Vous êtes sur la page 1sur 2

PROGRAM CITRA BAHASA SMK SRI TEBRAU

(25 APRIL 2012 )

a. Gariskan perkataan yang betul bagi ayat-ayat di bawah

1. Nenek sentiasa menasihati kami agar mengikut (rasmi / resmi) padi yang semakin berisi
semakin menunduk.

2. Walaupun kami tinggal di kawasan (pedalaman / pendalaman), namun infrastruktur


yang ada setanding dengan kawasan bandar.

3. Kami dapat mengagak asal pemuda itu berdasarkan (telor / telur) percakapannya.

4. Penduduk kampung (membina / pembina) balai raya ini secara bergotong- royong.

5. Farid (menunjuk / menuding) jari ke arah kapal terbang itu.

...................................................................................................................................................
..

PROGRAM CITRA BAHASA SMK SRI TEBRAU


(26 APRIL 2012 )

a. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan membubuh imbuhan pada kata dasar


yang diberikan.

Contoh: Pui San hanya membatukan (batu) diri apabila disoal (soal) oleh guru disiplin.

1. Jong Wei ____________________(hadiah) seutas rantai kepada kekasihnya.

2. Nuraisyah berasa bersalah kerana selama ini dia ______________(salah) Farid atas
kehilangan wang itu.

3. Bengkel dua hari itu memberi peluang kepada mereka untuk ________________ (bincang)
tentang teknik menjawab soalan itu.

4. Pengurus syarikat itu ___________________ (cadang) untuk _______________ (luas) urus


niaganya sehingga ke luar Negara

5. Pemandu lori itu tidak dapat ___________________ (kawal) kenderaannya lalu


_______________(babas) masuk ke gaung.

...................................................................................................................................................
.
PROGRAM CITRA BAHASA SMK SRI TEBRAU
(13 JUN 2012 )

a. Garis jawapan yang paling sesuai dengan konteks ayat

1. Pemandu pelancong itu memberikan ( penerangan / panduan / taklimat ) tentang


sejarah kota lama yang terdapat di tebing sungai itu.

2. Kanak-kanak memang suka (kepada / dengan / terhadap / akan ) makanan yang


manis.

3. Pihak televisyen akan membuat (ulang tayang / ulang lakon / ulang kembali / ulang
rakam) drama itu atas permintaan orang ramai.

4. Pengunjung taman itu diberi amaran agar tidak ( merejam / menghumban /


mencampak ) batu ke tengah tasik itu.

5. Perempuan itu menunjukkan cara (mencanting / menenun / membuat) songket


kepada para pelancong.

Vous aimerez peut-être aussi