Vous êtes sur la page 1sur 10

JURNAL REFLEKSI

PENGURUSAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT LMCR2273 APRESIASI


TEKNOLOGI MAKLUMAT

PEMBINAAN LAMAN WEB TAMAN BANGI VILLA DAN BANGI RIA

NAMA PENSYARAH

Encik Ahmad Rafizi bin Salleh

TARIKH

15 Disember 2014

KUMPULAN 2

Mohamad Afiudin bin Jalaludin A151574

Siti Atiqah binti Mokhter A151751

Nurul Amiera binti Norazizan A151713

Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi A152059

Yong Yi Ying A149058

Faqihah binti Abul Khair A151944


PENDAHULUAN

Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam
usaha menjayakan program “Mini Family Day Taman Bangi Villa dan Bangi Ria. Taman
tersebut terletak di pekan Bangi Lama, Selangor

Dalam jurnal ini kami akan mengemukakan beberapa re fleksi yang telah berlaku dalam usaha
menjayakan program ini. Selain itu, kami juga menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku
sebelum, semasa dan selepas program tersebut. Program yang dilaksanakan memerlukan
komitmen yang tinggi dan ahli jawatankuasa pe laksana yang efektif. Tambahan pula,
berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang urutannya haruslah dikenal pasti. Kami
sekumpulan berpendapat bahawa peristiwa dan urutan peristiwa tersebut adalah penting
kerana tanpanya, program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya

Kajian ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga dengan bantuan
penduduk taman yang merupakan ahli jawatankuasa tertinggi taman. Setelah itu, kami juga
akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi dalam proses membuat program
tersebut. Proses membuat program ini merupakan pengalaman kali pertama kami semasa di
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walaupun kami merupakan pelajar daripada jurusan yang berbeza dengan kursus ini, kami
tetap berusaha dalam melakukan segala perkara yang harus dilakukan. Tambahan pula,
setiap daripada kami tidak mempunyai pengalaman dalam melaksanakan sebarang jenis
program ketika di bangku persekolahan. Jadi, segala pengalaman yang diterima selama
pelaksanaan program ini merupakan sesuatu yang baharu dan asing bagi kami sekumpulan

Seterusnya kami juga menyatakan kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam kumpulan
kami semasa menjalankan tugasan ini. Kami menganggap tugasan ini sebaga i satu cabaran
kerana program ini amat unik dan asing kepada kami selaku pelajar daripada jurusan yang
berbeza dengan kursus ini. Walaupun kami sekumpulan mengenali satu sama lain selama
beberapa bulan, beberapa kelemahan dan kekuatan ahli kumpulan telah dikenal pasti melalui
projek ini. Kami telah membahagikan kelemahan dan kekuatan kepada dua perenggan
berasingan yang kami akan menganalisa secara terperinci.

Akhir sekali, kami akan memberikan langkah- langkah dan cadangan untuk memperbaiki dan
membuat penambahbaikan terhadap program yang telah dilaksanakan. Segala kelemahan dan
kekurangan telah dikaji dan diteliti agar perkara tersebut tidak diulangi selepas ini.
PERISTIWA SEPANJANG PELAKSANAAN PROGRAM

Sebelum Pelaksanaan Program

Setelah selesai memilih tajuk kajian kami atas nasihat yang diberikan oleh pensyarah
Apresiasi Teknologi Maklumat, En. Ahmad Rafizi bin Salleh, kumpulan kami telah
mengadakan satu perbincangan ringkas untuk membinca ngkan cara-cara melakukan program
yang diberikan ketika kuliah. Perbincangan ringkas ini telah diadakan pada 24 September
2014 bersamaan hari rabu di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Perbincangan diadakan dengan
kehadiran semua ahli kumpulan tanpa sebarang pengecualian. Pada mulanya, kami
merancang untuk mengadakan perbincangan ini di kafe kolej sahaja. Namun, beberapa
anggota kumpulan kami berpendapat ia adalah lebih mudah dan selesa sekiranya diadakan
perbincangan ini di perpustakaan sahaja. Tambahan pula, kesemua ahli kumpulan selalu
singgah di perpustakaan sehingga waktu senja.

