Vous êtes sur la page 1sur 14

2.

0 NILAI-NILAI AGAMA DAN AJARAN MEMBENTUK INSAN BERMORAL

Marcapada ini, kita dapat lihat masalah moral dalam kalangan manusia
semakin meruncing. Dalam masa yang sama kita juga dengar, antara punca
keruntuhan moral masyarakat kini adalah disebabkan oleh kurangnya didikan
agama. Seperti yang kita sedia maklum, setiap agama dan ajaran mendidik umatnya
untuk melakukan kebaikan. Nilai-nilai ajaran yang baik dalam setiap agama dan
kepercayaan membantu pembentukan insan bermoral. Oleh yang demikian, agama
dan ajaran terbukti penting dalam kehidupan seseorang manusia. Hal ini kerana
nilai-nilai agama dan ajaran yang baik itu dapat membentuk akhlak dan moral
seseorang menjadi seorang yang baik dan bermoral.

2.1 AGAMA ISLAM

Islam adalah perkataan yang diambil daripada bahasa Arab. Dari segi bahasa
perkataan Islam boleh diertikan sebagai sejahtera, aman dan harmoni. Selain
daripada itu, Islam dari segi bahasa juga bermaksud berserah, tunduk dan patuh.
Dari segi istilah pula, Islam bermaksud mentauhidkan dan mengeesakan Allah
dengan patuh kepada segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala yang dilarang
serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Definisi
Islam juga dapat dijelaskan melalui satu peristiwa ketika Malaikat Jibril datang
bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang Islam. Dalam peristiwa tersebut
Malaikat Jibril berkata, ‘Ya Muhammad! Beritahukan aku tentang Islam!’. Maka Nabi
Muhammad s.a.w bersabda, ‘Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan
yang berhak disembah selain Allah (Tuhan), dan Nabi Muhammad adalah utusan
Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan pergi
haji jika mampu,’ (Terjemahan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nilai-nilai ajaran agama Islam dapat membantu membentuk insan bermoral.


Dalam ajaran Islam, semua nabi dan rasul dihantar untuk menyampaikan tiga asas
kepercayaan iaitu ketuhanan, kenabian dan keakhiratan. Di bawah konsep
ketuhanan terdapat konsep tauhid. Tauhid bermaksud mengesakan Tuhan tanpa
sekutu dan perantara. Konsep tauhid adalah konsep terpenting dalam Islam yang
mengikat segala aspek- aspek lain. Segala ajaran yang ada dalam Islam mengajak
umatnya melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara buruk. Konsep
tauhid yang mengeesakan Tuhan akan menjadikan seseorang individu itu menjadi
seorang yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, dalam konsep tauhid ini, individu itu
mengesakan Tuhan tanpa berbelah bagi sekaligus bermaksud melakukan apa
sahaja yang diperintahkan oleh Tuhan dan meninggalkan segala yang dilarang. Hal
tersebut merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang Muslim.
Segala perkara yang dilarang merupakan perkara buruk yang akan menjatuhkan
moral seseorang contohnya seperti ajaran Islam melarang minum minuman keras
yang kesannya akan memabukkan seseorang. Sekiranya seseorang melanggar
peraturan melarang minum minuman keras yang telah ditetapkan dalam Islam ini,
selain berdosa seseorang individu itu juga mengundang keruntuhan moral berlaku
kepada dirinya. Minum minuman keras membawa seseorang ke dunia bawah sedar
atau khayal yang boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perkara yang tidak
baik seperti merogol dan membunuh.

Maka, peraturan yang di dalam ajaran Islam mampu membentuk seseorang


menjadi individu yang bermoral sekiranya individu Islam tidak lupa akan
tanggungjawabnya sebagai hamba Allah yang perlu melakukan segala perkara yang
diperintahkan dan meninggalkan segala perkara yang dilarang dibawah konsep
amar makruf dan nahi mungkar. Konsep tanggungjawab untuk tidak melakukan
perkara tidak baik ini ada dijelaskan dalam Prinsip Kewajipan dibawah Teori
Deontologi. Berdasarkan Prinsip Kewajipan, prinsip kemoralan ialah kewajipan.
Menurut Immanuel Kant iaitu pengasas Prinsip Kewajipan ini, beliau menegaskan
bahawa sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan
kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya
ialah satu tanggungjawab moral yang diakui (). Pernyataan ini bermaksud, sesuatu
perbuatan dianggap bermoral sekiranya dilakukan dengan kerelaan yang datang
daripada rasa tanggungjawab. Konsep Tauhid yang bermaksud mengesakan Allah
(Tuhan) yang telah disebutkan di atas akan melahirkan satu rasa tanggungjawab
seseorang individu untuk melaksanakan konsep amar makruf dan nahi mungkar iaitu
melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan perkara yang dilarang
dengan rela hati. Prinsip Kewajipan turut menyokong bahawa seseorang itu
bermoral apabila perbuatan bermoral yang dilakukannya adalah secara sukarela
atas dasar tanggungjawab. Hal ini jelas bahawa nilai agama Islam mampu
membentuk sesorang individu menjadi manusia yang bermoral melalui nilai
tanggungjawab.
2.2 AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian atau Kristianiti diasaskan oleh Jesus Christ. Konsep


ketuhanan dalam agama Kristian adalah berdasarkan konsep Triniti, iaitu hanya
terdapat satu Tuhan yang Maha Esa. Tuhan itu wujud secara Esa atau tunggal
dalam 3 oknum, imej atau personaliti, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh
Kudus.

Ajaran berasaskan Sepuluh Hukum (The Ten Commandments) yang terdapat


dalam Biblesangat dititikberatkan dalam Kristianiti. Antara ajaran yang penting dalam
Sepuluh Hukum ini adalah Hukum kelima iaitu, ‘Hormatilah ayahmu dan ibumu’.
Hukum ini sangat membantu dalam membentuk insan bermoral kerana apabila
seseorang insan itu sudah biasa mengamalkan sikap menghormati ibu bapa di
rumah, maka dalam pergaulannya dengan masyarakat luar pun, individu tersebut
akan dapat mengamalkan sikap saling menghormati. Ajaran ini adalah bersifat
universal kerana setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama mendorong setiap
individu mengamalkan sikap menghormati ibu bapa. Oleh itu, jelaslah bahawa ajaran
ini berkait rapat dengan teori Kemoralan Sosial yang menyatakan bahawa nilai atau
peraturan yang diterima adalah ukuran dan persetujuan masyarakat . Oleh yang
demikian, setiap individu bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini
demimenjaga kerukunan sosial yang sedia ada.Amalan agama ini seterusnya boleh
dikaitkan dengan Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik dalam Teori Perkembangan
Moral Kohlberg. Pada tahap ini, kanak-kanak cenderung untuk menunjukkan
perlakuan yang baik terutamanya kepada ibu bapa untuk mendapatkan pengiktiraran
sebagai ‘budak baik’. Pada peringkat inilah, kanak-kanak belajar melakukan sesuatu
yang memenuhi kehendak orang sekeliling.

Dalam Sepuluh Hukum juga terdapat ajaran seperti ‘Jangan Membunuh’


‘Jangan berzina’, dan ‘Jangan mencuri’. Ajaran ini membantu untuk membentuk
insan bermoral dengan meletakkan tanggungjawab ataupun kewajipansosial yang
harus dipikul dan dilaksanakan oleh penganutnya. Sekiranya individu menunaikan
kewajipan ini, maka individu tersebut boleh dikatakan sebagai seorang yang
bermoral. Hal ini selari dengan Prinsip Kewajipan dalam Teori Deontologikal yang
diperkenalkan oleh Immanuel Kant (1724-1804). Menurut prinsip ini sesuatu
tindakan harus dilaksanakan kerana ianya merupakan tanggungjawab. Sekiranya
seseorang menunaikan tanggungjawabnya, maknanya individu itu adalah seorang
yang bermoral. Sekiranya dikaitkan dengan teori perkembangan moral kanak-kanak,
ajaran ini boleh dikaitkan dengan Peringkat Keempat dalam Teori Perkembangan
Moral Kohlberg. Pada peringkat ini, individu memegang prinsip bahawa perilaku
yang baik adalah melakukan kewajipannya, menghormati autoriti dan
mempertahankan peraturan sosial yang berlaku demi peraturan itu sendiri (Bertens,
2003). Kohlberg berpendapat bahawa seseorang yang berada pada peringkat ini
menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang suci harus dijaga sebaik-baiknya. Ramai
remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.

