Vous êtes sur la page 1sur 2

Anjing yang tamat

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya ____________________ dari kelas Tiga Tekun akan menyampaikan cerita
bertajuk Anjing yang tamak.

Suatu masa dahulu, ada seekor anjing yang kelaparan. Dia mencari makanan di
merata-rata tempat.

Di sebuah pasar, anjing itu berjalan melalui gerai bunga. Tidak ada makanan di
situ.

Kemudian, dia ternampak gerai sayur-sayuran, tetapi dia tidak menemui apa-apa
yang disukaiya.

Dia pergi pula ke gerai ikan. Dia tidak menyukai baunya!

Akhirnya dia sampai di tempat di mana orang menjual bermacam-macam jenis


daging.

Akhirnya dia menemui apa yang dihajatinya---seketul tulang yang besar dan enak!

Anjing itu sangat gembira dan segera mendapatkan tulang besar itu.

Dia menggonggong tulang itu di dalam mulutnya dan berlari pergi. Dia mahu
memakan tulang itu di tempat yang sunyi.
Dia terus berlari ke luar bandar. Tidak lama kemudian, dia tiba di sebatang titi
yang merentasi anak sungai.

Dia memandang ke bawah. Dia melihat seekor anjing lain di dalam air
mendongak ke arahnya!

Anjing di dalam air juga menggonggong seketul tulang. Anjing itu tidak tahu
bahawa dia sebenarnya melihat bayangnya sendiri!

Anjing itu berfikir, “ Tulang dia lebih besar daripada tulang aku! Jika aku merebut
tulang itu, aku akan mempunyai dua ketul tulang!”

Anjing itu pun terjun ke dalam air untuk merebut tulang anjing yang seekor lagi.
Pada masa yang sama, tulangnya terjatuh ke dalam sungai.

Anjing itu tidak menjumpai seketul tulang pun. Sekarang dia tidak mempunyai
apa-apa untuk dimakan!
Rakan-rakan sekalian, cerita ini memberi pengajaran kepada kita , berpuas hatilah
dengan segala yang dimiliki. Jika tamak, kita mungkin akan rugi!

Sekian, terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi