Vous êtes sur la page 1sur 9

seminar falsafah malaysia iv

institut penyelidikan anwar ibrahim


 &  ogos 

Sains Politik Menurut Rousseau dan


Peribahasa Melayu
mohammad alinor abdul kadir

1 Pengenalan
Selepas kami membentangkan ceramah yang bertajuk Anwar Ibra-
him dan IIIT pada 3/8/2016 di AIRI, walaupun kandungannya
adalah berkenaan sokongan Anwar Ibrahim semenjak 1982 terhadap
program PengIslaman Ilmu tajaan IIIT, namun soalan-soalan yang
dipertanyakan kepada kami cenderung kepada apakah yang sepatut-
nya AIRI majukan, iaitu membangunkan konsep Muslim Demokrat?
Kami menjawablah soalan-soalan tersebut mana yang patut. Namun,
kami berfikiran bahawa konsep Muslim Demokrat tersebut mestilah
dilandaskan kepada persekitaran kehidupan masyarakat di dunia
sebelah sini, iaitu Masyarakat Melayu. Lalu, tentunya hal ini
tertakluk kepada tema yang lebih luas, iaitu Sains Politik Melayu.
Kepada kami, satu-satunya cara yang berkesan (tetapi sukar) untuk
membangunkan idea Politik Melayu adalah dengan menganalisis
seluruh kepustakaan Sains Politik yang terakam dalam sejarah
Tamadun Melayu, semenjak zaman awal, zaman Hindu-Buddha,
zaman Islam, zaman penjajahan Eropah, dan zaman Merdeka. Dan
ini hanya boleh dilakukan dengan memulai mengeluarkan seluruh
maklumat yang boleh membantu perkara ini dilakukan, iaitu meng-
eluarkan maklumat-maklumat keilmuan Tamadun Melayu yang
terbenam dalam ratusan prasasti Melayu, ribuan manuskrip Melayu,
ribuan sastera lisan Melayu dan tak terkiranya artifak Melayu.
Matlamatnya adalah untuk mengumpulkan apakah yang sepatutnya
boleh digolongkan sebagai Sains Politik Melayu. Pengumpulan ini
 seminar falsafah malaysia iv

penting untuk menjamin kemudiannya proses seterusnya berjalan


dengan agak baik, iaitu pentelaahan maklumat-maklumat tersebut
berbanding kemajuan yang dicapai dalam Sains Politik dalam
Tamadun Eropah/Barat. Maksudnya, bukanlah sambil mentelaah
itu kita membanding-bandingkan maklumat yang ditelaah dengan
maklumat-maklumat setara dalam Tamadun Eropah/Barat, itu tak
akan membawa kepada apa-apa kemajuan. Maksudnya adalah,
kita mentelaah Maklumat Sains Politik Melayu berdasarkan telaah
terhadap konsep-konsep Sains Politik Eropah/Barat. Harapannya
adalah, konsep-konsep Sains Politik Eropah/Barat tersebut akan
juga kita temui juzuknya dalam Maklumat Sains Politik Melayu.
Bukanlah bermaksud konsep Eropah/Barat itu wujud dalam Tama-
dun Melayu, tetapi bermaksud konsep yang setara wujud dalam
Tamadun Melayu. Konsep-konsep seperti keadilan, kesamarataan,
demokrasi, pengagihan kuasa, penyebaran maklumat pemerintahan,
dll. Kalau ini ditemui, kita sebenarnya menemui konsep-konsep
Sains Politik Melayu yang sepatutnya kita boleh majukan berda-
sarkan bagaimana Eropah/Barat memajukannya, dan ini mungkin
bermaksud membawakan pembangunan Eropah/Barat kepada Ma-
syarakat Melayu, yang berkemungkinannya tidak serasi. Jadi, yang
sepatutnya dilakukan adalah membangunkan konsep-konsep Sains
Politik Melayu tersebut berdasarkan suasana masyarakat tempatan
di sini. Kami mulai dengan apakah yang sebenarnya berlaku di
Eropah/Barat?