Dalam pada itu, Kristianiti juga menekankan amalan nilai-nilai agama. Antara
nilai yang diamalkan dalam Kristianiti adalah nilai rendah hati, kejujuran dan berlaku
belas terhadap orang lain. Nilai-nilai ini diamalkan kerana mengambil kira
balasannya di kemudian hari. Menurut Kristianiti, individu yang mengamalkan nilai-
nilai ini akan mendapat balasan yang baik seperti syurga, mendapat banyak pahala
dan berbahagia (Ghazali Darusalam, 2001). Hal ini boleh dikaitkan dengan Teori
Teleologikal yang menyatakan bahwa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada
kesan sesuatu perbuatan. Sekiranya perbuatan itu akan membuahkan kesan
ataupun hasil yang baik di kemudian hari, maka tindakan ataupun perbuatan itu
harus dilakukan. Nilai-nilai agama ini juga selari dengan teori moral Piaget (1932).
Menurut beliau, kanak-kanak adalah heterenomous moralist yang bermaksud kanak-
kanak menilai sesuatu perbuatan berdasarkan kesan perbuatan tersebut. Bagi
kanak-kanak sekiranya perbuatan tersebut menimbulkan akibat yang teruk maka ia
tidak seharusnya diamalkan. Begitu juga sebaliknya.

2.3 AGAMA BUDDHA

Sekarang kita akan membincangkan pula tentang ajaran dan nilai-nilai yang
diamalkan dalam Buddhisme. Sekiranya diteliti secara mendalam, Buddhisme
sebenarnya tidak menekankan soal ketuhanan kerana ianya lebih menitikberatkan
soal kehidupan manusia (Ibrahim Mamat, 2000).

Etika Buddhisme adalah berasaskan kepada prinsip karma (tindakan-kesan)


yang merupakan peraturan alam yang tidak berubah. Ia menjelaskan bahawa setiap
individu bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukannya sendiri tanpa
mengira tindakan itu adalah baik atau buruk. Sekiranya pada hayatnya seseorang
individu itu selalu berbuat jahat, maka dia akan mendapat karma yang negatif.
Sebagai pengikut kepada ajaran Buddha, pengikutnya berusaha untuk memperolehi
keamanan, kebaikan dan kebahagian hidup seterusnya mencapai tahap nirwana
iaitu ‘pencerahan sempurna’ apabila kebahagiannya kekal. Hal ini boleh dicapai
dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik sesuai dengan ajaran Buddha
semasa seseorang individu itu hidup. Etika yang diamalkan oleh penganut Buddha
ini adalah serupa dengan prinsip yang diamalkan dalam Teori Teleologikal yang
amat mementingkan hasil sesuatu tindakan. Dalam Teleologikal, tindakan yang
dilakukan oleh seseorang individu begantung kepada hasil akhir. Jikalau hasil
akhirnya baik dan membawa kesenangan maka tindakan itu akan dilakukan, jikalau
tidak, maka ia tidak akan dilakukan. Disebabkan prinsip seperti inilah, penganut
ajaran Buddha berusaha melakukan seberapa banyak kebaikan kerana mereka tahu
pada akhirnya nanti mereka akan mendapat hasil yang baik, iaitu ‘nirwana’. Dalam
Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak Kohlberg, etika Buddha ini boleh dikaitkan
dengan Tahap 1: Orientasi Hukuman dan Kepatuhan. Pada peringkat ini, kanak-
kanak melakukan sesuatu tindakan dengan mengambil kira hasil akhirnya.
Sekiranya kanak-kanak itu tahu bahawa perbuatannya akan mengundang hukuman,
maka kanak-kanak tersebut tidak akan melakukan perbuatan tersebut. Sebaliknya
jika perbuatannya mengundang kebaikan, maka kanak-kanak tersebut akan
cenderung melakukan perbuatan tersebut.

