Vous êtes sur la page 1sur 11

Menulis karangan dengan menggunakan

teknik yang mudah


Karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana
unsur-unsur yang membina karangan – perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi
serta pengetahuan atau pengalaman – berpunca sepenuhnya daripada penulisnya.
Sekiranya penulis tidak menguasai semua unsur tersebut, karangan berkenaan tidak akan
sempurna.

Karangan juga persis manusia, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah dan anggota
bawah untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini kerana setiap karangan perlu
mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Anggota-anggota badan manusia itu pula perlu
berada di tempatnya yang sebenar atau biasa. Demikianlah juga halnya dengan karangan.
Bahagian-bahagian karangan berkenaan didirikan oleh perenggan.

Didapati bahawa kegagalan calon peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah


(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat markah yang tinggi banyak
disumbangkan oleh kertas karangan. Pelajar mungkin mempunyai idea, tetapi mempunyai
masalah untuk menyampaikan idea tersebut. Oleh yang demikian, pelajar sebenarnya
menghadapi masalah untuk mengarang. Masalah ini timbul disebabkan pelajar tidak
menguasai suatu cara asas atau kemahiran untuk menulis karangan. Pelajar sebaik-baiknya
ditunjukkan langkah atau teknik menulis setiap perenggan supaya mereka dapat menulis
karangan dengan berkesan.

Mengetahui Kehendak Karangan

Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan
baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu
yang ingin dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar perlu
mengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Ini untuk memastikan pelajar menulis isi
yang tepat dan terelak daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.

Membina Perenggan

Setiap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu. Untuk pendahuluan dan


penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Untuk isi, jumlah perenggan
bergantung kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap
memadai untuk sesebuah karangan ialah tiga atau empat. Satu perenggan hendaklah
dibangunkan oleh satu isi utama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, maka jumlah
perenggan untuk isi ialah tiga juga. Dengan yang demikian, karangan tersebut biasanya
mempunyai lima atau enam perenggan. Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan
karangan berkenaan menarik untuk dibaca, malah menggambarkan bahawa pelajar
menguasai teknik penulisan yang berkesan.

Untuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat
yang perlu ditulis. Untuk peringkat PMR, sebaik-baiknya tiga atau empat ayat, manakala
untuk SPM, seelok-eloknya dibina lima ayat. Ini penting untuk mengimbangkan huraian dan
juga jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.
Perenggan Pendahuluan

Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya,


dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat
dengannya.

Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat
pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca
untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian,
yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat
pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara
tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam
bahagian isi nanti.

Lihat contoh pendahuluan di bawah:

(1) Akhir-akhir ini didapati bahawa kualiti air semakin terancam. (2) Banyak kes
pencemaran air dilaporkan berlaku di sana-sini yang sangat membimbangkan
kita. (3) Bukan sahaja air sungai atau laut yang tercemar, malah sekarang
melibatkan air yang diproses di loji pembersihan. (4) Fenomena ini akan
mengancam kesihatan dan keselamatan sesiapa yang
menggunakannya. (5) Masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh sikap anggota
masyarakat sendiri yang tidak memberikan perhatian terhadap kebersihan sumber
alam tersebut.

Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat pengenalan, manakala ayat (2) hingga ayat
(4) ialah ayat huraian. Ayat (5) pula merupakan ayat fokus, yang memberikan bayangan
paling dekat terhadap inti tajuk, "sikap masyarakat merupakan penyebab pencemaran air".

Perenggan Isi

Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam
satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pemeriksa mengenal pasti
isi utama dan isi sampingan. Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang
lebih penting atau dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.

Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi
dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. Bagi pelajar yang
sudah cekap mengarang, ayat topik boleh juga diletakkan di tengah atau bahagian akhir
perenggan. Tetapi, untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan
pada awal perenggan. Ini diikuti oleh dua hingga empat ayat huraian. Ayat ini mengandungi
isi sampingan atau sokongan kepada ayat topik, dan kadangkala termasuk contoh yang
difikirkan sesuai.