Perbincangan kali pertama setakat diadakan secara basa-basi sahaja. Perbincangan dilakukan
secara kasual dengan masing- masing mengutarakan pendapat dan pengalaman membuat
program. Kesemua ahli kumpulan menyatakan pernah melibatkan diri secara langsung dan
tidak langsung dalam beberapa program ketika di zaman persekolahan. Kami juga
membincangkan taman yang terdapat di sekitar kawasan Bangi serta program yang boleh
dilaksanakan. Pendek kata, pada perbincangan pertama ini, kami hanya mengutarakan
pendapat dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman masing- masing mengenai kawasan
taman perumahan dan apa yang boleh dilakukan sahaja. Pada akhirnya, perbincangan ini
berakhir dengan setiap ahli kumpulan ditugaskan untuk mencari dan menghubungi pengerusi-
pengerusi taman yang boleh dipilih untuk dijadikan tempat program.

Perbincangan seterusnya diadakan dua minggu selepas hari perjumpaan pertama ahli
kumpulan kami iaitu pada 24 September 2014. Perbincangan tersebut dijalankan di
perpustakaan Tun Seri Lanang. Dalam perbincangan ini, setiap seorang daripada kami telah
memberikan cadangan tempat pelaksanaan program. Antara tempat yang dicadangkan adalah
Kampung Abu Bakar Baginda dan Taman Bangi Villa . Setiap ahli kumpulan memberikan
kelebihan-kelebihan tempat tersebut serta diikuti sebab-sebab mengapa tempat tersebut patut
dipilih sebagai tempat untuk menjalankan kajian ini.
Setelah menimbangkan pro dan kontra kedua-dua pilihan ini secara masak- masak, kami
sebulat suara memilih Taman Bangi Villa kerana kawasan tersebut merupakan tempat tingga l
salah seorang daripada ahli kami dan menjadikan ia lebih mudah untuk berurusan dengan
penduduk taman. Dalam perbincangan ini kami juga mengagihkan tugasan-tugasan kepada
setiap ahli kumpulan untuk memastikan kerjasama diperolehi daripada setiap ahli kump ulan.
Ekoran itu, pembahagian tugasan ini juga memastikan program ini berjalan dengan lancar
tanpa masalah yang serius. Tugasan juga dibahagikan secara adil dan saksama. Setiap ahli
kumpulan kami juga diberikan tarikh akhir untuk menyiapkan kerja masing- masing bagi
memastikan langkah seterusnya untuk menyiapkan projek ini dapat diaturkan.

Dalam usaha untuk menjayakan kajian ini, pelbagai peristiwa-peristiwa telah dilalui oleh
setiap daripada ahli kumpulan kami. Hal ini kerana terdapat beberapa isu yang timbul semasa
menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah kami perlu berbincang untuk memastikan fokus
program kami adalah tepat dengan tajuk yang dikehendaki. Kami juga perlu memastikan
setiap ahli kumpulan diagihkan kerja secara adil supaya tidak berlakunya per telingkahan
antara anggota kumpulan kerana kami prihatin bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai
banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebagai seorang mahasiswa.

Setelah itu, timbul beberapa masalah yang dihadapi ketika merancang perlaksanaan kajian.
Antara masalahnya adalah terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat hadir sesi perbincangan
kerana masalah peribadi. Selain itu, kerjasama yang diperlukan juga sukar untuk diperolehi
kerana majoriti penduduk di situ sibuk dengan kerja masing- masing. Kami juga menghadapi
kekangan masa kerana semester menjalankan kajian ini adalah semester pertama. Hal ini
bermakna kami masih berada dalam proses menyesuaikan diri dengan alam universiti.
Sehubungan dengan itu, projek ini merupakan projek yang besar maka projek ini akan
mengambil masa yang panjang serta memerlukan usaha dan komitmen daripada semua ahli
kumpulan.

Selepas itu,kami menghadapi kesukaran untuk menetapkan masa dan tarikh untuk melakukan
program serta untuk berjumpa dengan pengerusi taman kerana ramai ahli kumpulan yang
mempunyai komitmen dalam hal- hal yang lain seperti program kolej serta tugasan daripada
pensyarah-pensyarah yang lain. Ketua kumpulan kami menyarankan agar perjumpaan
bersama pengerusi diadakan pada 9 November 2014 selepas waktu maghrib. Semua ahli
kumpulan bersetuju dengan cadangan ketua kumpulan memandangkan tidak mempunyai
masa lain yang semua ahli kumpulan dapat berjumpa dengan beliau pada hari tersebut
Seorang daripada ahli kami mempunyai kereta memudahkan transportasi kami ke taman
tersebut. Setelah berjumpa dengan pengerusi taman tersebut, kami telah menetapkan tarikh
untuk melaksanakan program tersebut serta telah merancang untuk mengadakan program
“Mini Family Day Taman Bangi Villa dan Bangi Ria”. Program ini melibatkan dua taman
kerana ia berdekatan dan mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Program ini
dirancang dilaksanakan pada 29 November 2014 bersamaan hari sabtu dari pukul 8.30 pagi
hingga ke 12.30 tengah hari yang merupakan hari hujung minggu dan merupakan ha ri ahli
kumpulan kami semua boleh hadir bersama.