Dalam agama Buddha juga ditekankan berkenaan Jalan Mulia Lapan Lapis.
Ajaran ini memberikan idea kepada individu berkenaan dengan cara untuk hidup
dengan baik sesuai dengan norma masyarakat sekeliling. Untuk hidup secara baik,
seseorang haruslah mempunyai fahaman yang betul mengenai kehidupan,
pemikiran yang betul, pertuturan yang betul, perbuatan yang betul, pekerjaan yang
betul, usaha yang betul, kesedaran yang betul dan tumpuan yang betul. Selain itu,
Buddha juga mengajarkan Panca Sila yang bermaksud peraturan nilai. Panca sila
merupakan lima perbuatan yang mengikut peraturan, adab dan nilai moral yang
berorientasikan hukum sebab-akibat. Dalam Panca Sila, sesuatu tindakan yang
mendatangkan manfaat kepada semua orang dikira baik, manakala tindakan yang
mengakibatkan kesusahan dianggap buruk (Ibrahim Mamat, 2000). Ajaran-ajaran
tersebut adalah, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan berzina, jangan
berdusta dan jangan minum arak. Semua ajaran yang disampaikan ini adalah
bertujuan untuk menjaga keharmonian masyarakat dengan mendidik penganutnya
ke arah jalan betul. Hal ini amat berkaitan dengan Teori Keperibadian Mulia yang
dikemukakan oleh Aristotle. Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan
dengan keperibadian,sifat perangai dan ciri watak yang mulia. Menurut beliau
bahawa keperibadaian yang mulia ini boleh dimiliki latihan dan pengamalan yang
kerap sehingga menjadi satu tabiat atau kebiasaan yang menyeronokkan dan
menyenangkan. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk membantu seseorang
individu menjadi seorang insan yang mulia, seperti juga ajaran dalam agama
Buddha yang mengajar penganutnya bagaimana untuk hidup secara mulia sehingga
akhirnya dapat mencapai nirwana.

2.4 AGAMA HINDU

Asal agama Hindu berasaldarinamasungaiShiduatau Indus. Perkataan


“Hindu” berasaldariperkataan Him
bermaksudpeyiksaandanTubermaksudberdukacita di ataspenderitaan orang lain.
Hindu menjadisumberasasbagikewujudan agama lain padaabad ke-6
sebelummasihiiaitu agama Buddha danJanisme.
Penganuthindudansarjanabaratmenegaskanbahawahinduadalah agama yang tertua
di dunia. Hindu jugamerupakansebuah agama yang
begitukompleksdanbersimpangsiur.Walaubagaimanapun, setiap agama
mempunyaiajaran yang unikdaninstimewasendiri, samadengan agama Hindu.
Agama hindumempunyaiajaran yang menekankanbeberapaperkara-perkara yang
pentingdalamajarannya.

MasyarakathindumempercayaiTuhanIbuadalahbersifatibubapakepadasegala
makhluk. Tuhaninidianggapbersifatibukeranakasihibudianggap paling
sucidantidakakanmengecewakananaknya.
Amalaninidipercayaitelahdiwarisidaripadakebudayaanlampau.Inikeranakepercayaani
nijugadikesanterdapat di Mesopotamia, Asia kecil, Syria
danPalestin.Kehadiransimbol swastika danrodamembuktikan orang Indus
menyembahTuhanmatahari.Konsepbapa pula dikenalpastimelaluimohor yang
dinamakanmohor proto Shiva.Mohorinimenunjukkanseorang yang
dudukbersiladanmempunyaitigatandukpadakepalanya.Tigatanduknyaituditafsirkanse
bagaimenandakantigafungsiiaitupenciptaan,
pemeliharaandanpemusnahan.TigatandukitujugamelambangkanDewa Brahma,
Vishnu dan Siva.Jadi, nilaisayang-menyayangidanhormat-
menghormatidapatdicaridariajaran agama hindu. Denganmenghayati agama hindu,
penganut-penganutakandigalakkanmemupuksikapsayang-menyayangiterhadap
orang tua di rumah.

Hinduismejugamemberiperaturan-peraturandanundang-
undangtertentusebagaipetunjukkepadatingkahlakupenganut-
penganutnya.Matlamatutamapenganutnyaialahuntukmencapai Nirvana dan Moksha
yang membolehkanmerekabersatudengantuhan
Brahma.Iabolehdicapaimelaluikehidupan yang sederhana.
Sebabitulahmerekapercayakepadakelahiransemula.Tujuan agama Hindu
adalah“MokshartamJagaddhitayacaitidharmah”.Ertinyatujuanberagamaadalahuntuk
mendapatkan Moksha dan Nirvana”.Jadi, penganut agama Hindu
percayamerekaakanmencapaikelepasan, kebebasanataukesempurnaanrohiaitu
Moksha, kesejahteraan, kedamaiandankelestarianduniaiaitu Nirvana (Administrator,
2010).Tidakdapatdinafikan, nilai-nilaiinidapatmembentukmanusia yang
selalumenerimaperaturan-peraturan yang
ditetapkandanmematuhinyadengansepenuhuntukmencapaikedamaiandankeamanan
masyarakat.Nilaiinihampirsamadengansalahsatuteoriperkembangankanak-
kanakiaituTeori Moral Lawrence Kohlberg. Dalamteori Kohlberg
mengandungitigatahapsertaduaperingkatdalamsetiaptahap.Dalamtahapsatu “Pra-
Konvensional”,
peringakatsatuiaituOrientasiKepatuhandanHukumantelahmementingkantentangkesa
nsesuatutindakanituterhadapsendiri.Jadi, kanak-kanak yang
mematuhiteoriiniselalumematuhiperaturandanundang-undang yang
sediaada.Secararingkas, ajaran agama hinduturutmenggalakkanpenganut-
penganutnyamengamalkannilaimenerimadanmematuhiundang-undang yang
sediaadasupayaindividu yang berkualitidapatdibentuk.

