Vous êtes sur la page 1sur 35

1

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR

DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

RAYUAN JENAYAH NO: 42H-57-07/2015

PENDAKWA RAYA

LAWAN

AHMAD KAMAL BIN ZULKIFLI

ALASAN PENGHAKIMAN

Latarbelakang

Ini merupakan satu rayuan yang difailkan oleh pihak Perayu (Timbalan
Pendakwa Raya) terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Hakim
Mahkamah Sesyen pada 25 Jun 2015 yang memutuskan Responden
dilepaskan dan dibebaskan di Akhir Kes Pembelaan daripada pertuduhan
menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Pihak Responden telah
menghadapi pertuduhan seperti berikut:

“Bahawa kamu bersama-sama pada 05.02.2013 jam lebih kurang


1300hrs di Agro Bank Cawangan Bandar Tasik Selatan di dalam
Daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah
memperdayakan pihak Agro Bank Cawangan Bandar Tasik Selatan
menerusi Zamankhsyari Bin Omar no. Kad pengenalan : 860730-23-
2

5515 sehingga mempercayai bahawa dokumen permohonan


pinjaman jenis Agro Cash – I yang dikemukakan oleh kamu adalah
merupakan dokumen yang tulen dan oleh itu kamy dengan
curangnya mendorongnya pihak Agro Bank Cawangan Bandar Tasik
Selantan untuk menyerahkan wang sebanyak RM 75,000.00 ke
dalam akaun simpanan Agro Bank nombor 1007441000026956 milik
Ahmad Kamal Bin Zulkifly no.kad pengenalan : 850524-05-5151 yang
mana pihak Agro Bank Cawangan Bandar Tasik Selatan tidak akan
berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan oleh kamu, dan
dengan ini kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di
bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen
34 Akta yang sama.”

Latar Belakang Kes

1. Responden dituduh bersama dengan OKT 2 (Redzuan bin Abdul


Aziz) di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) secara bersama-
sama iaitu dibaca bersama Seksyen 34 KK. Perbicaraan telah
dijalankan sehingga selesai peringkat kes pendakwaan. Di akhir kes
pendakwaan, Mahkamah telah memutuskan pihak pendakwaan telah
berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap kedua-dua OKT
ini.

2. Kedua-dua Responden dan OKT 2 telah dipanggil membela diri di


atas pertuduhan yang asal. Mahkamah telah meneruskan
perbicaraan kes ini dengan Responden memberikan keterangan
pembelaannya. Selepas itu OKT 2 (Redzuan bin Abdul Aziz) telah
menukar pengakuannya kepada mengaku bersalah tanpa
3

memberikan keterangan pembelaan. Mahkamah telah melupuskan


kes OKT 2 ini terlebih dahulu setelah dia mengaku salah.

3. Setelah memberikan pertimbangan ke atas pembelaan Responden,


mahkamah dapati keterangannya telah Berjaya menimbulkan
keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Dengan itu
Responden telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan. Pihak
pendakwaan telah tidak berpuas hati ini dan telah merayu ke atas
keputusan ini.

Keseluruhan Fakta Kes:

Setelah meneliti dan membaca Rekod Rayuan kes ini, fakta-fakta kes
dapatlah disimpulkan seperti berikut:

1. Secara ringkasnya OKT 2 adalah merupakan dalang dan orang yang


memainkan peranan menyediakan dokumen-dokumen palsu yang
diperlukan oleh seseorang itu yang hendak membuat permohonan
pinjaman kewangan dari mana-mana institusi bank. Di dalam kes ini
Responden yang telah berhubungan dengan OKT 2 untuk meminta
bantuan OKT 2 bagi mendapatkan pinjaman dari bank. OKT 2 yang
bertanggungjawab menyediakan semua dokumen yang dipalsukan
untuk membantu Responden memperolehi pinjaman yang mana
tanpa dokumen yang dipalsukan itu Responden tidak akan berjaya
mendapatkan pinjaman.
4

2. Pada 05.02.2013 Encik Mohd Atan bin Bujai (SP1) yang bertugas di
Agro Bank Cawangan Bandar Tasik Selatan sebagai Pengurus
Cawangan telah menerima daripada pegawainya satu borang
permohonan peribadi yang dikenali sebagai Agro Cash-I. Borang
permohonan pinjaman itu adalah di atas nama Ahmad Kamal bin
Zulkifly (Responden). Bersama-sama borang permohonan itu
dikepilkan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan untuk
pinjaman tersebut. Di antara dokumen yang disertakan ialah :
a. Surat Pengesahan oleh majikan (P4 dan P4A) tempat Ahmad
Kamal bin Zulkifly bekerja.
b. 3 bulan slip gaji (P3A-C) pemohon bagi bulan November 2012,
Disember 2-12 dan Januari 2013 atas nama Ahmad Kamal bin
Zulkifly.
c. 1 salinan kad pengenalan )P2) atas nama Ahmad Kamal bin
Zulkifly.
d. Borang permohonan (P1) yang lengkap diisi atas nama Ahmad
Kamal bin Zulkifly.
e. Borang Biro Angkasa (P5).

3. Mengikut borang permohonan itu, tarikh permohonan dbuat adalah


pada tarikh 05.02.2013. Orang yang membuat permohonan itu ialah
Ahmad Kamal bin Zulkifly (Responden).

4. SP1 adalah pegawai yang akan bertanggungjawab untuk meluluskan


permohonan pinjaman ini jika sekiranya semua prosedur dipatuhi and
dokumen yang dikemukakan adalah lengkap. Dalam kes ini
5

permohonan oleh Responden, SP1 telah teliti dokumen yang telah


dikemukakan.

