Vous êtes sur la page 1sur 18

Tajuk

Memerhati bakteria dari segi struktur morfologi dan pewarnaan Gram

Objektif:

1. Mengkaji morfologi bakteria daripada slaid bakteria tersedia.

2. Mengenal pasti susunan sel bakteria dalam koloni.

3. Mengenal pasti jenis sel bakteria berdasarkan pewarnaan Gram.

Pengenalan

Bakteria merupakan organisma yang sangat seni dan mempunyai struktur serta sifat-
sifat yang khas. Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk, seperti coccus, basilus dan
spiral serta dapat hidup secara tunggal ataupun berkoloni. Habitat bakteria sangat luas
iaitu air, tanah, udara dan juga terdapat pada pelbagai hidupan.

Bahan dan radas

1. Mikroskop cahaya

2. Slaid specimen;

a) Bakteria: Escherichia coli


b) Bakteria: Spirillum
c) Bakteria: Rhizobium leguminosarum
d) Bakteria: Pleurococcus
e) Bakteria: Staphylococcus aureus
f) Bakteria: Bacillus
Prosedur

1. Beberapa slaid tersedia bakteria yang dibekalkan diperhatikan di bawah


mikroskop kuasa rendah, kemudian kuasa tinggi.
2. Setiap jenis bakteria samada bentuk, warna, struktur serta corak susunan
koloninya diperhatikan.
3. Bakteria yang diperhatikan dicatat dan dilukiskan dengan jelas, kemas dan
berlabel.
4. Ulang eksperimen dengan menggunakan bakteria yang berlainan.

Langkah berjaga-jaga

Antara langkah yang diambil untuk memastikan amali yang dilakukan mendapat
keputusan yang tepat ialah:

1. Pastikan mikroskop yang digunakan menggunakan kuasa pembesaran


bermula dari paling kecil hingga yang paling besar.
2. Pastikan tombol untul pembesaran dipusing dengan perlahan supaya slaid
yang digunakan tidak rosak akibat terkena kanta.
3. Pastikan cahaya di laras mengikut kesesuaian mata iaitu tidak terlalu terang
dan tidak terlalu malap.
4. Selepas digunakan, pastikan suis ditutup dan kanta dilaraskan kepada kuasa
yang paling rendah manakala pentas juga diturunkan kepada posisi yang
paling bawah.
Keputusan

Nama slaid Morfologi Bakteria Susunan sel Warna Jenis bakteria


Bentuk Struktur bakteria bakteria berdasarkan
yang dalam koloni pewarnaan
dikenalpasti Gram

Escherichia coli Rod Tidak Gugusan Merah Gram-negatif


diketahui
Spirillum Spiral Flagella Tunggal Merah Gram-negatif
Rhizobium Sfera Dinding sel Tunggal Merah Gram-negatif
leguminosarum

Pleurococcus sfera Tidak Berdua Merah Gram-negatif


dikenalpasti
Staphylococcus Sfera Tidak Gugusan Ungu Gram-positif
aureus
diketahui
Bacillus Rod Tidak Gugusan Ungu Gram-positif
diketahui

Perbincangan

Terdapat pelbagai jenis organisma yang wujud di dunia ini. Namun begitu,bakteria
merupakan organisma yang paling banyak bilangannya dan paling seni strukturnya.
Pada tahun 1969, Robert Whittaker,seorang ahli taksonomi daripada amerika telah
memperkenalkan sistem 5 alam iaitu Animalia, Plantae, Fungi, Protista dan Monera.
Beliau memperkenalkan sistem ini bagi memudahkan penamaan serta pengkelasan
sifat serta ciri-ciri sesuatu organisma. Hal ini bermaksud sesuatu organisma yang
mempunyai struktur,sifat serta ciri yang hampir sama akan dikelaskan dalam alam yang
sama. Daripada eksperiment yang saya lakukan, saya menjalankan eksperiment untuk
memerhati morfologi bakteria