Selainitu, agama Hindu jugapercayaakanhukumKarmaphala (Phartyca, 2010).


Agama Hindu mengenal “hukumsebabakibat” yang disebutKarmapala. Perkataan
Karma membawamaksudperbuatanmanakala “phala”
bermaksudhasil.KonsepKarmaphalatelahmenjadisalahsatukeyakinandasar.Dalamaja
ranKarmaphala, setiapperbuatanmanusiapastimembuahkanhasilbaikdanburuk.Nilai-
nilaidalamajaran agama Hindu amatberkaitandenganteori teleological yang
menekankankesanperbuatanseseorang.Dengansecararingkas, teori teleological
telahmengatakanbahawanilai “betul” dan “salah”
bergantungkepadakesanperbuatanseseorang. Jadi, teoriinisamadenganajaran
agama Hindu yang amatmementingkanhasilakibatsesuatutindakan.
AjaranKarmaphalasangateratkaitannyadengankeyakinantentangreinkarnasikeranada
lamajaranKarmaphala,
keadaanmanusiadisebabkankeranahasilperbuatanmanusiasendiri.Perbuatanbaikaka
nmendapatbalasan yang baikmanakalaperbuatanburukakanmendapatbalasanburuk.
Tuhan yang akanmenentukanhasilmanusia.

Secarakeseluruhannya, agama Hindu menitkberatkankehidupan yang


lebihbaikberbandingkehidupansebelumnya.Setiapindividuperlumelakukansegalakeb
aikandantidakmelakukankerosakanterhadapamakhluk yang lain
samaadamanusiaatauhaiwan. Sekiranyamerekamempunyainilai-
nilaimurnidanmengamalkannyamakamerekaakandilahirkansemuladenganmempunya
idaljat yang
tinggipadakelahiranakandatangsehinggaiamencapaiMokhsaiaitubebasdaripadapusin
gankelahiran. Sekiranyasebaliknyamerekaakandilahirkandengandalj at yang rendah.
Proses
iniberterusansehinggaindividudapatmembebaskanrohnyadaripadakelahiransemulad
enganmelakukankebaikan.

2.5 AGAMA SIKH

Perkataan ‘Sikh’ berasal dari bahasa Pali iaitu ‘Sikkha’ dan bahasa Sanskrit
iaitu ‘Sisya’. Kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu pengikut atau
pelajar. Sikhisme meruakan salah satu agama yang terbesar di dunia. Agama ini
mengamalkan Konsep Guru di mana penganutnya percaya bahawa guru merupakan
seorang manusia yang tinggi spiritualnya yang dihantar ke dunia oleh Tuhan untuk
memberi kesedaran kepada umat manusia. ‘Guru’ daripada bahasa Sanskrit dari
dua suku kata iaitu ‘Gu’ dan ‘Ru’. ‘Gu’ bermaksud kegelapan dan ‘Ru’ pula
bermaksud cahaya. Oleh itu, apabila dua perkataan ini digabungkan menjadi satu
makna iaitu cahaya yang yang menghapuskan kegelapan. Guru mempunyai ikatan
spritual dengan Tuhan dan melalui Guru juga, penganut agama Sikh dapat
mengetahui tentang Tuhan. Guru Nanak merupakan guru pertama dalam agama
Sikh. Ajaran Guru terdapat dalam ktab suci Sikh iaitu Grant Saheb atau dikenali
sebagai Kitab Tuhan. Kitab tersebut mempunyai dua himpunan iaitu Adi Granth dan
Dasam Granth.

