Vous êtes sur la page 1sur 4

Manusia merupakan makhluk unik yang mempunyai tahap tumbesaran yang berbeza.

Dan setiap peringkat tersebut disulami dengan perbezaan dari sudut fizikal, kognitif, moral dan
sosio emosi yang berbeza-beza antara satu sama lain. Perbezaan yang terdapat pada manusia
tersebut sudah pasti mempunyai sebab dan hikmah yang perlu diteliti dan dikaji bagi manfaat
kesejahteraan manusia. Diantara tanda-tanda membuktikan kekuasaanNya, penciptaan langit-
langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulit kamu, sesungguhnya perkara
demikian merupakan keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan yang
mengetahui. (Basmeih, 1994).

Perkembangan kanak-kanak merupakan perkembangan peribadi manusia yang mesti diambil


berat. Hal ini demikian kerana fasa kanak-kanak merupakan permulaan perkembangan hidup
manusia. Perhatian diberikan kepada perkembangan kanak-kanak semenjak kelahirannya
sehingga meningkat dewasa dan menyesuaikan diri dengan keseragaman dan peraturan
kehidupan. (Ulwan, 2013)

Takrifan Kanak-kanak

Merujuk Kamus Bahasa Melayu(779) : Definisi kanak-kanak ialah, anak yg masih kecil
(biasanya belum berumur tujuh tahun). "Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab
orang tuanya, jiwanya yang suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas
dari ukiran dan gambaran, dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa
yang dicenderungkan kepadanya." (susanto, 2017).

Dalam meniti kehidupan menuju kepada manusia dewasa, kanak-kanak terlebih dahulu
mengalami proses tumbesaran dari segi fizikal dan mental. Bagi kanak- kanak yang aktif, sel di
dalam badannya menghasilkan pertumbuhan jasmani yang mengubah struktur yang seterusnya
mengubah fungsi sesuai bagi kanak- kanak tersebut untuk memenuhi keperluan yang semakin
kompleks. Di dalam proses manusia memenuhi keperluannya dan ia memperoleh pengalaman
dan hasil daripada pengalaman ini akan mengubah corak tingkah lakunya. (Long, 1982).

Justeru persekitaran yang baik mesti disediakan kepada kanak-kanak sebagai rangsangan bagi
kanak-kanak tersebut mengalami perkembangan yang sempurna dan positif. Alam sekeliling ini
mengadakan ransangan yang sangat-sangat diperlukan oleh organisma itu untuk pencapaian
perkembangan ke peringkat optima. (Long, 1982). Persekitaran yang teruk dan tidak kondusif
akan menghasilkan kanak-kanak yang tidak optimum pencapaian perkembangannya. Kanak-
kanak yang berhadapan dengan krisis peperangan misalnya akan bermasalah dalam

1
perkembangan mental dan fizikal mereka. Kehilangan rumah sekolah dan masyarakat akan
menyebabkan kehilangan masa depan mereka juga. (UNICEF USA, 2017)

Prinsip asas perkembangan kanak-kanak.

Bagi memahami perkembangan kanak-kanak, aspek perkembangan kognitif mereka


merupakan aspek paling utama untuk dikaji. Perkembangan kognitif kanak-kanak berkembang
dengan pesat ketika bayi dan zaman permulaan kanak-kanak. Perkembangan kognitif ini
semakin lama semakin lambat pada zaman remaja dan dewasa. (Kamarudin Hj. Husin, 2004).
Hasil daripada perkembangan kognitif yang sempurna akan menghasilkan perkembangan
emosi, sosial dan fizikal yang mampan.Manusia mempunyai pancaindera iaitu mata, telinga,
hidung, lidah dan kulit. Dengan pancaindera ini rangsangan daripada luar ditanggap dan
dengan melalui urat saraf penerima, maklumat daripada luar badan disampaikan ke otak.
(Long, 1982). Perkembangan kendiri kanak-kanak yang sempurna dan baik hanya akan dapat
dihasilkan dengan gabungan pancaindera tersebut dengan otak yang sihat.

Berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget ini, terdapat beberapa implikasi perkembangan
kanak-kanak yang dapat dikenalpasti antaranya ialah, yang pertama guru seharusnya
memainkan peranan sebagai fasilitator ataupun mentor dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru adalah pendidik iaitu orang yang melaksanakan tugas mendidik,
pembimbing, atau orang yang memberikan pendidikan dan pengajaran yang baik secara formal
atau tidak formal (Aziz, 2003)

Tanggungjawab ataupun tugas guru adalah untuk menyusun maklumat yang hendak diajar bagi
memudahkan murid-murid mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah mereka pelajari
sebelumnya. Sebagai contoh guru menggunakan sumber pengajaran yang pelbagai seperti,
gambar, video pendek, audio dan lain-lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi yang kedua dari segi aspek perkembangan kognitif ialah murid-murid perlu dibekalkan
dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang sesuai dengan tahap kebolehan kognitif
mereka. Bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses
pembelajaran. Ia bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan
sebaliknya, murid sesama murid serta membantu mempercepatkan proses pemahaman
mereka (Dunia Bahasa Pendidikan, 2014) Sebagai contoh, kejadian alam seperti matahari,
bumi, bulan, siang dan malam, murid-murid boleh diminta untuk melukis terlebih dahulu, atau
diminta membuat rujukan dipusat sumber mengenai kejadian alam, serta guru boleh
menyediakan tayangan video berkaitan kejadian alam. Selain pendekatan, kaedah dan teknik