2 Perkembangan Sains Politik Eropah/Barat


Tatkala lebih banyak wilayah Eropah bebas dari taklukan empayar
Islam, dan kembali kepada pemerintahan beraja yang dinasihati
oleh gereja, makanya kaedah pengurusan wilayah/negara yang
pelbagai diamalkan. Selalunya, beberapa bahagian daripada Eropah
mengamalkan mazhab-mazhab Kristian yang berlainan, seperti
ortodoks, katolik, protestan, dll. Tahap pentafsiran Injil bagi setiap
mazhab ini berlainan, lalu menghasilkan pandangan dan nasihat
yang berlainan kepada istana. Jika pihak yang memerintah di
istana pula ialah kalangan pemimpin yang mesra pengetahuan,
lalu memiliki kumpulan pemikir kalangan rakyat yang berkala
berbincang di istana, makanya akan lebih rencamlah pandangan
dan nasihat yang datang kepada pemerintah di istana. Kerap-
kali pandangan dan nasihat dari gereja akan bertembung dengan
. mohammad alinor abdul kadir 

pandangan dan nasihat dari pemikir rakyat, samada bertentangan


terus tatkala berwacana di istana ataupun pertentangan yang dira-
kamkan dalam tulisan-tulisan mereka. Pertentangan ini bertembung
dalam banyak perkara seumpama kuasa raja, kuasa menteri, cukai,
harta wilayah/istana, hamba, elaun keluarga raja, peperangan, cukai
jajahan, peranan gereja, pendidikan kepada rakyat, pembangunan
pengetahuan, demokrasi, negara, dll. Semua perkara ini samada
dirujuk daripada Injil, tafsiran-tafsiran Injil oleh pemikir-pemikir
Kristian ataupun pandangan-pandangan bebas berdasarkan penyeli-
dikan oleh pemikir-pemikir bebas. Kami akan senaraikan beberapa
tulisan sebegini:
1. Ricardus Anglicus (1200), Compilatio I,
2. Vincentius Hispanus (1240), Decretales,
3. Thomas Aquinas (1255), Commentum in IV Libros Sententia-
rum,
4. Johannes de Blanosco (1256), Tractatus super Feudis et Homa-
giis,
5. Thomas Aquinas (1265), On Kingship,
6. Thomas Aquinas (1270), Summa Theologica,
7. Marinus de Caramanico (1280), Constitutiones Regni Siciliae,
8. Pope Boniface VIII (1296), Clericis Laicos,
9. Giles of Rome (1301), De Ecclesiastica Potestate,
10. John of Paris (1303), Tractatus de Potestate Regia et Papali,
11. Pierre Dubois (1307), De Recuperatione Terra Sanctae,
12. Dante (1312), De Monarchia,
13. Dll.
Contohnya ialah pertentangan yang dirakamkan oleh Thomas
Aquinas yang membahaskan pertentangan yang wujud dalam isu-isu
seperti masyarakat dan kerajaan, kedudukan undang-undang, dan
gereja dan negara. John of Paris pula membahaskan pertentangan
berkenaan harta negara, asal-usul dan kedudukan kerajaan menurut
gereja dan negara, dan hubungan diantara kuasa kudus dengan
kuasa sekular. Giles of Rome pula membahaskan pertentangan
tentang kelebihan kuasa kudus, penguasaan harta dan perlaksanaan
kuasa kudus. Pertentangan-pertentangan awal inilah yang menja-
dikan pemikir-pemikir Eropah yang menumpukan penyelidikannya
kepada bidang ini berupaya menukilkan pandangan-pandangan
yang agak bersistem kemudiannya, malah melupuskan langsung
peranan gereja dan agama Kristian. Contohnya adalah Hobbes,
 seminar falsafah malaysia iv

Hume, Locke, Gibbons, Rousseau, Hegel, Marx, Spengler, Weber,


Toynbee, Habermas, dll.