Dalam agama Sikh terdapat 5K sebagai panduan dan ajaran nilai-nilai murni.
Nilai kerajinan merupakan salah satu K dalam 5K yang wajib dilakukan oleh
penganut-penganut agama Sikh. Nilai kerajinan didefinisikan sebagai usaha
berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara. Misalnya nilai kerajinan yang
terdapat dalam agama sikh ialah “Kangh” merupakan perkara yang perlu dilakukan
oleh penganut-penganutnya. Kangkh telah menunjukkan sikap orang Sikh rajin
membersihkan rambutnya yang panjang itu agar kesuciannya dapat dikekalkan. Nilai
kerajinan jugadapat dilihat melalui sikap Guru Nanak dalam usahanya untuk
menjalankan amanah Tuhan untuk menyebarkan ajaran Sikh. Beliau telah
mengembara ke luar dari kawasan daerahnya untuk menyebarkan ajaran Sikh yang
dianutinya dengan gigih. Jadi, ajaran agama sikh yang mementingkan nilai kerajinan
amat penting bagi seseorang individu dan membentuk insan yang rajin dan
bersemangat dalam melakukan semua perkaitan. Tidak dapat dinafikan, nilai
kerajinan terus menyumbang dan menggambarkan sikap tanggungjawab seseorang
dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan.

Nilai kejujuran turut disebarkan oleh Guru Nanak dalam ajaran sikh. Nilai
kejujuran pula didefinisikan sebagai sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat
baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Nilai kejujuran
diamalkan melalui Kirat Karo. Pengikut sikh perlu mencari nafkah dengan jujur
tanpa mengamalkan eksploitasi atau penipuan. Dalam ajaran agama sikh, kejujuran
ialah satu amanah. Penganutnya harus bersikap jujur dalam semua perkara sama
ada bertutur jujur dan berkelakuan jujur dalam sesuatu. Tujuan ajaran ini amat
penting untuk membentuk insan yang berjujur. Kecuali itu, penganut juga perlu
berjujur dengan Tuhan dengan mempercayai bahawa Tuhan itu esa dan punca
prinsip segala kebenaran yang termaktub dalam Kitab Suci Guru Granth Sahib Ji.

Selain itu, nilai kerjasama juga diamalkan dalam ajaran sikh melalui
pembentukan “sangat” oleh Guru Nanak. Guru Nanak berharap semua sikh dapat
menjadi ahli persekutuan “sangat” yang dibentuknya itu. Melalui pembentukan
“sangat” ini, kita dapat lihat bahawa Guru Nanak mahu semua sikh menyertai
persekutuan suci itu mempuk nilai kerjasama antara mereka dalam persekutuan
sikh. Sebagai buktinya, mereka semua yang inigin melayani kemanusiaan melalui
Sikhisme harus bergabung dengan Panth sebagai ahli biasa, dan menerima
pembaptisan sebagai langkah awal. Konsep “langgar” dalam agama sikh turut
menyumbang ke arah nilai kerjasama dengan bergabung semua orang tanpa bergira
kedudukan dan jantina. Tujuan konsep “langar” ini ialah menhapuskan sistem kasta
dan melarang persaingan antara lelaki dan wanita. Menerusi ajaran agama nilai,
penganutnya dapat memahami nilai kerjasama merupakan usaha baik dan saling
membantu. Dengan mengamalkan nilai kerjasama seperti yang diajar dalam agama
sikh, masyarakat akan mencapai keamanan dan kesejahteraan. Insan yang tidak
mementingkan diri sendiri turut dapat dibentuk.

Kesimpulannya, unsur-unsur kemoralan ini seperti nilai kerajinan, kejujuran


dan kerjasama dapat dijadikan sebagai panduan hidup. Secara moral,manusia
digalakkan bersikap bermoral supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan di persekitarannya. Nilai moral yang terdapat dalam ajaran agama sikhini
secara langsung dapat menjadikan seseorang mempunyai tingkah laku yang lebih
positif dan sederhana. Secara ringkas, setiap unsur dan nilai moral yang disebarkan
oleh agama sikh akan dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seseorang.

2.6 AJARAN TAOISME

Dalam ajaran Taoisme yang diasaskan oleh Lao Tze, hubungan manusia
dengan alam sekitar adalah amat penting. Taoisme juga menekankan bahawa
segala masalah yang dihadapi manusia dalam dunia ini adalah kerana wujudnya
ketidakseimbangan dalam diri dan hubungan dengan keadaan sekeliling.Penganut
Taoisme mengamalkan Wu-Wei yg bermaksud ‘cara bukan tindakan’. Ia bermaksud,
melakukan sesuatu bukanlah untuk diri sendiri sahaja bahkan untuk orang lain juga.
Ia juga bermaksud kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkong oleh
hawa nafsu.Menurut Lao Tze juga, seorang manusia boleh mencapai kebahagiaan
dalam hidup dengan cara mengawal nafsu dan keinginan. Setiap manusia
mempunyai nafsu dan keinginan dalam kehidupan seharian seperti nafsu untuk
makan dan juga nafsu untuk seks. Namun untuk mencapai kebahagiaan, individu
haruslah mempunyai keupayaan untuk mengawal nafsu-nafsu tersebut.