Antaranya, saya memerhatikan slaid bakteria escherichia coli. Menurut Wearing, (2010)
morfolgi bagi Escherichia coli mempunyai bentuk seperti rod dan struktur Escherichia
coli mempunyai flagella, dinding sel dan ribosome. Dalam pemerhatian yang telah
dijalankan, bentuk rod bagi Escherichia coli dapat dikenalpasti dan tepat dengan teori
tetapi struktur flagella ,ribosome, dinding sel dan kapsul bagi Escherichia coli tidak
dapat dikenalpasti. Hal ini kerana Escherichia coli mempunyai size yang sangat kecil
dan mikroskop yang digunakan hanya dapat dilihat sehingga 40x jumlah pembesaran.
Tambahan lagi saiz escherichia coli adalah 2.0 μm panjang dan 0.25–1.0 μm diameter
(Wearing, 2010). Escherichia coli juga mempunyai kapsul untuk melindungi diri
daripada gangguan dari luar. Selain itu, susunan escherichia coli dalam koloni adalah
secara gugusan dan jenis untuk escherichia coli yang berbentuk rod berdasarkan
pewarnaan Gram adalah Gram-negatif (Wearing, 2010). Dalam pemerhatian yang telah
dijalankan, untuk susunan Escherichia coli dalam koloninya juga dalam susunan secara
gugusan dan escherichia coli yang diperhatikan juga adalah Gram-negatif. Hal ini
demikian kerana warna yang diperhatikan adalah merah. Pewarnaan gram bagi
bakteria ini adalah gram-negatif. Bakteria ini akan menghasilkan warna merah apabila
bertindak balas dengan larutan iodin. Hal ini disebabkan oleh dinding sel bakteria yang
mengandungi lapisan nipis peptidoglikan di bahagian dalam dan lapisan tebal
lipoprotein dengan lipopolisakarida di bahagian luar. Escherichia coli yang diperhatikan
adalah tepat dengan teori kecuali struktur yang tidak dapat dikenalpastikan. Kaedah
pengelasan untuk bakteria ini adalah seperti jadual di bawah.
System Name
Domain Bacteria
Phylum Proteobacteria
Class Gammaproteobacteria
Order Enterobacteriales
Family Enterobacteriaceae
Genus Escherichia
Species Escherichia coli
Jadual 1

Di samping itu, menurut Hoelling, (1998) Spirillum mempunyai bentuk spiral dan
mempunyai flagella dan pili jika dilihat dengan mikroskop. Berdasarkan pemerhatian
kami Spirillum mempunyai bentuk spiral dan struktur Spirillum tidak dapat dikenal pasti
kerana mikroskop yang diguna tidak dapat menghasilkan gambar yang jelas.
Tambahan lagi slaid bakteria yang digunakan adalah slaid lama dan bahagian
permukaan slaid sudah kotor. Setrusnya menurut Hoelling, (1998) susunan bakteria
dalam koloninya adalah secara gugusan dan pewarnaan Gram bagi Spirillum adalah
Gram-negatif. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan adalah tidak tepat kerana kami
mendapati bahawa susunan bakteria dalam koloni adalah secara gugusan dan
pewarnaan Gram adalah tepat dengan teori iaitu Gram negatif. Pewarnaan gram bagi
bakteria ini adalah gram-negatif. Bakteria ini akan menghasilkan warna merah apabila
bertindak balas dengan larutan iodin. Hal ini disebabkan oleh dinding sel bakteria yang
mengandungi lapisan nipis peptidoglikan di bahagian dalam dan lapisan tebal
lipoprotein dengan lipopolisakarida di bahagian luar. spirillum yang diperhatikan adalah
tepat dengan teori. Kaedah pengelasan untuk bakteria ini adalah seperti jadual di
bawah.
System Name
Domain Bacteria
Phylum Proteobacteria
Class Betaproteobacteria
Order Nitrosomonadales
Family Spirillaceae
Genus Spirillium
Species Spirillium sp.
Jadual 2

