Vous êtes sur la page 1sur 2

Biarlah TN50 ini menjadi saksi dan berkalamlah tawarikh bahawa kita adalah bapa-bapa atau

nenek moyang yang bertanggungjawab, mahu mewariskan yang terbaik dan terhebat,
diperturunkan kepada generasi hari muka.
Begitulah iltizam Datuk Seri Najib Abdul Razak, Bapa Transformasi Malaysia bagi
mencapai perubahan radikal Malaysia dalam masa 30 tahun lagi.

Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama serta seluruh dewan berwibawa.
Assalamualaikum wbt… salam Sehati Sejiwa

Banyak kendala dan cabaran yang perlu dirungkai setiap dimensi dalam mendepani arus
pembangunan dan pemodenan negara. Tambahan pula, tahun keramat 2050 jauh lagi titik
destinasinya. Justeru, kebersamaan seluruh rakyat Malaysia amat diperlukan bagi
merealisasikan aspirasi TN50. Betapa kita harus yakin dan percaya bahawa Aspirasi TN50:
Kolektif Mendukung Realiti.

Sidang Dewan Pencetus Aspirasi,

Sebelum kita melangkah jauh, molek kiranya buah bicara ini dimulakan dengan gagasan
konsepsi agar tautan idea terjalin rapi.

Aspirasi TN50 merupakan suatu hasrat teguh yang sepatutnya dapat dicapai pada tahun
2050 dan aspirasi tersebut telah dirumus dan disimpulkan dalam lima tema utama, iaitu
ekonomi dan pekerjaan, kehidupan dan kesejahteraan, tadbir urus, gaya hidup, dan
masyarakat.

Secara kolektif hasrat tersebut dapat dicapai apabila seluruh rakyat Malaysia berganding
bahu melunaskan tanggungjawab mereka. Perbezaan agama dan bangsa perlu diketepikan,
percanggahan pendapat dan fahaman perlu dilupakan, ideologi yang rencam bukan
dalangnya, malah semuanya perlu bangkit sebagai bangsa Malaysia.

Maka, apabila seluruh rakyat Malaysia berpegang dan seiring mendukung, iaitu menyokong
dan berusaha untuk merealisasikan aspirasi yang dipateri, tidak mustahil imaginasi bertukar
realiti dan kenyataan tersebut dapat dikecapi bukan tatkala ini tetapi 2050 nanti.
Sidang Pendengar Penggerak Aspirasi,

Bicara saya pada hari ini, akan dicerakinkan kepada tiga komponen utama.

Vous aimerez peut-être aussi