Vous êtes sur la page 1sur 1

Tip kesihatan cara Rasulullah

Beribadat malam, selalu bangun sebelum subuh: kesegaran udara awal pagi bagus untuk
kesihatan malah menjadi terapi penyakit Tibi. Ia turut memperkuatkan minda dan perasaan.

Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih, setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut
halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi.

Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang: makanan berlebihan menjadi punca kepada
pelbagai penyakit dan melemahkan badan.

Gemar berjalan kaki: Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi
rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan
peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung.

Tidak marah: Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa
nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat
seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan
kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa
dan mental.

Baginda adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih: sikap ini akan memberikan impak
positif terhadap psikologi manusia.

Antara makanan kegemaran Rasulullah adalah madu: madu terbukti memiliki pelbagai khasiat
untuk kesihatan.

Vous aimerez peut-être aussi