Vous êtes sur la page 1sur 10

PENGENALAN

Apendisitis merupakan peradangan pada apendiks periformis. Apendiks periformis


merupakan saluran kecil dengan diameter lebih kurang sebesar pensil dangan panjang 2-6
inci. Lokasi apendiks pada bahagian iliak kanan, tepat pada dinding abdomen di bawah titik
MC Burney (terletak di pertengahan umbilikus dan spina anterior dari ilium). Appendicitis di
definisikan sebagai inflamasi pada lapisan dalam appendix vermiform yang merebak ke
kawasan lain. Tanda klasikal seperti kurang selera makan dan sakit pada periumbilical
disusuli dengan muntah, dan sakit dibahagian bawah kuadrant kanan. Apendicitis mungkin
juga berlaku disebabkan beberapa punca seperti jangkitan pada apendiks, tetapi punca
utama adalah halangan atau penyumbatan lumen appendiceal. Appendectomy adalah salah
satu cara yang sering di lakukan bagi mengatasi masalah ini. Apendisitis disebabkan oleh
penyumbatan bahagian berongga pada appendiks. Ini biasanya disebabkan oleh "batu" yang
terhasil daripada najis. Penyumbatan ini membawa kepada peningkatan tekanan pada
apendiks dan menurunkan aliran darah ke tisu apendiks. Sekiranya keadaan ini tidak
dirawat, apendiks mungkin pecah dan bakteria akan masuk ke dalam rongga perut, yang
mana akan membawa kepada peningkatan komplikasi. Ujian pengimejan yang paling biasa
digunakan ialah ultrasound dan tomografi (CT scan). Imbasan CT telah terbukti lebih tepat
daripada ultrasound dalam mengesan apendisitis akut. Walaubagaimanapun, ultrasound
boleh dipilih sebagai ujian pengimejan pertama pada kanak-kanak dan wanita hamil kerana
risiko pendedahan radiasi lebih tinggi pada CT scan.
PENYATAAN MASALAH
Pesakit lelaki belum berkhawin berumur 24 tahun dibawa masuk ke dewan bedah
pada 23 Ogos 2017 kerana mengadu sakit teruk pada abdomen bahagian kanan bawah,
pesakit didiagnos appendisitis akut. Pesakit ini perlu untuk menjalani pembedahan “Open
Appendectomy” untuk membuang bahagian yang terinfeksi.
PENCARIAN LITERATURE

Appendisitis adalah satu penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat. Punca mungkin
disebabkan oleh berlakunya jangkitan kuman pada bahagian apendiks vermiform atau
mungkin juga halangan yang berlaku pada saluran appendiceal tersebut. (Dr Mark
Souweidane, 2016).

Kebanyakan rawatan yang dijalankan bagi mengubati penyakit ini adalah melakukan 2 jenis
pembedahan yang sering dilakukan iaitu Open Appendectomy dan Laparascopic
Appendectomy. (Perunding Pembedaham Am, Dr S Selvakumar. 2004)

“Appendectomy” adalah satu prosedur dimana appendiks diripada kaviti abdomen dan ia
adalah rawatan biasa untuk appendiks akut, adalah penting untuk segera melakukan
pembedahan selepas diagnosis untuk mengelakkan berlakunya komplikasiyang
membahayakan nyawa. Komplikasi yang paling sering adalah perforasi appendicitis.

Appendisitis boleh mempengaruhi mana-mana gender dan juga peringkat usia tetapi ia
kerap dialami oleh kaum lelaki yang berumur 10 tahun hingga 30 tahun (Medical Swedish.
2001).
PENEMUAN

Orang yang makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein, contohnya daging
merah, serta mereka yang tidak mengambil makanan harian yang seimbang, dengan mudah
boleh mendapat penyakit ini. Tingkatkanlah pengambil makanan seimbang terutamannya
sayur-sayuran yang mengandungi banyak kandungan fiber. Manakala, bagi kanak-kanak
digalakkan mereka supaya diberi ubat cacing. Terdapat lebih kurang 60 hingga 80 peratus
pesakit appedisitis ini dan mereka selalunya berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

99% pesakit yang telah mendapat penyakit ini akan merasa sakit di sebelah kanak bahagian
iliak kanan. Pesakit juga akan mendapat demam ringan, muntah, berak-berak air, serta
berpeluh. Pada mulanya, pesakit akan merasa sakit di perut atau di bahagian ulu hati
ataupun di sekeliling pusat . selepas 6 -12 jam, pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan
iliak. Sakit appendicitis merupakan sakit perut yang lain daripada sakit perut biasa.
PERBINCANGAN
Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan.
Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di
dalam reronga abdomen atau peritonitis (jangkitan reronga abdomen).