5. Sebelum itu, semakan ke atas borang permohonan dan dokumen


yang disertakan oleh pemohon iaitu Responden telah dibuat oleh
pegawainya sebelum diserahkan kepadanya. Hanya setelah
pegawainya berpuashati yang borang permohonan dan dokumen
yang disertakan adalah lengkap, barulah borang permohonan itu
diserahkan kepada SP1 untuk tindakan meluluskan pinjaman itu. SP1
juga setelah berpuashati dengan semakan yang dibuat olehnya dan
pegawai SP1 dan semua dokumen tersebut adalah lengkap barulah
SP1 meluluskan pinjaman yang dipohon oleh Responden.

6. Permohonan pinjaman oleh Responden ini diterima sebelum itu oleh


Encik Zamakhsyari bin Omar (SP2) yang merupakan “consumer
business officer”. SP2 sahkan hanya Responden seorang sahaja
yang datang membawa borang dan dokumen semasa berjumpanya
di kaunter. SP2 terima dokumen-dokumen di kaunter CSR di Agro
Bank Bandar Tasik Selatan. Jumlah pinjaman yang dipohon oleh
Responden adalah RM 75,000.00. Pinjaman ini telah diluluskan oleh
SP1 pada 06.02.2013 setelah mendapati dokumen-dokumen adalah
lengkap dan tulin.

7. Borang permohonan dan dokumen-dokumen yang disertakan itu,


SP2 telah kemudiannya meletakkan di atas meja Encik Izham
Hazamee bin Che Hamzah (SP3) iaitu pembantunya. Ini adalah
untuk membolehkan SP3 semak dan proses borang permohonan
6

kerana SP2 berkursus pada 06.02.2013. SP3 telah membuat


semakan ke atas dokumen yang dikepilkan bersama borang
permohonan itu. Hasil semakan SP3 ini dapati dokumen-dokumen
tersebut adalah lengkap.

8. Tindakan SP3 seterusnya adalah untuk buat pengesahan majikan.


Dia telah guna nombor telefon yang diambil daripada Telekom iaitu
03-60643130. Ia adalah nombor telefon bagi Sekolah Rendah
Agama, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sepertimana yang tertera
di dalam surat pengesahan oleh majikan Responden. SP3 telah
hubungi sekolah itu dengan menggunakan nombor tersebut.

9. Ia bertujuan untuk buat semakan ke atas kakitangan dan gaji


Responden yang dikatakan bekerja di situ. SP3 telah hubungi pihak
sekolah dan telah bercakap dengan seorang perempuan yang
perkenalkan dirinya sebagai Puan Rohayah Shukor yang dikatakan
bertugas sebagai Pembantu Tadbir Gred W17. Dari dokumen-
dokumen P2-P5 yang dikepilkan bersama dengan borang
permohonan pinjaman itu, ia disahkan oleh Nadzuha binti Ahmad,
Guru Besar Sekalah Rakyat Agama Kuala Kubu Bharu, Hulu
Selangor.

10. Mengikut prosedur Bank pengesahan ke atas majikan


sebaiknya dibuat dengan orang lain selain daripada orang yang
tandatangan surat pengesahan tersebut. Ini adalah untuk elak
daripada adanya pertukaran maklumat sebenar. SP3 buat semakan
ini berdasarkan dokumen yang dikemukakan bagi permohonan ini
7

iaitu kad pengenalan, slip gaji dan surat pengesahan yang dianggap
tulin. Dia telah buat semakan berkaitan nama kakitangan iaitu Encik
Ahmad Kamal bin Zulkifly, nombor kad pengenalan, jawatan beliau,
umur pilihan bersara, gajinya iaitu penyata gaji and juga nama guru
besar sekolah tersebut.

11. Hasil semakan tersebut didapati apa yang dikemukakan oleh


Pemohon adalah sama seperti nama yang direkodkan di sekolah
tersebut hasil apa yang diberitahu oleh orang yang bernama Puan
Rohayah Shukor itu. Ini meyakinkan SP3 yang nama Pemohon,
jawatannya, serta gaji adalah betul setelah disahkan oleh wakil
tempat yang dikatakan Responden kononnya bekerja. Mengenai
Guru Besar di Sekolah Agama tersebut, semakan daripada Puan
Rohayah oleh SP3 mengesahkan bahawa Nadzuha bt Ahmad adalah
Guru Besar Sekolah itu.

12. SP3 juga buat semakan C-Tos dengan guna nombor kad
pengenalan Responden untuk tentukan sama ada nama Responden
ada rekod saman, blacklist dan bankrapsi dan dapati ia adalah
bersih.

13. Setelah berpuashati permohonan adalah teratur dan dokumen


adalah tulen, SP3 serahkan kepada SP1 untuk tindakan meluluskan
pinjaman. SP1 telah luluskan pinjaman itu. Wang sebanyak RM
75,000.00 telah dikreditkan ke dalam akaun Responden yang telah
dibuka bagi tujuan pinjaman ini.
8

14. Selepas pembiayaan diluluskan, pihak bank telah sediakan


dokumen perjanjian jualan dan belian beserta surat akad jual beli.
Responden telah dipanggil oleh pihak bank untuk tandatangan
perjanjian jual beli dan berserta akad jual beli. Surat Perjanjian belian
(P9) dan surat akad jual Beli (P10) ini ditandatangan oleh Responden
di haapan Encik Amirul Zaidi bin Yahya.