Semasa Pelaksanaan Program

Kami bertolak ke Taman Bangi Villa pada pukul 7.30 pagi dari kolej masing- masing dan tiba
di sana pada pukul 7.45 pagi. Sampai sahaja di sana, kami terus melakukan persiapan-
persiapan akhir untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Kami menyiapkan dan
menyusun segala perkara yang perlu diuruskan.

Pada jam 8.15 pagi, para penduduk mula tiba dia surau taman dan mula menjamah sedikit
sarapan yang telah disediakan. Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti dimulakan bermula dengan
aktiviti mewarna bagi kanak-kanak serta perlawanan bola sepak di antara golongan veteran
taman dengan golongan remaja taman. Kemudiannya, program diteruskan dengan
pertandingan menggali tepung, iaitu satu pertandingan melibatkan kanak-kanak untuk
menggali timbunan tepung menggunakan mulut sahaja untuk mencari seberapa banyak gula
dalam masa 30 saat. Pada masa yang sama juga dilangsungkan dengan pertandingan congkak
berpasangan bagi golongan-golongan ibu. Selepas itu, pertandingan mengisi air dalam botol
yang melibatkan golongan kanak-kanak. Pertandingan terakhir yang diadakan ialah boling
kelapa berkumpulan. Sejurus selepas habisnya semua pertandingan para penduduk diminta
untuk melakukan sedikit gotong-royong membersihkan kawasan taman.

Setelah selesai segala aktiviti, para penduduk semua berkumpul semula di surau taman untuk
majlis penutup dan penyampaian hadiah. Majlis telah ditutup oleh pengerusi taman iaitu
Dato’Ahamad Shabki bin Mahmood. Beliau juga telah menerima sedikit cenderahati daripada
kami atas kerjasama yang telah diberikan oleh beliau kepada kami Selepas itu, sedikit
jamahan tengah hari telah dijamu kepada para penduduk. Kemudian, keluarga demi keluarga
mula beredar sehinggalah tinggal kami dan pembantu surau sahaja yang tinggal di surau
untuk memastikan kawasan tersebut bersih seperti kami tiba pada pagi tersebut. Selepas
menunaikan solat zohor, kami terus beredar pulang ke Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selepas Pelaksanaan Program

Beberapa hari selepas program tersebut telah dilaksanakan, kami telah mula membahagikan
tugas kepada setiap ahli kumpulan untuk menyiapkan laporan dan segala kertas kerja yang
perlu dilakukan. Kami membahagikan kumpulan kami kepada 3 kumpulan kecil yang te rdiri
daripada dua org ahli untuk setiap tugasan. Kumpulan pertama, Nurul Amiera binti Norazizan
dan juga Siti Atiqah binti Mokhter, telah ditugaskan dalam menyiapkan laporan . Kumpulan
kedua pula terdiri daripada Yong Yi Ying dan Faqihah binti Abul Khair pula ditugaskan
untuk menyiapkan jurnal refleksi ini. Yang terakhir sekali, kumpulan ketiga, Mohamad
Afiudin b Jalaludin dan Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi ditugaskan untuk menyediakan
persembahan multimedia untuk dibentangkan kepada En Ahmad Rafizi bin Salleh iaitu
pensyarah bagi kursus Apresiasi Teknologi Maklumat.

Beberapa masalah telah timbul dalam setiap kumpulan dalam melaksanakan tugas masing-
masing. Kumpulan pertama menghadapi masalah dalam memenuhi kehendak laporan yang
perlu disiapkan. Banyak soalan telah diajukan kepada pensyarah untuk mengenal pasti
perkara yang perlu ada dalam laporan tersebut dan rujukan melalui panduan menulis laporan
yang telah disediakan oleh beliau. Kumpulan kedua pula menghadapi masalah kerana tidak
tahu untuk membuat jurnal refleksi ini. Mereka mengambil sumber rujukan daripada internet
untuk menyiapkan jurnal ini. Bagi kumpulan ketiga pula, masalah yang dihadapi ialah
kekangan masa dan kekurangan kebolehan yang diperlukan untuk menggabungkan dan
mencipta video pembentangan ini. Maka, kami telah meminta sedikit bantuan daripada rakan
kenalan kami untuk memberi tunjuk ajar dalam pembikinan video tersebut.