Dalam prinsip kewajipan dikemukakan oleh Immanuel Kant yang dinyatakan


dalam teori etika Deontologi, seseorang manusia perlu menjalankan kewajipan dan
tindakan yang betul selari dengan keadaan universal. Perkara ini mempunyai kaitan
dalam ajaran Taoisme yang menitikberatkan hubungan manusia dan alam sekeliling.
Sekiranya seseorang itu menjalankan tanggungjawab atau kewajipan dengan baik
dan betul selari dengan keadaan universal maka, masalah ketidakseimbangan diri
tidak berlaku. Mengikut teori etika Teleologikal dalam salah satu teori kecil iaitu teori
egoisme, tindakan yang baik akan membawa kebaikan kepada diri dan tindakan
yang buruk akan membawa keburukan. Teori ini juga menegaskan bahawa
kepentingan orang lain harus diketepikan. Ini bertentangan dengan ajaran Taoisme
yang menekankan pentingnya untuk menjaga kepentingan diri dan orang lain.
Perkaitan antara ajaran Taoisme dengan teori perkembangan moral kanak-kanak
pula ialah apabila seorang kanak-kanak itu berjaya membentuk dirinya menjadi
seorang yang tidak dipengaruhi oleh ego dan sentiasa melakukan sesuatu bukan
untuk diri sendiri sahaja malah untuk orang lain juga. Dalam erti kata yang lain,
kanak-kanak itu tidak mempunyai sifat terlalu mementingkan diri sendiri. Selaras
dengan keadaan sekeliling, kanak-kanak tersebut perlu dibekalkan dengan ilmu
pengetahuan yang membolehkannya belajar dan mengenali kewajipan dan
tanggungjawab mereka sebagai manusia di muka bumi ini.

Kesimpulannya, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius


mementingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang
terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa dan orang
tua adalah perkara yang dituntut daripada ajaran Confucius. Manakala Taoisme
yang diterajui oleh Lao Tze berasaskan kepentingan hubungan antara manusia dan
alam sekeliling menekankan bahawa pencapaian kejayaan dan kebahagiaan dalam
hidup adalah berdasarkan kejayaan manusia untuk membina hubungan yang baik
dengan alam sekeliling.

2.7 AJARAN CONFUCIANISME

Confucianisme diasaskan oleh Confucius.Beliau menegaskan bahawa


seseorang individu boleh menjadi masyarakat yang sempurna dari segi tingkah laku
dan kelakuan jika dia mempraktikkan jalan-jalan yang murni (Nandy, 1996)Terdapat
lapan nilai murni yang dinyatakan oleh Confucius dalam buku Lun Yu iaitu, ‘Ren’
atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang,
berperikemanusiaan, berkebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang.
Ini dapat dikaitkan dengan teori etika iaitu teori Teleologikal yang menyatakan
tentang nilai betul dan salah bergantung kepada perbuatan. Sekiranya sesuatu
perbuatan itu baik, maka perbuatan itu perlu diteruskan agar dapat mempamerkan
sikap-sikap positif. ‘Shu’ yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta
melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. Ini berkaitrapat dengan teori
etika kemoralan sosial yang menyatakan tentang peraturan sosial yang ada adalah
standard ukuran moral yang mementingkan masyarakat.‘Chung’ yang bermaksud
kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain
berkaitrapat dengan teori etika seperti teori kemoralan sosial yang menekankan
pentingnya peraturan masyarakat. Sekiranya terdapat kesedaran untuk melakukan
sesuatu yang baik terhadap masyarakat maka, kerukunan sosial akan terjaga dan ini
seterusnya dapat memberi kebaikan untuk diri sendiri. ‘Li’pula meliputi nilai sopan
santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah
laku seseorang.