15. Setelah pembiayaan dilulus dan perjanjian di tandatangan oleh


Responden dan selesai akadnya, bank telah sediakan pengeluaran
wang serta matikan setem pada perjanjian. Responden telah
dihubungi oleh bank untuk datang ke bank membuat pengeluaran
pinjaman dan juga penjelasan bayaran duit setem, bayaran insuran
kredit dan wang tahan sekuriti, juga kekalkan baki simpanan
sejumlah RM 250,000. Responden telah hadir ke bank untuk urusan
ini. Setelah semua perkara di atas dilunaskan oleh bakinya
dikreditkan ke akaun Responden.

16. Selepas daripada proses ini, Responden telah keluarkan wang


daripada akaunnya pada hari yang sama iaitu pada 18.02.2013
sejumlah yang berjumlah RM 385.00 melalui kaunter. Pada hari yang
sama juga, Responden telah keluarkan wang dan buat pindaan
melalui Interbank transfer ke Malayan Banking. Selepas itu
Responden sekali lagi pada hari yang sama telah keluarkan wang
sejumlah RM 28,400.00 melalui kaunter. Seterusnya, Responden
telah keluarkan melalui mesin ATM pada 25.02.2013 yang bukan
melalui mesin ATM Agro Bank, sejumlah RM 1,501.00 dan kedua
sebanyak RM 501.00 juga hari yang sama. Kemudian pada hari
9

sama juga Responden telah keluarkan RM 500.00 melalui mesin


ATM Agro Bank. Ini disahkan oleh Iswan Musri bin Ismail (SP4)
seorang kerani di Agro Bank.

17. Dalam melakukan penipuan ini, OKT 2 telah mendapat bantuan


daripada seorang yang bekerja sebagai Pembantu Tadbor Sekolah
Rendah Agama, Kuala Kubu Baru iaitu Mahani binti Abdul Hakim
(SP6). Dia telah menyamarkan dirinya sebagai Puan Rohayah
Shukor semasa menerima panggilan telefon daripada SP3. Dia
mengesahkan semua butiran yang palsu itu mengenai Responden ini
kepada SP3.

18. SP6 terlibat dalam penipuan ini kerana sebelum ini dia pernah
berurusan dengan OKT 2 bagi mendapatkan pinjaman wang peribadi
untuk dirinya daripada bank. OKT 2 telah Berjaya dapatkan pinjaman
dari bank seperti yang dikehendaki. “Modus operandi” yang dilakukan
oleh OKT 2 ialah dia hanya minta salinan kad pengenalan dari
pemohon sahaja. Lain-lain dokumen sokongan seperti slip gaji, surat
pengesahan majikan dan lain-lain akan disediakan oleh OKT 2.

19. Mengikut keterangan oleh SP6, dia hanya menghantar borang


permohonan pinjaman kewangan dan tandatangan dokumen
perjanjian pinjaman sahaja. Dokumen-dokumen lain akan disediakan
oleh OKT 2. Tanpa bantuan OKT 2, SP6 tidak akan boleh diluluskan
pinjamannya kerana gajinya tidak cukup. Malahan pinjaman oleh SP6
ini, dia hanya memperolehi separuh sahaja dari jumlah pinjaman dan
sebahagian lagi diserahkan kepada OKT 2. Wang yang diberikan
10

kepada OKT 2 itu kononnya adalah untuk urusan pentadbiran


pinjaman itu.

20. Disebabkan termakan budi dan juga dijanjikan habuan


sekiranya suatu pinjaman itu yang diuruskan oleh OKT 2 itu Berjaya
diluluskan, SP6 sanggup membantu OKT 2 memberikan maklumat
palsu kepada pihak bank tentang sesuatu permohonan tersebut.
Itulah “modus operandi” yang dilakukan oleh OKT 2 dalam
kegiatannya menipu bank bagi menjayakan sesuatu permohonan
pinjaman oleh seseorang yang perlukan bantuannya. Di dalam kes ini
OKT 2 telah minta SP6 membantunya untuk menipu pihak bank yang
kononnya Responden bekerja di Sekolah Rendah Agama Kuala
Kubu Baru, tempat di mana SP6 bertugas apabila pihak bank
menelefonnya. Tugasan ini telah dilakukan oleh SP6 dengan
sempurna atas arahan OKT 2.

21. Sebelum itu, butir-butir maklumat Responden yang berhajat


hendak membuat pinjaman akan emailkan kepada SP6 oleh OKT 2.
Dokumen tersebut adalah seperti surat pengesahan majikan dan slip
gaji atas nama Responden. Tujuan dokumen ini di emailkan kepada
SP6 adalah untuk di cetak dan buat persediaan jika sekiranya bank
telefon dan tanyakan tentang maklumat dokumen-dokumen bagi
tujuan pinjaman yang akan dibuat oleh Responden, SP6 akan
sahkan semua maklumat itu sebagai betul dan tulen bagi pihak
Sekolah Rendah Agama, Kuala Kubu Baru. Mereka guna email
peribadi.
11

22. Pn.Nadzuha bt Ahmad (SP7) iaitu Guru Besar Sekolah Rendah


Agama Kuala Kubu Baru mengesahkan tiada orang bernama Ahmad
Kamal dan Puan Rohayah Shukor bekerja di situ.

23. Pihak bank kemudiannya mendapat tahu dokumen-dokumen


yang diserahkan oleh Responden adalah palsu setelah mendapat
maklumat daripada cawangan Agro Bank lain iaitu Cawangan
Cheras. Selepas mendapat maklumat ini, bank telah buat siasatan.
Pegawai Agro Bank Cawangan Cheras telah telefon kepada Pegawai
Bank Bandar Tasik Selatan iaitu SP3 dan bertanyakan adakah bank
telah terima pinjaman daripada Sekolah Rendah Agama, Kuala Kubu
Baru.