Setelah selesai segala masalah, kami telah membentangkan video kami kepada En Rafizi
pada 15 Disember 2014 pada jam 8.30 pagi di dewan kuliah di fakulti sains social dan
kemanusiaan. Pelbagai perkara perlu dibaiki dan laporan kami masih tidak memenuhi
kehendak dan kami terpaksa membaiki laporan kami. Kami telah mengenal pasti segala
kesalahan yang terdapat dan cuba untuk membaikinya agar ia memenuhi kehendak pensyarah
kami
Pengalaman Yang Diperolehi

Semasa pelaksanaan program ini, pelbagai perkara telah kami pelajari. Antaranya, kami
mempelajari cara menguruskan sesebuah program dengan lebih teratur dan kemas. Perjalanan
sesebuah program haruslah lancar agar masalah- masalah yang tidak diingini dapat dielakkan.
Daripada ini, kami telah mampu untuk memperbaiki diri dengan lebih dalam hal-hal
berkaitan pengurusan program

Selain dari itu, kami juga mempelajari bagaimana untuk bekerjasama dalam sebuah
kumpulan. Dalam kajian ini, kerjasama sangat penting kerana jika terdapat pertelingkahan
sesama ahli kumpulan, perkara ini boleh menyebabkan program ini tidak dapat dijalankan
dengan lancar. Disebabkan wujudnya kerjasama antara ahli kumpulan, program kami dapat
diselesaikan dengan lancar dan tepat pada waktu yang ditetapkan. Setiap ahli kumpulan
diminta untuk mengumpul tugasan-tugasan yang diberikan kepada ketua kumpulan untuk
tujuan menjadikannya sebagai satu laporan. Pada waktu yang sama, setiap ahli kumpulan
akan bersama untuk mengesan sebarang kesilapan yang ada supaya dapat dibetulkan maka
tiada sebarang kesalahan wujud.

Selain itu, kami juga mempelajari persepsi yang berbeza-beza antara ahli kumpulan. Oleh
sebab terdapatnya pandangan-pandangan dari ahli kumpulan yang berlainan, perbincangan
perlu dilakukan dan persetujuan untuk menggunakan alternatif yang terbaik perlu dikenal
pasti. Kami juga mempelajari sikap bertolak ansur sesama ahli kumpulan dan sanggup
menerima kritikan dari ahli kumpulan sendiri dengan hati yang terbuka untuk sedar akan
kesilapan yang telah dilakukan. Ekoran itu, kami juga berlajar bahawa kritikan amat penting
kepada setiap individu untuk menambah baik diri lagi serta belajra daripada kesalahan-
kesalahan agar tidak mengulanginya lagi. Begitulah antara pengalaman pembelajaran yang
telah kami perolehi sepanjang kami melaksanakan kajian ini.
Kelemahan Semasa Pelaksanaan Program

Sepanjang menjalankan kajian, kami telah mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam
kumpulan kami. Kelemahan-kelemahan yang didapati adalah pada tahap minimum di mana
ianya dapat diterima secara terbuka oleh setiap ahli kumpulan. Kelemahan yang paling utama
adalah kurangnya kesedaran mengenai tanggungjawab masing- masing. Kesedaran yang
kurang mengenai tanggungjawab masing- masing ini kebanyakannya adalah berpunca tentang
kecuaian diri sendiri.

Kecuaian diri sendiri yang dimaksudkan adalah mengenai kegagalan kami untuk
menyesuaikan keadaan diri dengan semester pertama. Wa laupun kami sudah belajar lebih
kurang sebulan di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun kami tidak berbuat langkah yang
sepatutnya dalam gerak kerja kami. Kami seolah-olah menganggap yang kami mempunyai
banyak masa lagi di mana terdapat 14 minggu dalam satu semester. Kami gagal untuk
membuat kerja-kerja dengan lebih cepat dan efisien. Kebanyakan gerak kerja hanya
dilakukan setelah mendapat desakan daripada ahli kumpulan yang lain ataupun setelah
diingatkan oleh pensyarah semasa dalam kuliah.

