kerana PKM hanya bersetuju untuk membubarkan perjuangan bersenjata,
bukan ideologinya. Walau bagaimanapun, perjanjian damai tersebut menandakan berakhirnya
perjuangan komunis secara rasmi di Malaysia.

Zaman Darurat sememangnya memberikan kisah pahit dalam lipatan sejarah kita pada
suatu ketika dahulu. Darurat yang diisytiharkan pada ketika itu jelas memberikan impak yang
besar dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi dan sosial. 34 Impak ini menjurus kepada
impak positif dan negatif sepanjang peristiwa kegiatan komunis berleluasa di Tanah Melayu.
Dari aspek ketenteraan dapat disimpulkan bahawa Zaman Darurat menyebabkan kekuatan
anggota tentera dan persenjataan bertambah di Tanah Melayu untuk memerangi komunis.
Dapat disimpulkan bahawa Zaman Darurat menyebakan penduduk tidak dapat menjalankan
kegiatan perdagangan dan ekonomi Tanah Melayu ketika itu menurun. Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa Zaman Darurat juga turut memberikan kesan dalam aspek sosial di Tanah
Melayu. Kesan sosial ini dapat dilihat ketika rakyat menderita disebbakan keganasan komunis
dan terpaksa mencatu makanan. Zaman darurat juga menyebabkan tergubalnya undang -
undang yang melumpuhkan aktiviti seharian dan sosial rakyat. Zaman Darurat juga
mendorong penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

32
Ibid. hlm. 628.
33
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. hlm. 2.
34
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). hlm. 324.

8
9

Vous aimerez peut-être aussi