24. SP3 telah beritahu kepada pegawai bank di Cheras bahawa


bank di cawangan Bandar Tasik Selatan telah terima permohonan
daripada Sekolah berkenaan. Pegawai Agro Bank dari Cheras telah
minta SP3 semak semula dengan sekolah berkenaan. SP3 telah buat
panggilan semula ke sekolah tersebut, dan mendapati bahawa
kakitangan sekolah yang angkat telefon pada mula-mula
permohonan ini diproses telah tidak wujud.

25. Selepas mendapat tahu tentang penipuan ini, SP1 bersama


SP3 telah buat laporan polis atas kejadian ini di Balai Polis Sg.Besi
iaitu Sg.Besi Report 2377/13. Di dalam siasatan Polis, didapati OKT
2 telah meminta bantuan dengan mengupah Muhammad Khairul bin
Musa (SP8) seorang yang mahir di dalam IT membuat slip gaji bagi
pihak Responden yang palsu. Dia juga diminta membuat Letterhead
12

Sekolah Rendah Agama, Kuala Kubu Baru setelah mendapat contoh


daripada SP6.

26. Pakar forensic polis Inspektor Mohd Razif bin Md.Zahid (SP9)
dari Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia telah membuat
pemeriksaan ke atas computer riba milik SP8 dan OKT 2. Hasil
pemeriksaan itu didapati di dalamnya terdapat dokumen slip gaji atas
nama Responden serta surat pengesahan majikan atas nama
Responden juga dari Sekolah Rendah Agama, Kuala Kubu Baru.

27. Adalah didapati OKT 2 telah juga mempergunakan Responden


sebagai mangsanya untuk memperdayakan Agro Bank Cawangan
Bandar Tasik Selatan, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dengan mengemukakan dokumen-dokumen palsu melalui
RESPONDEN sehingga menyebabkan pihak Agro Bank meluluskan
pinjaman sejumlah RM 75,000.00 dengan memasukkan wang
tersebut ke dalam akaun Responden.

28. Responden juga hanya mendapat sebahagian sahaja wang


yang dibuat pinjamannya dan selebihnya telah diberikan kepada OKT
2. Pihak Agro Bank tidak akan berbuat demikian sekiranya mereka
tahu yang dokumen-dokumen yang dikemukakan itu adalah tidak
tulen.
13

Penghujahan Pihak Perayu / Timbalan Pendakwa Raya

1. Pihak Timbalan Pendakwa Raya telah tidak berpuashati dengan


perintah dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen atas alasan-
alasan berikut :

(a) Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila gagal mengambil kira fakta bahawa
Responden mempunyai niat bersama OKT 2 untuk
memperdayakan bank bagi tujuan memperolehi pinjaman.

(b) Tuan Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila gagal memgambil kira fakta bahawa
dokumen palsu telah dikemukakan oleh Responden kepada
pihak bank bagi tujuan memperolehi pinjaman.

(c) Tuan Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila mengambil kira fakta bahawa
Responden telah dipergunakan dan diperdayakan oleh OKT 2
berdasarkan keterangan OKT 1 semata-mata.

(d) Tuan Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila gagal mengambilkira sepenuhnya fakta
bhawa Responden tidak bekerja dan tidak ada sumber
pendapatan namun masih mengemukakan permohonan
pinjaman kepada bank.
14

(e) Tuan Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila terlalu mengambilkira keadaan fizikal,
tingkah laku serta mental Responden dan menganggap
Responden tidak berapa cerdik dan lembab pemikiran.

(f) Tuan Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila gagal mengambilkira fakta bahawa
Responden adalah seorang lepasan diploma dan mempunyai
pengalaman bekerja sebagai seorang kerani.

(g) Tuan Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila mengambilkira fakta bahawa
Responden telah dimanipulasi oleh OKT 2 dan juga menjadi
mangsa penipuan oleh OKT 2.

(h) Tuan Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila gagal mengambilkira fakta bahawa
Responden telah mengemukakan permohonan pinjaman
kepada bank sendiri dan telah ditemubual oleh pegawai bank
berkenaan dengan pekerjaan Responden.
15

Penghujahan Peguam Responden

Pihak peguam menghujahkan bahawa:

1. Responden tidak mengetahui pihak mana yang mengisikan Borang


Permohonan (P1).

2. Justeru itu pihak Responden bukanlah merupakan orang yang


memberikan atau menyediakan maklumat-maklumat palsu dalam
(P1) mengenai:
(a) Tempat pekerjaan (Sekolah Rendah Agama, Kuala Kubu
Bahru, H Selangor);
(b) Jawatan;
(c) Enyata Gaji (melalui 3 bulan penyata gaji);
(d) Cop pengesahan dan tandatangan majikan iaitu Gurubesar,
Nadzura binti Ahmad, Sekolah Rendah Rakyat, K.K.Bharu,
H Selangor);

3. Saksi (Sp 6) telah secara mengetahui dan dengan niat tidak jujur
telah mengelirukan Pegawai Bank (SP 3) dengan mengesahkan
segala maklumat-maklumat dalam (P1) mengenai majikan,
pendapatan, jawatan yang dipegang dan cop serta tandatangan
Pengetua. Justeru itu (SP6) memainkan peranan penting dalam
mengelirukan pihak Bank mengenai permohonan pinjaman yang
dibuat oleh pihak Responden;
16

4. (Sp 6) senbenarnya telah dihubungi oleh OKT 2, REdzuan bagi


membantunya memalsukan dokumen-dokumen dan membuat
pengesahan dalam Borang Permohonan (P1);

5. (SP 6) telah bekerjasama dengan OKT 2 untuk mengelirukan pihak


Bank dan telah membantu OKT 2 dimasa-masa yang lalu;

6. Saksi (SP 8) sebenarnya telah menyediakan okumen-dokumen palsu


tersebut (P3 a-c), (P4), (P31) dan sebagainya diatas arahan dan
kepunyaan OKT 2 dan bukan untuk Responden;

7. Dalam menyediakan dokumen-dokumen palsu tersebut, (SP 8) telah


diberikan segala butiran-butiran oleh OKT 2 melalui E-Mail dan tiada
kaitan langsung dengan penglibatan RESPONDEN

Beban Pembuktian oleh Pihak Pendakwaan :

Di Akhir kes pendakwaan, adalah menjadi tugas dan Beban statutory


kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan suatu kes “Prima Facie”
menurut Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah dengan membuktikan
kesemua elemen-elemen perundangan sebelum Responden dipanggil
untuk menjawab sebarang pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Suatu kes “Prima Facie” dinyatakan dan diulangkan dengan tegas dalam
kes: Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor (2003) @ MLJ 65 at 81
(E-F) (MR)
17

“It is therefore follows that there in only once exercise that a judge
sitting alone under Section 180 of the Code has to undertake at the
close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution
evidence to the maximum evaluation and to ask himself the
question, if decide to call upon the accused to enter his defence and
he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality
of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is
in negative then no prima facie case has been made out and the
Accused would be entitled to an acquittal”. Dalam kes Public
Prosecutor v. Ong Cheng Heong (1998) 6 MLJ 678 at 691,
Mahkamah Rayuan juga menerangkan “approach” yang perlu
diambil menurut Seksyen 173(f) dan 180 KPJ di akhir kes
pendakwaan…..”, Begitu juga dalam kes Pendakwa Raya lawan
Mohd Radzi bin Abu Bakar (2006) 6 CLJ 465 , yang mana
Mahkamah Persekutuan juga menerima pakai ujian-ujian yang
disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes: Looi Kow Chai…”.

Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut :

(i) the close of Prosecution’s case, subject to the evidence


led by the Prosecution in its totality to a maximum
evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of
the Prosecution’s witnesses. Take into account all
reasonable inferences that may be drawn from that
evidence. If the evidence admits two or more inferences,
then draw the inference that is most favourable to the
accused;

(ii) ask yourself the question, IF I now call upon the accused
to make his defence and he elects to remain silent am I
prepared to convict him on the evidence now before
me? If the answer to that question is “YES” the defence
should be called. If the answer is “NO” then, a prima facie
case has not been made out and the accused should be
acquitted;
18

(iii) After the defence is called, the accused elects to remain


silent, then convict;

(iv) After defence is called, the accused elect to give


evidence, then go through the steps set out in Mat v.PP
(1963) MLJ 263

Pendapat Mahkamah:

Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah samada


Mahkamah ini boleh dan perlu mencampuri urusan keputusan
kehakiman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Mahkamah
ini merujuk kepada penghakiman kes : Public Prosecutor v Mohomad
Nor & Ors (1985)2 MLJ2006 seperti berikut :

“The High Court, “should be slow to interfere or disturb with a


sentence passed by the court below unless it is manifestly
wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the
proved facts and circumstances. And the mere fact that another
court to interfere if the court below applies the correct principle
in the assessment of the sentence”.

Dalam menilai keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen,


Mahkamah ini telah menilai rekod Rayuan dan adalah didapati dalam
memutuskan samada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes
Prima Facie atau sebaliknya, Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat
suatu penialian secara maksima yakni memberikan segala pertimbangan
yang sewajarnya keterangan saksi-saksi pendakwaan dan hujahan oleh
kedua-dua pihak pendakwaan dan pihak peguam.
19

Adalah jelas melalui keterangan saksi (SP 1), iaitu Pengurus Cawangan
Agro Bank Bandar Tasik Selatan, Responden sememangnya ada membuat
permohonan pinjaman setakat 5 Februari 2013 dan permohonan tersebut
telah diluluskan pada keesokan harinya (6 Februari 2013). Adalah jelas
juga bahawa wang RM75,000-00 telah dikreditkan dalam akaun kepunyaan
Responden setelah pinjaman tersebut diluluskan.

Daripada keterangan-keterangan saksi, adalah jelas juga bahawa


permohonan pinjaman yang dibuat oleh Responden ini disertakan dengan
dokumen-dokumen seperti disyaratkan oleh pihak Bank iaitu:

(a) Borang Permohonan Pinjaman (P1);


(b) 3 bulan Slip gaji (P3A-C) Responden bagi bulan November 2012,
Disember 2012 dan Januari 2013;
(c) Surat pengesahan jawatan oleh Majikan (P4 dan P4A);
(d) 1 salinan Kad Pengenalan Responden
(e) Borang Biro Angkasa (P5)

Walaubagaimanapun ujud keterangan bahawa dokumen-dokumen (a)


hingga (c) adalah dokumen-dokumen yang dipalsukan oleh OKT 2 yang
disediakan oleh pihaknya, malahan Borang Permohonan Pinjaman juga
telah disediakan oleh OKT 2. Dalam keadaan sedemikan, Responden telah
membawa kesemua dokumen-dokumen tersebut kepada pihak Bank untuk
pertimbangan.

