Vous êtes sur la page 1sur 3

PK07- LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BELLAMY

MINIT MESYUARAT PANITIA PSV BIL 1 / TAHUN 2016

Tarikh : 19 Januari 2016

Masa : 1.40 petang

Tempat : Bilik PSV SK Jalan Bellamy

Pengerusi : Pn. Nurul Ashikin binti Samsudin

Kehadiran : 1. En. Nazry Bin Jabar (Penolong Kanan Kurikulum)


2. Pn. Nurul Ashikin Binti Samsudin (Ketua Panitia PSV)
3. Pn. Anizalawati binti Zakaria (Setiausaha PSV)
4. Pn. Norafiza binti Rais (Ahli PSV)

Hadir Bersama (Jika ada) : TIADA

Tidak Hadir : TIADA

Urus Setia/Setiausaha : Pn. Anizalawati binti Zakaria

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia PSV kali pertama
untuk sesi 2016.
Tindakan: Pengerusi

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bil 3/2015 dicadangkan pengesahannya oleh En. Nazry Bin
Jabar selaku Penolong Kanan Kurikulum disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.

Tindakan: Semua ahli

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Perkara 3.2 pada minit Bil 3/ 2015 muka surat 2 : Minggu Panitia Seni
Minggu Panitia akan diadakan pada 1 hingga 4 September 2015 dan melibatkan
aktiviti mewarna bagi tahap 1 dan tahap 2.

Minggu Panitia PSV telah diadakan pada 4 September 2015 yang melibatkan
aktiviti mewarna bagi tahap 1 dan tahap 2 mengikut apa yang dirancang.

3.2 Perkara 4.1.1 pada minit Bil 3/ 2015 muka surat 2 : Post Mortem PKSR 2
Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam Post Mortem PKSR 2. Dari segi
kekuatan, murid diberi soalan peperiksaan seminggu sebelum ujian bagi
memeastikan murid dapat membuat persediaan sebelum peperiksaan
berlangsung, soalan yang diajukan adalah berdasarkan silibus Rancangan
Pengajaran Tahunan dan penilaian yang diberi oleh guru adalah berdasarkan
aspek seni bahasa. Namun, terdapat kelemahan iaitu murid malas berusaha

Hak Cipta Terpelihara © Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
mendapatkan idea sendiri dan tidak membawa bahan seperti mana yang diminta
dalam soalan peperiksaan serta bersikap sambil lewa semasa menjawab soalan
terutamanya murid tahap 2.

Segala kelemahan akan cuba ditangani oleh guru-guru PSV.

Tindakan: Semua ahli

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 Kurikulum
4.1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan
Semua guru PSV perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan
perlu mengajar mengikut silibus yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran
Tahunan tersebut.
Tindakan: Semua ahli

4.1.2 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Offline


Semua guru PSV harus menjalankan penilaian PBS kepada murid-murid KSSR

dari darjah 1 hingga 6 secara offline iaitu pada bulan April dan Oktober. Guru
juga perlu mencetak Rekod Perkembangan Murid dan perlu ditampal pada
bahagian belakang buku rancangan mengajar. Sebagai rujukan berkaitan
penilaian PBS, guru boleh merujuk Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid. Setiap penilaian perlu disemak oleh Ketua Panitia setiap 3 bulan.

Tindakan: Semua ahli

4.1.3 Kualiti PKSR PSV


Semua guru PSV perlu berganding bahu untuk meningkatkan kualiti PKSR
bagi mata pelajaran PSV dengan mengadakan aktiviti melukis dan mewarna
poster, bengkel mewarna menggunakan teknik catan juga aktiviti menceriakan
bilik Seni. Selainitu, murid perlu diberi pendedahan secara berterusan dalam
aktiviti mengolah, melukis dan mewarna setiap kali kelas PSV berlangsung.

Tindakan: Semua ahli

4.2 Bilik PSV


4.2.1 Penggunaan Bilik PSV
Semua guruyang menggunakan bilik PSV perlu memastikan bilik tersebut
berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas PdP berlangsung. Guru
juga perlu merekodkan penggunaan bilik PSV pada buku yang disediakan.
Selain itu, sebarang peminjaman juga pemulangan alat dan bahan dari bilik
PSV perlu direkodkan.

Tindakan: Semua ahli

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Alat dan bahan untuk PdP


Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukamn untuk
PdP bagi memudahkan Ketua Panitia untuk membeli barangan tersebut
melalui duit PCG yang disediakan.
Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
5.2 Minggu Panitia PSV peringkat akan diadakan pada bulan Ogos bersama Bulan
Kemerdekaan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ialah

5.2.1 Mewarna poster kemerdekaan


5.3.1 Melukis poster kemerdekaan atau diorama kemerdekaan
5.3.2 Mewarna poster sempena Minggu Pencegahan Dadah
5.3.4 Melukis poster sempena Minggu Pencegahan Dadah

Tindakan: Makluman
6
PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………....................................................
(PN. ANIZALAWATI BIN ZAKARIA)
Setiausaha
Panitia PSV

Tarikh: 2 Februari 2016.

Hak Cipta Terpelihara © Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00

Vous aimerez peut-être aussi