Seterusnya, menurut Tambalo, (2010) Rhizobium leguminosarum mempunyai bentuk


sfera dan mempunyai kapsul, dinding sel dan ribosome jika dilihat dengan mikroskop.
Berdasarkan pemerhatian kami Rhizobium leguminosarum mempunyai bentuk sfera
dan struktur Rhizobium leguminosarum tidak dapat dikenal. Setrusnya menurut
Tambalo, (2010) susunan bakteria dalam koloninya adalah secara tunggal dan
pewarnaan Gram bagi Rhizobium leguminosarum adalah Gram-negatif. Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan adalah tepat kerana kami mendapati bahawa susunan
bakteria dalam koloni adalah secara gugusan dan pewarnaan Gram adalah tepat
dengan teori iaitu Gram negatif. Pewarnaan gram bagi bakteria ini adalah gram-negatif.
Bakteria ini akan menghasilkan warna merah apabila bertindak balas dengan larutan
iodin. Hal ini disebabkan oleh dinding sel bakteria yang mengandungi lapisan nipis
peptidoglikan di bahagian dalam dan lapisan tebal lipoprotein dengan lipopolisakarida di
bahagian luar. Oleh itu, spirillum yang diperhatikan adalah tepat dengan teori. Kaedah
pengelasan untuk bakteria ini adalah seperti jadual di bawah.
System Name
Domain Bacteria
Phylum Proteobacteria
Class Alphaproteobacteria
Order Rhizobiales
Family Rhizobiaceae
Genus Rhizobium
Species Rhizobium legumininosarum
Jadual 3

Selain itu, menurut McGowan, (1966) morfolgi Pleurococcus bagi mempunyai bentuk
seperti sfera dan struktur Pleurococcus mempunyai kapsul, dinding sel dan ribosome.
Pleurococcus yang dipemerhatikan berbentuk sfera tetapi struktur morfologi tidak dapat
dikenalpasti. Teori yang dinyatakan adalah tidak menyatakan bahawa bakteria yang
berbentuk sfera tidak mempunyai flagella. Selain itu juga, Pleurococcus juga
mempunyai kloroplas dimana bakteria ini dapat menjalankan proses fotosintesis.
Selain itu, susunan Pleurococcus dalam koloni adalah secara berdua atau berempat
atau lebih (McGowan, 1966). Tambahan lagi Pleurococcus merupakan Gram-negatif
(McGowan, 1966). Dalam pemerhatian yang telah dijalankan, untuk susunan
Pleurococcus dalam koloninya juga dalam susunan tepat dengan teori yang dinyatakan
dan Pleurococcus yang diperhatikan juga adalah Gram-negatif. Hal ini demikian kerana
warna yang diperhatikan adalah merah. Pewarnaan gram bagi bakteria ini adalah gram-
negatif. Bakteria ini akan menghasilkan warna merah apabila bertindak balas dengan
larutan iodin. Hal ini disebabkan oleh dinding sel bakteria yang mengandungi lapisan
nipis peptidoglikan di bahagian dalam dan lapisan tebal lipoprotein dengan
lipopolisakarida di bahagian luar. Pleurococcus yang diperhatikan adalah tepat dengan
teori. Kaedah pengelasan untuk bakteria ini adalah seperti jadual di bawah.
System Name