Dalam mengenal pasti samada dokumen-dokumen diatas adalah palsu


dan sebaliknya, keterangan saksi (SP 9) yang merupakan saksi forensic
telah mengesahkan bahawa dokumen-dokumen tersebut diperolehi
daripada computer milik OKT 2 dan jelas telah dipalsukan.
20

Keterangan saksi (SP 8) menjelaskan bahawa OKT 2 telah meminta beliau


untuk memalsukan dokumen-dokumen tersebut. Dokumen-dokumen
tersebut telah diserahkan oleh OKT 2 kepada Responden untuk dimajukan
kepada pihak Agro Bank untuk permohonan pinjaman yang dibuat oleh
Responden.

Keterangan (SP 8) adalah seperti berikut:

“beri keterangan berkenaan…..kes penipuan keatas Agro Bank


melibatkan seorang yang bernama Redzuan (OKT 2) dan Mohd
Kamal…”

“….saya tidak kenal Ahmad Kamal hanya kenal Redzuan….”

“…..secara peribadi saya tidak kenal dengan RESPONDEN (Ahmad


Kamal, Responden)

Dalam Rekod Rayuan, dimuka surat 192-193, 195 Jilid 2 mengesahkan


bahawa (SP 8) yang menyediakan dokumen-dokumen palsu seperti (P3 a
– c), (P4), (P31) dan sebagainya diatas arahan Redzuan (OKT 2) dan
bukan Responden.

(SP 8) selanjutnya menyatakan bahawa beliau telah diminta untuk


membuat pindaan kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor akaun
bank dan penyata gaji melalui contoh yang dibekalkan oleh OKT 2 dalam
emailnya.

Memburukan lagi keadaan kes ini, saksi (SP 6) yang bekerja di Sekolah
Rendah Agama, Kuala Kubu Bahru menyatakan bahawa OKT 2 telah
21

meminta beliau untuk memberikan maklumat palsu kepada pihak Bank


terhadap dokumen-dokumen yang melibatkan Responden. Saksi ini
menegaskan bahawa beliau telah menipu pihak Bank dengan menyatakan
bahawa Responden bekerja di sekolah berkenaan. Keterangan ini telah
dinafikan oleh Gurubesar sekolah tersebut, (SP 7) Puan Nadzula yang
menyatakan bahawa Responden tidak bekerja disekolah berkenaan.

Dalam Rekod Rayuan muka surat 162, Jilid 2, Adalah jelas bahawa
keterangan saksi (SP 6) telah memainkan peranan penting untuk
mengelirukan pihak Bank berkaitan dengan Permohonan Pinjaman yang
dibuat oleh Responden. Saksi ini telah mengesahkan bahawa beliau telah
dihubungi oleh OKT 2, Redzuan untuk menolongnya memalsukan
dokumen-dokumen dan mengesahkan segala maklumat yang terkandung
dalam Borang Permohonan (P1) dan Penyata 3 Bulan Gaji (P3 a – c).
Saksi ini menyatakan selanjutnya bahawa beliau telah menerima Surat
Pengesahan (P4) melalui E-Mail OKT 2. Saksi ini telah menambahkan Cop
Gurubesar dan “letterhead” Sekolah Rendah Agama, Kuala Kubu Bahru.
Diakhir keterangan (SP 6) telah mengesahkan bahawa beliau telah
dijanjikan dan menerima RM3,000-00 daripada OKT 2 diatas tugas-tugas
yang dijalankan dan ada membantu OKT 2 dalam dua kejadian yang
dahulu daripada kes ini.

Justeru itu adalah jelas bahawa Pinjaman Responden telah diluluskan oleh
pihak Bank kerana tertipu dengan dokumen-dokumen yang terbukti telah
dipalsukan. Dokumen-dokumen tersebut bersama-sama dengan Borang
Permohonan Pinjaman (P1) telah dibawa sendiri oleh Responden kepada
pihak Bank semasa membuat permohonan tersebut. Dokumen-dokumen
tersebut telah dipalsukan hasil perbuatan OKT 2 dengan bantuan kedua-
22

dua saksi (SP 6) dan (SP 8). Diatas perkara-perkara ini, Mahkamah ini
berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan
yang betul setelah membuat penilaian yang maksima dengan memanggil
Responden dan OKT 2 untuk membela diri

Beban Pembuktian di Akhir kes Pembelaan

Di Akhir kes pembelaan, mahkamah ini telah merujuk kepada beberapa


kes dibawah bagi mengetahui tugas-tugas mahkamah yang perlu diambil
kira sebelum sesuatu keputusan akhir dapat diadakan. Mahkamah ini telah
merujuk kepada Kes: Arulpragasan a/l Sandaraju v. Public
Prosecutor(1997) 1 MLJ at. 76 (FC) yang menyatakan:

“……..the second stage comes after the defence has been called.
The defence can either rebut the prosecution evidence or raise a
reasonable doubt as to the truth of the prosecution case. At the
end of the defence case, it is the duty of court to consider the
defence evidenve in the light of the prosecution evidence. The court
considers the case as a whole. Then and only then, the court will
make a finding on the guilt of the accused. This is pursuant to
section 183 of the Code…….”