3 Buku Kontrak Sosial Karangan Rousseau pada


1762
Kami sebenarnya mahu membawakan penghujahan sebegini. Salah
satunya sebab kenapakah hujah-hujah yang mengarah kepada Sains
Politik seperti yang ditaja oleh Rousseau, malah mungkin sekali oleh
beberapa pemikir sebelumnya di Eropah, adalah disebabkan beru-
bahnya Masyarakat Eropah itu sendiri semenjak Revolusi Industri
bermula di England pada tahun 1750. Apabila masyarakat berubah
dari masyarakat pertanian kepada masyarakat perindustrian, maka-
nya banyak perkara yang sebelumnya dianggap biasa kini mungkin
merupakan suatu perkara yang kritikal. Contohnya, apakah silabus
yang sepatutnya diajarkan di sekolah dan universiti? Apakah sistem
pengurusan kewangan yang digunakan dalam masyarakat pertanian
adalah pengurusan kewangan yang sama digunakan oleh masyarakat
perindustrian? Apakah sistem pemerintahan masyarakat pertanian
tidak memerlukan perubahan tatkala masyarakat masuk ke tahap
perindustrian? Dan lain-lain pertanyaan yang semudahnya boleh
diusulkan. Kini, masyarakat Eropah/Barat sudah masuk pula ke
zaman Teknologi Maklumat semenjak 1980-an, seperti yang dihipo-
tesiskan oleh Naisbitt, malah masuk pula ke zaman Pasca-Normal
seperti yang dihujahkan oleh Sardar. Perubahan-perubahan yang
berlaku kepada masyarakat Eropah/Barat ini, disedari atau tidak,
amatlah penting diketahui agarnya nanti kita mampu memahami
dengan rasional bagaimanakah proses perubahan tersebut berlaku?
Malah perlulah mengetahui dengan agak baik kenapakah sesuatu
perkara dalam masyarakat tersebut berubah dan bagaimanakah
prosesnya? Contohnya, bagaimanakah silabus sekolah dan universiti
perlu berubah untuk menerima konsep masyarakat maklumat?
KPM baru sahaja menghujahkan bahawa perlunya subjek coding
diperkenalkan dan akan dilaksanakan tahun 2017 di sekolah-sekolah
Malaysia. Apakah reaksi KPM nanti bila mengetahui bahawa
masyarakat Eropah/Barat sudah bergerak ke zaman Pasca-Normal?
Memperkenalkan subjek pengurusan bencana skala besar seperti
tsunami? UNESCO mencadangkan semenjak 2007 bahawa subjek
Falsafah perlu diajarkan kepada murid-murid sekolah. Apa rasio-
nalnya? UNESCO mengatakan bahawa Falsafah akan memberikan
. mohammad alinor abdul kadir 

ruang yang cukup luas untuk seseorang murid sekolah berfikir


tentang ilmu dan manfaatnya kepada masyarakat. Cukupkah alasan
sebegini untuk zaman Pasca-Normal?
Rousseau mungkin adalah pemikir yang menyedari hal ini, iaitu
beliau menyedari bahawa berlangsungnya Revolusi Perindustrian
di Eropah semenjak 1750, dan beliau berusaha memahami proses
ini dan mencadangkan penyelesaiannya menerusi bukunya yang
ditulis pada tahun 1762. Apakah sebenarnya yang dihujahkan oleh
Rousseau? Pertanyaan yang dihujahkan oleh Rousseau sebenarnya
ialah, bolehkah kita membina suatu persekutuan, dengan segala kekuatan
yang ada, yang mempertahankan dan memelihara manusia (ahli-ahli
persekutuan) dan hartanya, tetapi masih melindungi kebebasan me-
reka? Ada beberapa bahagian sebenarnya yang terangkum dalam
pertanyaan ini, iaitu persekutuan, kuasa persekutuan, pemeliharaan
manusia-harta, dan melindungi kebebasan manusia. Ada juga
konflik yang jelas dalam bahagian-bahagian ini, seperti kebebasan
manusia itu berkonflik dengan kuasa persekutuan yang memelihara
manusia-harta. Inilah yang beliau bahas dalam sejumlah 4 buku
yang merangkumi 9 + 12 + 18 + 9 bab yang pendek-pendek. Kami
tak berhasrat untuk memerincikan perbincangan Rousseau, namun
beberapa pertanyaan dasar sepatutnya dijawab. Bagaimanakah
boleh ditunjukkan bahawa perbahasan Rousseau ini sesuai dengan
Masyarakat Industri? Apakah sebenarnya Revolusi Industri yang
mempengaruhi beliau mengarang buku ini? Apakah ada pemikir
lain sebelum beliau yang berhujah sebegini?