Domain Bacteria

Phylum Cyanobacteria

Class Cyanophyceae

Order Chroococcales

Family Chroococcaceae

Genus Pleurococcus

Species Pleurococcus vulgris

Jadual 4

Seterusnya, menurut Lindsay, (2008) Staphylococcus aureus mempunyai bentuk sfera


dan mempunyai struktur ribosome, dinding sel, dan kapsul. Dalam pemerhatian yang
saya jalankan Staphylococcus aureus lain daripada bacteria lain kerana
Staphylococcus aureus tidak mempunyai flagella. Staphylococcus aureus juga
menyerupai anggur atau sfera. Dengan itu, pemerhatian yang dijalankan untuk
Staphylococcus aureus adalah tepat kerana bentuk yang didapati adalah sferal
Seterusnya, Staphylococcus aureus sentiasa berada dalam keadaan gugusan dalam
koloninya (Lindsay, (2008). Staphylococcus aureus yang saya perhatikan adalah sama
dengan teori dimana Staphylococcus aureus berada dalam keadaan gugusan dengan
koloninya. Seterusnya, menurut Lindsay, (2008) Staphylococcus aureus merupakan
bakteria gram-positif dan berwarna ungu apabila diperhatikan dibawah mikroskop.
Pewarnaan gram bagi bakteria ini adalah gram-positif kerana bakteria ini menghasilkan
warna ungu apabila bertindak balas dengan larutan iodin. Ini kerana dinding sel bakteria
mengandungi lapisan tebal peptidoglikan di bahagian dalam dan lapisan nipis
lipoprotein dengan lipopolisakarida di bahagian dalam. Oleh itu, pewarnaan gram bagi
Staphylococcus aureus akan muncul ungu di bawah mikroskop. Tambahan lagi
Staphylococcus adalah sekumpulan bakteria yang boleh menyebabkan pelbagai
penyakit. Jangkitan Staphylococcus boleh menyebabkan penyakit akibat jangkitan
langsung atau disebabkan oleh pengeluaran toksin oleh bakteria. Keracunan makanan,
dan sindrom kejutan toksik adalah semua contoh penyakit yang boleh disebabkan oleh
Staphylococcus. Kaedah pengelasan untuk bakteria ini adalah seperti jadual di bawah.

System Name
Domain Bacteria
Phylum Firmicutes
Class Bacilli
Order Bacillales
Family Staphylococcaceae
Genus Staphylococcus
Species Staphylococcus sp.
Jadual 5

Menurut Chad, (2011) Bacillus mempunyai bentuk seperti rod dan strukturnya
mempunyai dinding sel, kapsul, ribosome dan flagella. Berdasarkan pemerhatian yang
saya jalankan, Bacillus mempunyai bentuk seperti rod dan struktur yang dapat dilihat di
bawah mikroskop adalah dinding sel. Struktur lain sukar untuk dilihat oleh kerana
mikroskop yang dibekalkan tidak mempunyai kuasa pembesaran yang cukup besar
untuk mendapatkan gambar yang jelas. Menurut Chad, (2011), susunan Bacillus dalam
koloni adalah gugusan dan bakteria ini juga berdasarkan pewarnaan Gram adalah
Gram-positif. Dalam pemerhatian yang dijalankan, susunan Bacillus di dalam koloni
adalah tepat dengan teori dan pewarnaan Gram bagi Bacillus adalah Gram-positif. Hal
ini demikian kerana warna yang diperhatikan adalah ungu. Pewarnaan gram bagi
bakteria ini adalah gram-positif kerana bakteria ini menghasilkan warna ungu apabila
bertindak balas dengan larutan iodin. Ini kerana dinding sel bakteria mengandungi
lapisan tebal peptidoglikan di bahagian dalam dan lapisan nipis lipoprotein dengan
lipopolisakarida di bahagian dalam. Oleh itu, pewarnaan gram bagi Bacillus akan
muncul ungu di bawah mikroskop
System Name
Domain Bacteria
Phylum Firmicutes
Class Bacilli
Order Bacillales
Family Bacillaceae
Genus Bacillus
Species Bacillus sp.
Jadual 6

Kesimpulan

Kesimpan yang dapat dibuat adalah setiap bakteria mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Escherichia coli adalah bakteria tersebut mempunyai bentuk rod dan mempunyai
struktur dinding sel, kapsul, ribosome dan flagella. Escherichia coli juga merupakan
gram-negatif

Selain itu, Spirillum adalah bakteria tersebut mempunyai bentuk spiral dan
mempunyai struktur dinding sel, kapsul, ribosome dan flagella. Spirillum juga
merupakan gram-negatif

Disamping itu, Rhizobium leguminosarum adalah bakteria tersebut mempunyai


bentuk sfera dan mempunyai struktur dinding sel, kapsul, dan ribosome. Rhizobium
leguminosarum juga merupakan gram-negatif

Seterusnya, Pleurococcus adalah bakteria tersebut mempunyai bentuk sfera dan


mempunyai struktur dinding sel, kapsul, dan ribosome. Pleurococcus juga merupakan
gram-negatif
Selain itu, Staphylococcus aureus adalah bakteria tersebut mempunyai bentuk
sfera dan mempunyai struktur dinding sel, kapsul, dan ribosome. Staphylococcus
aureus juga merupakan gram-positif

Akhir sekali, Bacillus adalah bakteria tersebut mempunyai bentuk rod dan
mempunyai struktur dinding sel, kapsul, ribosome dan flagella. Bacillus juga merupakan
gram-positif

Soalan Perbincangan

1. Dengan bantuan gambarajah berlabel yang jelas, tunjukkan struktur-struktur umum


pada bakteria dan nyatakan kepentingan setiap struktur tersebut.