Dalam kes: Yap Sing Hock & Anor v. Public Prosecutor(1992) 2 MLJ 714
(SC)

“…..It is a fundamental principle in our law that the prosecution has


to prove every ingredient of the offence or charge beyond a
reasonable doubt……..the onus never changes. There is no duty cast
on an accused person to established
his innocence………”
23

Begitu juga dalam Kes:Pendakwa Raya lawan Mohd Radzi bin Abu Bakar
(2006) 6 CLJ 465(FC) yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerima
pakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes:
Looi Kow Chai. Justeru itu secara ringkasannya adalah seperti berikut:

(i) the close of Prosecution’s case, subject to the evidence


led by the Prosecution in its totality to a maximum
evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of
the Prosecution’s witnesses. Take into account all
reasonable inferences that may be drawn from that
evidence. If the evidence admits two or more inferences,
then draw the inference that is most favourable to the
accused;

(ii) ask yourself the question, IF I now call upon the accused
to make his defence and he elects to remain silent am I
prepared to convict him on the evidence now before me?
If the answer to that question is “YES” the defence should
be called. If the answer is “NO” then, a prima facie case
has not been made out and the accused should be
acquitted;

(iii) After the defence is called, the accused elects to remain


silent, then convict;

(iv) After defence is called, the accused elect to give


evidence, then go through the steps set out in Mat v.PP
(1963) MLJ 263

Justeru itu, Di Akhir pembelaan diri Responden adalah menjadi tugas


mahkamah untuk menimbangkan samada keterangan pembelaan diri
Responden telah berjaya menimbulkan apa-apa keraguan yang
munasabah keatas kes pendakwaan ataupun mematahkan Anggapan kes
pendakwaan. Seksyen 173(m) dan 182A Kanun Prosedur Jenayah
24

menghendaki mahkamah menimbangkan kesemua keterangan yang


dikemukakan dihadapannya dan hendaklah memastikan samada
pendakwaan telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan
munasabah (has proves its case beyond reasonable doubt).

Didalam kes rayuan dihadapan mahkamah sekarang, mahkamah ini juga


perlu menilai samada Hakim Mahkamah Sesyen telah benar-benar
menuruti segala peruntukan undang-undang dan juga merujuk kepada nas-
nas yang ditetapkan dalam memberikan keputusan yang adil.

Didalam kes pembelaan, hanya Responden sahaja memberikan


keterangan secara bersumpah di kandang saksi. Manakala OKT 2 yang
dipanggil untuk membela dirinya telah membuat pengakuan bersalah dan
dihukum Penjara selama 3 tahun dan 2 Sebatan. Pembelaan Responden
adalah seperti berikut:

Secara ringkas keterangan Responden adalah :

a. Dia ingin memulakan perniagaan mesin basuh dan perlukan duit. Dia
cuba buat pinjaman dari institusi lain seperti MARA tetapi gagal.

b. Atas keinginan dan minatnya itu, dia terus mencari cara untuk
dapatkan wang. Akhirnya dia melayari laman web dan bertemu
dengan peluang untuk mendapatkan wang dengan cara pinjaman
dari bank. Laman web tersebut kepunyaan OKT 2 yang dikatakan
memberi perkhidmatan membantu mereka yang ingin buat pinjaman
dengan bank.

c. Setelah mendapat maklumat secukupnya dari OKT 2, Responden ini


telah berjumpa dengan OKT 2. Dalam pertemuan itu OKT 2 telah beri
jaminan yang Responden boleh buat pinjaman dan ianya boleh
diluluskan. Responden hanya hendak pinjaman sejumlah RM
20,000.00 sahaja tetapi OKT 2 cadangkan pinjaman dibuat sejumlah
RM 75,000.00 yang mana dipersetujui oleh OKT.
25

d. Responden hanya diminta oleh OKT 2 supaya sediakan salinan kad


pengenalannya sahaja serta butir dan maklumat peribadinya kepada
OKT 2. Lain-lain akan diuruskan oleh OKT 2.

e. Pada 05.02.2013 , OKT 2 minta Responden hadir ke Agro Bank di


Cawangan Bandar Tasik Selatan. OKT 2 juga telah beritahu yang
semua dokumen untuk OKT 1 buat pinjaman telah disediaka.
Responden hanya diminta serahkan semua dokumen ke kaunter
bank untuk tindakan selanjutnya. OKT 2 telah serahkan satu sampul
surat kepada Responden untuk dia serahkan kepada pegawai bank.

f. Responden tidak tahu apa isi kandungannya dan semasa di bank


pun dia tidak ditunjukkan dokumen-dokumen untuk menandatangani
borang permohonan pinjaman P1 sahaja.

g. Akhirnya pinjaman Responden diluluskan tanpa ada masalah.


Setelah Responden memberitahu kepada OKT 2 yang pinjaman
diluluskan, OKT 2 minta Responden serahkan 50% dari jumlah
pinjaman iaitu RM 33,400.00 . Ini kononnya sebagai bayaran
perkhidmatan.

Dalam Mahkamah ini bersetuju dengan persoalan fakta yang dicapai oleh
Hakim Mahkamah Sesyen bahawa semua dokumen-dokumen yang
diserahkan oleh Responden, melainkan salinan kad pengenalan dan
butiran peribadinya adalah disediakan oleh OKT 2 tanpa penglibatan
Responden pun. Hakim Sesyen menyatakan begini dimuka surat 24, Jilid 1
perenggan 9 Rekod Rayuan:

“……………tidak dapat dibuktikan yang RESPONDEN ada niat


bersama dengan OKT 2……….”