4 Peribahasa Melayu
Kini kami mempertanyakan soalan, apakah pemikir Melayu pernah
menulis buku seperti Rousseau ini? Walaupun Portugis, Sepanyol,
Belanda, Perancis, dan Inggeris menakluk negara-negara Melayu
semenjak 1511, malah terus menakluk selepas 1750, namun rasanya
tiada pemikir Eropah/Barat yang bertugas di bawah Kerajaan
Kolonial di Alam Melayu yang menulis seperti Rousseau, atau ada
pengikut Rousseau yang bertugas di Kemboja-Vietnam di bawah
Kerajaan Kolonial Perancis. Buku Rousseau ini mungkin ada di
Perpustakaan Kolonial Perancis di Phnom Penh, Kemboja. Agak
mustahil juga wujudnya pemikir Melayu yang menulis seperti
Rousseau ini. Malahan Alam Melayu belumlah lagi mengalami
Revolusi Industri seperti di Eropah. Peranan Alam Melayu kepada
 seminar falsafah malaysia iv

Revolusi Industri di Eropah pun belumlah sebenarnya dibincangkan


sebagai suatu tema. Buku Rousseau yang diterjemahkan oleh DBP
pada 1992 itu mungkin adalah pertama kalinya Melayu berinteraksi
dengan Rousseau. Banyak negatifnya kenyataan-kenyataan ini. Lalu,
apa yang boleh dilakukan untuk Melayu menyambut perbahasan
Rousseau ini? Kami akan merujuk sumber ilmu lisan peribaha-
sa Melayu yang dikatakan banyak dimanfaatkan dalam bidang
pemerintahan kerajaan-kerajaan Melayu. Kami akan berusaha
membahagikan peribahasa-peribahasa tersebut berdasarkan konsep-
konsep yang dipertanyakan oleh Rousseau tersebut. Kami ulang
apakah yang dipertanyakan oleh Rousseau pada awal karyanya,
iaitu bolehkah kita membina suatu persekutuan, dengan segala kekuatan
yang ada, yang mempertahankan dan memelihara manusia (ahli-ahli
persekutuan) dan hartanya, tetapi masih melindungi kebebasan mereka?
Rousseau mengatakan selanjutnya bahawa konflik akan berlaku
diantara istilah “mempertahankan dan memelihara” dengan “kebe-
basan”. Bagaimana mungkin boleh seseorang dikatakan bebas, tetapi
pada masa yang sama orang lain memerhatikan tingkah lakunya
(mempertahankan dan memelihara) itu? Konflik inilah yang perlu
diuruskan oleh persekutuan tersebut. Sebenarnya, sekali pandang,
Rousseau menghayati Maqasid Syariah, iaitu mempertahankan
manusia/insan (agama, nyawa, akal dan keturunan) dan harta.
Rujukan-rujukannya boleh membuktikan dakwaan ini. Di Alam
Melayu sebelum HAMKA, kami mengesan Haji Omar Nuruddin
Sungai Keladi (1867-1946) menerusi bukunya Kitab Jalan Sejahtera
(1917), terbitan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan juga
membahas Maqasid Syariah, yang beliau bahagikan kepada enam
bahagian, iaitu pemeliharaan agama Islam, diri, akal, keturunan,
kemaluan dan harta. Bersebabkan kami belum mendapat karya
ini, makanya tidaklah mampu kami mengatakan apa-apa tentang
perbahasannya. Terutamanya untuk menjawab persoalan apakah
ilmuwan ini menulis seperti Rousseau? Bersebabkan itu, kami akan
bergantung kepada peribahasa Melayu bagi menunjukkan bahawa
beberapa hal yang disebut oleh Rousseau itu sebenarnya dihayati
dalam peribahasa Melayu. Rujukan kami adalah kepada Shaharir
2008.
. mohammad alinor abdul kadir 

4.1 Membina Persekutuan


Kebijaksanaan
1. Kaitan jangan sekah, buluh jangan pukah, kayu pemukul
jangan patah, tanah dipalu jangan lembang/lekuh.
2. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah.
3. Ular biar mati, tanah jangan lekuk. Buluh jangan pukah.
4. Ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah
dipalu jangan lembang/lekuk.