Struktur Bakteria Kepentingan


Membran plasma  Membenarkan bahan keluar
atau masuk kedalam sel
(Kebolehtelap)
 Membentuk suatu sempadan
yang mengasingkan
kandungan sel daripada
persekitaran luar
Dinding sel  Mengekalkan bentuk bakteria
 Memberi sokongan kepada
bakteria
Kapsul  Sebagai pertahanan kepada
bakteria
 melindungi sel daripada
engulfment oleh sel-sel
eukariot seperti makrofaj
 melindungi bakteria daripada
kehilangan air atau kekeringan
Plasmid  Menyediakan bakteria dengan
kelebihan genetik, seperti
rintangan antibiotik
Pili  Melampirkan sel bakteria pada
permukaan tertentu; membantu
dalam lampiran antara sel-sel
bakteria
 Perlekatan ke permukaan
tubuh
 Interaksi seksual antara
bakteria
Sitoplasma  Menjalankan pertumbuhan sel,
metabolisme dan replikasi
 Sebagai medium bagi tindak
balas biokimia dalam sel
 Membekalkan bahan-bahan
yang diperoleh dari luar sel
Flagellum  Membantu dalam pergerakkan
bakteria
 Organel deria yang sensitive
kepada bahan kimia dan suhu
di luar sel
Ribosom  Manjadi tapak mRNA
dijemahan
 Tempat untuk sintesis protein
Nucleoid (DNA)  Mengandungi bahan DNA
 Mengurangkan cara berstruktur
untuk menyusun bahan
genetik; Pemangkin biologi

2. Bezakan bakteria gram positif daripada bakteria gram negatif.

Bakteria Gram positif mengandungi lapisan peptidoglikan yang tebal dengan


asid tekoik (techoic acid) manakala bakteria Gram negatif mengandungi lapisan
peptidoglikan yang nipis serta tanpa asid tekoik (techoic acid) yang dikelilingi oleh
membran plasma tebal.

Selain itu, bakteria Gram positif akan menunjukkan warna ungu kerana tebal
dinding sel peptidoglikan manakala bakteria Gram negatif akan menunjukn warna
merah kerana lapisan nipis peptidoglikan yang dikelilingi oleh membran plasma,
dengan itu tidak akan mengotorkan dengan kristal ungu.

Bakteri gram positif seperti Staphylococcus aureus hanya mempunyai


membran plasma tunggal yang dikelilingi dinding sel tebal iaitu peptidoglikan.
Sekitar 90 % dari dinding sel tersebut tersusun atas peptidoglikan (Facklam, H., &
Facklam, M. ,1994). Selain itu, bakteria gram negatif memiliki sistem membran
ganda dimana membran plasmanya dilitupi oleh membran luar yang telap. Bakteri
ini mempunyai dinding sel tebal berupa peptidoglikan, yang terletak di antara
membran dalam dan membran luar.
3. Dalam Alam yang manakah bakteria digolongkan? Beri sebab bagi jawapan anda.

Domain bakteria tergolong terbahagi kepada 2 alam iaitu alam eubakteria dan alam
archaea. Kebanyakkan bakteria tergolong dalam alam eubakteria. Ciri-ciri bakteria yang
tergolong dalam alam eubakteria adalah, bakteria tidak mempunyai nukleus dan tidak
mempunyai membran terikat di dalam sel. Seterusnya adalah, bakteria berada dalam
gelung bulat yang disebut plasmid. Bakteria juga mempunyai dinding sel yang kuat yang
dapat menahan daripada perubahan persekitaran luar. Selain itu juga saiz bakteria sangat
kecil sehingga hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Apabila dilihat di
bawah mikroskop, bakteria mempunyai tiga bentuk yang berbeza iaitu berbentuk bacilli
(berbentuk batang),cocci (berbentuk sfera), spirilla (berbentuk lingkaran)