“…..tiada sebarang pakatan antara mereka berdua……………”


26

Dalam menerima keterangan ini sebagai pembuktian terhadap Responden,


Mahkamah ini telah menilai keterangan Responden pada muka surat 21
Jilid 1 Rekod Rayuan yang mana Responden tidak pernah meminta OKT 2
untuk menyediakan sebarang dokumen untuk dia membuat pinjaman. Dia
hanya minta OKT 2 uruskan pinjaman sahaja. Responden hanya melihat
dokumen Surat Pengesahan Majikan (P4), Slip Gajinya (P3 a – c) pada kali
pertama semasa ditahan polis. Justeru itu Responden tiada pernah berniat
dan merancang untuk menipu Bank.

Lanjutan daripada ini juga, Hakim Sesyen telah membuat penemuan fakta
dan dapat melihat secara terus perwatakan Responden semasa hari
perbicaraan. Pada muka surat 353, Jilid 3 Rekod Rayuan, Hakim Sesyen
dalam Nota Perbicaraan telah menyatakan begini:

“……RESPONDEN (Responden) ini memang pada pandangan


Mahkamah seorang yang jujur, lurus bole dan dipercayai………”

Dalam mukasurat 354, Jilid 4 Rekod Rayuan, Hakim Sesyen sekali lagi
telah membuat penilaian sendiri mengenai Responden dengan
menyatakan begini:

“……RESPONDEN ini mempunyai karakter”

Justeru itu, berdasarkan kepada penemuan dan penglihatan sendiri


semasa perbicaraan, Mahkamah ini bersetuju dan tidak akan menganggu
27

kedapatan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, yang mama dalam muka surat
14, perenggan 27, Jilid 1 Rekod Rayuan, Hakim Sesyen telah mendapati
bahawa OKT 2 telah mempergunakan Responden sebagai mangsa untuk
mengemukakan dokumen-dokumen palsu melaluinya. Malah seawal-awal
lagi di mukasurat 24 para 11, Jilid 1 Rekod Rayuan, Hakim Sesyen telah
memerhatikan tingkah laku fizikal, tingkah laku serta mental Responden
sejak dari mula perbicaraan sehinggalah selesai perbicaraan. Hakim
Sesyen telah mendapati Responden boleh dianggap sebagai orang yang
tidak berapa cerdik dan lembap pemikirannnya. Responden mudah
diperdayakan oleh orang yang ingin menipu dan mempergunakannya.

Dimuka surat 25 para 3, Jilid 1 Rekod Rayuan, Hakim Sesyen ingin


menyatakan:

“………..Mahkamah sendiri telah melihat perwatakan RESPONDEN


sepanjang perbicaraan dan percaya serta yakin OKT adalah seorang
yang lembap pemikirannya dan seorang yang lurus, tidak boleh
memikir samada perkara itu betul atau tidak, samada salah disisi
undang-undang atau tidak…………”

Bagi mengekalkan isu ini, Responden telah mengemukakan Laporan


Perubatan (D 87) dan (D 88), seperti dimuka surat 688 hingga 693, Jilid 5
Rekod Rayuan dan seterusnya bersamaan dengan pandangan dan
kedapatan Hakim Mahkamah Sesyen.
28

“…………..kedua-dua laporan tersebut jelas OKT mengalami


masalah pemikiran yang diklasifikasikan sebagai “slow thinker”……

Dalam menyimpulkan kedapatan oleh Hakim Mahkamah Sesyen,


mahkamah ini mendapati kejadian penipuan sememangnya telah berlaku.
Walaubagaimanpun, dalam keadaan Responden yang mempunyai
pemikiran yang begitu lembap dan penyediaan dokumen-dokumen oleh
pihak lain, serta pengakuan bersalah oleh OKT 2, mahkamah ini
berpendapat bahawa elemen terpenting iaitu Responden mempunyai niat
Curangnya untuk memperdayakan pihak Bank tidak ujud dan gagal
dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Adalah menjadi suatu undang-undang muktamad bahawa Mahkamah


Rayuan tidak akan menganggu dengan suatu keputusan yang dibuat oleh
mahkamah bawahan melainkan keputusan tersebut “manifestly
unsustainable at law”. Dalam kes Mahkamah Rayuan Alandu A/L
Santhanasamy v Public Prosecutor, Criminal Appeal No. K-05-334-
12/2011, YA Hamid Sultan bin Abu Backer, HMR memperingatkan :

“It is well settled that in the hands of the trier of facts to assess the
quality of evidence and to determine whether the evidence on record
justices a conviction. In so doing it the court orders an acquittal or
conviction it cannot be set aside by the appellate court unless it
records a finding that the view taken by the trial court was not a
possible reasonable view of the evidence on record (See Pramod
Mandal v State of Bihar (SC) (2004) 4 LRI 24; PP v Thenegaran A/L
Murugan (2013)3MLJ328)”.
29

Dengan segala alasan-alasan penghakiman yang sangat kukuh oleh


Hakim Mahkamah Sesyen dan capaian kredibiliti Responden, mahkamah
ini menolak rayuan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya dan mengekalkan
keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dengan melepaskan dan
membebaskan Responden daripada pertuduhan yang dikenakan
terhadapnya. Mahkamah ini merakamkan ribuan terima kasih kepada
pihak-pihak Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam diatas penghujahan
yang dibuat.

Dated 11 Februari 2016,

(DATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH)

Pesuruhjaya Kehakiman

Mahkamah Tinggi 4 (Bahagian Jenayah)

Kuala Lumpur.

Counsel:

Noor Svetlana binti Datuk Mohd Noor Nordin & Wan Shahida, DPP
Kuala Lumpur – bagi Perayu

Ben George – pihak Responden


30
31
32
33
34
35

Vous aimerez peut-être aussi