Etiologi

1. Penyumbatan lumen apendiks disebabkan oleh hyperplasia folikel limfoid, cacing


usus atau neoplasma.
2. Penyebab lain yang dapat menimbulkan apendisitis ialah sekresi mukosa apendiks
disebabkan oleh parasit seperti E. Histolityca.
3. Penyebab sumbatan : 60% adalah hyperplasia kelenjar getah bening, 35% disebabkan
oleh fekalith, 4% oleh benda asing (termasuk cacing), dan 1% oleh struktur lumen
yang disebabkan oleh karsinoma.

patofisiologi

 Obstruksi pada lumen proksimal appendiks disebabkan fecolith atau hiperplasia


tisu limfoid.
 Appendiks membengkak /distensi
 kehadiran cecair oleh mukosa di dlm appendiks
  tekanan di antara dinding lumen.
 Gangguan pengaliran darah.
 Inflamasi, edema, ulserasi dan infeksi akan berlaku pada appendik.
 Penanahan berlaku dan appendiks terus distensi
 Dalam masa 24-36 jam, tisu akan menjadi nekrosis dan seterusnya menjadi
gangrene
 Kelewatan rawatan – perforasi
CADANGAN PENYELESAIAN
Apendisitis akut biasanya diuruskan oleh pembedahan. Walaubagaimanapun, dalam kes-kes
yang tidak rumit, pengunaan antibiotik adalah cara paling berkesan dan selamat.
Walaupun antibiotik berkesan untuk merawat apendisitis yang tidak rumit, namun 26%
orang yang mengalaminya secara berulang dalam tempoh setahun akhirnya perlu
melakukan pembedahan Appendectomy. Mereka yang mempunyai apendisitis bekerja
dengan kurang baik jika appendicolith terbentuk. Keberkesanan pembedahan berbanding
pengunaan antibiotik adalah tidak dapat dipastikan.

Kesakitan

Ubat tahan sakit (seperti morfin) dilihat tidak menjejaskan ketepatan diagnosis
klinikalapendisitis dan oleh itu ianya perlu diberikan awal semasa proses penjagaan pesakit.
Terdapat beberapa kebimbangan pakar bedah yang mengatakan bahawa ubat tahan sakit
(analgesik) akan memberi kesan kepada ujian klinikal kanak-kanak, da nada yang
mencadangkan ianya tidak diberi sehingga pemeriksaan fizikal yang menyeluruh telah
dibuat.

Pembedahan

Prosedur pembedahan untuk membuang appendiks dipanggil appendectomy.


Appendectomy boleh dilakukan melalui pembedahan terbuka atau laparaskopi.
Laparascopic appendectomy mempunyai beberapa kelebihan berbanding appendectomy
terbuka dalam merawat appendiks akut.

APPENDICTOMY TERBUKA

Prosedur ini melibatkan penyingkiran appendiks yang terinfeksi melalui satu potongan
besar di bahagian bawah kanan abdomen. Bukaan potongan dalam laparotomi biasanya 2
hingga 3 inci (51 hingga 76 mm) panjang. Semasa
pembedahan appendectomy terbuka, pesakit
diletakkan di bawah general anesthesia agar otot-
otot relex dengan sepenuhnya dan membuatkan
pesakit tidak sedarkan diri. Bukaan insisi adalah
dua hingga tiga inci (76 mm) panjang dan ia dibuat
di bahagian bawah abdomen kanan, beberapa inci
di atas tulang pinggul. Setelah insisi dilakukan dan
masalah dikenalpasti, pakar bedah akan
membuang tisu yang dijangkiti dan memotong
bahagian yang terlibat dari tisu sekitarnya. Selepas
itu, pemeriksaan yang teliti dilakukan dan
memastikan tiada tanda-tanda bahawa tisu di sekeliling rosak atau dijangkiti. Jahitan akan
mula dilakukan oleh pakar bedah untuk menutup insisi. jangkitan, insisi ditutup dengan
pembalut steril.

LAPAROSCOPIC APPENDECTOMY

Appendectomy laparoskopi telah telah di applikasikan secara meluas untuk


apendisitis akut sejak pengenalannya pada tahun 1983. Prosedur pembedahan ini dilakukan
dengan membuat tiga hingga empat insisi pada abdomen dengan ukuran 0.25 hingga 0.5
inci (6.4 hingga 12.7 mm) panjang. Jenis
appendectomy ini dibuat dengan memasukkan
alat pembedahan khas yang dipanggil
laparoskopi pada salah satu insisi. Laparoskop
disambungkan kepada monitor di luar badan
pesakit dan ia direka untuk membantu ahli
bedah memeriksa kawasan yang dijangkiti di
abdomen. Dua lagi insisi dibuat untuk
menyingkirkan kawasan terlibat dengan
menggunakan instrumen pembedahan
tertentu. Pembedahan laparoskopi
memerlukan anestesia am, dan ia boleh
bertahan sehingga dua jam. Appendectomy
laparoskopik mempunyai beberapa kelebihan
terhadap appendectomy terbuka, termasuk
pemulihan postoperative yang lebih pendek,
kurang sakit postoperative, dan kadar jangkitan tapak jangkitan yang lebih rendah. Walau
bagaimanapun, kejadian abses intra-abdomen hampir tiga kali lebih besar dalam
appendectomy laparoskopik daripada appendectomy terbuka.
RUMUSAN
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN

2 PENYATAAN MASALAH DAN ISU

3 PENCARIAN LITERATURE

4 PENEMUAN/PROSEDUR

5 PERBINCANGAN HUJAH

6 CADANGAN/PENYELESAIAN

7 RUMUSAN

8 SENARAI RUJUKAN

Vous aimerez peut-être aussi