Contohnya, pelajar boleh menulis satu perenggan isi sebagaimana yang berikut:

(1) Satu daripada sikap sebilangan anggota masyarakat kita adalah tidak
mementingkan aspek kebersihan persekitaran dalam kehidupan sehari-
hari. (2) Mereka tidak suka kepada sampah-sarap, tetapi mereka mengambil mudah
urusan membuang sampah. (3) Dengan sikap ini mereka menjadikan longkang,
sungai dan tasik sebagai tong sampah, sebagaimana yang lazim berlaku di
perkampungan setinggan. (4) Hal ini bukan sahaja menyebabkan air sungai atau
tasik tercemar, tetapi juga memudahkan terjadinya banjir kilat kerana laluan air
tersekat ketika hujan.

Ayat (1) merupakan ayat topik, iaitu yang menyatakan isi utamanya, "sikap masyarakat
yang tidak mementingkan kebersihan". Ayat-ayat berikutnya merupakan ayat huraian, iaitu
ayat (2) dan (3) memberikan contoh sikap yang dinyatakan, manakala ayat (4)
menerangkan akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

Perenggan Penutup

Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah
dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan ini
dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang
kembali apa yang telah dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis
penutup yang mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan dan membuat
syor. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis
karangan.

Menyatakan semula

Melalui teknik ini pelajar boleh menyebut atau mengulang kembali semua hujah yang
dikemukakan sebagai isi utama secara ringkas. Contohnya:

(1) Sebenarnya banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk
membanteras pencemaran air. (2) Namun usaha tersebut tidak banyak membantu
kerana sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan
persekitaran. (3) Projek pembangunan yang rancak dijalankan di sana-sini tanpa
mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar pula menyebabkan berlakunya
hakisan tanah yang teruk yang mampu menjejaskan kualiti air di sungai atau tasik,
dan keadaan tersebut lebih teruk apabila kebanyakan ahli masyarakat yang tidak
suka mematuhi peraturan yang digubal oleh pihak berkuasa.

Perenggan penutup di atas memuatkan tiga isi utama.

Membuat ramalan

Dengan penutup cara ini, pelajar menghuraikan kemungkinan yang akan berlaku.

Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius.
Pelbagai jenis penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat,
dan menjejaskan kesihatan penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan
peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati pelbagai penyakit
tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar.

Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam dua ayat terakhir.

Memberikan syor

Melalui teknik ini pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang dikira
munasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak
sesuai dengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara untuk menyelesaikan
sesuatu isu. Hal ini kerana pelajar telah menyatakannya dalam perenggan isi, walaupun
berlainan. Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana di bawah ini:

Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di


mana-mana sahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap
kebersihan perlu dipupuk. Kempen, ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari
semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat mendisiplinkan diri dalam aspek
kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal, ditambah atau diubah
suai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas wajib dilaksanakan untuk
memastikan segala program mencapai matlamatnya.

Unsur-unsur Lain yang Penting

Kebanyakan pelajar, khususnya golongan pelajar yang lemah, tidak menitikberatkan hal-hal
teknikal dan unsur tatabahasa tertentu. Selain teknik menulis, hal-hal ini juga sangat perlu
diberikan perhatian untuk menghasilkan karangan yang berkesan.

Mematuhi jenis karangan dan format

Sesetengah jenis karangan memerlukan pendekatan yang berlainan. Karangan


perbincangan perlu diolah secara membincangkan sesuatu isu, seperti tajuk contoh di atas,
berbeza dengan karangan berbentuk cerita atau pengalaman. Manakala karangan yang
berformat – surat kiriman, syarahan, ceramah, perbahasan, wawancara dan seumpamanya
– perlu mematuhi format yang telah ditetapkan.