Perundingan dan Pemuafakatan


1. Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
2. Tak ada kusut yang tak selesai, taka da keruh yang tak jernih.
3. Tali yang tiga lembar itu tak suang-suang putus.
4. Yang tajam tumpul, yang bias tawar.

Keputusan dan Tindakan


1. Terapung tak hanyut sahaja.
2. Ilmu katak, serta teringat serta terlompat.
3. Rebut rampas, bertandabeti.
4. Ikan terkilat jala tiba.
5. Pukul anjing tengok-tengok tuannya.
6. Serba guruh serba petus.
7. Bungkal yang betul.
8. Timbang berat sebelah.
9. Putuskata dimulanya.
10. Terapung tak hanyut, terendam tak basah.

4.2 Segala Kekuatan Yang Ada


Kajian Mendalam dan Tuntas Terhadap Masalah
1. Putus kata dimulanya/dipangkalnya, putus tayung di pelebas.
2. Rebut rampas, bertanda beti.

Kerja, Usaha
1. Umpama sirih, menjalar dahulu baru melilit, barulah meman-
jat puncak junjung.
2. Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang.
 seminar falsafah malaysia iv

3. Cencang dua segeragai.


4. Bukan tanah menjadi padi.
5. Umpama ayakan dawai.
6. Umpan habis ikan tiada kena.

4.3 Menanggani Konflik (Memelihara lwn Kebebasan)


Keadilan dengan Penuh Bijaksana
1.
Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin.
2.
Jika diukur sama panjang, jika diidas sama besar.
3.
Matahari itu, gunung dan lembah sama diterangi.
4.
Mengati sama berat, mengukur sama panjang.
5.
Menimbang sama berat.
6.
Neraca berbatu intan.
7.
Neraca palingan, bungkal yang piawai.
8.
Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus,
tepung jangan terserak.
9. Takkan lebih jengkal dari jari.
10. Tiba didada dibusungkan, tiba diperut dikempiskan.

Konflik
1. Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil/pelandok tersepit
ditengah.
2. Yang tajam tumpul, yang bias tawar.
3. Genting mennati putus, bang menaanti tembuk.
4. Sudah ketengah makan api.
5. Retak batu.
6. Retak-retak bulu ayam.
7. Serampang dua mata.
8. Menjernihkan suasana.
9. Sudah bertarah, berdongkol pula.
10. Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.

5 Kesimpulan
Hala tuju yang sepatutnya dilakukan adalah menggali kepustakaan
ilmu Melayu untuk diusahakan tafsirannya yang boleh menggapai
konsep-konsep pengurusan dan pemerintahan yang dikembangkan
oleh pemikir-pemikir Eropah/Barat Moden seperti Rousseau, Hegel,
. mohammad alinor abdul kadir 

Marx, dll, dan ini hanya mampu dilakukan dengan bantuan lebih
ramai pengkaji muda.

Rujukan

Arneson, Dick
t.th. “Notes on Rousseau, The Social Contract”, Philosophy 166.
Hegel, G. W. F.
1820 Outlines of The Philosophy of Right, Oxford: Oxford Univer-
sity Press (2008).
Popper, Karl
1945 The Open Society and Its Enemies, London: Routledge.
Rousseau, J-J.
1762 Darihal Perjanjian Sosial, terj. Puteri Rashidah Megat Ramli,
Kuala Lumpur: DBP (1992).
Shaapera, S. A.
2015 “Evaluating the social contract theoretical ideas of Jean
Jacques Rousseau: An analytical perspective on the state
and relevance to contemporary society”, African Journal of
Political Science and International Relations (9, 2), 36–41.
Shaharir, M. Z.
2008 Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan
Rumpun Melayu, Kuala Terengganu: UMT.
Tierney, B.
1964 The Crisis of Church and State 1050-1300, Toronto: Univer-
sity of Toronto Press.
Woolner, H.
2008-9 “To what extent can Jean-Jacques Rousseau’s “The Social
Contract” and John Berger’s “G.” be said to show demo-
cracy as the best political model for a society”, Innervate
(1), 308–313.

Vous aimerez peut-être aussi