Vous êtes sur la page 1sur 1

26 Januari 2018

Puan X,
Pengarah Pusat Pembelajaran,
Petaling Jaya Learning Centre, Open University Malaysia
No. 2A, Lot. No. 31, Jalan 19/1
46350 Petaling Jaya, Selangor.

Puan,

RAYUAN PENDAFTARAN SEMULA UNTUK SEMESTER JANUARI 2018

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara diatas, saya ingin memohon kerjasama dari
pihak Puan untuk meluluskan rayuan pendaftaran semula bagi Semester Januari 2018. Rayuan ini
dibuat supaya saya dapat meneruskan pengajian saya di Petaling Jaya Learning Centre, Open
University Malaysia.

2. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan butiran peribadi saya;

Nama pelajar :X
No. Matrikulasi :X
No. Kad Pengenalan :X
Program :X
Kluster :X
Pusat Pembelajaran : Petaling Jaya Learning Centre

3. Untuk makluman pihak Puan, saya mula melanjutkan pelajaran di OUM pada bulan
Januari tahun lepas. Namun, saya terpaksa menangguhkan pengajian selama dua semester
sebelum ini kerana komitmen kerja. Oleh itu, saya berhasrat untuk meneruskan pengajian pada
semester ini. Saya juga menyedari yang saya masih mempunyai yuran tertunggak untuk semester
September 2017. Saya ingin memohon maaf kepada pihak Puan atas kelewatan membuat
pembayaran tersebut, dan berjanji akan menjelaskannya sebelum 28 Januari 2018.

4. Dengan tulus ikhlas, saya berharap agar pihak Puan dapat meluluskan rayuan ini. Pihak
Puan boleh menghubungi saya di talian X, bagi sebarang maklum balas. Segala kerjasama dari
pihak Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

--------------------------------
X

Vous aimerez peut-être aussi