4. Apakah perbezaan utama antara bakteria dan virus.


Bakteria Ciri-ciri Virus
 Hadir Ribosome  Tidak hadir
 Mempunyai Dinding sel  Tidak mempunyai
peptidoglycan dinding sel.
 Unicellular; satu sel Bilangan sel  Tiada sel, Tidak
hidup
 DNA dan RNA Struktur sel  DNA atau RNA
terapung secara tertutup di dalam
bebas dalam lapisan protein.
sitoplasma.
Mempunyai dinding
sel dan membran
sel.
 Pembelahan dedua Pembiakkan  Menyerang sel lain
 Aseksual dan mengambil alih
sel menyebabkan ia
membuat salinan
DNA / RNA virus.
 Memusnahkan
perumah dan
melepaskan virus
baru.
 Antibiotik Rawatan  Vaksin mencegah
penyebaran dan
ubat-ubatan antiviral
membantu untuk
memperlahankan
pembiakan tetapi
tidak dapat
menghentikannya
sepenuhnya.
 Sesetengah bakteria Kebaikkan  Virus tidak
bermanfaat berfaedah. Walau
(contohnya bakteria bagaimanapun, virus
tertentu diperlukan tertentu boleh
dalam usus) memusnahkan tumor
otak .Virus boleh
digunakan dalam
kejuruteraan genetik.

5. Berikan empat kepentingan bakteria kepada manusia.

Bakteria banyak digunakan dalam kehidupan manusia. Contohnya, bakteria


digunakan dalam pengahasilan insulin dengan kadar yang banyak dan selamat
digunakan oleh manusia. Selain itu, bakteria yang berada dalam usus manusia
membantu dalam mencernakan makanan. Selain itu bakteria juga banyak
digunakan dalam makanan harian manusia. Contohnya seperti keju, sosej,
minuman vitergen dan banyak lagi. Pengeluaran makanan tersebut bergantung
kepada bakteria yang sesuai untuk menghasilkan makanan tersebut.
Seterusnya, bakteria hidrokarbon pengoksidaan dapat membantu dalam
penguraian petroleum. Contohnya yang digunakan untuk membersihkan
tumpahan minyak di laut.
Rujukan

Amyes, G.B., (2013). Bacteria: a very short introduction. United Kingdom: Oxford
University Press.

Chloe, A., (2015). Premed kids: microbiology – bacteria & viruses. Austin: Crazy
Brainz Publishing.

Lourdes, M.D., (2014). Staphylococcus aureus and coagulase-negative


staphylococci: virulence, antimicrobial resistance and molecular epidemiology
(microbiology research advances). New York: Nova Science Pub Inc.

Wearing, J., (2010). Bacteria: staph, strep, clostridium, and other bacteria (a class
of their own). New York: Crabtree Pub Co.

Tenaillon, Olivier; Skurnik, David; Picard, Bertrand; Denamur, Erick (1 March


2010). "The population genetics of commensal Escherichia coli". Nature Reviews
Microbiology. 8 (3): 207–217. doi:10.1038/nrmicro2298. ISSN 1740-1526.

Bliss, J. L. (1991). The expression of type 1 fimbriae in Escherichia coli F18 Col⁻containing recombinant
plasmids with probable colonization genes.

HOELLING, A. 1911 Vergleichende Untersuchungen ueber Spirochaeten und Spirillen. Arch. Protistenk.,
23, 101-124.

Tambalo, D. D., Yost, C. K., & Hynes, M. F. (2010). Characterization of swarming motility in Rhizobium
leguminosarum bv. viciae. FEMS Microbiology Letters, 307(2), 165-174. doi:10.1111/j.1574-
6968.2010.01982.x

McGowan, R. E. (1966). Cellular morphology and asexual reproduction in Pleurococcus.

Lindsay, J. A. (2008). Staphylococcus: molecular genetics. Norfolk: Caister.

Chad, A. (2011). Bacillus: classic stories of the microbial and contagious. Landisville, PA: Coachwhip
Publications.
Facklam, H., & Facklam, M. (1994). Bacteria. New York: Twenty-First Century Books.