Bahasa yang berkesan

Bahasa yang tidak berkesan akan melemahkan karangan walaupun mempunyai isi yang
kuat. Unsur utama bahasa yang perlu diberikan perhatian ialah pembinaan ayat serta
pemilihan frasa dan perkataan yang sesuai. Sebaik-baiknya karangan dibina dengan ayat
yang pelbagai jenis atau struktur, iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, ayat
songsang, ayat biasa, ayat aktif, ayat pasif dan ayat-ayat lain yang sesuai. Frasa yang
dibina perlu mengikut Hukum D-M. Manakala perkataan yang dipilih perlu tepat atau jelas
untuk menggambarkan sesuatu, misalnya perlu dibezakan di antara ramai dengan banyak.
Imbuhan juga harus digunakan dengan berhati-hati supaya sesuai dengan kata dasar dan
maksud yang ingin disampaikan.

Ejaan dan tanda baca

Didapati kebanyakan pelajar mengabaikan aspek ini. Ejaan perlu diberikan perhatian kerana
setiap kesalahan ejaan akan dipotong setengah markah

sehingga tidak lebih daripada lima markah untuk keseluruhan karangan. Ini termasuklah
penggunaan tanda sempang (-) pada kata ganda. Tetapi markah tidak dipotong untuk
kesalahan berulang. Banyak pelajar yang tidak menggunakan tanda koma (,), malah tidak
juga menurunkan tanda noktah (.) di akhir ayat. Didapati tanda-tanda bacaan yang lain
seperti noktah bertindih (:), noktah berkoma (;), dan sempang (-) pula tidak dipedulikan
langsung. Tanda-tanda ini jika digunakan di tempat yang tidak sesuai akan menyebabkan
ayat yang dibina membawa maksud yang lain, atau salah sama sekali.
Jelasnya, menulis karangan seperti kegiatan lain juga bukanlah kerja yang rumit sekiranya
kita memiliki tekniknya. Teknik penulisan boleh diubah suai mengikut kemampuan diri
sendiri. Pelajar perlu membiasakan diri dengan teknik tersebut. Pembiasaan boleh dilakukan
dengan sentiasa mempraktikkannya, iaitu dengan cara rajin menulis karangan.

Suhaimi Mohd Salleh


Pelita Bahasa,

KARANGAN JENIS FAKTA / RENCANA


KARANGAN JENIS FAKTA / RENCANA

Sekiranya anda memilih untuk membuat karangan jenis ini, pastikan ianya:

 Ditulis dalam bentuk format biasa

 karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.

 jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya

 fahamkan kehendak soalan. Contohnya karangan yang bertajuk burung.Tuliskan apa yang kamu
tahu tentang burung. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau
burung peliharaan murid.

 pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.

 senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.

 setelah mengemukakan pengenalan, tulis bahagian isi

 pastikan anda dapat menyediakan 4 isi

 kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi

 setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata
yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.

 masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.

 setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.

 gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.


Soalan : Keburukan internet?

Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak dinafikan
lagi penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun begitu,internet juga dapat
memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya.Unsur-unsur
negetif seperti,bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak
negetif yang besar pada anak watan negara ini dan mampu membawa padah.

Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat
mereka lalai.Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negetif alam maya akan
menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah.Hal ini berlaku akibat daripada nafsu pelajar
yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah,ganasa dan bermain
permainan “online”.

Selain itu,anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di
internet.Natijahnya,orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka.Tidak hairanlah kita
menyaksikan kes melawan guru,berzina,bertumbuk,bergaduh sehingga membunuh di kalangan
remaja dipaparkan melalui media massa.Siapakah penghulunya? Adakah internet patut
dipersalahkan?

Seterusnya,akibat daripada penyalah gunaan internet,ini akan membantutkan misi negara


untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk melahirkan
modal insan minda kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita akan kehilangan tonggak
peneraju negara.Dengan mudah musuh luar dapat menakluk negara kita jika tiada pemimpin
yang berkaliber dan bijaksana.Dalam pada itu,ekonomi negara turut terjejas bak kata pepatah
melayu ” cubit paha kanan,paha kiri terasa juga”.Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu
negara ke arah kemiskinan.

Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang
terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal insancemerlang
seperti yang digariskan dalam wawasan 2020.Negara kita akan dipandang rendah oleh negara
membangun lain jika hal sedemikian terus berleluasa.Di manakah semangat remaja untuk
membantu negara?Menurut statistik,pelajar cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari
tahun ke tahun.Adakah ini tanda-tanda awal yang membawa negara ke arah hari kekalahan?

Bangunlah wahai ummah.Pihak berkuasa,pihak sewasta atau semua pihak harus


berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikpa meterialistik dan
individualistik.Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan acuan yang betul agar tidak
dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikap diri.

SPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:


1. RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan

ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan

PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan

2. BENTUK PERENGGAN:

JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP


Ayat Topik Tema Kehendak Soalan Merumus
1 / 2/ 3 / 4 Kehendak Soalan
Ayat Huraian Huraian Tema Huraian Ulasan Tema
Kehendak Soalan
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti Cadangan
Kehendak Soalan
Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan Harapan
Kehendak Soalan

3. ASPEK SOALAN:

a. Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa


b. Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik / Bagaimana / Usaha
c. Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan

TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3


1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan:

1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)

Contoh:

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Tema : PenggunaanTelefon Bimbit


Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
Format Karangan : Karangan Fakta
2. Teknik Menulis Rangka Karangan:

2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global


Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan

Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah
mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet,
mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat
zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.

a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.


1. memudahkan komunikasi antara manusia
2. mengurangkan membeli peralatan kamera
3. meluaskan pengetahuan –internet
4. menghiburkan hati

b. Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk. Tulis 1
isi dalam 1 perenggan.

c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia


Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-
manapun kita berada.
Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber
kosnya kurang daripada telefon biasa
Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara manusia. Kita
boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini demikian
kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti ‘sms’, ’mms’, ‘watsapp’, telegram,viber dan
sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga kurang berbanding dengan telefon biasa.
Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja


Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada
sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa
manusia di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang
dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu
keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak
membawa kemudaratan.

1. Jumlah isi - 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.

2. Perenggan - 3 perenggan.

3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.

PENTING ! ! ! ! ! Tanpa contoh tiada markah.

4. Pemarkahan - Isi ( 6 markah )


- Bahasa ( 4 markah ).

5. Topik penting dalam Komsas

bil Huraian Markah


1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji 10
2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalarn 10
novel yang anda kaji
3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang 10
anda kaji.
4. Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak 10
sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai.
5. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh 10
dalarn novel yang anda kaji
6. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan 10
huraikan dengan memberi contoh yang sesuai
7. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel 10
yang anda kaji
8. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang 10
anda kaji
9. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang 10
anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai
10. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan 10
huraikan jenis latar yang anda ketahui
11. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang 10
anda kaji
FORMULA MENJAWAB SOALAN KOMSAS
( BARNIAT YANGHORJIN )

BAR = SABAR
NI = BERANI
AT = TAAT
YANG = SAYANG
HOR = HORMAT
JIN = RAJIN.
Soalan yang berkaitan dengan gaya bahasa/unsur keindahan

atakan gaya bahasa / unsur keindahan yang terdapat dalamn novel yang anda kaji
dan nyatakan contoh yang sesuai.

GUNA FORMULA - ASOLI ANAPI

ASO = ASONANSI (pengulangan huruf vokal )


LI = ALITERASI (pengulangan huruf konsonan )
ANA = ANAFORA ( Pengulangan di awal ayat / baris )
PI =EPIFORA ( Pengulangan di akhir ayat / baris )
SI =DIKSI (Pemilihan kata yang sesuai )
LE = SIMILE ( Gaya bahasa yang menggunakan kata perbandingan seperti, umpama,
bagai, bak, laksana, ibarat )
LA = HIPERBOLA ( Gaya bahasa kiasan secara berlebih-lebihan )
RA = METAFORA ( Gaya bahasa perbandingan secara terns sama ada secara konkrit atau
abstrak)
Soalan yang berkaitan dengan bentuk puisi (Sajak, pantun, Syair, Seloka, Gurindam

Vous aimerez peut-être aussi