Kesemua ahli kumpulan menerima kelemahan ini sebagai sesuatu yang boleh diterima
asalkan kesemua tugasan masing- masing dapat disiapkan dan dikumpul di mana seterusnya ia
dapat dihantar kepada pensyarah sebelum tarikh akhir penerimaan. Kami menggunakan
pengalaman ini sebagai pengajaran agar kami tidak lagi mengulangi kesilapan ini dan
melaksanakan setiap tugasan dengan cepat supaya tidak lagi perlu tergesa- gesa
menyiapkannya.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, dengan kesemua ahli kumpulan kami mempunyai
sedikit pengalaman dalam melaksanakan sesebuah program, kami kekurangan ilmu
pengetahuan mengenai cara-cara untuk menguruskan program dengan efisien. Kami telah
berkongsi pendapat dan mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada rakan-
rakan dan penduduk taman yang lebih berpengalaman dalam hal-hal ini . Dengan mempunyai
pertolongan daripada mereka, kami telah mampu mempelajari sedikit demi sedikit cara-cara
untuk melaksanakan sesebuah program
Langkah-Langkah Dan Cadangan Pembaikan

Langkah- langkah dan cadangan penambahbaikan yang telah kami persetujui bersama adalah
melibatkan kerja-kerja refleksi. Seperti yang telah dinyatakan, kami telah mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada setiap ahli kumpulan agar ia dapat dijadikan
pengajaran supaya tidak lagi diulangi pada masa depan.

Kami patut menyediakan kalendar yang membolehkan kami merancang semester kami.
Perkara ini walaupun boleh dianggap sebagai langkah yang digunakan sebagai seorang
pelajar sekolah rendah atau menengah tetapi langkah ini amat efektif dan patut lagi
dipraktikkan di universiti. Sebagai pelajar-pelajar semester pertama tahun pertama,
perancangan masa memang perkara yang berat dan susah pada mulanya. Walaupun kini
sudahpun di peringkat hujung semester kami, perancangan masa masih merupakan sesuatu
masalah kepada kami. Kami patut sedar dari awal beban dan tanggungjawab kami dalam
semester maka perancangan yang diperlukan dapat diambil. Hal ini akan mengelakkan
daripada berlakunya stres kepada seorang pelajar.

Kami juga sedar bahawa masyarakat kini kurang sedar akan kepentingan kerjasama dalam
sesebuah komuniti. Hal ini amat membimbangkan, kerana sifat bekerjasama sangat penting
dalam kehidupan bermasyarakat. Melalui projek kami ini, kami sedar kepentingan perpaduan
dan bagaimana ia dapat mengelakkan perpecah belahan dalam masyarakat. Kami bercadang
agar program-program sebegini yang mampu mengumpulkan masyarakat dalam satu aktiviti
bersama. Kempen-kempen ini tidak perlu berskala besar seperti peringkat negeri ataupun
Negara. Kempen-kempen ini hanya berskala universiti kami juga memadai kerana sekurang-
kurangnya lebih banyak orang sedar akan kepentingan nilai ini.

Dengan mengambil langkah- langkah yang telah dijelaskan di atas, segala masalah dan
kekusutan yang akan timbul pada masa depan semasa membuat kajian akan dapat diatasi.
Selain itu, kerjasama sesama ahli kumpulan adalah kunci segala-galanya. Hal ini penting bagi
memahami setiap ahli kumpulan kami dan saling membantu dalam melaksanakan program
ini.
Penutup

Sebagai kesimpulan bagi jurnal refleksi ini, program yang telah dilaksanakan oleh kami
banyak membantu kami dalam melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang mampu
bekerja dalam satu kumpulan.

Segala usaha kami dalam menyelesaikan tugasan ini mendatangkan hasil apabila ianya telah
lengkap dan siap untuk dihantar. Kejayaan program ini merupakan hasil daripada kerjasama
setiap ahli kumpulan yang tidak berbelah bahagi. Selain itu, pertolongan dan bimbingan
daripada pensyarah juga tidak dapat dilupakan. Segala ilmu yang diajar dalam waktu kuliah
sangat membantu kami dalam menyiapkan kajian ini mengikut kehendak pensyarah.

Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan semasa kami membentang idea kajian
ini juga banyak membantu. Ulasan- ulasan serta kritikan yang diberikan oleh pensyarah dalam
waktu kuliah kami jadikan sebagai garis panduan dalam membuat kajian ini.

Sebagai penutup, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kesemua pihak
yang membantu kami dalam membuat kajian ini.

Vous aimerez peut-être aussi