Vous êtes sur la page 1sur 2

ABSTRAK

Kajian penyelidikan ini telah dijalankan bertujuan untuk membantu murid dalam

membezakan sebutan makhraj huruf ‫ ذ‬dan ‫ ز‬disamping meningkatkan amalan

pengajaran guru. Penggunaan “Bee-Box” bertujuan untuk membantu murid

menyebut makhraj huruf ‫ ذ‬dan ‫ ز‬dengan menggunakan bunyi lebah dan dua gambar

gigi yang berbeza pada kedudukan lidah. Seramai empat orang peserta kajian dari

kelas tahun lima telah dipilih dari salah sebuah sekolah di Daerah Kajang. Kaedah

pengumpulan data yang telah digunakan dalam satu kitaran berdasarkan Model

Stephen Kemmis (1983) ialah pemerhatian , temu bual dan analisis catatan refleksi

guru. Dapatan akhir menunjukkan bahawa keempat-empat peserta kajian berjaya

membezakan sebutan makhraj huruf ‫ ذ‬dan ‫ ز‬dengan betul setelah menggunakan

“Bee-Box”. Selain itu, mereka juga menunjukkan tingkah laku yang positif semasa

proses pembelajaran dijalankan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar “Bee-Box”

ini dapat dibina dalam satu aplikasi telefon bimbit agar mudah di akses oleh

pengguna di mana sahaja.


ABSTRACT

This action research was carried out to help pupils in differentiating the

pronunciation of ‫ ذ‬and ‫ ز‬letters as to enhance the teaching practices. The use of

"Bee-Box" is to help pupils to pronounce the ‫ ذ‬and ‫ ز‬letters by using the bee sound

and two different tooth images in the tongue position. Four year 5 pupils were

chosen as the respondents from one of the schools in Kajang, Selangor.

Observation, interview and teacher’s reflection notes analysis were used as data

gathering methods in one cycle based on Stephen Kemmis’s Model. Finding

showed great improvements where the respondents managed to differentiate the

pronunciation of letters ‫ ذ‬and ‫ ز‬properly after using the "Bee-Box". In addition, they

also showed positive behaviour during the learning process was carried out.

Therefore, it is suggested that "Bee-Box" can be built in a mobile application so that

it can be easily accessed anywhere.