‘Yi’ yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatudengan cara betul dan patut
dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.
Takrifan ‘Yi’ menitikberatkan niat yang baik adalah lebih penting daripada kesan atau
hasil yang terjadi kesan daripada niat yang baik itu. Ini kerana, dengan adanya niat
yang baik maka manusia akan sedaya upaya untuk melakukan sesuatu dengan cara
yang betul dan patut.‘Ming’ yang menegaskan bahawa individu patut melakukan
semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana
manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan. ‘Xiao’ yang
bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas
mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Dalam teori perkembangan moral kanak-
kanak Lawrence Kohlberg ada menekankan tentang kepentingan ibu bapa untuk
diteladani dan dihormati. Oleh itu, perkara ini amat berkaitrapat dengan ajaran
Confucius iaitu Xiao.Ibu bapa juga harus sentiasa dijaga untuk memastikan
keberkatan terhadap diri seseorang itu.‘Zhi’ pula bermaksud, ketulusan dan
ketegahan dalam tingkah laku.Kejujuran dan keikhlasan sangat penting dalam
kehidupan seharian. Menurut Kohlberg dalam teori perkembangan moral kanak-
kanak, seseorang itu mestilah mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan dan
kepatuhan untuk mencapai tahap kemoralan yang baik.

2.8 AJARAN ANIMISME

Perkataananimismeberasaldaribahasalatin, iaitu anima yang bererti “roh”.


Kepercayaananimismeadalahkepercayaankepadamakhlukhalusdanroh.Keyakinanini
banyakdianutolehbangsa-bangsa yang belumbersentuhandengan agama
wahyu.Kepercayaaninisemakinharisemakinpupus.Kini, orang
mudalangusungtidakmengamalkanataumempercayai agama ini.Namun, sesetengah
orang tuamasihmengamalkan agama animism ini.

Kepercayaananimismemempercayaibahawasetiapbenda di bumiini,
sepertikawasantertentu, gua, pohonataubatubesarmemilikisemangat yang
harusdihormati agar semangattersebuttidakmengganggumanusia,
malahmembantumerekadarisemangatdanrohjahatdanjugadalamkeseharianmereka.S
emangatinijugadikenaldenganberbagainama, diantaranyajin,imam, cenayang, roh,
datuk, tuan, danpenunggu. Terkadangsemangatinijugadianggaprohleluhurmereka
yang telahmeninggal yang kinimenetap
ditempatsedemikian.Kepercayaananimismejugamempercayaibahawaroh orang yang
telahmatibisamasukkedalamtubuhhaiwan, misalnyasukuNias, di sebuahpulau yang
terletak di barat Sumatera mempercayaibahawaseekortikus yang
keluarmasukdarirumahmerupakanrohdariwanita yang telahmatiberanak. Roh-roh
orang yang
telahmati jugabisamemasukitubuhbabiatauharimaudanterpercayaakanmenuntutbela
keatas orang yang menjadimusuhsimatipadamasahidupnya.

Penganut-penganutanimismemempercayaikepadasemangat-
semangatiaitusatukuasaghaibterdapatdalamtumbuh-
tumbuhandanbinatangmakapemujaantelahdiadakanoleh pawing
untukkebaikansepertipagimenjadi, hindaribencanaalam (Star, 2001).Misalnya,
nelayan-nelayanakanmemujakepadalaut-
lautsebelumpergikelautsupayakeselamatanselaludijamin. Selainitu, pantang-
larangjugadiamalkansepertihormat-
menghormatikepadahutandangua.Merekadilarangmenjerit-jerit di hutankeranajeritan
yang bukan-bukanakanmenggangguroh-roh yang ada di hutan.
Merekajugamempercayairoh yang matiakankembalidatangmelawatmereka.
Misalnya, sesetengahpenganutakanmenyembahnenekmoyang yang
matisupayamerekadapatmeninggalkanduniadenganaman.
Kepercayaaninitelahmembentuknilaitaatsetiaakan orang tuaatauomenghormati
orang yang telahmeninggalkandunia.

Kesimpulannya, kepercayaaninitelahmenanamsikaphormat-
menghormatidanmenghargaidalamkalangankanak-
kanakdalammasyrakat.Contohnya,
individuakandiajarmenghargaihartanahtuhansepertipokok, sungai yang
dapatdicaridalamalamsekitar. Hal inidemikian, dalamajaran agama anismime,
penganutnyamempercayaiakansetiapbendaadarohdanpelindungnya.
Manusiasepatutnyamemeliharanyasupayamerekaakansentiasamemberkatikita.
Tidakdapatdinafikan, nilai-
nilaiinidapatmenanamsikapsentiasabersyukurdalamjiwakita.

Vous aimerez peut-être aussi