2
yang digunakan dalam sesuatu pengajaran, bahan pengajaran mempunyai peranan yang besar
dalam menentukan kelicinan dan keberkesanan pengajaran (Norhayati, 2011)

Implikasi Teori Kognitif Piaget yang keempat ialah pengajaran hendaklah diperingkatkan
dimana setiap topik perlu disusun dari aras yang mudah ke aras yang sukar. Kanak-kanak tidak
seharusnya diajar perkara yang rumit. Mereka perlu belajar daripada yang paling senang
kepada yang paling susah secara berperingkat menggunakan kaedah latih tubi dan bahan
konkrit sebagai alat bantu mengajar. (Susanto, 2017) Guru-guru hendaklah menyediakan ruang
pembelajaran yang sesuai kepada anak murid yang lebih kecil dengan tidak membebankan
mereka pada topik-topik yang berat dan rumit tetapi bermula dengan topik yang mudah.
Contohnya sebelum guru mengajar topik sistem pernafasan manusia terlebih dahulu guru
hendaklah menyuruh murid tersebut menarik nafas dan meminta kepada mereka untuk
menyenaraikan bahagian anggota yang terlibat ketika menarik nafas.

Menggunakan contoh-contoh yang konkrit serta analogi-analogi yang jelas amat diperlukan
untuk memudahkan pemahaman murid-murid disekolah rendah. Ini merupakan implikasi kelima
yang dapat dikenalpasti. Ia dapat dilihat melalui perkembangan kognitif mereka yang masih
belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Aspek penting
dalam mengajar konsep adalah mendefinisikan secara jelas konsep dan memberikan contoh-
contoh terpilih dengan berhati-hati (Santrock, 2006). Pengajaran konsep haruslah dapat
dikaitkan dengan kehidupan sehari-hari agar pelajar lebih mudah memahami konsep yang
diajarkan dengan guru menganalogikan sesuatu dengan suatu peristiwa yang mudah difahami
oleh pelajar (Suparno, 2007). Contohnya sebelum mengajar tajuk inersia kepada pelajar-
pelajar, guru boleh mengajak para pelajar mengingati kembali . Kebolehan guru
mengaplikasikan pembelajaran murid-murid dalam kehidupan seharian mereka merupakan
salah satu daripada elemen kemahiran berfikir aras tinggi bagi menghasilkan murid yang
kompeten keupayaan kognitifnya.

Kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan dengan betul. Guru hendaklah peka
dengan cara, teknik dan pendekatan yang akan digunakan dalam proses pembelajaran. Setiap
kanak-kanak berbeza kebolehan dan keupayaan kognitif mereka. Perkembangan kanak-kanak
berbeza kecepatannya bergantung kepada persekitaran disekelilingnya. (Long, 1982). Bagi
menghasilkan murid-murid yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelektual, kepakaran
guru memainkan peranan yang cukup besar dalam mengenal psikologi kanak-kanak yang
berbeza keupayaan kognitif mereka.

3
Rujukan

Aziz, E. (2003). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Solo: Tiga serangkai Pustaka Mandiri.

Basmeih, A. (1994). Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan
Perdana Menteri.

Dunia Bahasa Pendidikan. (2014, 1 6). Retrieved from pismpbahasa.blogspot.my

Kamarudin Hj. Husin, S. H. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Cheras: Kayazano Enterprise.

Long, A. b. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhayati, C. (2011). Retrieved from studentsrepo.um.edu.my/3415/5

Susanto, H. (2017, 3 28). Konsep Guru Dalam Perspektif Pemikir Islam. Retrieved from Konsep Guru
Dalam Perspektif Pemikir Islam: https://bagawanabiyasa.wordpress.com/2017/03/28/konsep-
guru-dalam-perspektif-pemikir-islam/

Ulwan, A. N. (2013). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Kaherah: Dar Al-Salam.

Santrock, John. 2004. Educational Psychology. New York: McGraw- Hill.

Suparno, Paul. 2013. Miskonsepsi dan Perubahan Konsep Dalam Pendidikan Fisika. Jakarta: PT.
GramediaWidiasarana Indonesia

UNICEF USA. (2017). Retrieved from Syrian Children Under Siege:


https://www.unicefusa.org/mission/emergencies/child-refugees/syria-crisis

Zakaria Stapa Noranizah Yusuf; Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Pendidikan Menurut AlQuran Dan
Sunnah Serta Peranannya Dalam Memperkasakan Tamadun Ummah. Jurnal Hadhari Special
Edition. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.7-22.

Vous aimerez peut-être aussi